Apa itu hemah tinggi? Hemah tinggi adalah tingkah laku mulia, lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh semua individu apabila berhubung dengan masyarakat yang lain.
Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mendidik anak supaya mereka membesar menjadi orang yang berhemah.
Adalah menjadi harapan setiap ibu bapa, satu hari nanti anak mereka jadi orang dewasa yang baik, jujur, bersimpati, dan berani.
Walaubagaimanapun, sikap hemah tinggi tidak wujud secara semulajadi dalam diri setiap orang.
Didikan dari kecil, oleh ibu bapa tentang kepentingan nilai-nilai ini adalah kunci kejayaan.
Antara benda yang wajib anda ajar anak-anak agar mereka membesar dengan hemah tinggi adalah:
#1 Hormati semua orang tanpa mengira jantina 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil Sikap hemah tinggi tidak mengenal bangsa dan jantina. Illustrasi oleh Astkhik Rakimova
Menghormati orang lain adalah ciri-ciri penting yang anak harus ada, termasuk menghormati rakan sebaya tanpa mengira jantina.
#2 Jangan takut buat kesalahan 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil Ibu bapa juga boleh menunjuk sikap hemah tinggi dengan tidak cepat marah apabila anak membuat kesalahan. Illustrasi oleh Astkhik Rakimova
Belajar dari kesilapan adalah ciri yang jarang diajar hari ini. Adalah penting untuk belajar dari kegagalan sendiri supaya ia tidak akan diulangi lagi.
#3 Pengetahuan lebih penting dari markah yang tinggi 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Kadang-kadang ibu bapa jadi marah apabila anak balik dengan markah peperiksaan yang tidak memenuhi harapan mereka.
Walaubagaimanapun, markah yang baik tidak selalu menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang baik.
#4 Ibu bapa bukan musuh, anak boleh minta bantuan pada bila-bila masa 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Menjadi kawan kepada anak bukan perkara yang mudah, apabila ibu bapa juga perlu tegakkan disiplin pada anak-anak.
Mereka juga mempunyai rakan sendiri, jadi jangan paksa mereka jadi kawan anda jika mereka tidak mahu.
Sebaliknya tunjukkan yang anda boleh dipercayai, dan anda bersedia menolong mereka jika mereka memerlukannya.
#5 Bersedia untuk mempertahankan harga diri 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Sesetengah ibu bapa lebih menghormati pendapat guru atau orang lain dari anak sendiri.
Ini menyebabkan anak-anak rasa tidak puas hati dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri sendiri.
Jelaskan kepada anak yang tak salah untuk mempertahankan pandangan seseorang dengan cara yang baik dan sopan jika perlu.
#6 Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak suka sebab disuruh rakan 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Kanak-kanak selalu ingin jadi popular dan akan melakukan apa sahaja untuk rasa diterima di kalangan rakan sebaya.
Berikan contoh peribadi anda untuk menunjukkan anak orang yang jujur dan ikhlas lebih berharga daripada kawan-kawan yang memaksa mereka untuk menentang pendirian sendiri.
#7 Jika tak faham, jangan takut untuk bertanya 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Adalah perkara biasa untuk bertanya soalan apabila anda tidak faham.
Dan lebih baik bertanya daripada berpura-pura memahami segala-galanya. Masa kanak-kanak adalah masa terbaik untuk menimba ilmu.
#8 Jangan takut beritahu cikgu kalau anda tidak rasa sihat 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Kanak-kanak tidak perlu takut untuk memberitahu cikgunya mengenai isu kesihatan.
Kesihatan adalah lebih penting daripada pencapaian yang bagus atau memikirkan adakah cikgu akan marah.
#9 Hormati alam sekitar 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil
Kita seringkali mengadu jalan kotor dan taman bunga yang dirosakkan.
Sikap hormat pada alam sekitar perlu bermula di rumah. Ia perlu bermula dengan ibu bapa supaya anakanak akan belajar ciri yang baik ini.
#10 Belajar untuk katakan TIDAK 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil