Jenayah Siber

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenayah Siber as PDF for free.

More details

  • Words: 4,468
  • Pages: 13
Jenayah siber Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Isi kandungan [sorok] •

1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi



2 Perlukah internet dikawal selia



3 Klasifikasi Jenayah siber



4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya



5 Kepentingan ekonomi



6 Berbeza takrifan jenayah



7 Kepentingan ketenteraan



8 Sikap manusia



9 Kesimpulan



10 Lihat juga

[sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat. Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

[sunting] Perlukah internet dikawal selia Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak. Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini. Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini. Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam. Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain. Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan tamadun ?

[sunting] Klasifikasi Jenayah siber Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar 1. Penipuan 2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer. 3. Kecurian maklumat.

4. Capaian secara tidak sah keatas sistem 5. Menyalin perisian secara tidah sah. 6. Pengintipan 7. Judi siber 8. Skim cepat kaya 9. Pornografi 10. Penggodam atau "Hacker" 11. Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah 1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya 2. Kepentingan ekonomi 3. Berbeza takrifan jenayah

4. Kepentingan ketenteraan 5. Sikap manusia "Human attitude"

[sunting] Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya. Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj. Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.

[sunting] Kepentingan ekonomi E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam

urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan Kekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan. Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.

[sunting] Berbeza takrifan jenayah Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan. Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya. Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

[sunting] Kepentingan ketenteraan Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain. “Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan. Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.

[sunting] Sikap manusia Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar sukasuka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997. Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika

Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel. Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan. "Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak." Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.

[sunting] Kesimpulan Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

Jenayah komputer Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Undang-undang Jenayah

Sebahagian daripada siri common law

Unsur-unsur jenayah Actus reus · Penyebaban · Persetujuan Mens rea · Niat (jenayah) Niat dlm undang² Inggeris · Kesemberonoan

Kebutaan sengaja · Kecuaian jenayah Ignorantia juris non excusat Liabiliti vikarius · Liabiliti korporat Liabiliti ketat Kelas jenayah Feloni/Kesalahan boleh dakwa · Hibrid Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus Pelanggaran Kesalahan terangkum yang lebih ringan Jenayah terhadap orang Serangan · Serangan sentuh · Rompakan Culik · Rogol Kacau-bilau · Pematian orang · Pembunuhan Jenayah terhadap harta Kecurian · Larseni · Jenayah kebakaran Penggelapan · Dakwaan palsu Pemerasan · Pemalsuan · Jenayah komputer Jenayah terhadap keadilan Halangan terhadap keadilan · Sogokan Sumpah bohong · Kegagalan pelaporan feloni Jenayah inkoat Pendorongan · Cubaan Konspirasi · Peserta Subset Prosedur jenayah Kategori:Pembelaan jenayah Bidang common law yang lain Undang-undang: Kontrak · Tort · Harta Wasiat dan amanah · Bukti

Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

[sunting] Contoh jenayah Contoh contoh jenayah komputer ialah: •

Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.



Spamming iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa.



Phishing iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.



Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari, sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "pop-up" iklan secara berterusan.



Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran Pencerobohan (komputer).



Perisikan perindustrian



Menghasil dan menyebarkan virus komputer



Teknik Salami iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil.



Kuda troy



Cetak Rompak

Ancaman siber dunia Oleh ABDUL RAHIM ANUAR

Orang ramai mengunjungi pameran Kongres Sedunia Teknologi Maklumat (WCIT), di KLCC, baru-baru ini.

