Iip

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Iip as PDF for free.

More details

  • Words: 1,293
  • Pages: 5
Tajuk 3 (Komunikasi dan interaksi) 4(a) sebagai seorang guru, terangkan bagaimana anda dapat mewujudkan interaksi bilik darjah yang berkesan untuk murid anda? Interaksi bererti proses saling bertindak dan saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Di dalam konteks bilik darjah interaksi melibatkan individu iaitu satu proses saling bertindak dan mempengaruhi di antara guru dengan murid. Mengikut analisis Ned A. Flanders, seorang profesor di Amerika Syarikat interaksi di antara guru dengan murid di dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan. Ketika di dalam bilik darjah interaksi dua hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru perlulah sentiasa berusaha bagi mewujudkan interaksi yang berkesan ketika di dalam bilik darjah bertujuan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Sebagai seorang guru terdapat beberapa cara yang boleh dipertimbangkan dan diamalkan untuk membentuk interaksi yang positif di dalam bilik darjah. 1. Mengamalkan Sikap Kepimpinan Demokratik Guru yang menggunakan kepimpinan bersifat demokratik di dalam bilik darjah boleh mewujudkan interaksi dua hala yang membawa kepada perhubungan yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dan murid. Sikap ini juga boleh mengurangkan suasana tegang dan menggalakkan murid berdamping rapat dengan guru, tidak berasa segan dan malu untuk bertanya atau mengemukakan pendapat. 2. Menggunakan Kaedah Kumpulan Aktiviti kumpulan memberikan peluang kepada murid berinteraksi di antara satu sama lain. Dengan cara ini interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru dapat diperkembangkan. Oleh itu, guru perlu merancang pelbagai aktiviti berbentuk kumpulan seperti permainan, pertandingan, projek, penggayaan dan pemulihan. 3. Menggunakan Teknik Menyoal Ketika meyampaikan isi pelajaran, guru boleh menggunakan teknik soal jawab bertujuan mendapatkan tindak balas murid atau mencungkil pendapat mereka. Melalui teknik ini, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan sentiasa memberikan perhatian. Selain itu, teknik ini menggalakkan interaksi lisan antara guru dengan murid.

4. Menggunakan Strategi Memusatkan Murid. Strategi memusatkan murid merupakan strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran meeka. Melalui kaedah ini kaedah seperti menerang, syarahan dan demonstrasi guru dikurangkan tetapi kaedah perbincangan dan penyelesaian masalah ditingkatkan. Apabila murid melibatkan diri secara aktif, interaksi di antara murid dapat dibentuk secara tidak langsung. 5. Menggunakan Alat Bantu Mengajar Alat bantu mengajar seperti CD Rom, pita rakaman, slaid, carta, kad imbasan yang digunakan secara optimum bukan sahaja dapat mempercepatkan penangkapan konsep oleh murid tetapi juga mencungkil minat dan naluri ingin tahu murid. Apabila minat murid dapat di bangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran. 6. Mewujudkan Suasana Interaksi Dalam Bilik Darjah Suasana interaksi dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikal bilik darjah tersebut. Cara yang paling berkesan ialah menyusun tempat duduk murid mengikut bentuk kumpulan. 7. Membantu Murid Bermasalah Tidak dinafikan di dalam sebuah kelas mesti ada murid bermasalah seperti bersifat pendiam, penakut atau pemalu, seseorang guru harus mengambil tindakan seperti mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadi ini dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama murid-murid lain. Selain itu, guru juga harus mendorong murid lain supaya menerima murid-murid bermasalah ini dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid tersebut. Cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain. 8. murid-murid hendaklah digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada menyindir atau mentertawakan rakan yang memberi jawapan yang kurang tepat.

4(b) Berdasarkan pengalaman mengajar anda, cadangkan cara untuk mengatasi halangan komunikasi dalam bilik darjah anda. Komunikasi adalah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Dalam konteks bilik darjah komunikasi merupakan satu bentuk perhubungan dan pertemuan di antara orang dengan orang iaitu guru dangan murid dan murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan dan gerak geri. Komunikasi berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsirkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Konflik akan berlaku sekiranya berlaku halangan dalam komunikasi. Berikut merupakan beberapa contoh halangan dalam komunikasi yang biasa berlaku di dalam bilik darjah. •

Kebisingan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan.



