Ilmu Pendidikan-motivasi

  • Uploaded by: wanfarahiyah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Pendidikan-motivasi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,285
  • Pages: 55
ILMU PENDIDIKAN

MOTIVASI KUMPULAN BERSIH 3. AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM 4. NURUL SALIKIN BINTI NASERUN 5. NADIA BINTI AWANG

DEFINISI •berasal dari perkataan Greek ‘movere’ yang membawa maksud menggerakkan. •diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris, motivation’. Perkataan asalnya ialah ‘motive’ yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada ‘motif’, yakni bermaksud tujuan. •keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi 4)

DEFINISI

samb.

•merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah sikap, minat dan tingkahlaku. •merujuk kepada kuasa dalam yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkahlaku manusia. (WOOLFOLK, 1990) •suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. (J. P. CHAPLIN)

KONSEP •Terdapat 5 konsep penting di dalam motivasi yang perlu diketahui di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama proses dalaman yang menggerakkan, mendorong dan mengawal tingkahlaku dari semasa ke semasa. Individu yang bermotivasi mempunyai alasan yang berbeza dengan inisiatif yang berbeza. Cth: seorang pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk menghadapi ujian dengan tujuan mendapat markah yang tinggi

KONSEP

samb.

Kedua dapat ditingkatkan dengan memberi penekanan kepada tujuan pembelajaran. cth: wahyu pertama mengenai pendidikan ialah “Bacalah”. Ketiga dapat ditingkatkan apabila guru menarik minat belajar pelajar, mencetuskan rasa ingin tahu pelajar, mempelbagaikan strategi pengajaran dan memberikan harapan yang jelas. cth: Guru menceritakan mengenai “kenapa nombor 1 disebut satu, kenapa nombor 2 disebut dua dan seterusnya”.

KONSEP

samb.

Keempat dapat ditingkatkan dalam diri pelajar dengan memberikan ganjaran kepada pelajar. cth: Memberi bintang kepada pelajar yang menyiapkan latihan dengan cepat. Kelima dengan kecenderungan melibatkan diri dengan aktivitiaktiviti yang berlandaskan kepada keterampilan. cth: Menjadi pengawas sekolah

CIRI-CIRI MOTIVASI •Diwujudkan akibat keperluan fisiologi atau psikologi. cth: seseorang yang lapar akan berusaha mencari makanan. •Bukan diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi. cth: jika seorang ayah mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya dalam pendidikan, adalah tidak semestinya anak-anaknya akan mewarisi motivasi yang tinggi yang dimiliki oleh ayah.

CIRI-CIRI MOTIVASI

samb

•Merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan. cth: memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang •Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar keinginan. Semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya. cth: semakin lapar seseorang itu, semakin berusaha orang itu untuk mencari makanan

JENIS-JENIS MOTIVASI •Ahli-ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada beberapa kategori, antaranya: motivasi fisiologi dan motivasi sosial motivasi asas dan motivasi pembelajaran motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

MOTIVASI INTRINSIK •Definisi diwujudkan semulajadi daripada rangsangan dalaman. cth: mempelajari bahasa Perancis. terdiri daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta sebarang ganjaran. cth: cuba menyelesaikan masalah SUDOKU

MOTIVASI INTRINSIK

samb.

dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966) cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu walaubagaimanapun bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik.

KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK Di dalam merangsang motivasi secara intrinsik, seseorang itu boleh menggunakan 2 kaedah iaitu: KAEDAH GANJARAN KAEDAH HUKUMAN •Kaedah Ganjaran ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan ingin mencapai cita-cita berasa yakin

KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK meminat diri menggunakan unsur agama menggunakan cogan kata atau kata hikmat mengamalkan nilai murni tidak putus asa mencuba hingga berjaya sedia menghadapi cabaran memberi ganjaran atau hadiah menaakul atau meramal berfikir secara kritis dan kreatif bertanding dengan diri sendiri

samb.

KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK •Kaedah Hukuman Ingin mengelakkan daripada penderitaan atau hukuman seperti marah, tegur, malu, takut, atau denda Mendenda atau menghukum diri, misalnya tidak menonton TV atau mengurangkan masa untuk menonton TV.

samb.

MOTIVASI EKSTRINSIK • Definisi diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. cth: ingin dilantik sebagai pengawas dengan harapan mudah mendapat biasiswa boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi pujian, insentif, hadiah, pemarkahan dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorong murid belajar. cth: Membaca buku cerita dengan tujuan mendapat gred baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

MOTIVASI EKSTRINSIK

samb.

•Di dalam merangsang motivasi secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan 2 kaedah iaitu: KAEDAH GANJARAN KAEDAH HUKUMAN •Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif.

