Aku wanita punya hati yang seringkali merasa, punya akal yang seringkali berfikir tentang kekuasaan ALLAH, tentang kewujudan malam dan siang juga tentang kehidupan dan kematian yang akan bertandang buat setiap insan. Selepas menunaikan solat asar aku membasahkan bibir dengan kalimah-kalimah yang indah datangnya dari ALLAH. Aku alunkan dengan penuh syahdu… “subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar” Tiba-tiba air jernih menitis laju tanpa aku sedari, buat kali pertama aku merasakan hatiku sungguh pilu dan sebak. Tiada tempat hendak meminta, merayu melainkan kepadanya lantas seperti adanya belaian lembut yang menenangkan diriku, kewujudannya amat terasa, ya ALLAH nur mu aku dambakan agar terus mekar di hati ini. Hebatnya kuasa ALLAH mengalahkan kehebatan cinta manusia, dulu aku sering leka dengan mainan duniawi, sekarang dengan adanya engkau disisi, aku menjadi semakin berhati-hati. Dulu aku berteman dengan manusia dan melupakanmu seketika, namun apa yang aku dapat dengan berbuat begitu? Hanya dosa.. dosa mencariku, aku merelakannya datang. Dulu gossip hangat menjadi bualan, kekurangan manusia menjadi bahan permainan, kesilapan manusia menjadi ukuran. Kini semua itu akan berlalu,
tinggalkan lah aku jauh wahai dosa, datang lah menjemputku wahai pahala. Aku menanti dengan hati yang suci dan terbuka. Semakin aku mengerti akan kehidupan ini, semakin banyak rintangan yang datang silih berganti. Andai aku turuti kata hati sudah lama aku hanyut dalam arus hidup ini. Denganmu aku semakin kuat mengharunginya, dengan mu aku semakin tabah dan redha menerima segalanya, dengan mu juga aku semakin matang dalam menilai kamus hidup manusia. Ya ALLAH hambamu ini memerlukanmu sentiasalah mendampingiku agar aku tidak lalai dan taksub dengan mainan duniawi.