Info Consultant

  • Uploaded by: jamian sarif
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Info Consultant as PDF for free.

More details

  • Words: 1,389
  • Pages: 3
Penerangan tentang isu menjadi consultant unit trust Sebenarnya dalam Public Mutual terdapat 12 Islamic Fund (sehingga kini) yg dibahagikan kepada dana jenis ekuiti, dana seimbang,bond dan pasaran wang. Bukannya terhad terhadap dana yang disebutkan di atas sahaja. Jika anda ingin menyemak maklumat mengenai dana-dana tersebut dengan lebih detail lagi sila berkunjung ke [[U]www.publicmutual.com.my[/U] atau sila klik B]null[[U]Malaysian Islamic Fund[/U] di sebelah kiri website ini. Semua dana-dana Islam yg diuruskan oleh beberapa buah syarikat pengurus dana telah disenaraikan di sini. Ia merupakan pelaburan Islam alternatif bagi ASB dan pelaburan2 internet yg kita sedia maklum statusnya dari segi hukum. Saya kira tidak timbul isu halal/haram bagi setiap dana Islam kerana dana-dana ini diurus mengikut kehendak Syariah dengan Islamic Banking and Finance Institut Malaysia Sdn, Bhd (IBFIM) sebagai Penasihat Syariah kepada dana-dana tersebut. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk melabur dgn mana-mana dana Islam yg diminati berdasarkan profile risk anda dan total return bagi setiap dana-dana tersebut yg mungkin boleh menarik minat anda untuk melabur. Isu yg ditimbulkan di sini ialah mengenai pendapatan sebagai Unit Trust Consultant yg didakwa oleh Saudara Abd Razak menyamai dgn konsep MLM. Pada pendapat saya keraguan itu tidak benar sama sekali kerana kita sedia maklum MLM merupakan pemasaran pelbagai tingkat di mana rata-rata pendapatan diperoleh daripada kejayaannya membawa seorang ahli menyertai perniagaan tersebut dgn pelbagai sistem yg diperkenalkan seperti binary system, duplicate, pyramid, kaki gajah dan mcm2 istilah lagi yg menggalakkan ahlinya mencari orang (mangsa/rakan kongs/usahawan network trading serta pelbagai istilah lagi yg bisa mengkaburi org ramai) untuk memperoleh pendapatan. Seterusnya perkara ini akan terus berterusan sehinggalah rangkaian tersebut menjadi infiniti. Boleh rujuk artikel UZAR mengenai Isu Shariah dalam Peniagaan MLM. Apa yg pasti, di dalam Public Mutual Berhad, apabila seorang agent A membawa masuk / mendaftarkan seorang lagi agent, agent A tidak akan memperoleh apa2 komisyen hasil daripada pendaftaran new agent tersebut. Yuran pendaftaran untuk menjadi ejen Unit Trust Public Mutual adalah sebanyak RM257. Yuran tersebut adalah untuk agent tersebut menduduki peperiksaan (RM247) bagi melayakkannya mendapatkan lesen daripada Federation Malaysian Unit Trust Manager (FMUTM), juga untuk kelas intensif sebelum menghadapi peperiksaan dan nota2 serta starter kit untuk agent. Suka untuk diingatkan, bagi sesiapa yg menjalankan aktiviti ini (mengaku sebagai agen dan menjual dana unit amanah atas lesen org lain) tanpa mempunyai lesen yg sah, dia boleh dikenakan denda RM1 juta. Nampak tak nilai lesen tersebut? Malah apa yg menariknya, yuran exam tersebut akan dikembalikan semula oleh syarikat jika dalam tempoh enam bulan dari tarikh agent tersebut lulus exam, dia berjaya membuat sales sebanyak RM30k dan keatas (untuk tahun 2007 sahaja, tahun depan mungkin perlu cecah RM50k untuk memperoleh semula yuran ezam tersebut kerana RM30k terlalu sikit untuk dicapai dalam tempoh 6 bulan). Itu belum dikira komisyen sebanyak 2.85% daripada jualannya. Ini sebagai langkah daripada syarikat untuk menggalakkan agent baru mendapatkan semula modalnya. Sememangnya wujud istilah upline dan downline tetapi itu bukanlah menyatakan bahawa konsep ini menyamai MLM. Jika seseorang tidak merekrut agent baru, dia masih boleh mendapatkan komisyen hasil daripada personal sale nya tetapi disebabkan dia tidak mempunyai anak buah, maka agent tersebut