MOTIVASI EKSTRINSIK

samb.

•Kaedah Ganjaran Memberi kasih sayang Memuji Memberi galakan Menghormati Menanam minat Sedia membantu dan bekerjasama Sedia mendengar dan bersimpati Berhemah tinggi Menanam rasa yakin Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca Memberi cabaran

MOTIVASI EKSTRINSIK

samb.

Memberi tugasan Memberi ganjaran atau hadiah Menggunakan unsur-unsur agama Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral Berfikir secara positif Memberi bimbingan dan kaunseling

MOTIVASI EKSTRINSIK •Kaedah Hukuman Tegas Tegur Disiplin Marah Denda

samb.

MOTIVASI EKSTRINSIK

samb.

•Walaubagaimanapun, guru harus mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif. Memaki Memalukan Menakutkan Mencederakan Dera Tidak mempeduli Mengkritik sifat peribadi Menghampakan

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi •Motivasi dengan minat proses dalaman yang menimbulkan tingkah laku seseorang. tingkah laku yang berpusatkan kepada sesuatu perkara akan menghasilkan kepuasan yang maksima. tingkah laku dilakukan berulang kali cth : melukis, menyanyi, bermain Angklung

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi samb. •Motivasi dengan naluri dan inkuiri penggerak yang amat bernilai untuk memperolehi ilmu pengetahuan naluri kanak-kanak adalah diwarisi secara semulajadi ditimbulkan daripada rangsangan di dalam persekitaran. cth: naluri seorang anak yang meminati kopi kerana ayahnya meminati kopi inkuiri itu dianggap sebagai motivasi manusia. tingkah laku manusia yang ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. cth : adik beradik Wright yang mencipta kapal terbang

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi samb. •Motivasi dengan desakan dan keperluan desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga. keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi samb.

KEPERLUAN MOTIVASI DESAKAN

TINGKAH LAKU

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi samb. •Motivasi dengan sikap, harapan dan aspirasi sikap ialah sesuatu perkara yang dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan. sikap positif terhadap sesuatu perkara. cth: menerima teguran kerana mengunyah chewing gum di dalam kelas Harapan ialah merujuk kepada ramalannya yang subjektif sama ada berlaku atau tidak. Sekiranya ramalan tidak selaras dengan pengalaman kognitifnya perasaannya akan mengalami keadaan yang ketidakseimbangan yang mengubah motivasi yang terdahulu.

Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi Motivasi samb. Aspirasi merujuk kepada penilaian yang subjektif iaitu setakat mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu tugasan yang dilakukan. Cth: Abu yang meramal dirinya akan memperolehi 5A dalam PMR berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan PMR beliau mendapat 4A.

TEORI MOTIVASI TEORI KEPERLUAN MASLOW

Abraham Maslow •dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. •mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. •meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

B. F. Skinner •dilahirkan di Susquehanna, Pennsylvania, pada tahun 1904. •mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Harvard dalam tahun 1932. •meninggal dunia pada tahun 1990 akibat penyakit leukemia

TEORI KEPERLUAN MASLOW •Definisi mengenai keperluan manusia yang digambarkan dalam bentuk piramid kehidupan. ada 5 keperluan manusia yang masing-masing menempatkan kedudukan di dalam piramid kehidupan keperluan-keperluan manusia itu berperingkatperingkat. sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

1. Keperluan Fisiologi • •



Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Cth: pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

2. Keperluan Keselamatan • Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. • Cth: Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

3. Keperluan Kasih-sayang • Pada peringkat ini, hubungan yang mesra, kasih sayang, dan perasaan diri amat diperlukan. • Cth: pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

4. Penghargaan Kendiri • Keperluan nilai diri atau harga diri akan memainkan peranan yang penting untuk mendorong seseorang individu untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. • Keperluan nilai diri ini adalah seperti keperluan seseorang individu untuk merasakan dirinya dihormati dan dihargai. • Cth: Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilai.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

5. Penghakikian Kendiri • Penghakikian kendiri bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. • Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya. • Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas atau gerak balas sepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. • Adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

samb.