DALAM alam realiti, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar dari UMNO telah mengejut pasaran saham negara. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur ditutup 13.04 mata lebih rendah kepada 1,287.43. Bagaimanapun kejutan itu bersifat sementara dan tidak perlu dirisaukan oleh pelabur tempatan dan asing seperti yang dijaminkan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Sebelum ini, terdapat juga kejutan ekonomi lain yang lebih besar iaitu serangan spekulator ke atas Ringgit Malaysia pada tahun 1997. Ia mengakibatkan kos yang tinggi kepada ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi jatuh merudum kepada negatif tujuh peratus pada tahun berikutnya. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, ekonomi negara rugi sebanyak RM15 bilion (1997-1998). Nilai urus niaga di pasaran saham negara merosot teruk daripada RM409 bilion (1997) kepada RM115 bilion (1998), iaitu kerugian sebanyak RM294 bilion. Kejutan itu dan juga kejutan pengumuman Dr. Mahathir boleh dan dapat diatasi kerana negara mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Selain dalam alam realiti, ancaman siber ke atas keselamatan ekonomi negara tidak boleh dipandang rendah. Serangan siber adalah satu bentuk senjata baru yang berkesan dan murah untuk melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Bentuk ancaman siber yang pertama yang berdepan oleh negara dan juga negara lain di dunia ialah Y2K atau pepijat alaf 2000. Bagi menangani masalah itu khususnya di sektor awam, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM600 juta. Bagaimanapun, ancaman Y2K ke atas sistem rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam industri telekomunikasi, tenaga minyak dan gas, bekalan air, pembentungan, kesihatan, pengangkutan, perbankan dan insurans, dan sektor awam tidak berlaku pada tahun 2000, sebaliknya ia merupakan perolokan siber yang besar. Ancaman siber ialah serangan yang dilakukan secara maya terhadap infrastruktur, infostruktur, dan aplikasi komunikasi fizikal serta tanpa wayar. Jenis ancaman boleh berbentuk pencerobohan, serangan penyahan perkhidmatan, pengodaman, serangan kod berbahaya dan spam. Spam meliputi bahan lucah, ucapan benci, pesanan fitnah, hasutan, dan judi yang semakin berleluasa di Internet. Kod atau cecacing berbahaya, seperti Code Red (2001), Nimda (2001), Blaster (2003) dan Nachi (2003) boleh disasarkan kepada infrastruktur, infostruktur, dan aplikasi komunikasi (termasuk infra/infostruktur e-dagang) seperti hos, stesen saluran, pelayan, hab dan penghala, laluan, laman dan portal e-dagang, dan aplikasi atas talian yang lain. Ini boleh memusnahkan rangkaian sistem ICT. Berdasarkan laporan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), cecacing Red Code telah menjangkiti hampir 74 ribu buah komputer dalam tempoh tiga bulan, Ogos-Oktober 2001. Cecacing Nimda pula menjangkiti kira-kira 35 ribu buah komputer (September-November 2001) dengan kos membaiki kira-kira RM22 juta dan jumlah ini tidak termasuk kos kehilangan peluang perniagaan dan produktiviti. Blaster pula menjangkiti 500 buah komputer (Ogos 2003). Bagi Nachi pula, jumlah kos untuk membasminya ialah kira-kira RM31 juta. Ancaman

Mengikut maklumat Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), bagi tempoh tahun 1998 hingga 2007, ancaman dan serangan siber itu menunjukkan trend meningkat iaitu daripada kira-kira 340 aduan kepada hampir 40,000 aduan oleh pengguna Internet. Serangan siber yang paling kerap ialah menerusi spam. Pada tahun 2007, kira-kira 38,600 aduan spam dilaporkan kepada NISER, diikuti dengan pencerobohan (385 aduan), penipuan (364 aduan) dan kod berbahaya (182 aduan). Internet Security Threat Report yang diterbitkan oleh Symantec Corporation menyatakan Malaysia adalah antara negara sasaran yang paling disukai oleh penyerang siber. Bagi tempoh Julai-Disember 2005, Malaysia di kedudukan kelapan daripada 10 buah negara di wilayah Asia Pasifik yang kerap diserang oleh penyerang siber. Ancaman dan serangan siber ke atas sistem rangkaian ICTnya boleh menghentikan operasi pengeluaran industri, perdagangan saham dan menjejaskan sistem urusan elektronik perbankan dan kewangan. Menyedari akan implikasi ancaman siber, kerajaan telah mengambil langkah keselamatan ICT semenjak tahun 1997 dengan menubuhkan MyCERT dan NISER pada tahun 1998 untuk memberi perkhidmatan pakar runding berkaitan dengan keselamatan rangkaian sistem ICT kepada sektor awam dan swasta. Jaminan keselamatan seperti ini amat diperlukan kerana perbelanjaan dalam rangkaian sistem ICT adalah tinggi mencecah berbilion ringgit. Kesedaran mengenai ancaman siber di peringat global pula telah mendorong kerajaan untuk menubuhkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi Keganasan Siber (IMPACT) pada tahun 2006. IMPACT, yang disokong oleh Symantec Coproration (Amerika Syarikat), Tren Micro (Jepun) dan Kapersky (Rusia), akan membolehkan kerajaan di seluruh dunia untuk bertukar maklumat dan idea bagi memudahkan perkongsian kemahiran dan amalan terbaik dengan objektif bagi membanteras ancaman siber di peringkat global. IMPACT akan menumpukan aktivitinya kepada tiga bidang utama iaitu latihan dan pembangunan kemahiran, persijilan keselamatan dan penyelidikan serta penubuhan Pusat Tindakan Kecemasan Global. Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta sebagai geran kepada IMPACT baru-baru ini untuk menangani ancaman dan serangan siber dan bukti komitmen kerajaan dalam keselamatan ICT global.

