10
20
PENDAHULUAN
1.1
PENGURUSAN
1.2
ORGANISASI
PENGURUSAN
JABATAN
PERPADUAN
NEGARA
DAN
INTEGRASI
NASIONAL 2.1.
SEJARAH PENUBUHAN
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan di antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di antara 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
2.2
SKOP PENGURUSAN 2.2.1
OBJEKTIF
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai tindakan
susulan
dalam
memperlengkap
dan
memperkukuhkan
usaha
pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut: ‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi sematamata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilainilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.’
Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
2.2.2
DEFINISI
Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami. 1) Perpaduan Negara Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) 2) Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991) 3) Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)
2.2.3
VISI
Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju 2.2.4
MISI
Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu dan Beridentiti Nasional 2.2.5
MOTO
” BERSATU KITA MAJU ”
2.2.6
OBJEKTIF UMUM
Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar Kerajaan berlandaskan Perlenbagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
2.2.7
OBJEKTIF KHUSUS
•
Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama kaun serta mengukuhkan integrasi nasional kea rah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.
•
Memperkasakan komuniti.
•
Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO’s), sector swasta serta agensi dan pertubuhan di peringkat antarabangsa.
•
Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilia-nilai muri serta semangat patriotisme di kalangan masyarakat.
•
Memperkukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dalam pengurusan Jabatan.
2.2.8
DASAR KUALITI JABATAN
Dasar Kualiti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah menjadikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai sebuah Jabatan yang cemerlang, komited dan mampu dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada orang ramai.
2.2.9
PIAGAM PELANGGAN
Kami komited untuk memperkukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional bagi melahirkan satu bangsa malaysia yang bersatu padu •
Menggubal, menyelaras dan melaksanakan dasar yang boleh mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional;
•
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/aktiviti yang boleh memupuk
dan mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi nasional serta meningkatkan semangat patriotik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini; •
Menubuhkan kawasan rukun tetangga dan tabika perpaduan berdasarkan kelulusan yang diberi oleh agensi pusat;
•
Memberi bimbingan dengan menerapkan nilai-nilai murni serta perpaduan di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun melalui program pendidikan pra sekolah di tabika perpaduan;
•
Melaksanakan program latihan kepada pegawai dan kakitangan jabatan, ahli jawatankuasa rukun tetangga dan guru-guru tabika perpaduan dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran;
•
Melaksanakan penyelidikan mengenai perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan saintifik;
•
Memantau iklim perpaduan dan integrasi nasional melalui pengesanan perhubungan sosial;
•
Meningkatkan publisiti dan mempromosi perpaduan dan integrasi di peringkat negeri dan kebangsaan melalui media cetak dan elektronik;
•
Mengukuhkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, institut pengajian tinggi dan pertubuhan antarabangsa; dan
•
Mengukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dengan mengurus kewangan, sumber manusia dan pentadbiran am mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa.
30
ORGANISASI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL 3.1
STRATEGI ORGANISASI
Menjadi penggerak utama kepada jentera dalam semua perkara dasar, strategi, program serta menjadi pusat kepada semua maklumat yang berkaitan dengan isu perpaduan negara.
3.2
FUNGSI ORGANISASI Fungsi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam mencapai objektifnya ialah:•
Menggalakkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
•
Menerap Nilai-nilai Kewarganegaraan Ke Arah Pembentukan Satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
•
Mencegah Konflik Antara Kaum, Masyarakat dan Wilayah.
•
Memantau, Mengesan dan Menilai Perhubungan Antara Kaum dan Masyarakat.
•
Menyelaras Program/Aktiviti Perpaduan dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan lain-lain.
3.3
STRUKTUR ORGANISASI Pada 24 Julai 2001, selaras dengan bidang-bidang yang dinyatakan di dalam P.U.(A) 35 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah disusun semula yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dinantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah dan dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut:(i)
Bahagian Pengurusan
(ii)
Bahagian Hal Ehwal Koporat
(iii)
Bahagian Perancangan dan Pembangunan
(iv)
Bahagian Penyelidikan Impak
(v)
Bahagian Pembangunan Komuniti
(vi)
Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Integrasi Negara
Sementara itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mempunyai 15 buah pejabat di Peringkat Negeri dan di 78 daerah, seperti yang tercatit di dalam Jadual 1.
