Kaedah Pengulangan - Tikrar

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaedah Pengulangan - Tikrar as PDF for free.

More details

  • Words: 906
  • Pages: 4
KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan) Pengenalan Maksud Tikrar pada bahasa

: Ulangan berkali-kali

Pada Istilah

:Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, muridmurid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Muridmurid membaca secara kelas. Muridmurid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif: 1. Murid dapat menyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih. 2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang kekal. 3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris. Pelaksanaan: 1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan. 2. Memastikan tahap kebolehan murid. 3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti. 4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati. 5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya. Kekuatan: 1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. 2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. 3. Dapat membina keyakinan diri murid.

Dalil Kaedah Tikrar َ‫حةُ ِف يْ الّنوْ مِ فَكَا نَ َل يَرَى ُر ْؤيًا ِإلّ جَاءَ تْ ِمْثل‬ َ ‫مِ نَ الوَ ْح يِ ال ّر ْؤيَا ال صّاِل‬

ِ‫شةَ ُأمّ ا ُلؤْ ِمِنيْ نَ َأّنهَا قَالَ تْ َأ ّولُ مَا ُبدِىءَ بِ هِ رَ ُس ْولُ ال‬ َ ِ‫]عَ نْ عَائ‬

ّ‫ك ثُم‬ َ ِ‫حنّ ثُ ِفيْ هِ َو ُهوَ التّ َعّبدُ الّليَاِل يْ َذوَا تِ ال َعدَدِ َقْبلَ أَ نْ َينْزِ عَ إِلَى َأ ْهلِ هِ َوَيتَ َزوّ ُد ِلذَل‬ َ ‫خُلوْ بِغَا ِر حِرَاءٍ َفَيَت‬ ْ ‫لءُ َوكَا نَ َي‬ َ‫ل‬ َ ‫ب إَِليْ هِ ا‬ َ ّ‫صبْ ِح ُثمّ ُحب‬ ّ ‫َفلَ قِ ال‬ َ‫ئ قَالَ َفأَ َخ َذنِيْ َف َغ ّطنِ ْي َحتّى َبلَغ‬ ٍ ِ‫لقّ َوهُوَ فِ ْي غَارِ حِرَاءٍ َفجَاءَهُ ا َللَكُ فَقَالَ ِاقْ َرأْ قَا َل مَا َأنَا بِقَار‬ َ ‫جةَ َفَيتَ َزوّ ُد ِل ِمثِْلهَا َحتّى جَاءَهِ ا‬ َ ‫يَ ْرجِعُ إِلَى َخ ِدْي‬ ٍ‫ل ْهدُ ُثمّ أَرْ سََلنِيْ َفقَالَ اِقْ َرأْ َف ُقلْ تُ مَا َأنَا ِبقَا ِرئ‬ َ ‫ل ْهدُ ُثمّ أَرْ َسَلنِيْ فَقَالَ ِاقْ َرأْ ُقلْ تُ مَا َأنَا ِبقَا ِرئٍ َفأَ َخ َذنِ يْ فَ َغ ّطنِ يْ الثّاِنَيةَ َحتّى بَلَ غَ ِمنّي ا‬ َ ‫ِمنّي ا‬ [‫ إل آخر الديث‬...ُ‫ي َخَلقَ َخلَ َق ا ِلنْسَانَ ِمنْ َعَلقٍ اِقْ َرْأ وَ َربّكَ ا َلكْ َرم‬ ْ ِ‫َفأَ َخذَنِيْ َف َغ ّطنِيْ الثّاِلَثةَ ُثمّ أَ ْر َسَلنِيْ فَقَالَ ِاقْ َرأْ بِاسْمِ َربّكَ اّلذ‬ ‫َروَاهُ الُبخَارِي‬ Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mulamula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya

sehingga

aku

merasa

payah

dan

sukar”

.Kemudian

aku

dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata : ُ‫اِقْ َرْأ بِاسْ ِم َربّكَ اّلذِيْ َخَل َق َخَلقَ ا ِلنْسَانَ ِم ْن عََلقٍ اِقْ َرْأ وَ َربّكَ ا َلكْ َرم‬

Kaedah Pengulangan / tikrar Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat menggunakan kaedah ini dengan cara mengulang kaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian. Kaedah ulangan ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai mengikut topik pengajaran supaya ia tidak menjadi aktiviti yang membosankan. Contoh Kaedah ulanagn yang betul adalah guru akan mengulang sebanyak 3 kali berturut-turut berkaitan sesuatu perkara yang ingin ditegaskan. Hal ini dilakukan supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan sekali gus dapat meningkatkan kefahaman serta menguatkan daya ingatan. Kaedah ulangan dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bersedia menerima pengajaran dan menguatkan daya ingatan dan kefahaman. Kaedah ulanagan bole dilakukan oleh guru dalam peringkat pengajaran yang sama ataupun guru membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat pengajaran yang berbeza. Contohnya membuat pengulangan pada isi pengajaran pada awal sesi pengajaran, pada peringkat akhir pengajaran ataupun membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat yang sama.

Langkah-langkah Langkah 1 Guru menentukan objektif pengajaran dan dapat mengenal pasti sesetengah perkara yang ingin ditegaskan kepada pelajar dan aspek yang memerlukan daya ingatan dan kefahamna yang lebih oleh pelajar. Langkah 2 Pengulangan dilakukan oleh guru semasa memberikan penjelasan sama ada dengan menyebut sendiri secara berulang-ulang ataupun meminta penyertaan pelajar bagi mengulang semula apa yang sudah diterangkan. Langkah 3 Pengulangan yang dibuat oleh guru akan memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan perkara itu adalah sesuatu yang penting dan perlu lebih diingati atau difahami. Sekiranya pelajar sendiri yang membuat pengulangan ,maka semasa proses pengulanagn berlaku, pelajar sudah membuat peneguhan dalam aspek kemahiran mengingat dan memahami sesuatu perkara.

Related Documents


More Documents from "Bagus Windhya Kusuma Wardana"