tidak akan di'promote' untuk naik pangkat. Jika ikut logik akal pun, dia nak jadi ketua kepada siapa sebab dia tiada anak buah? Maka perlu untuknya merekrut sesiapa yg berkelayakan untuk menjadi agent selain memberi peluang kepada orang lain untuk memperoleh pendapatan yg lumayan daripada kerjaya ini. Maka apabila agent ini telah dinaikkan pangkat, fokusnya telah berbeza. Bukan lagi fokus untuk membuat jualan peribadi sahaja tetapi lebih kepada menggerakkan anak buahnya dengan selalu mengadakan latihan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini supaya anak buahnya juga boleh berjaya sepertinya. Untuk dinaikkan pangkat memang perlu untuk agent tersebut mencapai target sales tertentu. Sebagai contoh untuk memperoleh status supervisor, jumlah jualan terkumpul peribadi dan kumpulannya hendaklah sekurang-kurangnya RM500k untuk tempoh setahun. Maka agent dgn pangkat supervisor tersebut boleh menikmati komisyen sebanyak 3.47% dengan pecahan (2.85% daipada personal sales dan 0.62% adalh overiding commision). Syarikat tidak pernah memaksa agent untuk mencapai target sales tersebut. Tetapi kebiasaannya, agent tersebut akan termotivasi dgn sendirinya untuk dinaikkan pangkat. Pangkat yg tertinggi dalam bindang ini ialah Mutual FundGroup Agency Manager. Selalunya pada peringkat ini, agent tersebut akan dinasihatkan oleh syarikat untuk menumpukan sepenuh perhatiannya dalam karier ini secara sepenuh masa. Perlu dinyatakan di sini ialah komisyen yg diperoleh adalah daripada jumlah pelaburan yg dibuat oleh seseorang pelabur dan jumlah terkumpul jualan kumpulan. Bukannya daripada pendaftaran agent baru. Tugas agent adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada para pelabur yg terdiri daripada sesiapa sahaja supaya melabur dalam dana-dana yg diuruskan oleh pihak syarikat dan memantapkan diri sendiri dengan ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn industri ini. Malah produk (dana-dana unit amanah) yg dijual kepada pelanggan adalah yg berkualiti kerana pulangannya yg tinggi dan mendapat pelbagai anugerah yg secara langsung meneragkan kualiti dana tersebut. Salah satu dana Islam yg berkualiti ialah Public Ittikal Fund di mana selama tempoh 10 tahun ia dilancarkan, jumlah pulangannya telah mencecah 238.41% ( rujuk buku laporan suku tahun ketiga yg diedarkan oleh Public Mutual) dan telah mendapat anugerah untuk prestasi dana cemerlang bersamasama 20 dana siri Public Mutual yg lain bagi tahun 2007. Untuk membuktikan lagi kepada anda bahawa produk yg ditawarkan kepada orang ramai adalah dijamin kualitinya, pada 4 December yg lalu, telah terpampang di dada akhbar Berita Harian dan New Straits Time bahawa Public Mutual Berhad telah dianugerahkan sebagai The Most Outstanding Islamic Fund Manager di majlis KLIFF (Kualau Lumpur Islamic Finance Forum) Islamic Finance Awards 2007. Jika anda sedar, kebanyakan perniagaan MLM bangga dapat melahirkan ramai jutawan daripada pelan pemasaran mereka sedangkan di rumah berlambak stok-stok yg belum terjual. Stok-stok tersebut adalah hasil daripada pembelian wajib dgn nilai tertentu yg perlu dibuat setiap bulan bagi melayakkan mereka mendapat bonus yg telah dijanjikan oleh syarikat. Jika jutawan2 ini rajin, cuba hitung jumlah stok yg terkumpul di rumah dan perbelanjaan setiap bulan yg terpaksa dikeluarkan untuk menjalankan kempen dari satu tempat ke satu tempat. Pasti nilainya juga mencecah puluhan ribu ringgit setimpal dgn pendapatan mereka dan apa yg pasti telah berlaku suatu pembaziran yg nyata dalam perniagaan tersebut. Mereka membeli sesuatu produk bukan disebabkan keperluan tetapi atas sebab untuk maintain point dan sebagainya. Sememangnya unit trust berbeza dgn perniagaan MLM. Para pelabur melabur di dalam unit trust kerana produknya (dana-dana unit trust) yg mampu memberikan pulangan yg tinggi dan mereka mendapat khidmat nasihat daripada agent unit trust. Manakala org menyertai MLM kerana Marketing Plan nya yg mampu memberikan pendapatan yg lumayan tanpa mengambil kira sangat kualiti produk yg terpaksa

dijual kerana ingin menyertai pelan pemasaran syarikat berkenaan. . Secara peribadi, saya tidak pernah berasa teraniaya atau terbeban dengan karier sebagai Unit Trust Consultant malah berterima kasih kepada upline yg membimbing saya untuk berjaya dalam bidang ini. Saya juga mendapati diri saya lebih update dgn perkara-perkara yg berkaitan dgn ekonomi semasa dan pengetahuan saya mengenai pengurusan kewangan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Jika hasil komisyen anda diperoleh daripada jualan dana2 yg berlandaskan shariah, maka pendapatan anda itu dikira bersih@halal. Jika wang komisyen diperoleh daripada jualan dana2 yg tidak berlandaskan shariah, saya kira ia boleh jatuh kategori haram kerana saya berpegang kepada konsep dalam hukum arak. Dengan mencadangkan dana2 konvensional kepada pelanggan kita dan mereka bersetuju untuk melabur dalam dana tersebut maka kita seolah2 bersubahat dalam memberikan sokongan terhadap perkembangan syarikat yg menjalankan aktiviti yg bertentangan dgn syarak. Maka ada unsur syubhah di situ. Jadi seeloknya kita menjauhi perkara yg syubhah. Quote drpd http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=171 Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud). Ada 12 perkara yang terkena atas hukum itu sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zawajir, iaitu meminumnya, memerahnya, minta diperahkan, membawanya, minta dibawakan, memberi minum, minta diminumkan, menjual, membeli, minta dibeli dan minta dijualkan, memakan harganya, menyimpan dan memilikinya. Daripada dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada ruang untuk melonggarkan hukum arak ini. Ini termasuklah orang yang memberi sokongan dalam apa jua bentuk terhadap industri berkenaan. Sedikit atau banyak ia tetap dikira bersubahat. Oleh itu, hendaklah dicari pekerjaan yang bersih daripada unsurunsur yang dilarang ini supaya kita terselamat daripada memakan yang syubhah dan haram. Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah wajib atas setiap Muslim" (H.R. Thabrani dan Dailami) Jadi lebih baik anda menjual Islamic Fund sahaja. Tiada perkara yg perlu diragukan lagi. Maklumat lanjut http://xpres2u.blogspot.com

Related Documents

Info Consultant
May 2020 27
Consultant
November 2019 79
Consultant
May 2020 38
Placement Consultant
December 2019 49
Consultant Address
May 2020 24
Consultant List
July 2020 16

More Documents from ""