Assignment.docx

  • Uploaded by: Chong Meng Xuan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,044
  • Pages: 7
Tugasan 1 : Esei 1.0 Pengenalan Selepas berakhirnya pengaruh komunisme di Eropah, dunia menyaksinya perubahan yang begitu besar sama ada dalam ekonomi, politik dan sosial di bekas negara-negara Kesatuan Soviet, negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Pelbagai isu telah berlaku di negara-negara

ini

masing-masing.

Contoh

isu

sejagat

yang

telah

berlaku

ialah

pendemokrasian di negara-negara Timur Tengah, konflik antara Palestin dengan Israel, pembersihan etnik di Bosnia dan IS dan keganasan di Iraq. Isu-Isu politik dunia semasa ini telah banyak memberi impak kepada negara Malaysia terhadap sosio-pendidikan di Malaysia. Persoalannya, apakah yang berlaku di negara-negara Kesatuan Soviet, negaranegara Eropah dan Timur Tengah serta bagaimanakah peristiwa-peristiwa ini mempengaruhi sosio-pendidikan di Malaysia?

2.0 Pendemokrasian Di Negara-Negara Timur Tengah Antara isu politik dunia semasa yang pertama ialah pendemokrasian di negaranegara Timur Tengah. Jadi apakah itu pendemokrasian? Pendemokrasian bermaksud rakyat menuntut hak kebebasan dan hak bersuara seperti kebebasan memilih pemerintah iaitu pilihan raya untuk menggulingkan raja diktator. Kebangkitan dalam kalangan rakyat berlaku untuk menuntut demokrasi. Tunisia, Mesir, Lybia, Syria, Yemen, Jordan, Syria, Iran merupakan beberapa negara yang berlaku pendemokrasian di Timur Tengah. Sebelum pendemokrasian, mereka hidup dengan penuh sengsara kerana pemerintah diktator, tiada pilihan raya, tentera berkuasa, kekejaman rejim, tidak mempunyai sebarang hak dan kebebasan. Hal ini demikian, bermulanya kebangkitan rakyat. Contohnya, masyarakat bangkit menentang pemerintahan zalim pemerintah yang menyebabkan pengangguran, inflasi makanan, korupsi, ketiadaan kebebasan bersuara, dan kebebasan politik serta keadaan

hidup

yang

tidak

memuaskan.

Kebangkitan

rakyat

telah

menyebabkan

penumbangan pemerintah yang zalim dan hak dipelihara, namun ramai yang cedera dan terkorban.

2.1 Impak Pendemokrasian di Negara-negara Timur Tengah kepada Malaysia Pendemokrasian di negara-negara Timur Tengah telah membawa impak kepada negara Malaysia. Antara impaknya ialah pendidikan Moral telah diberi kepada murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian untuk mewujudkan sikap warganegara yang bermoral, mulia, berbudi bahasa dan mempunyai etika yang kukuh. Perkara ini dapat 1

menjamin keamanan negara. Dasar demokrasi juga merupakan dasar yang dijalankan di Malaysia, rakyat dapat hidup dalam keadaan yang aman damai walaupun berbilang kaum seperti melayu, india, cina dan sebagainya. Semua rakyat yang berumur 21 dan keatas berhak untuk terlibat dalam pilihan raya untuk memilih pemerintah yang disokongi dan setiap individu boleh menuntut hak asasi masing-masing seperti yang ternyata dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Dengan itu, pengorbanan nyawa, kerosakkan harta, pemberontakan, peperangan dapat dielakkan kerana sesiapa yang didakwa bersalah akan menerima hukuman seperti yang terdapat dalam undang-undang negara Malaysia. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendemokrasian di Negara-negara Timur Tengah telah membawa impak yang begitu besar kepada Malaysia yang aman hingga sekarang.

3.0 Konflik Antara Palestin Dengan Israel Di samping itu, Isu sejagat yang seterusnya ialah berlakunya konflik antara Palestin dengan Israel. Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin hingga sekarang. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan. Usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin terutamanya melibatkan kawasan garisan sempadan bermula selepas PBB meluluskan resolusi membahagikan Palestin (negara mandat di bawah pentadbiran British) kepada wilayah Arab dan wilayah Yahudi pada 1947. Penduduk Arab menolak ketetapan itu hingga mencetuskan Perang Arab-Israel pertama. Bagaimanapun, peperangan susulan dilancarkan selama enam hari pada 5 hingga 10 Jun 1967 di Timur Tengah sekali lagi menyebabkan sebahagian besar wilayah di rantau itu ditawan Israel. Pada November 1967, PBB mengeluarkan Resolusi 242 menggesa Israel berundur semula ke sempadan (garisan hijau) seperti ditetapkan dalam perjanjian pada 1949. Tetapi permintaan ini ditolak Israel.