3.4
FUNGSI DAN TUGAS-TUGAS SETIAP BAHAGIAN 1) BAHAGIAN PENGURUSAN Bahagian ini bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pentadbiran jabatan dan memberi sokongan kepada bahagian-bahagian lain termasuk menyediakan kemudahan ICT kepada bahagian, negeri serta daerah. Merancang, mengurus dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti seperti berikut: 1. Pentadbiran 2. Kewangan 3. Perkhidmatan 4. Latihan 5. Teknologi Maklumat 2) BAHAGIAN HAL-EHWAL KORPORAT Bahagian ini bertanggungjawab dalam meningkat dan memperkukuhkan jaringan kerjasama negara dalam isu-isu yang membabitkan perpaduan di peringkat serantau dan antarabangsa. 3) BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelaksanaan programprogram dan aktiviti-aktiviti untuk memantapkan lagi perpaduan dan integrasi nasional. Antara aktiviti-aktiviti penting yang dijalankan adalah seperti berikut: 1. Urusetia Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL)
2. Urusetia Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) 3. Menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) 4. Urusetia Majlis Dialog Perpaduan 5. Urusetia Mesyuarat Perancangan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan 6. Urusan Parlimen 7. Menyelaras maklum balas bagi Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Ketua Jabatan 8. Menjadi Jawatankuasa Kecil untuk Program-Program Jabatan
4) BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN IMPAK Bahagian ini berperanan dalam melaksanakan aktiviti kajian, penyelidikan dan pengesanan isu sosial dan konflik perhubungan kaum dalam usaha untuk memantapkan lagi perpaduan dan integrasi nasional. 5) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI Bidang Tugas Menyemai dan memupuk semangat serta nilai-nilai kejiranan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Ia dijalankan menerusi aktiviti pembangunan komuniti dan pendidikan prasekolah seperti Rukun Tetangga dan Tabika. Objektif Objektif Bahagian ini adalah untuk
memupuk semangat serta nilai-nilai
perpaduan di kalangan masyarakat bagi mencapai matlamat satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ia dilaksanakan menerusi aktiviti pembangunan komuniti, kemasyarakatan dan pendidikan pra-sekolah melalui institusi Skim Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan. Fungsi Unit Rukun Tetangga 1. Mengurus dan menyelaras penubuhan dan pembatalan Kawasan Rukun Tetangga. 2. Memantau dan menyelia perjalanan Skim Rukun Tetangga serta aktivitiaktiviti yang dilaksanakannya.
3. Mengurus, menyimpan dan menyediakan laporan dan maklumat mengenai bilangan serta profail Kawasan Rukun Tetangga. 4. Mengkaji, menyemak dan menilai segala aspek perundangan dalam Skim Rukun
Tetangga
serta
pekeliling-pekeliling
yang
berkaitan
dengan
pentadbirannya. 5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan kepada Ahli- Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga. 6. Mengurus dan melaksanakan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan Rukun Tetangga. 7. Menyelaras pelaksanaan Program Rakan Muda Jiran Muda. Fungsi Unit Tabika 1. Merancang, mengurus dan melaksana program pra-sekolah Tabika Perpaduan termasuk perluasan dan pembukaan kelas-kelas baru. 2. Mengawasi dan menyelia perjalanan kelas Tabika Perpaduan termasuk premis dan peralatannya. 3. Mengurus dan menyelaras bahan pengajaran dan pembelajaran, alat bantu
mengajar dan buku teks Tabika Perpaduan. 4. Mengurus, menyelia dan memantau laporan-laporan dan data-data berkaitan Tabika Perpaduan. 6)BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
DAN
INTEGRASI
NASIONAL Bidang Tugas Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat yang boleh merapatkan perhubungan kaum dan memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat ke arah mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Urusan penerbitan juga diletak di bawah bahagian ini.