Kaedah Kajian.docx

  • Uploaded by: Inesh Dhillon
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaedah Kajian.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 695
  • Pages: 4
000511081253

4.0 KAEDAH KAJIAN Seksyen ini menunjukkan reka bentuk kajian, kaedah kajian, cara pengumpulan data dan cara menganalisis data.

4.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian selidik. Kajian selidik ialah kaedah mengumpul data dengan menggunakan borang soal selidik yang mempunyai satu set soalan untuk diberi kepada satu sampel individu yang terpilih daripada populasi yang hendak dikaji. Objektik kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor tarikan penglibatan ahli yang mengunjungi Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang serta untuk mengkaji usaha-usaha yang diambil oleh pihak Gurdwara untuk mendorong ahli mengunjungi rumah ibadat bagi memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan ahli Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang.

4.2 Sampel Kajian

Sampel kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan seramai 30 orang penduduk sebagai responden dan 5 orang penduduk sebagai informan di Gurdwara Sahib George Town Pulau Pinang. Sampel kajian perlulah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji secara kuantitatif dan kualitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang ingin dikaji. Proses persampelan yang baik dan efektif dapat membantu pengkaji membuat kajian atau penyelidikan.

000511081253

4.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen borang pemerhatian, borang soal selidik, temu bual dan juga kepustakaan.

4.3.1 Pemerhatian Jadual 1: Tarikh dan Masa Pemerhatian Bil

Tarikh

Hari

Masa

1

6 Februari 2019

Rabu

4.30 petang-6.00 petang

2

10 Februari 2019

Ahad

4.00 petang-7.00 petang

3

12 Februari 2019

Selasa

5.00 petang-6.00 petang

4

20 Februari 2019

Rabu

4.30 petang-5.30 petang

(Sumber: Kerja Lapangan 2019)

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian meninjau lokasi kajian iaitu Gurdwara Sahib George Town, Pulau Pinang. Pengkaji juga dapat memperoleh maklumat tentang faktor-faktor tarikan penglibatan ahli yang mengunjungi Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak Gurdwara untuk mendorong ahli mengunjungi Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang melalui soal selidik dan temu bual bersama ahli Gurdwara Sahib.

000511081253

4.3.2 Soal Selidik Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, B dan C mengandungi 6 soalan masing-masing. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada para ahli adalah ringkas dan mudah difahami. Ini bermaksud semua golongan ahli yang berbeza umur dapat menjawab soalan yang dikemukakan secara langsung. Borang soal selidik ini menggunakan format yang berbentuk tertutup dan likert. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan pengkaji membuat kajian. Bahagian A mengandungi butiran ahli-ahli Gurdwara yang dikaji mengikut jantina, umur, pekerjaan, kekerapan serta waktu mengunjung dan jika interaksi berlaku bersama ahli yang lain. Bahagian B menunjukkan faktor-faktor tarikan penglibatan ahli ke Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang. Bahagian C pula menunjukkan usaha-usaha yang diambil oleh pihak Gurdwara untuk mendorong ahli munjunjungi rumah ibadat Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang mengikut format Likert point. Seramai 30 responden diberi soal selidik dan diberikan 10 minit untuk menjawab soal selidik tersebut.

4.3.3 Temu Bual Temu bual dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu isu dalam sesuatu kajian. Maklumat dikumpul melalui jawapan lisan dalm hasil temu bual tersebut. Temu bual secara tidak berstruktur telah digunakan. Hal ini bermakna soalan dibentuk secara bebas dan responden tidak dipandukan dalam memberikan respon. Pengkaji menyediakan enam soalan yang berkaitan dengan faktorfaktor tarikan serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak Gurdwara untuk mendorong ahli mengunjungi rumah ibadat bagi memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan ahli Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang. Sebanyak empat orang informen ditemu bual dan ditanya enam soalan. Empat rakaman telah diambil.

000511081253

4.3.4 Kepustakaan Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk memperoleh maklumat serta data yang berkaitan dengan kawasan kediaman dan tempat ibadat melalui bahan rujukan seperti Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, 2007.

4.4 Cara Analisis Data Cara menganalisis data adalah dengan menggunakan kaedah penerangan dalam bentuk peratusan dan juga kekerapan (frekuensi). Hasil ini diperoleh daripada borang soal selidik yang telah diberi dan dijawab oleh 30 orang ahli di Gurdwara Sahib, George Town sebagai responden.

Data yang dianalisis serta dikumpul deipersembahkan dalam bentuk jadual dan media grafik. Skala likert 5 peringkat digunakan dalam Bahagian B dan Bahagian C dalam borang soal selidik untuk mengenal pasti faktor-faktor tarikan penglibatan ahli yang mengunjungi Gurdwara Sahib dan untuk mengkaji usaha-usaha yang diambil oleh [ihak Gurdwara untuk mendorong ahli mengunjungi rumah ibadat di Gurdwara Sahib, George Town, Pulau Pinang.

SKALA

POIN

Sangat tidak setuju

1

Tidak setuju

2

Kurang setuju

3

Setuju

4

Sangat setuju

5

Related Documents

Bab 5 - Kaedah-kaedah Fiqh
November 2019 34
Kaedah Kajian
May 2020 12
Kaedah Kajian
June 2020 10
Kaedah Iqra
December 2019 7

More Documents from ""

My Soal Selidik.docx
December 2019 3
Kaedah Kajian.docx
December 2019 11
Word List
June 2020 5