India.docx

  • Uploaded by: Chong Meng Xuan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View India.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 410
  • Pages: 7
selepas berakhirnya pengaruh komunisme di eropah, dunia menyaksinya perubahan yang begitu besar sama ada dalam ekonomi, politik dan sosial di bekas negara-negara kesatuan soviet, negaranegara eropah dan timur tengah. dengan merujuk kepada beberapa isu sejagat , buktikan bagaimana ia sangat memberi impak terhadap sosio-pendidikan di malaysia.

India pula sejak mencapai kemerdekaan mengamalkan sistem pasaran, walaupun menerima campur tangan kerajaan melalui polisi sosialis Parti Kongres pada pentadbiran awal Jawaharlal Nehru. Pengaruh Dari segi pentadbiran, India seperti AS mewarisi sistem British kerana keduaduanya adalah bekas tanah jajahan Inggeris. Paling penting ialah penguasaan bahasa Inggeris oleh rakyat India dan ini memudahkan negara itu menerima pengaruh AS dan Barat secara terbuka. Ini mempercepatkan kemasukan India dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Walaupun China mempunyai penduduk paling banyak di dunia dan menjadikan Mandarin sebagai bahasa paling banyak digunakan manusia tetapi ia tidak mampu mencabar kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan internasional. Harus diterima bahawa bahasa Inggeris lebih mudah dipelajari daripada Mandarin oleh orang bukan China. Sistem karakter China menyukarkan pembelajarannya berbanding aksara Rumi yang menjadikan bahasa Inggeris lebih fleksibel dan mudah dikuasai. Maka AS dan dunia Barat boleh menemukan kemesraan di India berbanding dengan China. Dengan dukungan AS dan Eropah, India mampu menjadi kuasa utama mengatasi China. Kebebasan, keterbukaan dan keanjalan di India membuatkanya lebih mampu berdepan dengan perubahan sejagat berban ding dengan China yang masih terbelenggu dengan ideologi komunis walaupun pada berbentuk politik, dan tidak ekonomi. India juga memiliki parti komunis yang berpengaruh di kerajaan pusat dan negeri seperti di Bengal dan Kerala. Tetapi mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi sejak India mencapai kemerdekaan. Asia Timur dan dunia keseluruhannya akan bermanfaat daripada pertumbuhan pesat China dan India, lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya digandingkan. Buat masa ini China sememangnya jauh ke depan daripada India dari segi pertumbuhan ekonominya.

Tetapi sebagai kuasa besar yang utama, India yang mempunyai budaya lebih terbuka mempunyai peluang lebih besar dan mudah diterima oleh dunia. Mungkin apa yang dibimbangi Barat terhadap kebangkitan China hanya imaginasi seperti mana perspektif mereka terhadap Jepun sebelum ini. Sebaliknya India mampu muncul sebagai kuasa ekonomi lebih mantap dan dapat diterima oleh masyarakat dunia. Apa yang diperlukan oleh India adalah kestabilan dalam proses demokrasi dan hubungannya dengan negara-negara jiran. Kejayaan untuk damai antara India dan Pakistan merupakan kunci kepada kestabilan ini. Sudah tentu ia menuntut perubahan minda antara rakyat kedua negara. Di sinilah cabaran utama kedua negara itu, dan ia memerlukan dorongan dan dukungan AS dan Eropah.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0207&pub=utus an_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive#ixzz4FJLRxjVR © Utusan Melayu (M) Bhd

Related Documents


More Documents from ""

Gci Kumpulan3.pptx
December 2019 12
December 2019 14
India.docx
December 2019 8
Gci 1022 Topics 4.pptx
December 2019 17
Assignment.docx
December 2019 7