Jamak Qasar

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jamak Qasar as PDF for free.

More details

  • Words: 440
  • Pages: 2
JAMAK QASAR

* Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar. Iaitu menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan sembahyang yang 4 rakaat. Niatnya: i. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohor dipanggil Jamak Taqdim): - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim): * Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta'khir ): - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta'khir ): * Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar Dalam perjalanan............. 1. Berwuduk 2. Berdiri mengadap kiblat. 3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 4. Sembahyang zohor 2 rakaat.... 5. Salam dan selesai. 6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja), 7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 8. Sembahyang Asar 2 rakaat... 9. Beri salam.... Selesai

Related Documents

Jamak Qasar
June 2020 19
Solat Jamak Dan Qasar
May 2020 29
Jamak
April 2020 18
Intelegensi Jamak
May 2020 15
Jamak Mudzakar
April 2020 10