Kajian Kes 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kes 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,427
  • Pages: 11
KAJIAN KES 2 1.0

SUBJEK

Nama

: Jali (bukan nama sebenar)

Jantina

: Lelaki

Asal

: Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.

Umur

: 16 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik

: 5 orang (anak sulung)

Pekerjaan bapa

: Guru sekolah rendah

Tinggal bersama

: Ayah, ibu dan 4 orang adik

Pencapaian akademik

: Sederhana

2.0

KES

Nama Kes Tabiat Merokok Perihal Kes Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tabiat ialah perangai, perbuatan yang sering dilakukan dan juga merupakan tingkah laku. Oleh yang demikian tabiat merokok ini adalah sesuatu yangsering dilakukandan menjadi tabiay di kalangan mereka. Rokok adalah tergolong sebagai dadah. Tembakau dan candu atau dadah yang terdapat dalam rokok telah dibuktikanmemudaratkan kesihatan. Hubungan langsung antara merokok dengan penyakit serius seperti kanser paru-paru dan jantung, kanser, batuk yang serius dan sebagainya menunjukkan betapa serius permasalahan merokok. Justeru, jika tiada usaha dan langkah pencegahan diambil untuk membendungnya tabiat buruk ini akan terus menjadi satu ancaman, pembaziran, merugikan keluarga, masyarakat dan negara.

Kajian Kes Jali (bukan nama sebenar) adalah anak sulung daripada lima orang adik beradik. Ayah Jali bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Teluk Medan manakala ibu Jali pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Jali hidup di dalam sebuah keluarga yang sederhana tetapi amat bahagia. Oleh kerana Jali merupakan anak sulung, maka Jali bertanggungjawab menjaga adik-adiknya di rumah dan perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik. Setiap kali tiba waktu solat maghrib, Jali akan pergi bersembahyang di surau yang berdekatan dengan kampung. Jali akan bersembahyang sehinggalah waktu isyak. Setelah habis sembahyang, Jali akan berkumpul dengan rakan-rakan kampung sambil menghisap rokok. Di sinilah bermulanya penglibatan Jali dalam menghisap rokok iaitu sejak Jali berusia 14 tahun. Jali mengakui bahawa dia menghisap rokok bukanlah atas desakan dan ajakan kawan-kawan tetapi atas perasaan ini mencuba yang tinggi menyebabkan Jali terperangkap dengan rokok. Jali juga bimbang jika dia tidakmenghisap rokok dia akan ditolak di dalam kumpulan tersebut. Jali secara beransur-ansur menambah bilangan rokok yang diambil akibat daripada ketagihan. Sehari Jali akan menghhisap rokok sebanyak 6-7 batang. Jumlah bilangan rokok yang diambil menyebabkan Jali berasa sedikit tertekan kerana kos yang tinggi. Jali mula menipu ibu meminta wang untuk memberli rokok. Kononnya dia mahu membeli buku latihan tetapi Jali menggunakan wang tersebut untuk membeli rokok. Jali juga mengaku kepada teman wanitanya bahawa dia bukanlah seorang perokok. Lama kelamaan, timbul kesedaran di dalam diri Jali. Jali berasa sangat bersalah kepada ibu dan teman wanitanya kerana terpaksa menipu. Mulai dari hari itu, Jali berazam untuk berhenti merokok tetapi dalam masa yang sama Jali juga bimbang dirinya akan disish daripada kumpulan rakannya yang majoritinya merokok.

3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) Rasional Teori Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti: •

Rasa malu yang teramat (Awfulizing)



Terlalu menuntut (Demandingness)



Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)



Daya toleransi yang rendah



Lemah semangat



Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)

Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Jali seperti mudah mengalah dan menyalahkan apabila Jali bimbang tidak akan diterima di dalam kumpulan rakannya.

Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan

diri,

sayang menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain,

berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini

meyakinkan bahawa terapi ini dapat

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Seperti di dalam kajian kes di atas, Jali mempunyai kesedaran untuk berhenti merokok, namun Jali bimbang akan ditolak di dalam kumpulan rakannya yang merokok. Jali telah memasang pemikiran ini sebelum mencubanya. Oleh kerana wujud pemikiran yang tidak rasional ini, Jali terperangkap di dalam situasi ini. Dalam REBT, manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi neurosis atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat self defeating. Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan ini pernah diulang oleh Jali apabila dia berkata “Kalau saya berhenti merokok saya pasti rakan-

rakan saya akan mengejek saya dan mungkin juga saya akan dipulaukan”. Perkataan ini sering diulang sehingga menyebabkan Jali takut untuk mencuba. Matlamat Terapi Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien. REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalahmasalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis. Proses teraputik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat andaian bahawa manusia merupakan makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh memperolehi kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan membuang pemikiran yang tidak rasional. Teknik Yang Digunakan •

Main Peranan Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian

peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien boleh menerangkan sendiri semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku. Jali merasakan dirinya tidak mampu berhenti daripada merokok kerana bimbang akan ditolak oleh rakan-rakannya yang merokok. Permikiran yang tidak rasional ini saya cuba terjemahkannya secara ringkas dan mudah kepada Jali. Saya menerangkan kepada Jali dengan melukiskan diagram yang menjelaskan interaksi pelbagai komponen dengan menggunakan konsep ABCDE. A(peristiwa)

B(kepercayaan)

C(akibat)

- Rakan-rakan

- saya akan disisihkan

- saya rasa tersisih

jika berhenti

- saya rasa sedih

merokok

D(mencabar halangan) - awak pastikah awak akan disisihkan?

E(kesan) - saya mula sedar - saya rasa bersemangat

- siapa kata begitu? - pernah sesiapa kata awak akan disisihkan

F(perasaan baru)

jika berhenti merokok? Setelah melukis diagram ini bersama dengan Jali dan akan menunjukkan bagaimana pemikiran rasional itu wujud. Dari pemerhatian Jali, dia akan menjawab setiap persoalan yang saya ajukan. Dari situ, Jali sendiri telah dapat menerangkan semula perjalanan pemikiran yang tidak rasional itu berubah kepada pemikiran yang lebih rasional.



Imageri Rasional-Emotif Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu oerkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat. Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa membawa Jali memikirkan kesan merokok dalam jangka panjang. Jika Jali terus merokok sehingga berusia 50 tahun, apakah dia akan mampu hidup selama ini? Mengapa Jali perlu mensiasiakan usia yang ada dan memudaratkan masa tua Jali dengan merokok? Adakah Jali mahu meninggalkan orang yang tersayang dengan cepat?

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR Saya telah meneroka Jali sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Jali sehingga dia berasa sukar untuk berhenti merokok. Masalah Jali ini adalah berpunca daripada perasaan bimbang akan penerimaan kawan terhadap dirinya, ketagihan dan juga faktor persekitaran di mana keluarga di kampung juga secara majoritinya merokok di hadapannya. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang

bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Jali sendiri.

5.0

IMPLIKASI Selepas sebulan lebih Jali melalui beberapa sesi dan dibimbing dengan pelbagai

maklumat mengenai cara berhenti merokok, Jali akhirnya berjaya berhenti daripada merokok. Dia mula sedar bahawa apa yang difikirkan selama ini adalah tidak benar. Walaupun Jali tidak merokok, namun dia masih diterima di dalam kumpulan rakannya. Jali juga sangat gembira kerana dia tidak lagi perlu menipu ibu dan teman wanitanya kerana mahu menyembunyikan tabiat merokoknya. Jali juga berasa kesihatannya semakin bagus walaupun pada peringkat permulaan, Jali sentiasa berasa lemah dan pening. Namun semuanya itu ditahan untuk mendapatkan kesan yang baik. Jali juga berasa bangga dengan dirinya kerana berjaya berhenti daripada merokok kerana bagi dirinya ini adalah merupakan perubahan yang paling besar pernah dilakukannya sepanjang hayatnya. Bagi Jali tiada apa yang mustahil jika dia sentiasa berfikiran secara positif dan dengan cara pemikiran ini Jali yakin mampu melakukan sesuatu dengan baik dan berkesan.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien. Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional. Kelemahan Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak geliga.

REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja. Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan. Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk menjadi rasional.

7.0

CADANGAN Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar

dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian. Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak

tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0

PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan, ............................................................. (NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN) (D20021010330)

Related Documents

Kajian Kes 2
June 2020 13
Kajian-kes
May 2020 41
Kajian Kes
May 2020 26
Kajian Kes Etika.docx
December 2019 26
Kajian Kes Yang Baru.docx
December 2019 21