Kadar Kemiskinan Malaysia Turun Kepada 3

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kadar Kemiskinan Malaysia Turun Kepada 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 275
  • Pages: 1
Kadar kemiskinan Malaysia turun kepada 3.6 peratus KUALA LUMPUR, 5 Mac 2007 - Kadar kemiskinan di Malaysia berkurang kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 daripada 5.7 peratus pada tahun 2004. Menurut Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Sulaiman Mahbob, pengurangan itu disumbangkan oleh pertumbuhan ekonomi yang positif dan usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan. Katanya, tahap kemiskinan di bandar berkurangan daripada 2.5 peratus pada tahun 2004 kepada 2 peratus pada tahun 2007, manakala kadar kemiskinan di kawasan luar bandar turun kepada 7.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2004. ''Dengan pencapaian ini, sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus pada tahun 2010 diyakini akan dapat dicapai,'' katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan hasil Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2007, di sini hari ini. Mengenai kemiskinan tegar pula, beliau berkata, kadarnya juga berkurangan kepada 0.7 peratus pada tahun 2007 berbanding 1.2 peratus pada tahun 2004. Bilangan isi rumah miskin tegar pula turut menurun sebanyak 43 peratus kepada 38,400 orang pada tahun lalu berbanding 67,300 pada tahun 2004. Dr. Sulaiman juga menjelaskan bahawa pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM3,686 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,249 sebulan pada tahun 2004. Peningkatan ini disebabkan oleh hasil pertumbuhan ekonomi yang positif yang dapat menjana banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan semua rakyat. Pendapatan isi rumah di bandar naik kepada RM4,356 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,956 sebulan pada tahun 2004, manakala pendapatan isi rumah di luar bandar bertambah kepada RM2,283 sebulan berbanding RM1,875 sebulan, katanya. Sementara itu, semua kumpulan etnik mencatat peningkatan pendapatan isi rumah dalam tempoh 2004 hingga 2007. - Utusan Online

Related Documents

Kemiskinan
November 2019 54
Kemiskinan
July 2020 36
Kadar
June 2020 26