Hari

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hari as PDF for free.

More details

  • Words: 5,528
  • Pages: 16
1001 Rahsia Dalam 7 Hari DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan. Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama. Antaranya: Ahad � Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka. Isnin � Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat. Selasa � Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa. Rabu � Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril. Khamis � Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir. Jumaat � Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah. Sabtu � Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

Tip Biler Frust Becinta Frust bercinta tapi susah nak lupakan dia..sebab apa? si dia first love bagi anda? anda dah lama berkawan? Jadi kat sini ada tips dari saya untuk anda-anda yang pernah frust bercinta dan yang masih dalam proses untuk melupakan si dia... Nak tau camner..? Read more lar... :) 1) Senaraikan semua keburukan dia.... dan nilaikan balik adalah lebih baik kita putus dengan dia.. (tapi untuk kes ini sahaja) 2) Jangan bersendirian... kerana bila bersendirian fikiran kita lebih bercelaru.... 3) Jika ingin menangis... menangislah semahu-mahunya dan berjanjilah selepas itu anda tak akan menangis lagi kerananya.... 4) Jangan pergi ke tempat2 yang telah memberikan kenangan manis sewaktu bersama dengannya...

5) Cari atau keluar dengan kawan-kawan yang gila2 atau kelakar.. supaya anda rasa terhibur.. 6) Luahkan perasaan anda dengan insan yang paling rapat dan boleh dipercayai.. 7) Padamkan atau buangkan apa sahaja yang boleh mengingatkan anda pada si dia... contoh hadiah2 pemberian darinya.... jika hati anda tidak kuat.. 8) Jangan dengar lagu2 yang jiwang2... kerana ianya akan lebih membuatkan anda merasa sedih... 9) Sibuk2kan diri anda.. supaya anda tiada masa untuk memikirkan kesedihan hati anda... atau carilah hobi baru yang boleh dimanfaatkan... 10) Beri ganjaran kepada diri anda sekiranya anda dapat melupakan dia.... 11) Jika tiba-tiba anda merasa marah atau sedih.. ambil pen dan kertas... luahkan segala apa yang terbuku di hati anda.... tuliskan apa sahaja perasaan anda.... contohnya... aku benci kamu.... 12) Buatlah perubahan positif pada diri anda yang boleh mengembirakan anda... contoh ubah penampilan diri anda... 13) Ingatlah bahawa mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaan itu.. mungkin Tuhan itu menyayangi diri anda.. dan mungkin si dia adalah bukan yang terbaik untuk anda... 14) Kerap mendengar ceramah2 agama dan motivasi supaya minda anda lebih segar... 15) Dan yang paling terbaik adalah dekatlah diri anda dengan Yang Maha Esa... dan abdikan diri anda pada Nya.... dan anda akan merasa amat tenang.... sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui... setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. P/S: Kalau korang ada tips2 lain.. sila tambahkan komen kat bawah tu... :)

Disebalik Jari Kita Disebalik kuku kita sebenarnya tersimpan ciri-ciri atau sikap diri kita yang sebenarnya oleh itu mari kita tengok kita tergolong dari yang mana.......................... Kuku pendek & lebar - seorang yang suka mengkritik, agak serius dlm kehidupan, tidak mengambil kira andainya kritikan mereka menyakiti orang lain, suka berterus- terang dan berani mengkritik andainya dirasakan tidak puas hati. Kuku berbentuk 4 segi - suka berterus-terang, mudah sesuaikan diri dgn keadaan sekeliling, jenis tidak suka menyembuyiakan ketidak puasan hati mereka.namun sikap ini dapat mengundang permusuhan dalam diam namun mereka cukup jujur dalam perhubungan terbuka. Kuku tirus & runcing - sering dilanda gementar dan kalut, jika terpaksa berdepan dalam situasi yang

mungkin memberi tekanan pada mereka, mereka lebih suka berada di belakang tabir saja, namun mereka ini biasanya petah bercakap, cuma di depan orang ramai saja mereka kalut. Kuku panjang & bujur - menyukai sesuatu yg berkaitan seni , berfikiran terbuka utuk menerima idea baru, mudah untuk berkerjasama dengan meraka kerana mereka tidak lokek idea dan tidak kisah menerima idea orang lain. Kuku berbentuk sudu - mood yg tidak menentu, sering bertukar fikiran , pantang mendengar pendapat orang lain pasti mengubah keputusan yang telah mereka buat.mereka ini tidak tetap penderian dan mudah berubah. Kuku lebar - cukup yakin dengan apa yg mereka buat, mempunyai personaliti yang kuat dan menarik, seorang yang aktif dan bersemangat menjalani kehidupan seharian. Mereka meminati bidang yang mencabar seperti bersukan. Kuku berbentuk badam - cukup penyabar, kretif dalam setiap apa yang di lakukan , sukar marah dan lebih suka bersabar. Namun kesabaran tetap ada batasan bila sampai satu tahap seperti gunung berapi. Kuku berbentuk panjang - amat berhati2 dlm apa jua yg di lakukan , mereka bukan yang jenis mengambil mudah sesuatu perkara itu juga seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara termasuk juga tentang kekemasan diri. Rahsia jari jemari Jari sederhana besar seorang yg pemurah dan baik hati , tidak sukar mendapat pertolongan dari mereka. panjang dan runcing tahu melakukan kerja rumah terutama perempuan , juga cukup pakar dalam masakan. Jari lebar cukup bertuah dan hidup senang , selain itu mereka mengangap hidup ini cukup mudah dan indah untuk di nikmati mereka suka membesarkan perkara yang kecil Tapak tangan lembut seorang yg mudah memahami masalah orang lain ,seorang pendengar yg baik ,senang berkomunikasi dengan mereka. Tapak tangan nipis seorang yang suka bertindak mengikut hati dan ia kadangkala bukan saja menyusahkan diri malah orang lain malah sukar menerima teguran orang lain.

