Kajian Kes 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kes 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,681
  • Pages: 11
KAJIAN KES 1 1.0

SUBJEK

Nama

: Fais (bukan nama sebenar)

Jantina

: Lelaki

Asal

: Kampung Dew, Selinsing, Perak.

Umur

: 17 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik

: 4 orang (anak ke-3)

Pekerjaan bapa

: Pemandu lori

Tinggal bersama

: Ayah, ibu tiri dan seorang adik

Pencapaian akademik

: Sederhana

2.0

KES

Nama Kes Perlanggaran Displin di Sekolah Perihal Kes Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perlanggaran adalah perihal melanggar atau perihal menentang perbuatan dan sebagainya atau tidak mematuhi. Displin pula bermaksud latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib atau peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Manakala sekolah pula menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) juga ialah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Konsep permasalahan perlanggaran displin di sekolah umumnya melibatkan pelajar yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di sekolah atau tempat mereka belajar.

Institusi persekolahan adalah tempat mereka menimba ilmu, namun mereka telah merosakkan latihan kognitif dan tingkah laku mereka dengan melakukan tingkah lakutingkah laku delikuen yang merosakkan minat belajar, diri sendiri, harapan keluarga dan institusi persekolahan. Kebiasaannya permasalahan perlanggaran displin di sekolah berlaku di dalam sekolah dan sewaktu masa persekolahan. Namun, kemungkinan besar juga ia dipengaruhi dan melarat di luar kawasan dan waktu persekolahan. Kajian Kes Fais (bukan nama sebenar) berasal daripada Kg. Dew, Selinsing, Perak. Fais merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradiknya yang terdiri daripada lelaki semuanya. Abang sulung Fais telah pun mendirikan rumah tangga dan tinggal di Kuala Lumpur manakala abang kedua Fais pula sudah bekerja dan tinggal di Penang. Ibu kandung Fais telah pun meninggal dunia sewaktu Fais berusia 14 tahun. Maka Fais tinggal di rumah bersama dengan ayah dan adik lelakinya yang kini berusia 14 tahun. Ayah pula bekerja sebagai pemandu lori yang menganggkut kelapa sawit dari ladang menuju ke kilang. Sejak kematian ibu, Fais dan adiknya berdikari dalam menguruskan hal rumah tangga. Tidak lama kemudian, ayah telah berkahwin dengan seorang perempuan dan kini dia adalah ibu tiri Fais. Pada permulaan perkahwinan ayahnya, Fais dan keluarga hidup bahagia namun setelah 5 bulan berlalu, ibu tiri mula menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang ibu di mana ibu tirinya telah memukul adik Fais tanpa sebab yang munasabah. Fais mula berasa tertekan dengan perubahan sikap ibu tirinya yang selalu memaki hamun dan memukul Fais dan adiknya. Perkara ini Fais diamkan dan tidak memberitahu kepada ayah mahupun abang. Pada suatu hari, Fais dan adik yang sedang makan ditendang oleh ibu tirinya secara tiba-tiba kerana tidak mengangkat kain jemuran. Fais menjadi berang dan terus menampar ibu tirinya kemudian lari bersama adik ke rumah Tok. Selama kejadian yang tidak disangka-sangka ini, Fais selalu menumpang manja dengan Toknya yang sudah tua. Tok pula faham dengan keadaan yang dilalui oleh Fais

