Ian Kes Tan Sri

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ian Kes Tan Sri as PDF for free.

More details

  • Words: 1,240
  • Pages: 7
PENYELESAIAN KES Jika dilihat kepada kes ini, terdapat beberapa cara penyelesaian dalam konteks perspektif komunikasi dimana pelbagai dimensi dapat diselesaikan antaranya ialah dengan berdasarkan sumber, mesej, saluran, maklum balas, stail kepimpinan Sumber Kes rasuah didalam politik bukanlah sesuatu yang baru malah ia telah berakar umbi sejak zaman Yunani lagi malahan didalam konteks komunikasi ia mampu memberikan kesan yang sangat besar. Penyelesaian kes melalui perspektif komunikasi yang pertama iaitu melalui sumber. Sumber merupakan elemen komunikasi pertama yang menyebabkan berlakunya proses komunikasi. Sebagai contoh, media massa seperti televisyen, radio, surat khabar, internet dan sebagainya menjadi sumber kepada khalayak memperoleh maklumat. Sumber adalah punca kepada sesuatu maklumat dan seringkali berperanan sebagai pemimpin pendapat dalam usaha membantu khalayak membuat keputusan. Menurut Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad, terdapat beberapa ciri-ciri sumber yang boleh menarik perhatian khalayak sebagai penerima iaitu berpengetahuan, jujur berkuasa atau mempunyai autoriti, berkeupayaan dari aspek perwatakan dan kemahiran komunikasi. Oleh sebab itu, kes bekas Naib Presiden UMNO ini dilihat sesuatu yang unik hal ini kerana beliau menggunakan sumber yang benar-benar yang telah menarik perhatian khalayak masyarakat dengan kesnya yang telah dibongkarkan oleh sahabat beliau sendiri iaitu Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang inginkan rasuah dibanteras sehabis-habisnya. Penyelesaiannya, beliau haruslah mempunyai ciri sumber kuasa.

Kuasa yang dimaksudkan ialah keupayaan untuk mempengaruhi khalayak. Beliau seharusnya menggunakan kuasa untuk mempengaruhi khalayak masyarakat ke arah yang lebih berfaedah bukannya membiarkan dan turut sama memberikan rasuah. Hal ini kerana kuasa merujuk kepada autoriti. Tahap kepercayaan khalayak adalah tinggi sekiranya beliau tidak menyalahgunakan kuasa yang ada. Beliau seharusnya menggunakan sumber yang mampu mempengaruhi khalayak bukannya merosakkan mandat yang telah diberikan. Selain itu ciri yang dapat dikenalpasti dalam kes ini ialah keupayaan sumber yang digunakan yang dapat dilihat kepada dua aspek iaitu keupayaan berkomunikasi dan penonjolon perwatakan yang menarik. Sumber yang mempunyai kemahiran berkomunikasi iaitu berucap dengan jelas, bersemangat, dan berkeyakinan. Oleh sebab itu, dalam kes ini Tan Sri Isa haruslah memberikan imej yang positif semasa menjalankan tugas. Beliau seharusnya bijak menggunakan keupayaan sumber untuk mempengaruhi pemikiran dan tindakan masyarakat. Mesej Perspektif komunikasi yang kedua dapat dilihat ialah aspek mesej. Mesej merupakan elemen yang kedua yang wujud dalam proses komunikasi. Mesej yang disampaikan itu boleh dalam berbagai bentuk dan tujuan. Sebagai contoh, seorang peguam membicarakan kes di mahkamah, wartawan menulis berita di akhbar dan lain-lain. Mesej yang disampaikan adalah berbeza mengikut situasi dan keperluan khalayak. Dalam kes ini, mesej yang disampaikan oleh beliau (Tan Sri) seharusnya lebih kepada keerbukaan yang bermaksud secara tersurat. Beliau sepatutnya menyampaikan mesej yang lebih efektif kepada khalayak. Kesalahan rasuah yang dilakukan oleh beliau dilihat lebih untuk mempengaruhi masyarakat untuk memiliki kuasa. Penyampaian mesej perlu diberikan perhatian

kerana sesuatu mesej yang disampaikan perlulah mengambil kira jenis khalayaknya. Status beliau ketika itu adalah seorang menteri, maka penyampaian mesej haruslah lebih kepada kebajikan masyarakat. Bukannya mempengaruhi masyarakat untuk memiliki kuasa. Kepelbagaian masyarakat akan membentuk kepelbagaian tafsiran mesej. Oleh sebab itu, dalam kes ini beliau dilihat seharusnya mengambil kira pandangan kaum lain terhadap kredibiliti seorang pemimpin. Di Malaysia kita mempunyai pelbagai budaya dan gaya hidup yang pelbagai namun seharusnya norma-norma hidup tidak dilanggar demi kebaikan bersama. Maka mesej yang disampaikan haruslah lebih menjaga kepentingan bersama bukannya untuk keuntungan kuasa sendiri. Saluran Selain daripada sumber dan mesej, perspektif komunikasi yang dapat dikaji dan digunakan untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui saluran. Mesej yang disampaikan oleh sumber harus melalui saluran terlebih dahulu sebelum ianya dapat diterima oleh khalayak. Saluran boleh menentukan sama ada komunikasi yang berlaku adalah sehala ataupun tidak. Hal ini dapat dilihat melalui pemilihan saluran yang digunakan bagi menyampaikan mesej tertentu. Jika dilihat dalam kes ini, saluran yang banyak digunakan adalah lebih berbentuk sehala. Dimana rasuah diberikan kepada pengikut-pengikut Tan Sri yang ada. Arahan yang ringkas juga diberikan supaya pengundian dibuat kepada beliau. Jelas ini menunjukkan bahawa beliau menggunakan saluran yang sehala dan tidak diketahui oleh pucuk pimpinan UMNO yang lain. Namun melalui saluran juga kes ini dapat diatasi dengan mudah dimana pucuk pimpinan tertinggi boleh membersihkan nama UMNO itu sendiri dengan menyelesaikan kes ini dengan menggunakan saluran media.

