Iman Ghazali Berpendapat Sekiranya Allah Mengkehendaki Hamba

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Iman Ghazali Berpendapat Sekiranya Allah Mengkehendaki Hamba as PDF for free.

More details

  • Words: 323
  • Pages: 1
Iman Ghazali berpendapat sekiranya Allah mengkehendaki hamba-Nya menjadi baik, Dia perlihatkan hamba itu kepada perbuatan kejinya, agar memungkinkan bagi dia untuk mengubatinya. Namun kebanyakkan manusia cuma nampak kesalahan saudaranya tetapi tidak nampak kesalahannya sendiri. Oleh itu beliau mencadangkan empat cara untuk sesiapa ingin mengetahui celanya sendiri: Dia mesti datang kepada guru yang boleh melihat keburukan jiwa dan ketidak baikannya yang samar. Kemudian dia mengikut petunjuknya dalam bermujahadah mengubah diri. Cari teman yang boleh membetulkan yang salah samada lahir ataupun batin. Contohnya Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Semoga Allah mengasihi orang yang mahu menunjukkan kelakuan kejiku.” Beliau bertanya kepada Salman r.a., “Kelakuanku yang mana kamu benci?” Salman r.a. menjawab: “Kau suka mengumpulkan dua lauk dalam satu meja.” Umar r.a. berkata: “Adakah engkau lihat selain itu?” Jawab Salman: “Tidak.” Umar berkata: “Dua perkara itu akan aku hentikan.” Sesungguhnya Umar r.a. yang begitu tinggi kedudukannya, masih juga suka memperbetukan diri dan masih boleh menerima kritikan orang lain. Sememangnya susah untuk mencari org sepertinya sekarang ini, yang mahu celanya dikritik. Juga, sukar untuk mencari teman yang tidak hasad, yang tidak sanggup menegur kecelaan kita.

Hendaklah mempelajari kecelaan diri dari mulut musuh. Berkemungkinan ini lebih bermenafaat daripada memperbetulkan diri dari mulut temannya. Tetapi kadang-kadang kebencian kita kepada musuh mengaburi kita sehingga menganggap apa yang dikatakan hanyalah hasad si musuh yang cuma mengada-adakan cerita. Mesti bergaul dengan orang. Setiap keburukan yang dilihat, segera dicari dalam diri. Orang mukmin adalah cermin bagi orang mukmin yang lain. Dari cela orang lain, kita boleh melihat cela pada diri kita. Mungkin kita tidak menyedari ketika kita melakukannya, sehinggalah kita melihatnya pada orang lain. Jadi, sekiranya ada kecelaan itu pada diri kita, maka hendaklah segera ditinggalkan. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Confucius, ‘Sekiranya aku berjalan dgn dua org lelaki lain, keduanya akan menjadi guruku. Aku akan memilih sifat yg baik dari salah seorang darinya dan akan meniru sifat tersebut; dan akan memilih sifat buruk dari seorang lagi dan memperbetukannya di dalam diriku.’ Wa’Llahu a’lam

Related Documents


More Documents from "H Masoed Abidin bin Zainal Abidin Jabbar"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31