akhlak mulia cermin keimanan
pembinaan akhlak yang mulia bermula daripada pembentukan pada peringkat akar umbi iaitu dalam sebuah keluarga yang kecil, komuniti setempat dan warganegara secara umumnya. islam menyatakan akhlak sebagai pengukur keimanan seseorang seperti hadis rasulullah saw yang bermaksud: "orang mukmin yang sempurna imanya ialah yang terbaik akhlaknya.� (riwayat at-tirmizi). islam memerintahkan umatnya agar berakhlak baik dan mulia. bagaimanapun, islam tidak sekali-kali menitahkan umatnya supaya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri.