Hasil Kerja Faiz

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hasil Kerja Faiz as PDF for free.

More details

  • Words: 2,928
  • Pages: 27
SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK 44020 KUALA KUBU BARU FOLIO SEJARAH 2008 WAU PERMAINAN TRADISIONAL NAMA TINGKATAN

: M.SHAHRUL FAIZ BIN M.KHAIRUL ANWAR : 3 BESTARI

NO KAD PENGENALAN

: 930120-10-5159

GURU PENILAI

: PUAN NOR MALA BINTI ZAINAL ABIDIN : BE09K038

ANGKA GILIRAN

-

TANDATANGAN PELAJAR

TANDATANGAN GURU

-------------------------------------

----------------------------------

BIL 1 2 3 4

PERKARA PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1)NAMA PEMAIN 2)LATAR BELAKANG =ASAL-USUL =NEGERI YANG MEMPORPULARKAN PERMAINAN INI

5 6 7

=KAUM/ETNIK YANG TERLIBAT 3)TUJUAN DIMAINKAN 4)ALAT YANG DIGUNAKAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT

Kerja Kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama berbagai-bagai pihak. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek iaitu Tuan Mohd Shaain Bin Hassan kerana telah membenarkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dalam kesempatan ini ingin saya merakamkan penghargaan khas kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Nor Mala Binti Zainal Abidin atas kesudianya memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, jasa beliau tidak akan saya lupakan. Tidak lupa juga kepada guru-guru lain yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga ingin memanjangkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Muhamad Hazim Bin Zulkofli diatas jasa beliau memberi tunjuk ajar kepada saya. Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar beliaulah yang membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dalam ingatan saya. Akhir kata, saya ingin meriwayatkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu, Encik Mohammad Khairul Anwar Bin Mukri dan Puan Jumaiah Binti Asmuen yang telah banyak menyediakan kemudahan asas bagi saya menjalankan kerja kursus ini sehingga berjaya.

Objektif kajian ini ialah murid-murid :• • • • • • •

Untuk mengatahui permainan tradisional di Malaysia. Menguasai kemahiran mencari maklumat. Mengkaji asal-usul permainan tradisional. Mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Mengekalkan permainan tradisioal agar tidak luput ditelan zaman. Menggunakan kemahiran computer. Memberanikan diri berinteraksi dengan orang sumber.

TEMU RAMAH Untuk melaksanakan kaedah ini, saya telah mengenal pasti individu yang perlu ditemui terlebih dahulu serta soalan-soalan yang bakal dikemukekan. Antara individu yang dikenal pasti dapat membantu saya ialah ibu saudara saya Habibah Binti Yaakob,Mohd Khairil Anwar Bin Mukri iaitu rakan tokoh yang dikaji.Kaedah ini memerlukan saya membuat rakaman perbualan tokoh ketika sesi temu ramah. LAWATAN DAN PEMERHATIAN Saya juga memerhatikan keadaan rumah tokoh, perwatakan serta sikap tokoh. Kami juga memerhatikan dan mencatat asal-usul tokoh. Saya juga menggunakan kamera untuk menangkap gambar yang boleh memantapkan lagi kajian saya. KAEDAH RUJUKAN Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan,majalah dan surat khabar. Kami juga telah mengunjungi rumah kelahi orang sumber untuk mendapat maklumat tentang beliau. KAEDAH PENYELIDIKAN Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, perpustakaan awam, melawat laman web yang berkaitan dengan tajuk ini dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini kami analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

LATAR BELAKANG WAU

Selain wau, nama lain adalah laying-layang. Perkataan ‘wau’ dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan laying-layang pula digantikan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenjanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain laying-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang dikaitkan dengan wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi ‘wau’, ‘wau’, ‘wau’ secara berirama. Wau Bulan juga boleh didapati daripada 1)Seni Pertukangan : Filigree Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan Perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni Perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan sesuatu motif yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertungan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

2)Tarian Siti Wau Bulan Asal-usul tarian ini adalah dari pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan dengan bantuan alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling. 3)Dikir Barat selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa ditarikan oleh penari lelaki dan penari perempuan dengan diiringi alat-alat dikir barat. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka

akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:1.Karut Selampit 2.Karut Menora 3.KarutJenaka Mak Yong 4.Karut Wau Bulan Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalm Dikir Barat In Formal Malay 9Translation in Brackets) Eh Wau Bulan 2X (‘Wau Bulan’ is a specially shaped kite) Wau Bulan teraju tiga (‘Teraju Tiga’ describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying) Ini malam sama-sama (Tonight, all of us together) Sama-sama Bersuka-ria (Together, we all have a good time)

Sejrah Wau Malaysia Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, laying-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan laying-layang tradisional dari Negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari Negara China.

CONTOH LAYANG-LAYANG

Mitos Permainan Wau Permainan wau dikaitkan dengan Mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ining mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawa makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di buluh padi. Perbuatan suainya itu telah menyebgabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemuI menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘semangat padi’ dan menasihatkan petani tersebut agar membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau bulan sebagai tanda minta maaf dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Bahagian Perincian Wau :Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau :-

Belalai dan Jambul Busur atau Dengung

Sayap Ekor Wau

Kepala Wau

Torek atau pinggang

TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL :Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh :Mencari dan Menebang Buluh 1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. 7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu. 8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. 9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”. Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. 2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. 3. Menyalai kepingan buluh pada bara api

Meraut Buluh :Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. 3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter 4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai :Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut. 2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu 3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang 4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah. 5.Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap 6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau. 7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau :Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :1. Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai. 3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’. 4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak :Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat : 1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor. 2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap. 3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. 4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi. 5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya. 6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu :Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai :Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur :Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki. 4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur. 5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kajian sejarah tempatan yang bertajuk “Permainan Tradisional” masyarakat negara kita iaitu Permainan Wau. Selepas menjalankan kajian ini saya semakin mengenali dengan lebih rapat latar belakang keluarga serta tokoh yang telah saya kaji. Saya juga berasa kagum dengan sikap gigih tokoh serta usaha yang dibuat untuk memertabatkan kesenian permainan tradisional serta menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum melayu yang selama ini hampir berpecah belah akibat penjajahan Inggeris dan berusaha meningkatkan kecermelangan diri.Saya juga telah dapat pengajaran daripada kegigihan yang telah ditunjukan oleh ibu saudara saya dan tokoh yang saya kaji Dengan kajian saya tahu dengan lebih mendalam tentang cara bermain dan membuat.Dengan kajian ini boleh mendedahkan maklumat generasi muda.Dengan kajian ini kita boleh menjadi seorang pemain bangsa Malaysia..

Rajah di atas menunjukkan gambar tokok yang sedang Memegang wau dalam festival wau antarabangsa.

JENIS-JENIS WAU:-

WAU BULAN

WAU KUCING

WAU MERAK

Borang temu bual 1) Apakah nama pak cik? ____________________________________________________________________ __ 2) Berapa umur pak cik? ____________________________________________________________________ __ 3) siapakah yang telah menuruni ilmu pembuatan wau kepada pak cik? ____________________________________________________________________ __ 4) apakah acara yang sering pak cik sertai pada usia muda? ____________________________________________________________________ __ 5) berapa banyak pertandingan yang pak cik pernah sertai? ____________________________________________________________________ __ 6) Sebutkan pengalam manis yang pak cik pernah lalui? ____________________________________________________________________ __ 7) Adakah remaja ambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan? ____________________________________________________________________ __ 8) wau apa yang pak cik selalu guna dalam pertandingan dan mengapa pak cik menggunakannya? ____________________________________________________________________ __ 9) nyatakan kaum dan negeri yang banyak menbuat wau? ____________________________________________________________________ __ 10) sejak bila kah pak cik mula menceburi dunia wau?

__________________________________________________________________ ____

11) apakah nilai murni yang boleh disampaikan kepada remaja dengan permainan wau? ___________________________________________________________________ _ 12)Apakah punca yang membuatkan pak cik minat akan wau? ___________________________________________________________________ __ 13 )Adakah pak menjual hasil kerja wau kepada orang lain? ___________________________________________________________________ __ 14) Apakah harapan pak cik kepada kesenian wau? ___________________________________________________________________ __ 15)Sebagai orang yang berpengalaman, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi muda agar terus memperjuangkan seni wau? ___________________________________________________________________ __ 16) Nyatakan tampat yang sering pak cik kunjungi untuk ? ___________________________________________________________________ __ 17) Apakah tujuan pak cik main wau? __________________________________________________________________ __ 18)Bilakah waktu pak cik selalu bermain wau? ___________________________________________________________________ __ 19)Apakah proses yang perlu diambil untuk membuat wau? ___________________________________________________________________ __

20) Berapa lamakah masa yang diambil untuk membuat sesuatu wau? ___________________________________________________________________ __

21 )Bagaimanakah cara untuk kita tahu bahawa wau yang kita lihat itu ialah wau yang berkualiti? ___________________________________________________________________ __ 22) Apakah konsep yang penting semasa membuat wau? __________________________________________________________________ __ 23 )Adakah waran mempengaruhi dalam pembuatan sesuatu wau? ___________________________________________________________________ __ 24 )Adakah pak cik jadikan wau sebagaisebuah perniagaan? ___________________________________________________________________ __ 25 )Nyatakan kelebihan wau? ___________________________________________________________________ __ 26 )Adakah pak cik membuat wau secara bersendirian? ___________________________________________________________________ __ 27) Sebutkan latar belakang wau? ___________________________________________________________________ __ 28 )Masyarakat apakah yang mempopularkan permainan wau? ___________________________________________________________________ __ 29) Wau pada zaman dahulu bagaimana ? ___________________________________________________________________ __ 30 )Adakah banyak perbezaan yang ketara dari wau zaman dahulu dengan yang sekarang?

____________________________________________________________________ __

31 )Bagaimanakah terhasilnya nama wau? ___________________________________________________________________ __ 32)Adakah ukuran penting dalam poses pembuatan wau? ___________________________________________________________________ __ 33)Kemahiran dan kepakaran apakah yang diperlukan untuk membuat wau? ___________________________________________________________________ __ 34 )Wajibkah kita mengikuti pantang larang untuk membuat wau? ___________________________________________________________________ __ 35 )Nyatakan barang yang diperlukan untuk membuat wau? ___________________________________________________________________ __ 36 )Bagaimanakah cara untuk membuat wau? __________________________________________________________________ __ 37 )Apakah alat yang boleh ditambah pada wau untuk menjadikan wau itu lebih menarik? ___________________________________________________________________ __

38 )Apakah alamat rumah pak cik? ___________________________________________________________________ __ 39)Adakah pelancong asing minat ada wau.? ___________________________________________________________________ __ 40)Berapakah harga bagi sebuah wau? ____________________________________________________________________ __

Related Documents