dan adiknya. Ibu tiri pula tidak berani datang ke rumah Tok kerana Tok tahu akan keadaan sebenar. Selepas lari ke rumah Tok yang hanya selang beberapan rumah, Fais dan adiknya terus tidak pulang ke rumah sehingga pada malam itu ayahnya datang dan menjemput mereka. Sampai di rumah Fais dan adiknya dipukul oleh ayah kerana berani menampar ibu tirinya. Ibu tiri pula berlakon di depan ayah dengan menangis kononnya tidak sangka akan dilayan begini oleh anak-anak. Fais cuba menyatakan keadaan sebenar tetapi ayah pula tidak percaya dan menuduh Fais suka menabur fitnah kepada ibu tirinya. Selepas kejadian itu, Fais berasa sangat geram dan tidak mahu lagi bercakap dengan ayahnya. Fais amat kecewa kerana ayahnya lebih mempercayai ibu tirinya daripada anak sendiri. Fais sentiasa merindui ibunya dan keadaan ini menyebabkan Fais berasa sangat sedih dan tertekan kerana dirinya seperti tidak diperlukan oleh ayah lagi. Selain itu, Fais juga telah mengetahui ayahnya mengedar dadah sejak akhir-akhir ini kerana Fais sering terdengar ayah dan ibu tirinya berkelahi kerana ayah mengedar dadah. Ibu tirinya juga pernah meninggalkan rumah selama sebulan kerana lari bersama dengan lelaki lain. Baru-baru ini pula Tok yang disayangi telah pergi mengadap Illahi kerana terlibat dengan kemalangan langgar lari. Fais seakan-akan hilang tempat untuk bermanja namun meredhakan pemergian Tok. Selang seminggu ayahnya pula ditangkap oleh polis setelah menjumpai dadah di rumahnya. Fais bertambah tertekan lagi kerana ayah yang sepatutnya menjaga Fais sekeluarga ditangkap pula oleh polis atas kesalahannya sendiri. Fais semakin tertekan dan hilang arah tujuan. Di manakah dia mahu menumpang kasih dan tempat untuk dia meluahkan perasaannya. Abang-abang Fais pula seakan-akan tidak mempedulikan dirinya dan adik kerana masing-masing malu untuk pulang ke kampung. Di sekolah, Fais diejek oleh rakan-rakan dan ada rakan-rakan mengata tentang keburukan ayahnya. Fais semakin tertekan dan malu dengan rakan-rakan yang tahu perihal keluarganya. Sejak kejadian itu, Fais mula memberontak dengan melakukan pelbagai masalah displin seperti ponteng kelas, mengganggu rakan-rakan di kelas, merosakkan harta benda sekolah, berpakaian selekeh, tidak mengikut peraturan

pemakaian sekolah, tidak menyiapkan tugasan sekolah dan sebagainya. Guru-guru pula sering memandang Fais secara negatif dan paling Fais sedih apabila ada suara-suara yang mengatakan Fais mengambil dadah seperti ayah sedangkan dia tidak pernah menyentuh pun benda haram itu. Keadaan ini telah mengeruhkan lagi keadaan Fais. Fais berjumpa dengan kaunselor sekolah atas kesedarannya dan dia berasa perlu berkongsi masalahnya dengan seseorang yang boleh dipercayai.

3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih Teori Gestalt Rasional Teori Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu kompasisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak secara aktif, bukan secara berasingan dan compartmental. Teori ini berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat dan tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya sebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada pengalaman hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan menikmati sepenuhnya apa yang ada. Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara perkaraperkara penting ialah: •

Hidup sekarang, fokus pada sekarang.



Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.



Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita mengalami keseronokkan.



Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran sendiri.



Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenarbenarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan cara yang menarik dan mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang kemajuannya. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Seperti di dalam kajian kes ini, Fais sangat tertekan dengan keadaan dan pengalaman hidupnya yang dirasakan sangat tidak membantu dirinya untuk berjalan. Malah Fais telah memilih untuk bertindak agresif untuk menunjukkan keadaan pergolakkan yang dihadapinya. Fais yang telah memilih untuk bertingkah laku delikuen dan melakukan pelbagai masalah displin. Di dalam teori Gestalt telah dinyatakan manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Oleh itu, Fais boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapinya dan Fais juga mampu membantu dirinya serta mengambil peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin. Fais juga boleh mengendalikan masalah dirinya sendiri dengan berkesan sekiranya Fais sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.

Matlamat Terapi Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang (here and now). Secara umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangkakan mereka sendiri. Ianya juga membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut. Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri mereka. Teknik Yang Digunakan •

Kerusi Kosong Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti. Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian, moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’.

Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di dalam sesuatu keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah Fais, teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan kerusi kosong telah digunakan. Fais sering merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang daripada ayahnya dan Fais juga enggan bercakap dengan ayahnya setelah sekian lama. Oleh itu saya meminta Fais cuba bayangkan saya menjadi ayah dan meminta Fais bercakap dengan ayahnya. Apa sahaja yang ingin diluahkan oleh Fais, Fais boleh luahkan melalui pendekatan ini. Pada permulaan, saya membiarkan Fais bercakap dengan kerusi kosong yang diletakkan di hadapannya. Kemudian setelah Fais bercakap dengan lancar, saya duduk di kerusi kosong tersebut dan meminta Fais supaya menganggap saya adalah ayah yang akan mendengar luahan Fais. Fais kemudiannya meluahkan isi hatinya yang terbuku sepuas-puasnya. Saya akan menjawab segala persoalan Fais dengan jawapan positif.

