PERBINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM SBDKL
Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu desa sekitar dekad 70-an dan awal 80-an yang kurang berpendidikan, ekonomi yang tertinggal, politik yang membawa perpecahan dan kehidupan beragama serta penyebaran dakwah. Novel ini membincangkan aspek pembangunan modal insan yang akan dinikmati oleh masyarakat dan negara. Sebelum analisis dilakukan ke atas novel ini, elok diperjelaskan maksud modal insan itu daripada perspektif Islam, budaya Melayu dan pandangan Barat . Modal insan yang baik, insan yang bertaqwa yang mengikut ajaran dan perintahNya serta meninggalkan segala yang ditegah dan insan yang mempunyai hubungan baik
sesama
manusia
tanpa
mengira
agama,
ketuturunan
dan
warna
kulit.
Gambaran kehidupan bangsa Melayu yang kaya dengan tatacara hidup digambarkan melalui puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, perbilangan dan sebagainya dijadikan pegangan hidup kerana ajaran tersebut tidak bertentangan dengan Islam. Gurindam 12 karya Raja Ali Haji ( Abu Hassan Sham, 1993) menunjukkan pentingnya agama, budi bahasa dan ilmu pengetahuan dan daya intelektual yang tinggi dan bijaksana bagi membangun modal insan. Pemikiran Gurindam 12 Raja Ali Haji menjelaskan ciri-ciri seorang insan yang ingin maju dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggung jawab terhadap agama dan nilai
budi
bahasa.
Menurut pandangan sarjana Barat yang dianjurkan oleh Gary S. Becker (2006), beliau menjelaskan menjelaskan secara umum bahawa menanam modal dengan memberikan pendidikan sempurna dan latihan kepada seseorang merupakan hal yang penting untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, mempunyai skil yang baik dalam bidang-
bidang tertentu serta mempastikan kesihatan yang sempurna. Dengan memiliki skil yang baik dan kesihatan fizikal dan minda yang sempurna seseorang itu akan dapat berusaha meninggikan taraf hidupnya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara. Seandainya insan begini dapat dihasilkan, seseorang itu lebih yakin dengan dirinya. Dia boleh diangkat menjadi pemimpin, pekerja atau apa sahaja bidang kerjaya yang baik kerana memiliki ciri orang yang bertaqwa, baik, jujur, berpengetahuan luas, bekerja kuat dan boleh menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat majmuk di negara ini dan juga masyarakat antarabangsa. Pembangunan dan penghasilan modal insan itu harus dibina dengan sempurna yang berupaya mencapai kehidupan dunia dan akhirat.
PEMBANGUNAN INSAN : JATI DIRI
ENCIK MUHAMMAD BIN IDRIS. Latar belakang Beliau merupakan keturunan orang besar wilayah Sungai Tualang dan pekan wilayah itu bernama Pekan Tualang. Ayah Encik Muhammad bergelar Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman. Sementara datuknya Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara Muda adalah orang kaya yang mempunyai kawasan lombong timah di wilayah tersebut yang berkongsi dengan tauke Cina. Sebagai anak orang besar beliau mempunyai pelajaran tinggi kerana dihantar oleh keluarganya belajar di England. Sekembalinya ke tanah air dia bekerja dengan sebuah syarikat dagang orang Inggeris di Kuala Lumpur. Hubungan persahabatan antara Keluarga Datuk Tan Cong Seng dengan keluarga Encik Muhammad sejak lama dahulu, Datuk Tan memberi kepercayaan kepada Encik Muhammad dilantik mengetuai salah sebuah anak syarikat di bawah Tan Enterprise. Beliau
menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Firma Serba Dagang Internasional dan bekerjasama dengan Datuk Tan.
NILAI JATI DIRI : KEBIJAKSANAAN ENCIK MUHAMMAD Encik Muhammad adalah watak utama dalam novel ini. Tokoh perniagaan Melayu yang berjaya. Syarikat beliau beroperasi di Kuala Lumpur mempunyai matlamat iaitu untuk membangunkan kampung asalnya iaitu dengan membuka lombong bijih timah untuk merubah nasib masyarakat kampung. Sebagai usahawan yang kebijaksanaan, Encik Muhammad bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga yang dijamin tinggi. Perancangan yang rapi dan mengambil kira aspek kemanusiaan dilaksanakan oleh Encik Muhammad. Beliau tidak bertindak menghalau penduduk kampung Pulai sebaliknya mereka semua akan diberi tanah dan ditempatkan di tanah FELDA yang lebih luas dan dapat memberikan hasil yang lumayan.
