Hazrat Abu Zar R

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hazrat Abu Zar R as PDF for free.

More details

  • Words: 215
  • Pages: 1
SOLAT Hazrat Abu Zar r.a. berkata, "Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun2 gugur, lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, ya Rasulullah." Kemudian Baginda SAW bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah SWT, dosanya gugur seperti gugurnya daun2 ini dari pokok." (Hadith riwayat Imam Ahmad) Hadith di atas rasanya biasa kita baca atau dengar sebelum ini. Namun tidak salah untuk kita amat-amati dan ulang-ulangi lagi dan lagi. Kerana solat itu tiang agama. Ibadah solat itulah yang akan di kira pertama-tama sekali di akhirat nanti. Baik solatnya maka ada harapanlah dapat markah dari ibadah2 yang lain pula. Semoga markah kita akhirnya LULUS. Setiap kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semoga yang malas solat akan rajin solat. Yang tak solat akan solat. Yang solat di penghujung waktu berubah untuk solat di setiap awal waktu. Semoga yang suka solat secara solo tergerak hati untuk istiqamah untuk solat secara berjemaah. Bagi yang rutinnya solat di rumah atau di ruang pejabat dapatlah apa kiranya bersolat di surau atau musalla pula. Yang solat merewang tumpuan entah kemana berusahalah pula untuk mencapai sebuah solat yang khusyuk dan penuh penghayatan.

Related Documents

Hazrat Abu Zar R
June 2020 6
Hazrat Ayesha (r
November 2019 7
Daripada Abu Hurairah R
November 2019 21
Abu
December 2019 81
Abu
June 2020 55
Hazrat Ali
April 2020 14