Gci Kumpulan3.pptx

  • Uploaded by: Chong Meng Xuan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gci Kumpulan3.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,141
  • Pages: 29
BAGAIMANAKAH KEMUNCULAN INDIA SEBAGAI KUASA EKONOMI

BARU DUNIA BOLEH MEMBERIKAN IMPAK KEPADA MALAYSIA ?

INDIA KUASA BARU DUNIA  Selepas

merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan separa sosialis dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing.

 Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya

secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing.

 Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta

pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.  Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion

pada Mac 1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007, manakala kurangan belanjawan persekutuan dan negeri telah menurun.

 Dengan kadar peningkatan KDNK sebanyak 9.4%

sepanjang tahun 2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.

 KDNK India dari segi kadar pertukaran dolar AS ialah

AS$1.103 trilion, terbesar di dunia.

menjadikannya

ekonomi

ke-12

 Jika diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), India

mempunyai KDNK keempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.  Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada

$820, iaitu di tangga ke-128 di dunia manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula adalah di tangga ke-118.

 Ekonomi

India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu . Namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.

 Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar sangat, namun dewasa ini jurangnya makin luas.

 Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju,

namun sesuku penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada $0.40 sehari.  Tambahan pula, India mengalami kadar pemakanan

tak seimbang yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.

FAKTOR-FAKTOR :  India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta  60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan

industri-industri berkaitan  28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-

industri berkaitan  12% dalam perindustrian.

 Tanaman-tanaman

pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang.

 Sektor pertanian membentuk 28% KDNK sektor

perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK.  Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta,

simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera, perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan pengangkutan, dan tekstil.

 Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada

AS$112 bilion import pula sekitar AS$187.9 bilion.  Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian

merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama.  Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula

merupakan import utama.  Rakan dagang India yang paling utama ialah Amerika

Syarikat, Kesatuan Eropah, China, dan Emiriah Arab Bersatu.

LANGKAH-LANGKAH:  Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan

terhadap sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan perubatan.

 India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan

juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi.

 Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman,

bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium.

 India merupakan satu lagi negara yang begitu unik

dan mampu bertahan kekacauan ekonomi dunia.

walaupun

berlakunya

 Walaupun India bangkit pada awal tahun 1990- an

untuk mewujudkan sistem ekonomi dan rantaian perniagaan agak lewat dari China, yang lebih awal menggerakkan ekonominya, India telah mampu mengatasi China dengan kebangkitan ekonomi yang begitu pantas.

 India, yang mempunyai populasi 1.5 billion (setakat july

2008), telah dengan agresif menjalankan rantaian perniagaan dengan membangkitkan golongan menengah untuk lebih bergiat dalam perniagaan seperti bidang perindustrian, teknologi, pertanian dan pasaran filem.  Apa yang berlaku ialah India tidak akan begitu

dipengaruhi atau terjejas apabila berlakunya kekacauan ekonomi dunia.  Oleh yang demikian, golongan SME dan sistem ekonomi

India, akan terus menjalankan urusan perdagangan dan perniagaan dalam keadaan yang lebih stabil dan selesa apabila berlakunya kegawatan ekonomi.

 China dan India berhasrat meningkatkan hubungan

dagangan kepada 100 bilion dolar menjelang 2015.  Dagangan dua negara mencecah 66.47 bilion dolar

pada 2012.  Nilai itu hanya merangkumi dua peratus rekod eksport

China dan lapan peratus dari eksport India.  Antara bidang yang menyaksikan kerjasama kedua

negara adalah infrastruktur.

 Kedua negara harus mempromosi liberalisasi pasaran

kemudahan dagangan seimbang yang dinamik dan mengembangkan pelaburan dua hala.  Turut dicadangkan pembangunan projek mega kedua

negara seperti taman perindustrian dan infrastruktur.

KESAN KEPADA MALAYSIA :  Usaha bersungguh-sungguh India untuk menjadi sebuah

kuasa ekonomi dunia dengan jangkaan mencatatkan pertumbuhan tahunan antara tujuh dan lapan peratus setahun dalam tempoh sedekad akan datang kemungkinan akan memberi `durian runtuh' kepada negara-negara ASEAN di bawah rangka dasar `Pandang ke Timur'nya.  Untuk mencapai pertumbuhan setinggi itu, India perlu

menarik pelaburan besar yang signifikan dari sumber domestik dan asing.  Ia juga perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi para

pelabur dan pengusaha untuk menggunakan keupayaan dan sumbernya yang produktif.

 INDIA menyatakan bahawa ia kini bersedia untuk

berkongsi kepakaran dalam teknologi maklumat (IT) dan bioteknologi yang telah menunjukkan kemajuan yang menakjubkan.  kerajaan India telah mengenal pasti infrastruktur

fizikal sebagai satu bidang yang penting yang perlu dinaikkan taraf.

 INDIA memerlukan satu pelaburan yang besar

sebanyak AS$55 bilion di dalam projek-projek infrastruktur seperti jalan kereta api, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang untuk tempoh 10 tahun akan datang.  Menurut Laporan Infrastruktur India (IIR), sekitar

lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dilaburkan dalam sektor infrastruktur yang perlu dipertingkatkan kepada minimum antara tujuh peratus dan lapan peratus daripada KDNKnya.

 Inisiatif seperti itu dijangka memberi faedah kepada

negara-negara seperti Malaysia yang telah mengukuhkan namanya dalam industri pembinaan di sini, terutama sekali di Tamil Nadu.  Syarikat-syarikat pembinaan Malaysia sehingga ini

telah menyiapkan 21 buah projek di India bernilai AS$830 juta.  Kini, mereka sedang melaksanakan 26 projek bernilai

AS$1.2 bilion di India yang terdiri daripada lebuh raya dan jalan raya, pembekalan air dan perumahan.

 Lebih

banyak peluang akan diterima daripada Lembaga Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI), yang melaksanakan salah satu projek lebuh raya terbesar di dunia melalui pembinaan dan menaikkan taraf lebuh raya kebangsaan sepanjang 13,146 km yang bernilai AS$12 bilion.

 Projek berkenaan yang telah sampai ke peringkat

persediaan lanjutan bakal dibiayai melalui campuran geran kerajaan (dari dana jalan raya pusat), pembiayaan multilateral dan pinjaman di pasaran.

 Selain melaksanakan projek-projek Pembangunan

Lebuhraya Kebangsaan (NHDP), NHAI kini juga turut melaksanakan sesetengah projek bukan NHDP sepanjang 1,000 km yang membabitkan jalan raya menyambung pelabuhan dan koridor trafik sesak yang lain.

KESAN KEPADA ASEAN :  Negara-negara

ASEAN merupakan pelaburan di sektor jalan raya India.

sumber

penting

 Malaysia dan Singapura secara tradisinya telah menjadi

rakan karib India dalam sektor infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan, taman-taman perindustrian dan logistik.  India turut memerlukan pelaburan yang besar untuk

menaikkan taraf pelabuhan dan lapangan terbang untuk membolehkan negara itu menarik lebih ramai pelancong, meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat dan perdagangan dengan negara-negara ASEAN.

RUMUSAN

TAMAT

Related Documents

Gci Kumpulan3.pptx
December 2019 12
Gci 1022 Topics 4.pptx
December 2019 17

More Documents from "Chong Meng Xuan"

Gci Kumpulan3.pptx
December 2019 12
December 2019 14
India.docx
December 2019 8
Gci 1022 Topics 4.pptx
December 2019 17
Assignment.docx
December 2019 7