Insuran Konvensional Pbl-done

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Insuran Konvensional Pbl-done as PDF for free.

More details

  • Words: 826
  • Pages: 3
Insuran Konvensional Insuran Konvensional adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (’Uqud Mu’awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. Insurans konvensional berasaskan perniagaan risiko. Dan Islam tidak membenarkan perniagaan risiko kerana terdapat tiga elemen yang diharamkan iaitu: I.

gharar (tidak pasti)

II.

jahalah (tidak tahu)

III.

maysir (perjudian)

Sebahagian besar ulama bersepakat bahawa insurans konvensional tidak selaras dengan ketentuan-ketentuan hukum syarak, kerana ia mengandungi tiga unsur di atas, berikut akan dijelaskan maksud istilah-istilah tersebut dan contoh pengamalannya dalam sistem insurans konvensional. i) Gharar ( tidak pasti ) Gharar bermaksud bencana, nasib atau risiko dan menurut bahasa bermaksud 1

membawa bencana nyawa atau harta benda seseorang tanpa diketahui . Ulama fiqh memberikan definisi gharar dari segi Istilahnya dalam bentuk yang pelbagai tetapi membawa maksud yang sama seperti: Al-Sarakhsi mengatakan bahawa gharar ialah tidak jelas akibatnya, Al-Qarafi pula mengatakan sesuatu yang tidak diketahui sama ada berhasil ataupun tidak, As-Syirasi mengatakan sesuatu yang tersembunyi dan tidak diketahui akibatnya. Manakala Ibn Hazm mengatakan gharar ialah pembeli tidak mengetahui benda yang dibelinya dan penjual tidak mengetahui perkara yang 2

dijualnya.

1

Ziaul Haque, Lardford and Peasant in Early Ialam (Islamicabad: Islamic Research Institute, 1984) Hal: 12 2

al-Syarakhsi, Syam al-Din, kitab al-Mabsut, 30 jil., Cet. 3, Beirut: Dar al-ma’rifaf, 1978

Pengamalannya dalam sistem insurans konvensional ialah terdapat kesamaran tentang perkara atau benda yang hendak dikontrakkan semasa perjanjian dibuat dan hal ini bercanggah dengan syarat-syarat perkara yang dikontrakkan, kerana antara syarat-syarat perkara yang dikontrakkan ialah perkara atau benda itu mestilah wujud semasa berkontrak dan jika tidak, ia telah melibatkan unsur-unsur gharar dan juga ia mestilah jelas kepada kedua-dua pihak yang berkontrak kerana terdapat tegahan hadith daripada melakukan jual beli al-Gharar dan jual beli al-Majhul. Dalam dua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi, mengikut perjanjian yang telah ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagi tempoh tertentu dan syarikat pula membri jaminan akan membayar sejumlah pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu tiada kejelasan bagaimana jumlah bayaran pampas an yang dijanjikan itu, dihasilkan dan bagaimanakan kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku. Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti, namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai sebenar pampas an yang sepatutnya dibayar pada masa pampas an itu harus dibayar. Oleh itu jelaslah bahawa unsur ketidakpastian wujud dalam insurans konvensional ini. Dan begitu juga pihak pemegang polisi tidak akan menerima sebarang pengambilan premium ataupun sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip sama rata, apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum tamat tempohna yang tertentu. ii Unsur jahalah (ketidaktahuan) Jahalah bermaksud bodoh, atau tidak tahu. Atau juga disebut ketidakjelasan. pengamalan unsur jahalah dalam sistem insurans konvensional ialah produk takaful keluarga yang mempunyai unsur pelaburan. Sesetengah agen atau syarikat takaful tidak telus dan tidak menjelaskan sama ada secara lisan mahupun bertulis jumlah peratusan yang dimasukkan ke akaun peserta (AP) untuk dilaburkan, dan peratusan akaun khas peserta (AKP) untuk tabarru' bagi membayar tuntutan. Peratusan untuk kedua-dua akaun ini biasanya berbeza pada enam tahun terawal dengan tahun-tahun selepasnya. Penjelasan ini membolehkan peserta mengetahui bahawa hanya 5 peratus dari carumannya dalam 6 tahun pertama yang masuk ke dalam akaun peserta (untuk

simpanan dan dilaburkan). Dengan itu, setiap pelanggan boleh memikirkan risiko penarikan diri sebelum tempoh matang tersebut (6 tahun) iaitu kehilangan hampir keseluruhan wang yang telah dibayar. ii) Unsur Maysir atau perjudian Perkataan maysir dalam istilah bahasa arab biasanya digunakan kepada pertaruhan (Qimar) yang menggunakan baling (aqdan) untuk membahagi-bahagikan daging unta dengan cara-cara tertentu.

3

Terdapat pendapat mengenai asal perkataan ini, antaranya muqatil berpendapat ia diambil dari perkataan al-Yusr kerana Maysir itu mengambil harta seseorang dengan cara yang mudah tanpa berusaha dan bersusah payah.

4

Mengikut Ibn Abbas pada zaman jahiliyah seseorang itu bertaruh keluarga dan hartanya dengan seseorang yang lain. Dan apabila seseorang memenangkan pertaruhan tersebut, maka hilanglah keluarga dan harta yang dimilikinya yang dijadikan pertaruhan tadi. Dan perkara yang berkaitan dengan unsur maysir ini dalam sistem insurans konvensional ialah bahawa keseluruhan asas kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya berlaku atau tidak, dan asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan atau loteri. Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada bencana yang pasti terjadi itu menjadi kontarak insurans sebagai suatu pertaruhan. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polis insurans meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar sebagian daripada insurans caruman yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan pula pampasan tersebut. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau mengalami kerugian disebabkan oleh tuntutan yang seolah-oleh bergantung kepada nasib. Keuntungan daripada nasib ini dianggap seperti berjudi. 3

‘Abd Salam Muhammad harun, al-Maysir wa al-Azlam Dirasah tarikhiyyah ijtima’i (Kaheran: dar alFikr al-Arabi, 1953), hal:11 4

Fakr al-Razi, Abu Abd Allah Muhammad b.Ya’kub, tanwir al-misbaq min tafsir Ibn Abbas, cet 2, Kaheran:Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa aw-Ladih, 1951.

Related Documents