Jual Ubat.docx

  • Uploaded by: amira
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jual Ubat.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 452
  • Pages: 1
TEATER JUAL UBAT OLEH KHALID SALLEH Apabila mendengar tajuk teater yang akan dipersembahkan, saya membayangkan akan disajikan dengan gelagat penjual ubat yang berusaha untuk menjual barang jualnnya. Namun apabila sahaja teater dimulakan, saya sendiri pada awalnya tidak dapat melihat apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Wak Khalid. Teater yang disampaikan oleh Wak Khalid ini agak sukar difahami oleh segelintir penonton memandangkan beliau lebih selesa untuk bercakap dalam loghat jawa. Teater dimulakan dengan Wak Khalid berkongsi pengalaman hidupnya yang lebih banyak berkisar di Indonesia. Menyedari bahawa ada dikalangan penonton yang mulai keliru dengan apa yang disampaikan, Wak Khalid bertindak dengan menimbulkan suatu pertanyaan yang meminta penonton berfikir tentang persamaan antara kuliah di surau atau majlis ilmu dengan ubat. Persoalan ini dibiarkan tergantung begitu sahaja dengan Wak Khalid mula meneruskan monolognya. Di dalam teater ini Wak Khalid begitu bijak dalam menukar dan menyesuaikan watak-watak yang dibawa. Watak yang ditekankan oleh beliau adalah sebagai Si Penjual Ubat. Si Penjual Ubat yang menjual ubat di kaki lima sambil diperhatikan oleh orang-orang di sekitar kelihatan berbeza daripada penjual ubat yang biasa. Di sini penonton mula keliru dengan peranan penjual ubat itu yang sebenarnya. Si Penjual Ubat yang penuh dengan falsafah dan hujah-hujah kehidupan terus menarik minat orang yang melihatnya. Wak Khalid juga kadangkala menyelitkan kisah hidupnya sendiri dalam masa memainkan peranan sebagai Si Penjual Ubat. Dalam penceritaannya sebagai Si Penjual Ubat, salah satu isi yang menarik minat saya adalah apabila Wak Khalid menggunakan botol kosong dan batu sebagai anatogi sebuah kehidupan. Beliau juga bijak dalam menggunakan ruang dan perhatian penonton apabila sering berinteraksi dengan penonton walaupun secara tidak langsung. Dalam teater ini juga, Wak Khalid ada menyelitkan sindiran kepada masyarakat. Setiap jenakanya berisi. Isu-isu semasa yang berlaku juga diselitkan dengan disesuaikan dalam penceritaan teater. Apabila Si Penjual Ubat meminta diri, penonton seakan-akan tidak percaya bahawa teater tersebut sudah berakhir memandangkan terdapat banyak persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan. Teater yang membawa tajuk Jual Ubat ini rupa-rupanya telah disalah tafsir oleh sebahagian besar penonton yang hadir memandangkan ‘Jual Ubat’ yang sebenarnya dimaksudkan ialah setiap perkataan yang dikeluarkan yang mana dapat memberi kesan dan semangat kepada para pendengar. Saya juga tertarik dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang penonton yang bertanyakan cara untuk mengubah ubat yang sedia maklum pahit menjadi manis dan mudah ditelan. Soalan ini dijawab dengan ringkas oleh Wak Khalid yang mana menyatakan bahawa rasa pahit itu psikologi. Pada masa ini terdetik di fikiran saya bahawa sebenarnya setiap perkataan yang disampaikan sebenarnya bersifat neutral. Ia bergantung pada diri sendiri bagaimana kita menerimanya. Secara keseluruhannya, teater ini telah memberi impak yang berbeza dalam diri saya. Saya berharap teater seperti ini akan terus dipersembahkan kepada masyarakat. Semoga wujud lebih banyak lagi insan seperti Wak Khalid yang dapat meneruskan legasi teater.

Related Documents

Jual Ubat.docx
July 2020 23
Jual Keranda
October 2019 34
Jual Kopra
December 2019 31
Jual Beli.docx
July 2020 26
Jual Pulsa.docx
April 2020 21

More Documents from "Deyangga Muhamad Gumilang"