3.1 Impak Konflik Antara Palestin Dengan Israel Daripada masalah konflik antara Palestin dengan Israel, ia sangat memberi impak terhadap sosio-pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah pengetahuan Sejarah telah diterapkan kepada murid-murid di sekolah menengah tetapi kebelakangan ini subjek Sejarah 2

juga telah diberikan kepada murid-murid di sekolah rendah. Hal ini disebabkan pengetahuan dalam

Sejarah

dipercayai

dapat

menyatupadukan

rakyat

di

Malaysia.

Daripada

pembelajaran sejarah, generasi muda dapat mengetahui kesan-kesan peperangan antara negara iaitu akan berlakunya pengorbanan nyawa dan perpecahan sesebuah negara ataupun yang lebih banyak. Dengan itu, mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang sama untuk mengelakkan akibat-akibat yang dahsyat ini daripada berlaku. Selain itu, rakyat Malaysia akan menghormati rakyat di negara yang berlainan dengan tidak mejejaskan imej atau menyebarkan khabar angin yang akan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara. Dengan itu, hubungan baik antara dua negara terjalin dan peperangan dapat dielakkan. Seterusnya, konflik antara Palestin dengan Israel juga membawa kesan negatif kepada Malaysia. Bagi pelajar yang melanjutkan pembelajaran ke tempat seperti Palestin atau Israel, mereka terpaksa berhenti persekolahan dan balik ke negara Malaysia bagi menjamin keselamatan diri. Hal ini telah menyebabkan mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghabiskan pelajaran mereka. Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah konflik antara Palestin dengan Israel dapat memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mengulangi perbuatan yang akan menyebabkan peperangan dan memberi impak tentang kepentingan menjalin hubungan yang baik dengan negara lain.

4.0 Pembersihan Etnik Di Bosnia Selepas peperangan Empayar Hungary-Austria pada penghujung Perang Dunia II (1945), Bosnia dan Herzegovina, bersama wilayah Serbia, Croatia dan Slovania membentuk negara Yugoslavia. Pembersihan etnik di Bosnia merupakan isu sejagat yang telah berlaku selepas kematian pemimpin Marshal Tito pada tahun 1980. Etnik (ethnic) merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.

Selepas

kematian Tito dan kejatuhan regim komunis pada tahun 1980, konflik etnik di Yugoslavia berlaku dan wilayah-wilayah Yugoslavia mulai berpecah belah dan masing-masing menuntut autonomi. Pembersihan etnik (ethnic cleansing) menjadi salah satu cara yang bertujuan untuk menghalang kemerdekaan Bosnia. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman, wanitawanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan. Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi. Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia. 3

4.1 Impak Pembersihan Etnik Di Bosnia Kepada Malaysia Daripada kejadian di atas, kita dapat lihat betapa berat isu rasisme antara etnik di Bosnia. Kejadiaan ini juga sangat memberi impak kepada Malaysia. Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Pada 13 Mei 1969, peristiwa pergaduhan kaum telah berlaku di Malaysia dan menyebabkan kerajaan mengubahsuai dasar pendidikan negara dengan memberi penekanan kepada menggalakkan perpaduan di antara kaum. Selain itu, Penubuhan Tabung Kesengsaraan Orang Islam Bosnia anjuran Kumpulan akhbar Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. dan penyediaan sepasukan 1 500 orang anggota tentera ke Bosnia telah memberi pengajaran tentang kepentingan bertolak ansur. Dengan itu, melalui kejadian pembersihan etnik di Bosnia dan pergaduhan antara kaum, rakyat Malaysia dapat mengetahui akibatnya jika setiap orang mengamalkan sikap rasisme. Oleh itu, aktiviti kokurikulum telah diwajibkan kepada setiap pelajar agar dapat menerapkan sikap bertoleransi antara generasi muda. Hal ini kerana kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham serta menjamin kesejahteraan antara satu sama lain. Seterusnya, penggunaan bahasa Malaysia sebagai pengantar utama dan menanamkan nilai-nilai kebangsaan dapat memupuk penyatuan dan perpaduan negara. Rakyat diajar supaya saling menghormati kerana hak yang sama telah diberikan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira jantina. Sebagai contoh, wanita mempunyai hak dinaikkan pangkat dan mengambil jawatan yang tinggi seperti yang diberi kepada pihak lelaki. Lembaga Sisters in Islam (SIS) juga merupakan kumpulan yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi wanita Islam. Pendek kata, pembersihan etnik di Bosnia telah memberi pengajaran supaya tidak mengamalkan sikap rasisme di kalangan rakyat dan patriotisme haruslah dipupuk dalam penduduk Malaysia.