Malaysia dan Ekonomi Pengetahuan Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dan membangun dengan 22 juta penduduk. Sejak merdeka 42 tahun lalu, Malaysia telah beralih daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan industri yang mana ia telah menyumbang kepada 37 peratus KDNK negara. Kini Malaysia sedang bergerak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi di mana seluruh rakyat negara ini akan melibatkan diri secara aktif. Komitmen Malaysia dalam era digital tidak boleh disangkalkan lagi. Dengan mengubah corak persaingan dengan adanya globalisasi, rangkaian dan perkaitan telah memendekkan kitar produk, penggunaan modal, perniagaan dan menembusi ruang masa yang terhad. Malaysia sedar akan kepentingan era kekonomi dan cuba mengelakkan perbezaan yang lebih luas. Malaysia memasuki era maklumat dengan pelancaran Wawasan 2020 iaitu bertujuan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. Dengan Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdiri atas kaki sendiri menerusi maklumat dan pengetahuan. Malaysia telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. Dengan strategi bahawa MSC akan mengabungkan segala elemen yang unik dan membina sebuah suasana multimedia yang baik. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar, teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan. Gabungan susanan ini adalah campuran dan kepelbagaian infrastruktur, undang-undang, polisi dan penggunaan di mana syarikat IT dan multimedia, kerajaan dan orang ramai akan menyelongkar potensi era maklumat. Dengan itu Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) untuk menarik syarikat berstatus MSC. Antara kandungan Rang Jaminan itu adalah : 1. Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia 2. Membenarkan pengambilan pekerja maklumat tanpa had 3. Hakmilik bebas 4. Bebas untuk mencari pembiayaan di luar 5. Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber 6. Menyediakan cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan dan tarif telekomunikasi yang menarik 7. Tiada penapisan Internet Sehingga kini lebih 230 syarikat telah menerima taraf MSC di mana 24 peratus daripadanya mempunyai rakan niaga daripada Amerika Syarikat (AS). Yang paling menarik ialah kerjasama MSC dengan HUBS pada September 1999, yang mana ia akan terlibat dalam teleperubatan, sekolah bestari dan e-dagang. Adalah sesuatu yang menarik melihat sebuah sekolah rendah di Dengkil bertukar fikiran dengan pelajar di New Jersey.

