Kaedah Iqra

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaedah Iqra as PDF for free.

More details

  • Words: 1,801
  • Pages: 12
Al-Quran merupakan sumber rujukan yang utama bagi membentuk sesuatu perlembagaan, akhlak, jati diri dan sebagainya. Oleh sebab itu telah timbul pelbagai kaedah dan cara untuk mempelajari dan memdalami al-Quran dengan baik dan berkesan. Keadah-keadah yang telah wujud dari dulu hingga dewasa ini ialah seperti berikut: I. Kaedah Talaqqi Musyafahah II. Kaedah Tasmik III. Kaedah Tadarus IV. Kaedah Tikrar V. Kaedah Imla’I VI. Kaedah baghdadiah VII. Kaedah Iqra’ VIII. Kaedah Qiraati IX. Kaedah Hattawiah

Setiap kaedah diatas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tumpuan utama yang akan dikupas dalam kertas kerja ini ialah berkenaan tiga keadah sahaja iaitu kaedah Baghdadiah, kaedah Iqra’ dan kaedah Tadarus.

KAEDAH BAGHDADIAH Kaedah Baghdadiah adalah kaedah yang paling lama dan masyhur di Malaysia. Boleh dikatakan genaerasi yang lahir hari ini lahir dengan kaedah baghdadiah. Terdadapat banyak kelebihan atau cirri-ciri istemewa yang ada pada kaedah ini antaranya ialah: 1. murid dapat mengenal huruf hijaiah, baris-baris dan tanda-tanda dalam al-Quran dengan baik. 2. murid diajar mengikut peringkat yang tertntu dari mudah kepada sederhana dan susah. 3. murid diajar mengeja huruf yang pelbagai baris sehingga betul-betul fasih dan mahir. 4. pelajar senang faham dan dapat mengeja serta membaca kalimah yang mempunyai pelbagai baris dan tanda kerana dipermulaan pembelajaran murid diperkenalkan dengan huruf-huruf hijaiyyah terlebih dahulu. 5. kaedah ini dapat membentuk disiplin pelajar kerana ia perlu kepada tumpuan yang sungguh-sungguh dariapada pelajar. 6. sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap kemampuan individu 7. sesuai untuk pelajar yang lemah kerana dia mengikut peringkat tertentu iaitu dari pengenalan huruf, mengeja dan membaca al-Quran 8. cepat menguasi pembacaan al-quran kerana dapat mengenalpasti huruf dan tanda baca dengan baik. 9. menguatkan daya hafazan terhadap ayat-ayat lazim 10. cepat mengeja

11. cepat mengeal huruf 12. penguasaan ilmu tajwid melalui pembacaan surah pendek.

Walaubagaimanapun kaedah ini juga tidak dapat lari dari mempunyai kelemahanya yang tersendiri antaranya ialah: 1. memakan masa yang lama untuk membaca al-quran sekiranya tidak dapat menguasi ejaan dan mengenal huruf 2. guru kurang mahir dalam jaedah pengajaran mengeja baris dan tanda baca 3. buku kurang menarik dari segi persembahan grafik dan warna 4. corak pengejaran guru lebih kepada interaksi satu hala(Guru sekadar mendengar bacaan murid atau guru yang memperdengarkan bacaan kepada murid) 5. tiada panduan dan had tempoh yang tertentu dalam pembacaan al-Quran 6. Kaedah ini tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran KBSR 7. Tiada keseragaman dalam system pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini biasanya diajar oleh guru-guru kampung mengikut tahap keupayaan mereka. 8. suasana pembelajaran yang tidak kondusif dari segi persekitaran dan tiada kawalan yang sewajarnya dan bergantung kepada pelajar itu sendiri 9. penguasaan pelajar lebih kepada hafazan berbanding dari segi kemahiran menulis. 10. masa yang tidak sesuai dilaksanakan iaitu selepas waktu asar dan magrib mengikut masa rehat guru agama.

11. bilangan pelajar yang terlalu ramai dan tiada kawalan yang sewajarnya ari guru agama.

Bagi memastikan keadah ini membawa kabaikan dan kaejayaan yang lebih cermerlang dalam penguasaan al-Quran maka cadanga atau langakah-langkah yang boleh diambil adalah sebagaimana berikut:

1. Pihak yang bertanggunjawab dalam bidang ini boleh menyediakan buku panduan khas kepada pelajar dan guru dalam mengeja baris dan tanda bacaan yang menarik dari segi warna dan persembahan 2. guru mengunakan pelbagai kemahiran dan kaedah dalam sesi pengajaran mengikut tahap kemahiran dan kemampuan pelajar contoh mengunakan tape atau radio untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari al-Quran 3. guru memastikan waktu yang sesuai untuk sesi pengajaran berdasarkan jumlah pelajar dalam setiuap sesi pengajaran dan pembelajaran 4. memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 10 orang agar sesi pembelajaran lebih berkesan dan lancar 5. guru mengambungjalinkan kaedah ini dengan kaedah lain yang sesuai seperti kaedah iqra bagi memastikan penguasaan murid lebih berkesan 6. pemantuan dari pihak tertentu keatas guru0guruagamna yang mengajar al-Quran terutama kawasan kampung agar sebutan huruf tidak mengikut suasana dan situasi setempat.

