Intro Aplikasi Google Untuk Sme

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Intro Aplikasi Google Untuk Sme as PDF for free.

More details

  • Words: 546
  • Pages: 3
Aplikasi Google

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) •

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.



Mengikut SME Annual Report 2008, PKS merangkumi 99.2% daripada jumlah pertumbuhan perniagaan di Malaysia.



Secara umumnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang



Sektor yang berada di bawah kategori PKS ialah:  Pertanian Asas.  Perkilangan (termasuk asas tani).  Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan.  Perkhidmatan (termasuk Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi). • Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat PKS. • Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan aplikasi –aplikasi yang boleh menolong meningkatkan produktiviti seperti aplikasi yang disediakan oleh Google. Aplikasi Google dan PKS • Bagi sesebuah syarikat PKS yang baru bermula, aplikasi Google ialah satu komponen yang patut mereka pelajari dan gunakan. • Dengan menggunakan aplikasi Google, sesebuah syarikat PKS dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja-pekerja boleh mengakses aplikasi Google di mana sahaja sekiranya tempat tersebut mempunyai Internet. • Salah satu daripada aplikasi tersebut ialah Gmail, ia mempunyai kelebihan daripada email percuma yang lain kerana ia mempunyai size simpanan yang luas.

Aplikasi Google

• Ini membolehkan pengguna email menerima banyak email tanpa perlu memadam email-email yang lama. • Ia juga mempunyai “Search” function yang boleh memudahkan penggunanya mencari email yang dikehendaki. • Selain itu, pada kebiasaanya PKS menggunakan perisian seperti Microsoft Office untuk kegunaan di pejabat. • Sekiranya terdapat banyak komputer maka banyaklah lesen Microsoft Office yang perlu dibeli. • Tetapi dengan menggunakan aplikasi Google seperti Google Docs, syarikat PKS tidak perlu membeli apa-apa lesen dan ini boleh menjimatkan kos. • Google Docs ialah satu aplikasi yang membolehkan seseorang membuat dan mengubahsuai dokumen teks, spreadsheet, presentation dan form. • Salah satu daripada kelebihan Google Docs ialah pekerja juga boleh berkongsi dokumen-dokumen tanpa perlu dihantar melalui email. • Ia juga menyokong file yang mempunyai format popular seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain lain. • Sekiranya terdapat file dan ingin diubahsuai dengan menggunakan Google Docs, file tersebut hanya perlu dimuat naik. • Dengan menggunakan Google Calendar, syarikat PKS boleh berkongsi tarikh acara-acara penting syarikat seperti masa mesyuarat atau kalendar sesuatu projek dengan para pekerja secara online. • Ini membolehkan para pekerja mengkoordinasikan masa mereka dengan betul.

Aplikasi Google

• Kalendar tersebut juga boleh dipamerkan di halaman yang lain dengan mendapatkan kod HTML yang telah disediakan. • Para pekerja boleh berbincang melalui Google Talk tanpa perlu meninggalkan meja mereka. • Dengan menggunakan Gogole Talk mereka boleh berkomunikasi menggunakan mesej ataupun suara. • Syarikat PKS juga boleh menggunakan Google Site untuk dijadikan sebagai halaman rasmi mereka. • Dengan menggunakan Google Site, PKS boleh meletakkan file di Google Site berkongsi file tersebut yang dibuat menggunakan Google Docs dan juga Google Calendar dengan para pekerja mereka. • Google Local Business Center (LBC) pula ialah satu servis daripada Google yang membolehkan syarikat menyenaraikan syarikat mereka di Internet. • Dengan menggunakan Google LBC, syarikat boleh menyenaraikan apa sahaja mengenai perniagaan mereka seperti masa beroperasi, produk atau servis yang disediakan dan juga lokasi syarikat mereka. • Syarikat tersebut juga akan diletakkan di Google Maps sekiranya ia disenaraikan menggunakan Google LBC. • Kesemua aplikasi-aplikasi ini ditawarkan secara percuma oleh Google.

Related Documents

Sme
November 2019 31
Sme
August 2019 38
Sme
June 2020 22
Sme
May 2020 22