•cth: pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER •Definisi satu teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas. Rangsangan ini berkait rapat dengan motivasi kerana setiap tindak balas akan mendapat ganjaran.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•EKSPERIMEN 1 a) 1 kotak yang direka khas yang di dalamnya terdapat 2 perkataan “PEAK dan “TURN” dan jika perkataan itu dipatuhi makanan akan dikeluarkan. b) Seekor burung merpati diletakkan ke dalamnya dan mencari makanan di tempat makanan. c) Malangnya makanan tiada dan burung tersebut kena patuhi perkataan yang terpapar di dinding kotak. Apabila perkataan itu dipatuhi, makanan akan dikeluarkan. d) Ini diulang beberapa kali dan burung itu sudah dapat mempelajari bahawa apabila ia lapar ia akan mematuhi perkataan yang terpapar untuk dapatkan makanan.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•Proses tadi dinamakan sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan. •APLIKASI DALAM PENDIDIKAN Pelajar harus mencari inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan dari luar. Jangan menjadi seperti pahat, bila diketuk baru nak memahat papan.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•EKSPERIMEN 2 a) 1 kotak dipasangkan dengan lampu khas. b) Burung merpati hanya dapat mendapat makanan jika ia mematuk tuas masa lampu dipasang. c) Makanan tidak dikeluarkan semasa lampu tidak dipasang. d) Dalam beberapa percubaan, burung itu dapat mengenalpasti bahawa lampu tersebut sebagai satu prasyarat untuk dapatkan makanan

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•APLIKASI DALAM PENDIDIKAN Pelajar sentiasa membuat ulangkaji selama sejam sehari dan akibatnya mendapat gred B dalam peperiksaan. Ubah strategi dengan mengulangkaji selama 2 jam dan akibatnya mendapat gred A dalam peperiksaan. Jika ulangkaji semula selama sejam, jadi gred akan menurun. Ini menunjukkan bahawa aplikasi yang baik akan membantu pelajar dan sebaliknya.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•PENEGUHAN POSITIF Definisi : memperolehi tingkah laku baik daripada pelajar dengan menggunakan maklum balas yang betul. cth: memberi ganjaran yang mendorong pelajar untuk membuat baik.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

•PENEGUHAN NEGATIF Definisi : denda atau hukuman bagi menghalang pelajar melakukan tingkah laku bermasalah cth: masa rehat dipendekkan selama lima minit berbanding kawan-kawan yang lain.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

samb.

walaubagaimanapun, terdapat peneguhan negatif yang tidak mengubah pelajar yang melakukan tingkah laku bermasalah. cth: cikgu mengejek seseorang pelajar di hadapan pelajar kerana tidak dapat menjawab soalan

KESAN MOTIVASI KEPADA MURID •Menarik perhatian pelajar Pelajar yang mempunyai aras motivasi yang tingi akan sentiasa memberi perhatian di dalam kelas. •Menimbul dan mengekalkan minat pelajar Motivasi guru akan menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. •Motivasi dapat menimbulkan perasaan ingin tahu Cth: Cikgu Siti memulakan pelajarannya dengan menyatakan cahaya matahari adalah perlu untuk tumbuh-tumbuhan.

KESAN MOTIVASI KEPADA MURID

samb.

• Motivasi menggalakkan semangat persaingan Motivasi yang diusahakan oleh guru dalam bentuk pemberian hadiah. •Motivasi menghasilkan suasana pembelajaran yang menggembirakan Dengan adanya motivasi, pelajar-pelajar didorong untuk belajar kerana minat dan bukan kerana paksaan. •Motivasi menghasilkan pembelajaran yang bermakna Guru cuba mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaaan ingin tahu dan perasaan meneroka pada pelajar-pelajar.

KESAN MOTIVASI KEPADA MURID

samb.

•Motivasi membantu pencapaian objektif pembelajaran Pelajar yang berminat untuk belajar, dapat mempercepatkan pembinaan konsep yang seterusnya membantu pencapaian objektif pembelajaran.

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR •Persekitaran P & P menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya. tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya. tentukan penglibatan pelajar-pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR samb. •Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar. mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR •Peneguhan Positif dan Negatif Peneguhan positif : mendorong pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. cth: memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik. Peneguhan negatif : dapat menolong mengelakkan tingkah laku disruptif yang boleh menghalang kelicinan proses P & P cth: mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah

IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P & P •boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk membangkitkan naluri ingin tahu pelajar cth: membawa binatang arnab ke dalam kelas semasa mengajar mata pelajaran Sains. •suasana pembelajaran yang menyeronokkan cth: melakukan aktiviti permainan yang berorientasikan Matematik •menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif cth: memberi senyuman dan mengangguk kepala semasa berinteraksi dengan pelajar

IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P & P

samb.

•mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan. cth: jgn abaikan pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan memberi kata-kata perangsang dan memberi kepercayaan kepadanya. •meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik. cth: aktiviti unit beruniform

SESI SOAL JAWAB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR PERSEMBAHAN KAMI.

Related Documents

Ilmu-ilmu
August 2019 66
Ilmu
June 2020 33
Ilmu
May 2020 40
Ilmu-ilmu Kauniah
May 2020 29
Ilmu Kalam.docx
May 2020 2
Kode Ilmu
June 2020 4

More Documents from ""

Helah Bela Diri
May 2020 4