Ilmu Supaya Dikasehi Oleh Masyarakat

  • Uploaded by: b'lalang biru
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Supaya Dikasehi Oleh Masyarakat as PDF for free.

More details

  • Words: 552
  • Pages: 4
ILMU SUPAYA DIKASEHI OLEH MASYARAKAT Orang yang bijak itu sentiasa mendamping dirinya kepada masyarakat untuk berkongsi sama dengan masyarakatnya terhadap kerja-kerja kebajikan dan sesuatu yang memberi faedah bersama kadang-kadang terdapat orang berjasa dan berusaha serta berniat baik kepada masyarakat , masyarakatnya pula tidak menghargai daya usaha dan penat lelahnya. Dengan sebab demikian datanglah perasaan tawar hati untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan kepada masyarakatnya. Sekiranya terjadi demikian bacalah zikir ini sebagai wirid sekurang-kurangnya 3 kali setiap selesai solat fardhu. Insyaallah dia akan dihormati oleh masyarakat.

ILMU PENGASIH CAHAYA MUKA

Muka yang bercahaya menunjukkan iman yang mendalam terhadap diri seseorang. Sebaliknya muka yang muram dan kelabu itu menunjukkan perkara-perkara yang kurang senang yang sedang ditanggung oleh seseorang. Untuk membuatkan muka bercahaya dan dikasehi oleh semua orang bacalah zikir ini sebanyak 100 kali selama 7 hari berturutturut kalau boleh diwaktu zohor. Insyaallah muka akan bercahaya , jernih, bersih, dan mata hatinya terbuka serta terang benderang dan akan menjadi orang bijaksana serta berpengaruh.

ILMU PENGASIH SUPAYA JADI PEMIMPIN Semua makhluk dijadikan allah, termasuk dari jenis manusia. Kemudian dijadikan manusia itu berperingkat-peringkat . ada yang jadi pemimpin dan ada yang jadi pengikut. Kalau sekiranya ingin jadi terkemuka atau pemimpin maka amalkan zikir ini selama satu jam kira-kira pukul 4 pagi. Insyaallah akan jadi terkemuka dalam masyarakat . inilah zikirnya yang diamalkan :

ILMU PENGASIH SUPAYA DILEMBUTKAN HATI Semasa kita berhadapan dengan masyarakat kita terpaksa menghadapi banyak perkara dan karenah manusia yang bermacam ragam kerana rambut sama hitam sedangkan hati lain-lain. Ada yang menaruh rasa benci sedangkan kita tidak membuat sesuatu pun yang menyebabkan kebencian. Ada yang rasa sayang dan ada yang macam-macam. Maka dari yang demikian , sayang dan benci itu permainan masyarakat yang mesti diterima dengan tabah dan tenang. Amalkan zikir yang diatas tiap-tiap hari seberapa yang boleh untuk melembutkan hati dan menarik perasaan orang supaya kasih dan disayang oleh orang besar-besar. Inilah zikirnya yang diamalkan:

ILMU PENGASIH SUPAYA DISEGANI ORANG Semua orang ingin supaya sipandang secara terhormat . Kerana pandangan terhormat itu adalah lebih baik dari orang memandang kita dengan cara rendah. Amalkan zikir ini supaya dipandang dangan rasa hormat dan berpengaruh.

ILMU PENGASIH KHASIAT HATI SURAH AL AN’AM Jika ingin dikasehi oleh musuh ataupun sesiapa sahaja yang mungkin terdiri dari rakan sepejabat, isteri, suami dan sebagainya maka berpuasalah pada hari isnin (puasa sunat) dan bacalah ayat dibawah ini sebanyak 70 kali ditengah-tengah malam. Insyaallah, sesiapa yang kita berhajat supaya mengasehi kita akan berhasil. Inilah ayat yang dibaca:

ILMU PENGASIH KHASIAT HATI SURAH AL AN’AM UNTUK MEMILIKI ISTERI Sekiranya ada seseorang yang dicintai dan bercadang untuk dijadikan isteri bukan untuk tujuan jahat, maka baca ayat diatas sebanyak 70 kali selama 7 hari sambil membayangkan wajah orang yang kita kehendaki . Tetapi ilmu atau amalan ini akan memakan diri sekiranya disalah gunakan dan akan menjadi sewel selama-lamanya.

ILMU PENGASIH IMAM SYA’RANI Imam sya’rani berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Barangsiapa yang membaca selawat:

Setiap hari dan setiap malam sebanyak 100 kali , maka Allah akan membukakan 7 pintu rahmat dan setiap orang yang akan memandangnya, baik lelaki mahupun perempuan akan merasa kasih sayang kepadanya.

ILMU PENGASIH LELAKI PEREMPUAN Untuk menjadikan seseorang kasih kepada kita samaada lelaki atau perempuan apabila bertemu dengan orang itu maka bacalah zikir ini sebanyak-banyaknya sebelum mula melihat kematanya. Renung matanya dan tahankanlah nafas, ilmu ini bleh memakan diri jika disalah guna. Inilah zikirnya

Related Documents


More Documents from ""

Surah Al Fatihah
July 2020 8
Bab Agama
July 2020 15
Kehebatan Surah Al
July 2020 12
Dunia Punya Hal
July 2020 13