5.0 IS Dan Keganasan Di Iraq Seterusnya, berlakunya IS dan keganasan di Iraq pada tahun 2014 merupakan isu yang amat membimbangkan rakyat seantero dunia. Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) atau Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) atau Islamic State (IS) merupakan sebuah kumpulan pejuang Islam yang aktif di Iraq dan Syria. Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq pada tahun 2003 dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Matlamat IS adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiaannya termasuklah Syria seterusnya ke seluruh dunia. Mereka 4

mensasarkan kerajaan dan tentera Iraq. Dengan itu, ahli IS telah bertambah kepada 2,500 orang, termasuk pejuang-pejuang dari negara-negara lain seperti Australia, Malaysia, UK dan sebaginya. Pada awal Jun 2014, berikut perbalahan di Iraq, ISIS dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai penduduk di Iraq, wilayah Nineveh dan bandar Fallujah. ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah Salah Din, dengan matlamat menguasai Baghdad, ibu kota Iraq. Beribu nyawa terkorban termasuk perempuan dan anak-anak dikubur hidup-hidup di kuburan massal yang tersebar di dalam dan sekitar Sinjar. Sinjar merupakan rumah bagi etnis Yazidi yang dianggap sebagai masyarakat “pemuja setan” oleh militan ISIS. Kelompok ini mengancam Yazidi untuk masuk Islam atau mati. Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria menawan sebahagian besar bahagian utara Iraq selepas melancarkan satu serangan kilat pada Jun lalu. Lebih 200,000 penduduk yang majoriti penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri selepas militan berkenaan membunuh penduduk yang menentang mereka. Menurut Wakil Ketua MUI (Majlis Ulama Indonesia) Karuf Amin, ISIS menjadi haram lantaran apa yang dilakukan kelompok tersebut seperti melakukan tindakan kekerasan untuk mencapai sebuah tujuan sudah keluar dari ajaran Islam.

5.1 Impak Is Dan Keganasan Di Iraq Terhadap Malaysia IS dan keganasan merupakan isu semasa yang paling menakutkan rakyat hingga sekarang. Hal ini kerana sesiapa yang menjadi masang akan diseksa sehingga mati. Kejadian ini telah memberi impak terhadap sosio-pendidikan iaitu penerapan pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kepada rakyat sejak mereka kecil lagi. Patriotisme turut diterapkan kepada rakyat Malaysia. Perasaan cinta terhadap raja dan negara dapat menjamin kesatuan dan keamanan negara. Rakyat akan hidup bersama secara aman walaupun berbilang kaum dan menganut agama yang berlainan. Justeru, perpaduan rakyat dapat dipupuk. Selain itu, kebebasan beragama juga diberikan kepada setiap individu bagi mengelakkan berlakunya keganasan di Malaysia. Kebebasan beragama bermaksud dalam sesebuah kelompok masyarakat atau seseorang itu bebas untuk memilih menganuti agama yang mengikut kehendak mereka. Dalam negara Malaysia, kita mempunyai beberapa jenis agama iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Kristian, agama Buddha, animisme, etnik Iban, Bidayuh dan sebagainya. Tidak seseorang pun yang boleh dipaksa sehingga menggangu kebebasannya untuk menganut atau menerima suatu agama atau kepercayaan seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, jelaslah bahawa peristiwa IS dan keganasan telah memberi impak kepada negara Malaysia dengan menitikberatkan perpaduan dan kebebasan beragama setiap individu.

5

6.0 Kesimpulan Deduksinya, berdasarkan kepada beberapa isu sejagat, kita dapat lihat ia sangat memberi impak terhadap sosio-pendidikan di Malaysia. Dari segi pendidikan, beberapa subjek iaitu pendidikan Moral, pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Sejarah telah diwujudkan dan setiap warganegara akan mempelajari subjek-subjek ini sejak di bangku sekolah lagi. Jelaslah bahawa negara Malaysia amat menitikberatkan pendidikan kerana dapat menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dijalankan sebanyak sekali seminggu di setiap sekolah bagi mewujudkan perpaduan. Tambahan pula, bagi memelihara hak setiap individu, akta dan undang-undang telah diperkenalkan untuk mengelakkan peperangan. Peperangan turut dapat dielakkan dengan melaksanakan dasar demokrasi. Selain itu, sikap patriotisme juga diamalkan bagi mewujudkan perpaduan dan rakyat dapat hidup bersama secara aman. Selain daripada itu, isu sejagat ini juga telah mempengaruhi pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tempat yang kurang selamat kerana ini akan menyebabkan pembelajaran mereka tertangguh. Dengan itu, jelaslah bahawa isu-isu sejagat telah memberi pelbagai impak positif dan negatif terhadap sosio-pendidikan di malaysia.

6

Rujukan: 1. Prof. Madya Dr. Mokhtar Muhammad (2005) .Perhubungan Antarabangsa : Cabaran & Harapan. Kuala Lumpur : Anzagain Sdn. Bhd. 2. Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975-1979 (1983) . Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. 3. Shahril @ Charil Marzuki, Habib Mat Som (1999) . Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Sufean Hussin (1993) . Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Mohd. Salleh Lebar (1996) . Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

7

More Documents from "Chong Meng Xuan"

Gci Kumpulan3.pptx
December 2019 12
December 2019 14
India.docx
December 2019 8
Gci 1022 Topics 4.pptx
December 2019 17
Assignment.docx
December 2019 7