Susuk Memakan Diri

PENGAMALAN tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia. Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.

Read more... Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain. Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati. Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar. Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah. Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri.Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu. Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal. Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya. ``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya. Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata. Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai. ``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi, dagu ataupun bibir. ``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya. Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah. ``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal. ``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya. Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia. ``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam,'' tegasnya kesal. Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga. ``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh. ``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.'' Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan orang. Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak. ``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya. Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. ``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. ``Sebagai

pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, AlFatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya.

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan. Faktor 1 - Konsisten. Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan! Faktor 2 - Boleh dikawal Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu. Faktor 3 - Komitmen Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan ,tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu. Faktor 4 - Kejujuran Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil. Faktor 5 - Terima seada-adanya Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk

pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikapsikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan. Faktor 6 - Perlu dimengertikan Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya. Faktor 7 - Simpati Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan. Faktor 8 - Diyakini Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak! Faktor 9 - Perbezaan pendapat Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing. Faktor 10 - Elakkan dendam Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana. Faktor 11 - Berfikiran terbuka Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya. Faktor 12 - Tulus dan jujur

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya. Faktor 13 - Tak selalu didampingi Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri. Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan >>menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati. Faktor 15 - Persamaan Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan. Faktor 16 - Tak saling menyalahkan Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama ain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain. Faktor 17 - Hormat-menghormati Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia. Faktor 18 - Penghargaan Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya. Faktor 19 - Bukan materialistik

Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu. Faktor 20 - Perancangan bersama Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

50 Most Romantic Things 1. Watch the sunset together. 2. Whisper to each other. 3. Cook for each other. 4. Walk in the rain. 5. Hold hands. Read more.. 6. Buy gifts for each other. 7. Roses. 8. Find out their favorite cologne/perfume and wear it every time you're together. 9. Go for a long walk down the beach at midnight. 10. Write poetry for each other 11. Hugs are the universal medicine. 12. Say I love you, only when you mean it and make sure they know you mean it. 13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc. 14. Tell her that she�s the only girl you ever want. Don't lie. 15. Spend every second possible together. 16. Look into each other's eyes. 17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly. 18. When in public, only flirt w/ each other.

19. Put love notes in their pockets when they aren't looking. 20. Buy her a ring. 21. Sing to each other. 22. Always hold her around her hips/sides. 23. Take her to dinner and do the dinner for two deal. 24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?) 25. Hold her hand, stare into her eyes, kiss her hand and then put it over our heart. 26. Dance together. 27. Let your girl fall asleep with her head in your lap. (It looks real cute) 28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it. 29. Make excuses to call them every 5 minutes 30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you. 31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them. 32. Remember your dreams and tell her about them. 33. Always tell her how pretty she looks. 34. Tell each other your most sacred secrets/fears. 35. Be Prince Charming to her parents. 36. Brush her hair out of her face for her. 37. Hang out with! his/her friends. 38. Go to church/pray/worship together. 39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked. 40. Learn from each other and don't make the same mistake twice. 41. Describe the joy you feel just to be with him/her. 42. Make sacrifices for each other. 43. Really love each other, or don't stay together. 44. Let there never be a second during any given day that you aren't; thinking about them, and make sure they know it. 45. Love yourself before you love anyone else.

46. Learn to say sweet things in foreign languages. 47. Dedicate songs to them on the radio. 48. Fall asleep on the phone with each other. 49. Stand up for them when someone talks trash. 50. Never forget to kiss goodnight. And always remember to say, "Sweet dreams."

