Hubungan Luar Negeri A

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hubungan Luar Negeri A as PDF for free.

More details

  • Words: 904
  • Pages: 3
Hubungan luar negeri Malaysia Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Dewasa ini Malaysia juga giat menyokong kerjasama serantau.

[sunting] Dasar luar 1957–1969 Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (1948– 1960) dan Konfrontasi Indonesia (1962–1966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.

[sunting] Dasar luar sejak 1969 Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China. Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau pernah berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai “keras kepala” kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.

Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77. Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan serangan 11 September 2001. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hubungan dengan negara Barat, terutamanya Australia, makin erat. Menteri Luar Malaysia kini ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.

[sunting] Penggabungan antarabangsa Malaysia mengganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kebanyakan agensi khususnya, termasuk UNESCO, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa; Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara; Bank Pembangunan Asia, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, Sidang Kemuncak Asia Tenggara (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), komanwel, Pergerakan Negaranegara Berkecuali, dan Pertubuhan Persidangan Islam.

[sunting] Pertikaian [sunting] Spratly Malaysia menegaskan tuntuan kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly bersama Republik Rakyat China, Republik China, Filipina, Vietnam, dan mungkin sekali Brunei. "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun 2002 meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya tatasusila sah yang dikehendaki sesetengah pihak. Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian sendi antara syarikat minyak kebangsaan Republik Rakyat China, Filipina dan Vietnam pada Mac 2005 dalam menjalankan kegiatan seismos marin di Kepulauan Spratly.

[sunting] Singapura Rencana utama: Hubungan Malaysia-Singapura Singapura menjadi sebahagian Malaysia selama dua tahun (1963-65), sebelum akhirnya digesa Tunku untuk berpisah berikutan ketegangan antara kaum daripada kempen pilihan raya pada tahun 1964. Kini, masih wujudnya pertikaian antara Malaysia dan Singapura, termasuk mengenai harga penyaluran air mentah yang belum dirawat ke Singapura, tebus guna tanah Singapura yang menjejaskan persekitaran environmental di perairan Malaysia, jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang enggan dibiayai Singapura, sempadan maritim, pemajuan semula tanah-tanah KTM di Singapura, dan tuntutan Pulau Batu Putih. Bagaimanapun, keduadua pihak bersetuju agar pertikaian Pulau Batu Putih dihadapkan ke timbang tara ICJ.

[sunting] Ligitan, Sipadan and Ambalat Keputusan ICJ mengenai tuntutan terhadap pulau-pulau Ligitan dan Sipadan, yang dituntut Indonesia dan Filipina, memihak kepada Malaysia tetapi sempadan maritimnya di Laut Sulawesi

yang kaya dengan hidrokarbon masih dalam pertikaian, lalu menimbulkan konfrontasi pada Mac 2005 mengenai konsesi kepada blok minyak Ambalat.

[sunting] Pattani Keganasan di wilayah-wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam mendorong Malaysia dan Thailand mengawasi sempadan antara kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia pernah memberi perlindingan kepada pejuang Gerila Pattani (PULO) sebelum 11 September 2001 terutamanya di Kedah.

[sunting] Sabah Rencana utama: Pertikaian Sabah Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah.

[sunting] Limbang Sempadan darat Malaysia dengan Brunei sekitar Limbang juga dipertikai. Pada tahun 2003, Brunei dan Malaysia menamatkan penerokaan gas dan minyak di kawasan pesisiran dan dasar laut yang dipertikai kedua-dua pihak. Rundingan juga menemui jalan buntu lalu mendorong kemungkinan penghukuman antarabangsa.

Related Documents