ilmu bentuk akhlak mulia
rasulullah saw bersabda, maksudnya: �sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.� (hadis riwayat at-tirmizi dan addarimi) ilmu ialah mengetahui mengenai sesuatu perkara di mana perkara boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha dilakukan oleh seseorang. menuntut ilmu adalah jihad dituntut islam ke atas setiap penganutnya. ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat tinggi berbanding dengan orang tidak berilmu. oleh itu, selaku umat islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masingmasing dari semasa ke semasa termasuk ilmu berkaitan dengan islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi allah. malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa dia kepada allah.