Soalan 2 : Nyatakan kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang pengetua sekiranya ingin membawa perubahan positif dalam sekolah tersebut. Jawapan Kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua adalah: a. Kemahiran teknikal b. Kemahiran kemanusiaan c. Kemahiran dalam kepimpinan instruksional d. Kemahiran simbolik e. Kemahiran budaya f. Kemahiran berkomunikasi g. Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Kemahiran Teknikal bermaksud pengetua perlu memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang, pengelolaan, dan penyelarasan takwim, masa dan organisasi sekolah. Kemahiran Kemanusiaan bermaksud pengetua mestilah cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan stafnya. 3 Kemahiran dalam kepimpinan instruksional bermaksud seseorang pengetua bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-pembelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, dianogsis keperluan, penilaian dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua yang berkesan perlu berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan bagi mencapai visi dan misi sekolah, dan mengetuai upacara rasmi di sekolah. Kemahiran budaya bermaksud seseorang pengetua mestilah berperanan sebagai pemimpin agama. Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah berkesan. Kemahiran berkomunikasi bermaksud pengetua perlu memahami proses pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Dengan itu, pengetua dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen daripada guru dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah kemahiran yang mesti dimiliki oleh pengetua dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Pengetua mengetahui proses membuat keputusan seperti mengenal pasti masalah, mengenal pasti alternative, menilai alternative, menilai alternatif, memilih alternatif yang sesuai dan melaksanakan keputusan yang diambil. 4
4.2 Fungsi-Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Dalam EG-HRMIS a. Formulasi dan Penilaian Strategi : • Berkaitan dengan strategi organisasi
• Menghuraikan nilai-nilai yang diwujudkan oleh fungsi sumber manusia melalui visi, misi, gaya pemikiran, dll • Membentuk fungsi sumber manusia melalui penetapan deliverables/outcomes • Mempunyai mekanisma maklumbalas bagi menilai kekesanan strategi sumber manusia b. Perolehan Sumber Manusia • Membolehkan sesebuah organisasi menyelaraskan strategi dan aktiviti fungsi-fungsi dalam : i. Pengurusan Sumber Manusia seperti Pengambilan ii. Pertukaran dan Penetapan Tugas iii. Pembanguna, Pengurusan Kerjaya iv. Pelan Penggantian • Tujuan utama fungsi-fungsi itu ialah untuk agensi mengenalpasti dan mengisi keperluan manusia untuk jangka pendek dan juga jangka panjang. • Agensi boleh membuat perancangan sumber manusia yang sistematik (systematic forecasting) dengan menggunakan peralatan perancangan dan pemilihan yang sesuai. • Fungsi ini dibangunkan bagi membolehkan pengguna melaksanakan perkara-perkara berikut: i. Menentukan Keperluan Tenaga Kerja Jangka Pendek ii. Menggubal Pelan Tindakan Perolehan iii. Pengambilan para pekerja Perkhidmatan Awam iv. Menukar tugas para pekerja Perkhidmatan Awam c. Pembangunan • Memberikan peluang kepada pekerja dan pengurus untuk merancang • memilih, serta menilai program pembangunan pekerja untuk memperolehi kompetensi baru atau sebagai kemajuan kerjaya • Menyediakan panduan untuk program pembangunan yang bersesuaian bagi pekerja
• Memastikan program pembangunan pekerja selari dengan keperluan matlamat organisasi keseluruhan d. Pengurusan Kerjaya • Fungsi ini membolehkan para pekerja mengendalikan secara elektronik proses-proses Pelan Penggantian dan Pelan Kerjaya Individu dalam sesebuah organisasi kerajaan • Proses Pelan Penggantian membolehkan organisasi mengenalpasti dan menyediakan calon-calon bagi sesuatu jawatan strategik secara sistematik • Proses Kerjaya Individu pula memberi peluang setiap pekerja Perkhidmatan Awam merancang secara sistematik laluan dan pembangunan kerjaya mereka e. Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran • Menyediakan sistem yang adil dan selari dengan cita-cita organisasi ke arah membangunkan keupayaan intelektual, menggalakkan pengekalan pekerja dan mempertingkatkan prestasi Aktiviti Operasi • Mentadbir rekod-rekod saraan pekerja untuk penyediaan proses gaji misalnya naik pangkat, cuti, penilaian prestasi, perubahan skim perkhidmatan, dll • Mentadbir rekod-rekod seperti pinjaman, kesihatan, tuntutan, biasiswa, bonus, dll • Mentadbir rekod-rekod gaji Aktiviti Pengurusan • Penggubalan polisi, prosedur dan Panduan Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran • Penambahbaikan berterusan Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran mengikut strategi sumber manusia pihak kerajaan • Mengendalikan penyemakan pengurusan ganjaran yang telah dijadualkan seperti penyemakan skim gaji • Mengenal pasti kenaikan gaji tahunan, peruntukan gaji tahunan untuk pekerja sektor awam f. Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja • Mewujudkan kerjasama optima dan harmonis di antara pengurusan dan pekerja
• Meningkatkan intangibles yang wujud di dalam organisasi seperti kepercayaan, etika, moral, keadilan, resolusi konflik, dll g. Pengurusan Prestasi • Membantu pengurusan prestasi individu dan kumpulan di dalam sesuatu organisasi • Membantu perancangan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti pengurusan prestasi h. Penilaian Kompetensi • Membolehkan pengguna memilih kaedah yang terbaik untuk menilai tahap kompetensi dirinya atau kumpulan dengan jawatan yang disandang • Membolehkan individu dan organisasi menggunakan teknik dan proses yang teratur dan diterima sebagai amalan terbaik bagi menilai pencapaian prestasi • Mengukur, mendokumentasi serta menganalisa tahap kompetensi individu atau berkumpulan. Fungsi berkenaan boleh memberikan teknik dan kaedah penilaian kompetensi yang objektif, telah diterimapakai, serta boleh digunakan dalam membuat keputusan seperti untuk Pelan Penggantian i. Pengurusan Rekod Peribadi • Memuatkan maklumat peribadi anggota Perkhidmatan Awam seperti maklumat: i. Keluarga ii. Pendidikan iii. Persatuan iv. Sejarah Perubatan v. Anugerah vi. Lain-lain maklumat yang berkaitan j. Penamatan Perkhidmatan • Pengurusan penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab pesaraan wajib, pesaraan awal, letakan jawatan, kematian dan sebagainya
• Menyediakan pendekatan yang teratur bagi memastikan peralihan yang dilalui oleh para pekerja yang akan memegang peranan baru berjalan dengan lancar