Isl 4.docx

  • Uploaded by: JayChieng
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isl 4.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 588
  • Pages: 3
ISL 4: Bandingkan dan buat satu ringkasan nota tentang bagaimana negara-negara memulihara air dalam keadaan yang mencabar. Pemuliharaan air sungai di Malaysia: Pendidikan tingkat kesedaran Guru-guru di sekolah perlu mendidik murid tentang kegunaan dan kepentingan sungai. Perkara ini merupakan tanggungjawab bagi semua guru di sekolah dan bukan hanya terhad kepada guru sains atau moral. Guru boleh mengeksploitasikan masa lapang untuk berkongsi dengan murid tentang isu-isu pencemaran sungai yang telah berlaku di negara kita seterusnya mendidik mereka tentang kegunaan, kepentingan, dan masalah yang mungkin akan timbul sekiranya sungai yang tercemar tidak dipeduli oleh mana-mana pihak semasa sesi perkongsian ini. Penguatkuasaan undang-undang Hukuman yang berat seperti dendaan perlu dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan. Perkara ini dapat dilakukan dengan membuat rondaan dengan lebih kerap di kawasan persekitaran sungai. Pemeriksaan secara mengejut telah dilaksanakan di tempat pembalakan, tempat perindustrian dan sebagainya yang berhampiran dengan sungai. Dengan ini, aktiviti manusia yang kurang bertanggungjawab seperti pembalakan haram yang menyebabkan aliran tanah ke dalam sungai, pembuangan sisa-sisa kimia yang bertoksik ke dalam sungai, dan pelepasan efluen tidak terawat dari ladang ternakan haiwan dapat dikesan dan diberikan hukuman yang sewajarnya. Kempen kesedaran Program ini dijangka boleh meningkatkan kesedaran orang awam mengenai akibat yang bakal dihadapi mereka sekiranya sungai itu tercemar. Tabiat membuang sampah merata tempat juga dapat diubah secara beransur-ansur. Tambahan pula, dengan ceramah kesedaran di sekolah dapat mengukuhkan lagi kesedaran mengenai kepentingan Sungai Semenyih. Teknologi Infinitesimal Quantum Persistent and Reflection (IQPR) Teknologi hijau yang dikenali sebagai iQPR itu dilaksana sejak 2014 untuk merawat dan meningkatkan kualiti air Sungai Pinang daripada kelas IV (sangat kotor) hingga kelas III dan II (bersih). Teknologi iQPR yang telah dibangunkan oleh seorang anak Negeri Pulau Pinang, adalah teknologi hijau yang menggunakan air mineral semula jadi sebagai asas, di mana bahan kimia atau mikrob tidak digunakan. Digabungkan dengan asas fizik kuantum, proses berteknologi tinggi ini menghasilkan banyak rumusan air berfungsi yang boleh menangani

pelbagai masalah pencemaran di dalam air dan tanah. Penggunaan teknologi ini adalah mudah dan kos efektif. Ia tidak memerlukan perubahan infrastruktur yang mahal. Air berformula iQPR dicurahkan ke dalam pelbagai lokasi di sepanjang sungai untuk mempengaruhi perubahan dalam badan air, meningkatkan kualiti air, menghapuskan bau busuk dan mewujud dan memulihkan eko-sistem alam sekitar yang sihat. Pemuliharaan air sungai di Singapura: Melalui Pendidikan Meningkatkan kesedaran mengenai kesan negatif pembuangan sisa ke dalam Sungai Singapura dan mendidik orang ramai supaya menjaga kebersihan sungai. Pembuangan lumpur-lumpur yang terdapat di tebing dan di bahagian bawah sungai Lumpur yang berbau busuk juga harus dikorek dari bawah sungai untuk menghidupkan semula sungai. Salah satu cara yang digunakan dan berjaya untuk membersihkan Sungai Singapura adalah melalui pembuangan lumpur-lumpur yang terdapat di tebing dan di bahagian bawah sungai. Mengenalpasti punca pencemaran Langkah ini adalah penting kerana sesuatu masalah hanya dapat diselesaikan setelah memahami dan mengetahui tentang sebab berlakunya. Sebagai contohnya, masalah pencemaran Sungai Singapura telah berjaya diselesaikan pada 1987 dengan melakukan usaha seperti pemindahan besar-besaran yang melibatkan setinggan, penjaja dan penjual sayur yang selalu membuang sisa-sisa pepejal ke dalam sungai pada setiap hari. Perumahan awam telah disediakan untuk setinggan, manakala penjaja telah dipujuk supaya dipindahkan ke pusat penjaja. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengenalpasti faktor yang menyebabkan kedua-dua Sungai Sarawak dan Sungai Tabuan tercemar dan mengambil tindakan yang sesuai dengan berdasarkan faktor tersebut. Menjalankan projek pemuliharaan dan pemeliharaan secara bersepadu, lestari dan berterusan Kualiti air sungai selalu dipantau oleh pihak yang berkuasa supaya tindakan yang segera boleh diambil sekiranya wujudnya peningkatan tahap pencemaran air sungai. Kerjakerja sungai telah dilakukan mengikut jadual tertentu untuk mengelakkan pemendapan keladak yang tinggi. Ini telah Berjaya menghidupkan semula Sungai Singapura.

Related Documents

Isl-book
June 2020 2
Isl Book
June 2020 9
Isl 4.docx
October 2019 12
Lecture For Isl
October 2019 27
Jadwal Isl 2009-2010
June 2020 1
Isl 3.docx
November 2019 8

More Documents from "Juing Aji"

Isl 4.docx
October 2019 12
Tutorial 9.docx
October 2019 3