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR Saya telah meneroka Fais sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Fais. Masalah Fais ini berpunca daripada persekitarannya iaitu faktor keluarga, rakanrakan dan juga sikap sesetengah pihak yang melabel Fais dengan label yang tidak membina. Namun dalam kes ini saya memfokuskan Fais kepada faktor keluarganya di mana Fais mempunyai masalah perhubungan dengan ayahnya yang kini berada di penjara. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,

memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Fais meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan rambutnya sambil menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi non verbal Fais. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Fais sendiri.

5.0

IMPLIKASI Sesi ini berjaya membawa Fais kepada mengetahui apakah matlamat hidupnya

dan bagaimana Fais harus bertindak. Setelah melalui sebanyak empat sesi, Fais berasa tahu ke mana dan di manakah arah tujuannya. Fais juga tahu apakah tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan apakah tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan juga abang kepada adik. Sebagai seorang pelajar Fais seharusnya mematuhi undang-undang sekolah dan tidak wajar melepaskan tekanan yang dihadapinya kepada sekolah. Tambahan pula Fais bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Tindakan tanpa berfikir yang dilakukannya hanya akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri dan juga orang lain. Fais juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada adiknya yang kini baru sahaja berada di tingkatan 2. Fais juga menyatakan bahawa dia tidak wajar melawan ibu tirinya dan juga tidak bercakap dengan ayah kerana apabila dia tidak bercakap dengan

ayah, segala masalahnya tidak akan selesai dan ayah juga tidak akan tahu apakah masalah sebenar Fais. Melalui teknik kerusi kosong, Fais telah berpeluang belajar bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada ayah memandangkan selama ini Fais tidak pernah memberitahu kepada ayah akan masalahnya. Apabila Fais menjalani teknik kerusi kosong, sekurang-kurangnya Fais sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ayah. Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat membantu Fais meluahkan perasaannya. Masalah Fais ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara aktif amat penting bagi seorang kaunselor yang mahu menyelami perasaan klien. Selain itu dengan adanya dorongan minima, reflrksi, parafrasa, rumusan dan soalan-soalan terbuka dan tertutup yang diaplikasikan akan melancarkan lagi perjalanan sesebuah sesi kaunseling itu.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap dirinya. Contohnya Fais sendiri disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan Fais juga bersetuju untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik. Fais juga sedar akan tanggungjawabnya memberikan contoh yang terbaik kepada adiknya agar perkara yang terjadi kepada ayahnya tidak berulang lagi. Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial atau fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia perlu mencari jalan dalam hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapai

kematangan. Melalui kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan untuk membantunya berubah. Kelemahan Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan kaunselor untuk lebih bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi di mana saya sebagai kaunselor akan banyak mengarah Fais untuk melakukan sesuatu seperti apabila Fais enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa meminta Fais melakukannya juga dan merasai kesannya. Teori ini mempunyai kecenderungan mengenepikan unsur logikal, kognitif dan merendahkan faktor intelektual dalam personaliti. Ini berlaku apabila Fais merasakan dirinya seakan-akan orang gila apabila bercakap dengan kerusi kosong. Apabila Fais enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa menyatakan sesuatu bagi membuatkan Fais percaya bercakap dengan kerusi kosong dia akan dapat merasai situasi yang sebenar. Keadaan ini membuatkan saya sebagai seorang kaunselor terpaksa bersedia berhadapan dengan pelbagai soalan-soalan yang menguji saya untuk menjawab soalannya dengan baik.

7.0

CADANGAN Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar

dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0

PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya. Tandatangan, ............................................................. (NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN) (D20021010330)

Related Documents

Kajian-kes
May 2020 41
Kajian Kes 1
June 2020 16
Kajian Kes
May 2020 26
Kajian Kes Etika.docx
December 2019 26
Kajian Kes Yang Baru.docx
December 2019 21