Kajian Kes 4

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kes 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,441
  • Pages: 11
KAJIAN KES 4 1.0

SUBJEK

Nama

: Malik (bukan nama sebenar)

Jantina

: Lelaki

Asal

: Ayer Puteh, Selinsing, Perak.

Umur

: 13 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik

: Anak tunggal

Pekerjaan bapa

: Menjual nasi lemak

Tinggal bersama

: Ayah dan ibu

Pencapaian akademik

: Sederhana

2.0

KES

Nama Kes Ponteng Sekolah Perihal Kes Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja merupakan masalah utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat

untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu sekolah dalam kata yang mudah ialah tempat untuk menuntut ilmu bagi para pelajar. Secara keseluruhannya ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tingkah laku remaja atau golongan pelajar sekolah yang melarikan diri daripada tanggungjawab sekolah yang merupakan tempat mereka menuntut ilmu pengetahuan. Ini tergolong sebagai tingkah laku delukien di mana ianya melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah khususnya dan kementerian pendidikan amnya. Kajian Kes Malik (bukan nama sebenar) merupakan anak tunggal sebuah keluarga yang sederhana. Ibu Malik menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan raya hadapan rumahnya. Setiap pagi ayahnya akan menjual nasi lemak dibantu oleh ibunya yang memasak nasi lemak di rumah. Malik hidup dalam serba sederhana. Namun Malik diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Malik pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Malik adalah penghidap penyakit asthma. Namun Malik mempunyai satu masalah di mana Malik selalu ponteng sekolah terutamanya apabila hari tersebut ada subjek Matematik. Tingkah laku ini memang telah menjadi kelaziman kepada Malik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Malik memang tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu subjek Matematik. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa Malik sendiri. Ibu dan ayah tidak kisah jika Malik tidak ke sekolah kerana perkara ini telah dilazimkan sejak Malik di bangku sekolah rendah. Alasan Malik untuk tidak ke sekolah adalah kerana Malik tidak berminat dengan subjek Matematik dan Malik tidak pernah lulus apabila menduduki ujian Matematik sejak dari sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan Malik berasa putus asa dan menganggap Matematik itu susah dan sukar. Di sekolah, Malik sering dimarahi oleh guru Matematik kerana ponteng sekolah.

3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) Rasional Teori Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti: •

Rasa malu yang teramat (Awfulizing)



Terlalu menuntut (Demandingness)



Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)



Daya toleransi yang rendah



Lemah semangat



Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)

Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Malik seperti Malik mudah mengalah sebelum mencuba untu mempelajari subjek Matematik dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.

Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan

diri,

sayang menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain,

berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini

meyakinkan bahawa terapi ini dapat

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Seperti di dalam kajian kes ini, Malik sering berputus asa dan tidak pernah untuk mencuba memperlajari subjek Matematik. Malik mengambil jalan mudah dengan memonteng sekolah setiap kali ada subjek Matematik. Malik beranggapan Matematik itu susah dan sukar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Di dalam kes ini, Malik telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional bahawa dia pasti tidak akan berjaya menguasai dan mempelajari subjek Matematik. Malik juga memberi alasan bahawa dia tidak akan dapat belajar Matematik kerana selalu dimarahi oleh guru. Dalam REBT, manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi neurosis atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat self defeating. Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil

daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan ini pernah diulang oleh Malik apabila dia menyatakan “Saya mesti tidak berjaya belajar Matematik sebab Matematik susah. Cikgu pun asyik nak marah saya jer”. Ini adalah sebahagian ayat yang digunakan oleh Malik dan ini menunjukkan Malik seakan mengaku kalah dengan pemikirannya yang tidak rasional. Matlamat Terapi Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien. REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalahmasalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis. Proses teraputik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat andaian bahawa manusia merupakan makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh memperolehi kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan membuang pemikiran yang tidak rasional.

Teknik Yang Digunakan •

Main Peranan Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien boleh menerangkan sendiri semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku. Malik sering merasakan dirinya tidak mampu untuk mempelajari subjek Matemtik kerana Malik tidak berminat dengan subjek tersebut dan sering gagal subjek berkenaan setiap kali ujian. Selian itu Malik juga memberi alasan bahawa guru Matematik selalu memarahi dirinya. Saya menerangkan kepada Malik dengan melukiskan diagram yang menjelaskan interaksi pelbagai komponen dengan menggunakan konsep ABCDE. A(peristiwa)

B(kepercayaan)

C(akibat)

- Matematik susah

- saya tidak akan berjaya

- saya rasa putus

dalam Matematik

asa - saya rasa malas

D(mencabar halangan) - awak pastikah awak akan gagal jika awak berusaha?

E(kesan) - saya mula sedar - saya rasa bersemangat

- siapa kata Matematik susah? - mengapa rakan yang lain boleh?

F(perasaan baru)

Setelah melukis diagram ini bersama dengan Malik dan akan menunjukkan bagaimana pemikiran rasional itu wujud. Dari pemerhatian Malik, dia akan menjawab setiap persoalan yang saya ajukan. Dari situ, Malik sendiri

telah dapat menerangkan semula perjalanan pemikiran yang tidak rasional itu berubah kepada pemikiran yang lebih rasional. •

Imageri Rasional-Emotif Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu oerkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat. Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa Malik untuk berfikir jika dia berterusan ponteng sekolah, hitung kerugian yang akan ditanggung apabila awak berusia 40 tahun nanti. Sehari awak tak datang sekolah, berapa subjek yang telah awak korbankan? Apabila besar nanti awak tidak teringinkah memakai kereta besar bersama dengan kawan-kawan awak yang lain? Ke mana awak boleh pergi tanpa kelulusan yang bagus? Adakah awak tak mahu mengubah kehidupan keluarga awak sekarang?

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR Saya telah meneroka Malik sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Malik yang menyebabkannya dia ponteng sekolah. Masalah Malik ini berpunca daripada persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri. Selain itu akibat daripada pengukuhan yang telah diterima oleh keluarga menyebabkan Malik rasa tidak bersalah untuk ponteng sekolah. Malik juga sering berputus asa tanpa mencuba sesuatu dan ini Malik dianggap tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya dibuang dalam diri Malik. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang

mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Malik sendiri.

5.0

IMPLIKASI Selepas sebulan, Malik masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Ini

terpulang kepada Malik kerana Malik seharusnya memikirkan masa depannya dan jangan sentiasa berharap sesuatu yang baik jika tidak disusuli dengan usaha. Saya tidak berjaya membawa

kesedaran

kepada

Malik

kerana

pengukuhan

keluarga

yang

kuat

mempengaruhi cara Malik. Ini menyukarkan Malik untuk menerima sesuatu yang baru.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu

klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien. Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional. Kelemahan Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak geliga. REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja. Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan. Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri

melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk menjadi rasional.

7.0

CADANGAN Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar

dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian. Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan

memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0

PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan, ............................................................. (NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN) (D20021010330)

Related Documents

Kajian Kes 4
June 2020 4
Kajian-kes
May 2020 41
Kajian Kes
May 2020 26
Kajian Kes Etika.docx
December 2019 26
Kajian Kes Yang Baru.docx
December 2019 21