Anggapan Umum Terhadap Guru Keadaan ini biasa berlaku kepada guru baru di mana pelajar-pelajar mengganggap guru tersebut kurang berpengalaman.



Emosi Guru Atau Murid Penumpuan akan terjejas jika emosi guru atau murid kurang stabil.



Kurang Tumpuan Pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.



Pemikiran Tertutup Biasanya berlaku jika pelajar kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru. Atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.

Daripada beberapa halangan komunikasi yang telah dinyatakan di atas terdapat beberapa cara yang biasa saya amalkan bagi mengatasi halangan komunikasi di dalam bilik darjah. 1. Apabila keadaan bilik darjah berada dalan keadaan bising akan menyukarkan guru menyampaikan pelajarannya. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menggunakan komunikasi bukan lisan dengan menunjukkan bahasa tubuh menyuruh murid diam atau mendiamkan diri sehingga murid berhenti membuat bising sebelum saya meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Sesetengah murid akan mengganggap guru baru kurang berpengalaman, bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah banyak membaca, mengikuti kursus dalam perkhidmatan,

mendapatkan

nasihat

dan

tunjuk

ajar

daripada

guru

yang

berpengalaman. Selain itu, ketika berada di dalam bilik darjah kita perlulah yakin dengan pengajaran yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai dan tidak hanya membawa buku teks sahaja ketika menuju ke kelas. 3. Emosi yang kurang baik seperti marah, kecewa, bosan, gelisah akan mengganggu keberkesanan proses komunikasi. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah kreatif dalam menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih menarik bagi menimbulkan minat murid untuk belajar. Selain itu guru juga perlu peka dengan keadaan persekitaran murid. contohnya apabila tiba waktu tengah hari kaedah syarahan dan penerangan akan menyebabkan murid hilang tumpuan kerana mereka sudah letih untuk menerus aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketika ini guru perlulah menggunakan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti kaedah kumpulan, perbincangan, forum, main peranan dan nyanyian. Aktiviti seperti ini banyak melibatkan pergerakan murid, ini akan mengurangkan kebosanan dan keletihan setelah sepagi duduk di dalam kelas. 4. Komunikasi berkesan juga akan terjejas jika perhubungan guru dan murid kurang baik. Antara faktor yang menyebabkana keadaan ini berlaku ialah kawalan disiplin guru yang bersikap kuku besi. Murid sentiasa bimbang, takut dan gelisah dan interaksi dua hala di antara guru dan murid tidak dapat diwujudkan. Bagi mengatasi masalah pemikiran tertutup ini, seseorang guru perlulah mengamalkan corak kepimpinan demokratik di dalam kelas. Guru akan bersama-sama berkongsi kuasa dengan murid-murid dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan potensi yang ada di dalam diri mereka. Segala perbuatan yang baik, dan daya kreativiti yang ditonjolkan oleh murid perlu diberi pujian. Dengan cara ini, perhubungan guru dengan murid akan bertambah baik dan mesra, maka komunikasi berkesan akan berlaku. 5. Cara lain untuk mengatasi halangan komunikasi dalam bilik darjah ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Bilik darjah hendaklah dilengkapi dengan meja

dan kerusi yang disusun dengan ruang yang selesa serta cukup untuk bergerak, tingkap dan pintu hendaklah dibuka supaya cahaya dan udara masuk dan beredar sepenuhnya. Di samping itu, keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah akan menimbulkan perasaan selesa dan riang gembira. Kesimpulannya sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan murid yang berada di dalam kelas. Halangan dalam komunikasi akan menyebabkan objektif pembelajaran kita tidak akan tercapai. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang guru untuk mengelakkan wujudnya halangan dalam komunikasi ketika di dalam bilik darjah supaya segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran kita mencapai objektif yang dikehendaki.

RUJUKAN Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas. KL : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok S. S. ( 1996 ). Pedagogi 1 Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Laman Web http://sedaka.net.tripod.com/clsroomcom.htm. http://www.geocities.com/pendidikmy/berita332004.html.

Related Documents

Iip
June 2020 1
Iip
November 2019 8
Farmacoge E Farmavi Iip
November 2019 4
Iip Report Hunger Box.pdf
November 2019 9
Research Exam 6 Iip
May 2020 2