7. mewujudkan krusus keseragaman kaedah pengajaran untuk guru, ibu bapa dan orang awam yang berminat. 8. kaedah ini digunakan secara meluas dalam system pendidikan negara.

KAEDAH IQRA’

Kaedah iqra’ adalah kaedah yang agak baru muncul di Malaysia. Kaedah mula diperkenalkan oleh Ustaz As’ ad Human dari Indonesia. Kemuculan kaedah ini agak menarik perhatian kerana ia adalah kaedah yang agak menarik dan mudah untuk dipelajari. Kelebihan yang ada pada kaedah ini antaranya ialah: 1. pelajar cepat pandai 2. pelajar cepat faham dan dapat 3. mudah mengingat huruf dan kalimah 4. mengenal bunyi tanpa mengeja 5. mudah mengingati dalam masa yang singkat 6. dapat menyebut dengan cepat dan lancar 7. berkelompok mengikut IQ pelajar 8. latih tubi sebutan kalimah susah 9. cepat dan berkesan 10. dapat menguasi dengan cepat 11. belajar secara berkelompok 12. mudah, cepat dan senang difahami 13. dapat baca Al-Quran dengan baik dan mengenali huruf jawi

14. cepat menguasai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran 15. cepat mengenal huruf, baris dan tanda dalam al-Quran 16. murid berdisiplin 17. mudah menyebut huruf dan kalimah yang diperkenal oleh guru 18. mudah menyebut dan mengingat 19. kemahiran tidak membebankan dan mempercepatkan proses pengajaran 20. pengajaran berperingkat dari bacaan asas hingga tajwid 21. tidak membazir masa untuk mengeja 22. ada tanda warna untuk membezakan sebutan baris 23. mudah diajar dan tidak menjemukan

Kaedah ini juaga tidak terlepas dari beberapa kelemahan atau kekurangan. Kelemahan dalam kaedah ini wujud hasil daripada pengunaan yang meluas kaedah ini pada abab ini. Kelemahan yang dapat dicunkil dalam kaedah Iqra’ antaranya ialah:

1. tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran mengikut kaedah Iqra’ 2. tidak ada krusus intesif yang berterusan kepada guru 3. bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah 4. tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah ini (terutama kepada pelajar yang lemah). 5. perbezaan cara pengajaran Al-Quran di rumah dan sekolah 6. tidak buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan

7. kurang aktiviti sampingan dan pengajaran al-Quran 8. tidak pengawasan pihak tertentu terhadap buku-buku yang diedar di sekolah 9. naskah buku iqra’ yanga digunakan tidak mempunyai tariakan yang dapat menarik perhatian murid seperti warna dan lain-lain 10. perbezaan tahap dikalangan pelajar atau latar belakang pelajar murid yang berbeza 11. tidak sempat untuk melakukan ulangan pelajaran 12. perlu perhatian yang lebih kepada pelajar yang lemah 13. kemahiran perlu diteruskan setiap masa 14. murid dapat hafal tapi dari segi hafalan sahaja 15. sebut huruf tunggal tidak betul 16. buku iqra’5 dan 6 ayat-ayat al-quran ditulis bercampur-campur susah bagi pelajar untuk hafal surah yang pendek 17. susah dikuasai oleh pelajar yang lemah 18. ia mudah dan cepat tapi bukan untuk pelajar yang lemah.

Bagi mengatasi kelemahan dan menampung kekurangan tersebut, dapatlah dikemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi mutu kaedah iqra’. Cadangan yang dapat dikemukakan ialah: 1. menganjurkan kursus-kursus mengenai teknik mengajar al-Quran mengikut kaedah iqra’ kepada guru-guru dan menganjurkan seminar tahunan diperingkat negeri dan menjemput para guru dan ibu bapa sebagai peserta.

2. menerbitkan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah iqra’ dan diedarkan kepada semua guru diseluruh negara 3. perlu digabungjalin dengan kaedah lama, iqra’ diteruskan mengikut kesesuaian tetapi kaedah baghdadiah tetap dijalankan 4. mengalakkan ibu bapa supaya tidak mengunakan kaedah lain dalam mengajar alQuran di rumah selain daripada kaedah iqra’ yang digunakan di sekolah dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku kepada anak-anak sekiranya berlaku demikian. 5. guru yang mengajar perlu ikhlas dan mempunyai sifat kasih sayang dan amanah ilmu 6. guru perlu memperbanyakan alat bantu mengajar (ABM) 7. mempelbagaikan cara mengajar dengan mengunakan teknik terkini seperti pengunaan komputer, multimedia dan sebagainya 8. perlu dikemaskini terutama potongan ayat yang dikeluarkan.

TADARUS

Tadarus al-Quran adalah fenomena biasa pada bulan Ramadhan. Namun demikian kaedah ini agak menarik dan banyak memberi sumbangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Pelaksanaan kaedah ini yang agak jarang dan mungkin mengikut musim, maka ramai yang tidak begitu nampak kehebatan kaedah ini dalam sistem bacaan al-Quran. Sebenaranya terdapat beberapa kelebihan dalam kaedah ini untuk menguasi al-

Quran dengan baik dan sempurna dari segi hukum dan tajwid. Kelebihan kaedah ini ialah: 1. membaca dalam kumpulan yang telah ditetapkan tidak melebihi 4 orang agar sesi tadarus lebih berkesan dan bermakna 2. bimbingan adalah terus dari ahli tadarus 3. pengajaran dan pembelajaran adalah aktif 4. membentuk sikap berani mencuba dari kalangan ahli tadarus 5. membina keyakinan diri dan semangat yang tinggi untuk menguasai alQuran dengan baik 6. memberi peluang kapada ahli tadarus yang lemah memperbaiki bacaan 7. setiap kesalahan adalah serta merta ditegur oleh ahli tadarus 8. bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari dengan jelas oleh ahli tadarus 9. pencapaian murid dapat diselaraskan 10. jumlah ayat adalah sama bagi setiap ahli tadarus

Tadarus al-Quran juga tak lari dari mempunyai kelemahan dan kekurangan. Tambahan pula kesempurnaan sesuatu agak sukar tanpa penggabujalinan bagi menampung kelemahan dalam setiap kaedah, kelemahan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya ialah: 1. kaedah ini sesuai kepada yang mahir dalam bacaan al-Quran bukan untuk golongan yang masih belum menguasi bacaan al-quran yang asas

2. Perlaksanaan kaedah ini agak jarang dan tidak berterusan, buktinya ia dilaksanakan pada musim-musim atau bulan-bulan tertentu sahaja. Contohnya dilaksanakan pada bulan Ramadhan dan majlis kaeramaian tertentu sahaja. 3. timbul rasa rendah diri dari kalangan ahli tadarus yang lemah dan tidak berapa lancar dalam bacaan al-Quran 4. membaiki kesalahan tapi tidak menjelaskan secara detail tentang hukum tajwid, makraj huruf dan sebagainya kerana kesuntukan masa dan urusan lain 5. ahli tadarus biasanya akan membuat kesalahan yang sama kerana tiada pengulangan atau latih tubi dalam bacaan 6. ahli tadarus yang tidak hadir mengikut masa yang ditetapkan akan ketinggalan dalam bacaan 7. ahli tadarus yang mahir akan cepat rasa jemu menanti giliran dan membaiki bacaan ahli tadarus yang lemah. Tadarus al-Quran merupakan salah satu metod untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama muslim. Bagi memastikan kaedah ini berkekalan dan berterusan sepanjang zaman dari zaman Rasulullah hingga abad ini. Bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan yang ada dalam kaedah ini beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah-langkah untuk mengatasi maslah tersebut ialah: 1. kaedah ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya tertumpu pada masa dan majlis yang tertentu sahaja.

2. setiap kesalahan ahli tadarus perlu dijelaskan secara detail agar kesalahan yang sama tidak diulang berkli-kali 3. ahli tadarus yang mahir perlu bersabar dan tidak jemu membimbing ahli tadarus yang lemah bagi memastikan al-Quran terus dimartabatkan dalam kehidupan 4. setiap ahli tadarus pelu memberi komitmen dan istiqamah yang sepenuhnya untuk hadir dalam majlis tadarus 5. ahli tadarus yang lemah perlu bersikap terbuka dalam menerima setiap teguran ahli tadarus agar majlis tadarus tidak berkubur begitu sahaja.

Berdasarkan kelebihan, kelemahan dan cadangan untuk mengatasi setiap permasalahan yang wujud dalam ketiga-tiga kaedah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa apa sahaja bentuk kaedah yang digunakan dalam menguasai al-Quran dengan baik dari segi sebutan huruf, makraj dan hukum tajwid yang paling utama ialah komitmen yang perlu ada pada setiap individu untuk menguasi al-Quran dengan baik. Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahab yang ada pada setiap kaedah, selain daripada itu juga setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah bergantung kepada kehendak individu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.

Related Documents

Kaedah Iqra
December 2019 7
Iqra
October 2019 30
Iqra Sms
May 2020 3
Iqra-hijaiyah
May 2020 1
Iqra(jamil)
December 2019 22
096 Iqra
November 2019 14