Jaminan Kualiti (qa) , Kawalan Kualiti(qc) Dalam Pendidikan Dan Total Quality Management (tqm)_2.pdf

  • Uploaded by: Anys PiNky
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jaminan Kualiti (qa) , Kawalan Kualiti(qc) Dalam Pendidikan Dan Total Quality Management (tqm)_2.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 733
  • Pages: 14
SGDU 6093

JAMINAN KUALITI (QA) , KAWALAN KUALITI(QC) DALAM PENDIDIKAN  DAN TOTAL QUALITY MANAGEMENT (TQM)

DR. FARAH MOHAMAD ZAIN

PENDAHULUAN - TQM Pengurusan kualiti menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) diperkenalkan sejak tahun 1920-an.  TQM mendapat sambutan di Jepun mulai 1950-an.  TQM berkembang dengan pesat di seluruh negara dalam tahun 1980.  TQM akan membawa organisasi mencapai “kualiti menyeluruh” atau total quality dalam segala aspek operasinya. 

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) Pengurusan adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain.    (Mary Parker Foller ,1868-1933) Kualiti (Quality) ditentukan oleh pengguna berasaskan pengalaman pengguna dengan produk atau perkhidmatan yang diukur berdasarkan keperluan mereka.      (Feigenbaum ,1961) Kualiti ialah kesesuaian penggunaan atau menepati keperluan pelanggan.   (Cohen dan Brand ,1993)

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) Kualiti merupakan  keselarasan dengan keperluan. (Crosby ,1979) Kualiti juga dikaitkan dengan darjah keseragaman, kos yang rendah dalam pengeluaran,dan disesuaikan  dengan pasaran. (Deming, 1986) Menyeluruh (Total) bermaksud meliputi atau merangkumi semua aspek.           (Kamus Dewan Edisi Keempat).

DEFINISI  TQM Pengurusan kualiti menyeluruh atau TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan atau pengguna secara sistematik, berterusan dan menyeluruh.     (Rushami ,1995) TQM menekankan kepada kepuasan pelanggan dan ianya dapat diserapkan dalam mana-mana organisasi yang memungkinkan penglibatan semua anggota organisasi itu keseluruhannya dalam pengurusan (Azmi Abu ,1997). Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) ialah proses pengurusan kualiti yang berfokuskan pelanggan, bersifat berterusan dan merangkumi semua aspek organisasi.  (Azizah Aziz, 1999) 

TQM DALAM PENDIDIKAN  Terdapat dua prinsip penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan dalam sistem pendidikan. Prinsip Pertama:  Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement). TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.  

TQM DALAM PENDIDIKAN  Terdapat dua prinsip penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan dalam sistem pendidikan. Prinsip Pertama:  Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement). TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.  

PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan sekolah  Tugas mereka adalah merancang dan memastikan bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai objektif atau tujuan yang telah dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan yang sesuai, sediakan belanjawan, aktiviti, dan sebagainya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pihak pengurusan perlu memikirkan bagaimana untuk menarik hati guru- guru lain untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan bentuk ganjaran, anugerah guru cemerlang dan sebagainya. 

PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH Ia secara tidak langsung membangkitkan mood kerja yang lebih bagus dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga perlu memastikan guru-guru mereka setia kepada sekolah kerana mengikut konsep TQM, keanggotaan yang setia akan menghasilkan pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada misi, visi organisasi, nilai, objektif dan polisi kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM. 

GURU Guru merupakan kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua guru mempunyai idea yang berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Sebagai seorang guru yang baik, mereka sangat peka dengan maslah yang berlaku keatas murid mereka, jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah tidak mempunyai masalah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan kepercayaan dan autoriti  yang sepatutnya. 

MURID-MURID Kemampuan seorang pelajar dalam memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan sistem pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Pelajar juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah.  

IBU BAPA Ibubapa yang prihatin terhadap persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar, mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Ibubapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah jalankan. 

TQM DALAM PENDIDIKAN Prinsip kedua:Peningkatan berterusan Peningkatan berterusan hanya dapat dicapai sekiranya organisasi sekolah mengambil usaha untuk mempertingkatkan proses dan operasi sekolah dengan penggunaan inovasi bersertakan pembuangan aktiviti -aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat. 

KESIMPULAN MENYELURUH Pihak pengurusan yang baik dan cekap akan menghasilkan keanggotaan yang setia untuk bersama –sama untuk menjaga kualiti sekolah dan juga sama- sama mencapai matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi. 

Related Documents


More Documents from ""