Saluran perantara yang terdiri daripada media massa seperti media elektronik, televisyen, radio, internet, e-mail, telefon, sidang video, dan berbagai lagi. Malahan media cetak juga boleh digunakan untuk membersihkan semula nama baik UMNO itu sendiri. Bukan itu sahaja, saluran yang digunakan juga boleh dalam bentuk media cetak seperti surat khabar, majalah, dan lainlain. Seharusnya beliau haruslah lebih peka terhadap media yang sememangnya bertugas untuk mengumpul maklumat. Oleh sebab itu, beliau dan pengikut harus lebih terbuka dan menggunakan saluran itu untuk memperkukuhkan kedudukannya. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan dalam saluran yang ada. Sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Dengan cara lain, beliau seharusnya membuat sedikit penyelidikan tentang keberkesanan penyampaian mesej dan ketepatan saluran yang digunakan oleh pihaknya. Pilihanraya bukanlah tempat mempertaruhkan maruah tetapi sebaliknya sebagai tempat untuk pertahankan setiap hak masyarakat. Maka tidaklah menjadi hairan sekiranya seorang pemimpin haruslah memilih saluran maklumat dan menilai setiap saluran yang digunakan demi menjaga kredibilitinya sebagai seorang pemimpin khususnya bagi pemimpin-pemimpin tertinggi. Maklum balas Maklum balas merupakan reaksi yang ditunjukkan oelh penerima (masyarakat) terhadap mesej yang disampaikan oleh sumber. Maklum balas menentukan pemahaman penerima terhadap sesuatu mesej yang diterima. Maklum balas juga turut menetukan sama ada proses komunikasi itu berjalan secara sehala atau dua hala. Jika dilihat kepada kes yang dikaji ini, beliau telah menggunakan komunikasi dua hala dimana proses mempengaruhi pengikut untuk

menerima rasuah dan mempengaruhi khalayak lain untuk memenangi kerusi pilihanraya yang ditandingi dengan memberikan wang kepada yang terlibat. Melalui perspektif ini, kes dapat diselesaikan dengan menerima setiap maklum balas yang diketengahkan oleh khalayak. Fungsi ini penting sebagai panduan untuk memperbaiki setiap tindakan yang telah dibuat. Apa sahaja yang telah dibuat haruslah berbalik semula kepada setiap maklum balas khalayak tentang kepemimpinan seorang pemimpin itu (Tan Sri). Melalui maklum balas jugalah akan membentuk imej serang pemimpin. Menurut Bahtiar Mohamad dalam artikelnya “peranan imej dalam membentuk pemimpin yang berkualiti”, imej adalah sesuatu yang dicipta oleh para komunikator untuk diprojeksi atau disampaikan kepada orang lain sebagai penerima. Secara umumnya, imej adalah satu perkara berkaitan dengan gambaran mental yang terdapat dalam pemikiran seseorang individu atau kumpulan (Dowling, 1994). Oleh sebab itu, dalam kajian kes ini dapat dinyatakan dengan tegas bahawasanya seorang pemimpin haruslah lebih memandang kehadapan dengan menerima setiap maklum balas daripada khalayak. Kes rasuah tidak akan berleluasa sekiranya setiap pemimpin tidak menyalahguna kuasa serta mampu mengaplikasi kesempatan untuk kebaikan. Stail kepimpinan Stail kepimpinan adalah bagaimana cara seseorang pemimpin itu berurusan dan berkomunikasi dengan individu atau kumpulan yang mereka pimpin. Terdapat beberapa stail kepimpinan yang telah dikenalpasti dan kami berpakat memilih stail “Kepimpinan Mengikut Situasi” dimana ia berharap mampu mengurangkan gejala rasuah dikalangan pemimpin khususnya.

Kepimpinan mengikut situasi dikenali juga dengan kepimpinan kontigensi, dimana ia adalah stail kepimpinan yang sesuai digunakan berdasarkan keadaan yang wujud pada satu-satu masa tertentu. Dalam pendekatan ini, pemimpin biasanya akan mengambil kira beberapa perkara seperti hubungan antara pemimpinan dan pekerja, hubungan antara keputusan yang diambil. Dalam keadaan berbeza, pemimpin mungkin mengambil pendekatan yang berlainan. Oleh sebab itu, kami melihat gejala rasuah bukanlah sesuatu yang baru malah ia menjadi api dalam sekam yang mampu membunuh generasi akan datang. Maka seorang pemimpin haruslah lebih bijak menggunakan pelbagai kaedah atau stail kepimpinan yang lebih menunjukkan kredibiliti mereka sebagai seorang pemimpin mentelah lagi yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

RUJUKAN Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2004). Pengantar Komunikasi: Elemen Komunikasi. Sintok : Universiti Utara Malaysia. Syd Abdul Rahman Syd Zin & Bahtiar Mohamad (2007). Komunikasi Kepimpinan: peranan imej dalam membentuk pemimpin yang berkualiti. Selangor : Prentice Hall Pearson.

Related Documents