Jika dibandingkan dengan AS, kejayaan dan pengunaan Information and Communication Technology (ICT) di Malaysia masih jauh ketinggalan dan perlahan. Di Malaysia terdapat 4.5 juta talian telefon untuk 22 juta penduduk. Seramai 2.45 juta orang adalah pelanggan telefon selular dan lebih 1.45 juta pengguna Internet dengan 600,000 pelanggan Internet. Statistik juga menyatakan hanya 11 peratus daripada semua rakyat Malaysia mempunyai PC dan 6 peratus sahaja yang melayari Internet. 65% daripada pengguna Internet bermastautin di Lembah Kelang. Oleh kerana pengguna Internet yang rendah di Malaysia, objektif utama adalah untuk meningkatkan jumlah pengguna PC dan Internet di Malaysia. Pada bulan Februari, sebuah kempen pemilikan PC, telah dilaksanakan oleh sebuah konsortium komputer dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Sepanjang kempen, para penjual hendaklah menyediakan promosi dan harga yang berpatutan kepada pengguna. Kerajaan juga menyediakan pinjaman mudah kepada kakitangannya, memberikan potongan cukai dan kemudahan pengeluaran wang daripada KWSP untuk membeli komputer. Untuk meningkatkan kemahiran Internet, PC diletakkan pada tempat awam termasuklah di kawasan luar bandar dan pembukaan kafe siber di pusat membeli-belah. Syarikat-syarikat yang berada di dalam MSC juga digalakkan untuk melakuan tugas sosial dengan mengambil sekolah angkat dan menyediakan komputer untuk kawasan luar bandar. Untuk meningkatkan ICT, kerajaan dengan pertolongan pihak swasta, akan terus mengalakkan rakyat Malaysia untuk melayari Internet, meningkatkan penggunaan e-dagang dalam perniagaan dan menambah perkaitan antara pengeluar, pengguna dan pengedar. Dengan cara ini Malaysia akan lebih cepat meloncat ke alam digital daripada yang dijangkakan. Dengan Rang Jaminan, Malaysia yakin akan menjadi pendahulu di dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber. Malaysia telah komited dan percaya kepada kepentingan perlindungan hakmilik intelektual iaitu salah satu elemen perkembangan e-dagang dan industri yang berkaitan seperti pembinaan kandungan dan pembangunan perisian. Salah satu masalah yang terbesar industri komputer di Malaysia ialah cetak rompak perisian. Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan untuk menentang cetak rompak dan pergantungan kepada barangan ciplak. Pada tahun 1996, lebih RM300 juta telah dapat dijana daripada cukai industri perisian dan ia akan meningkatkan kepada RM700 juta menjelang 2001. Cetak rompak perisian di Malaysia adalah satu kesalahan dan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda maksima RM250,000 atau keduaduanya sekali. Adalah diharapkan bahawa peperangan menentang cetak rompak akan meningkatkan pembangunan kandungan tempatan dan aplikasi berasaskan komputer di Malaysia. Dengan itu kerajaan Malaysia telah merancang untuk mengadakan undang-undang bagi penghasilan cakera optik dengan pembentangan Undang-undang Cakera Optikal pada tahun ini. Pada tahun 1998, Malaysia telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi meletakkan negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan maklumat multimedia. Selain daripada itu terdapat satu set undang-undang siber iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997. Potensi e-dagang juga hendaklah dilihat dengan terperinci. Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun dan capaian Internet adalah salah satu aspek untuk meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan meningkat daripada RM16 juta (1999) kepada RM200 juta untuk tahun 2000. Kini lebih banyak laman web e-dagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang baik. Kontrak dan urusniaga digital adalah merupakan format yang berbeza daripada bentuk tradisional. Namun begitu kontrak digital haruslah dilihat sebagai sah dan sama dengan kontrak berdokumen. Dengan itu undang-undang perlu untuk melindungi pembangunan e-dagang dan juga hak pengguna dengan samarata. Kerajaan juga tidak mahu mengadakan cukai khas dan mengadakan ruangan bebas cukai untuk e-dagang. Malah agak sukar untuk kerajaan mengawal dan memantau aliran wang di dalam internet kerana terlalu banyak transaksi yang berlaku. Kemudian isu mengenai kebersendirian (privacy) dalam internet juga adalah penting dan ia harus dilihat penting oleh undang-undang siber. Contohnya dalam pengamalan teleperubatan, maklumat sensitif tentang seseorang pesakit hendaklah dijaga dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Malah dalam

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, adalah menjadi satu kesalahan untuk memintas komunikasi elektronik. Oleh kerana kandungan di dalam internet tidak dapat dikawal maka persoalannya di manakah relevannya Rang Jaminan MSC yang tidak akan menapis internet. Polisi tiada penapisan ini adalah untuk memastikan dan mempromosikan ICT tanpa had seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Namun begitu kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, penipuan, pembersihan wang, penjualan ubatan secara haram, pornografi dan kegiatan subversif, adalah tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia. Sebelum undang-undang bertindak dan digunakan, pengenalan kod etika penggunaan internet adalah suatu yang sesuai dan tepat pada masanya. Isu ini akan terus diperkatakan bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Undang-undang siber diwartakan untuk menyediakan sebuah infrastruktur di dalam MSC di mana edagang dan aktiviti internet akan dilakukan. Namun begitu undang-undang sentiasa tidak selari dengan teknologi. Dengan itu pihak industri dan masyarakat hendaklah memastikan yang suasana digital tersebut akan dikaji semula bagi mengemaskini dan menentukan relevannya dalam konteks semasa.

Related Documents

Jenayah Siber
May 2020 16
Jenayah Syariah
November 2019 34
Jenayah Membunuh
June 2020 23
Siber Sequential File
December 2019 2
Siber Pile File
December 2019 3
Jenayah Kolar Putih
May 2020 17