NILAI JATI DIRI : ELOK PERIBADI ENCIK MUHAMMAD Encik Muhammad seorang tokoh perniagaan yang warak. Walaupun beliau seorang tokoh usahawan berjaya beliau tidak melupakan tanggungjawabnya kepada Allah. Petikan di bawah menjelaskan sifatnya; Encik Muhammad bin Idris duduk tafakur di atas sejadah, berzikir dan berdoa. Dia baru selesai sembahyang sunat syukur dan sunnat tahajjud. Dia mencuba sedaya upaya mengheningkan cipta, mengosongkan hati nubarinya dari segala was-was dan khannas, menyerah seikhlas-ikhlasnya kepada Allah subhanahu wa taala. Dia mohon petunjuk dan hidayat, mohon taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan syarikat yang baru ditubuhkan. (hal. 113).( Lihat juga hal. 260).
Encik Muhammad tunduk dengan permintaan Lebai Maarup, iaitu tanah kepunyaan Lebai Maarup yang seluas dua ekar diwakafkan untuk dijadikan tapak kompleks Syarikat Lombong Lembah
Tualang. sebuah surau akan didirikan untuk kegunaan para pekerja lombong. Tindakan Encik Muhammad Ini memperlihatkan beliau seorang saudagar yang pertimbangan keagamaan. Sesuatu benda yang diwakafkan akan digunakan untuk tujuan kebaikan bersama dan tidak wajar semua tanah dijadikan lombong. Kesannya, kehidupan Encik Muhammad menjadi tokoh usahawan Melayu yang berjaya dan mempunyai keluarga dan rumahtangga yang aman dan damai. Kesimpulannya, watak Encik Muhammad adalah seorang modal insan memiliki kekayaan, pengetahuan tinggi dalam perniagaan, kuat berpegang kepada agama, menjadi pemimpin yang baik kepada pekerja bawahannya dan kepada keluarga, seorang modal insan wajar dicontohi oleh generasi muda.
YANG BERHORMAT MUHD YUSUF. Latar belakang YB Muhd Yusuf seorang wakil rakyat di Wilayah Sungai Tualang, Kampung Kuala, kampung Pulai dan beberapa buah kampung lagi. Pejabat tempat beliau beroperasi di Pekan Tualang. NILAI JATI DIRI : SIKAP DEDIKASI YANG BERHORMAT MUHD YUSUF. Beliau mengambil berat tentang kemiskinan hidup masyarakat desa terutama kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan mendirikan rumah menumpang di tanah kepunyaan orang-orang yang simpati dengan mereka. Beliau telah bekerjasama dengan Tauke Chan di tempat itu untuk mendirikan projek perumahan kerajaan untuk diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi YB Muhd Yusuf tidak setuju dengan permintaan Tauke Chan untuk mendirikan rumah sambung dua tingkat untuk dijual kepada peniaga-peniaga Cina yang ramai tidak punya rumah dan tinggal menyewa di rumah-rumah kedai tempat mereka menjalankan perniagaan. YB Muhd Yusuf bersetuju dengan tindakan syarikat Encik Muhammad yang hendak membuka kawasan lombong di wilayah tersebut untuk membantu masyarakat desa memiliki rumah dan tanah yang agak luas. NILAI JATI DIRI : SIKAP TELUS YANG BERHORMAT MUHD YUSUF.
YB Muhd Yusuf ahli politik yang jujur. Sebagai wakil rakyat, beliau berunding dengan pegawai FELDA untuk memberi penempatan dan tanah kepada para penduduk kampung Pulai yang bakal dipindahkan nanti. Sifat jujurnya dan ingin membantu rakyat miskin untuk membela orang Melayu miskin di kawasan yang diwakilinya supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa. Beliau mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan kerana mereka mempunyai modal untuk melabur agar mampu membangunkan kawasan yang diwakilinya . Beliau menjalinkan hubungan dengan Tauke Chan yang akan membangunkan kawasan perumahan kos rendah, tetapi ada beberapa syarat dari Tauke Chan yang tidak menguntungkan penduduk. Oleh itu, beliau menerima tawaran Encik Muhammad yang dilihatnya lebih memberi keuntungan kepada rakyat. Persetujuan YB Muhd Yusuf menerima tawaran syarikat Encik Muhammad untuk membawa pelaburan dalam perlombongan bijih timah di kampung itu bukanlah untuk kepentingan peribadi, tetapi beliau meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Itulah matlamat pembangunan yang ingin dibawa oleh YB Muhd Yusuf, yang perlu generasi jadikan contoh pemimpin yang telus dan tidak berkepentingan peribadi.