Tips2 Surfing Intenet Salam! :) Apa citer..? lol.. tu jer la soklan yang ditanyer.. :) citer kali nie.. hurm.. citer apa ek.. Takder la nak citer banyak sangat just kiter akan menulis apa yang terlintas kat dalam otak kiter nie jer.. Kebelakangan nie banyak mende yang kiter nak baut tapi semuanyer tak terbuat.. lol.. nak potong rambut.. dah masuk 3 minggu kiter cakap kat diri kiter termasuk member.. sampe dia orang naik bosan dah dengar.. sowie.. memang nak potong.. tapi... [tuhan jer yang tau] Wokai.. sebelum kita menglistkan update lagu untuk minggu nie, izinkan kiter bercerita skit.. heheh.. kalu korang nak baca..go o�n.. kalu tak nak baca just scroll sampe page bawah.. Kiter sajer jer nak kongsi pengalaman tentang beberapa perisian yang kita rasa korang "PATUT" install kan dalam pc korang.. Dulu..kiter memang tak amik kisah akan semua bendalah nie.. tapi sejak kiter selalu mengonlinekan diri.. selalu melayari internet.. mencarik maklumat yang kadang-kadang tu bleh pakai dan kengkadang tu memang takleh pakai lansung [lol..web apa tu nayoe?] Yep! tanpa kita sedari.. banyak script-script yang ditulis menggunakan java, php atau pun html yang sememangnyer bertujuan untuk menyusahkan kiter. Kekadang tu.. tanpa kita sedari jugak.. terdapat program yang diinstall secara senyap2 dalam pc kiter..yang paling tak tahan terkene worm! Lol.. memang kiter tak klick apa2 pon kan.. just bukak laman web jer.. kalau popup banner suh install smething, memang kompirm kiter akan klick NO! Tapi.. apsal still ada yang terlepas.. Kengkadang tu, default main browser pon kuar web yang tak senonoh.. padahal.. biler masa kiter klick utk setkan web tu main web kiter..? kalau tukar kepada page asal browser still akan kembali ke web tersebut..aiceh.. mistik.. pastu plak.. kuar popup sana sini yang sampe kelam kabut nak tutup popup browser tu.. iskh.. silap ari bulan bleh hang pc.. last skali.. Blue Screen Of Death lar jawabnyer.. Wokeh.. nie ada skit tips yang kita slalu amalkan time nak surfing web2 yang kurang bleh dipercayai.. Pertama skali.. pastikan antivirus korang tu di'on'kan lar.. jangan la plak disablekan bendalah tu.. dan pastikan antivirus sentiasa diupdate untuk mendapat perlindungan yang optimum terhadap virus yang ada di alam internet tu. Korang bleh try untuk scan virus secara o�nline bagi pc korang.. klick sinie --> http://housecall.trendmicro.com/housecall/start_corp.asp Dan bagi mereka yang memerlukan antivirus percuma, korang bleh download AVG Antivirus. http://www.grisoft.com/us/us_index.php Pastu.. kita ada menggunakan 2 program yang kita rasa korang MESTI try pakai. "SpyBot - Search and Destroy" dan "Ad-aware" Kedua2 program nie berperanan

menyemak registry pc korang sekiranya terdapat program2 atau iklan2 atau smething yang mencurigakan.Pastu dia remove lar segala benda2 tu.. Contoh sesuatu yang mencurigakan seperti Dialer XXX, Gator dan ada la banyak lagi tu.. Benda2 macam nie selalunya akan membuat pc korang menjadi LEMAU/LEMBAP! Kat mana nak dapatkan program2 tu..? download kat sinie --> www.download.com Lepas tu jangan lupa untuk mengupdate proram tersebut! Satu lagik program yang kita suka pakai ialah popup blocker. memblock popup nie. Browser seperti mozilla telah dibuilt in bagi emmudahkan usernyer. IE blum ada lagik! popup blocker yang kita pakai ialah popup didatangkan bersama google toolbar. ntah camner.. kiter suka berbanding edngan yang yahoo punyer.. kalau nak try.. donlod http://toolbar.google.com/

Banyak software untuk kan popup blocker blocker yang pakai yang tu kat sinie -->

Wokeh.. tu jer tips yang kita nak kongsi dengan korang.. kalau korang ada tips2 lain.. sila kemukan komen kat bawah nanti kay!

10 Perkara Yang Tidak Boleh Diucapkan Pada Si Dia 1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu" - si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya. Read more... :) 2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk." - percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas. 3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang" - hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu 4. "Hai, janganlah asyik marah2" -jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu 5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak" - kamu memang mengecewakan.... 6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut" - kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin spent masa dengan kamu 7. Bedebat pertahankan pendapat - janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya.. 8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla" - percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini... 9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??" - ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi" - jangan salahkannya sahajatapi fikirlah kenapa??

New Research About Men and Women 1. Tests have shown that women rate 3% higher in general intelligence than men although their brain size is smaller. Most women act dumb to make their mates look good. Read More... :) 2. Women are walking radar detectors, that is why men have difficulty lying to women. Their brains have the ability to integrate and decipher verbal, visual and other signals of body language. 3. Women want lots of sex with the man she loves. Men just want lots of sex. 4. When men flirt, they will lower their pitch of voice. Women will raise theirs. 5. Women talk and think aloud while men do them silently. As a result, men think women talk too much and are nags. 6. Women talk about their problems as a way of relieving stress. She wants to be heard, not fixed being offered advice and solutions. 7. Speech and words are not a specific brain skill for men. They find it hard to express themselves. That's why they often choose greeting cards with plenty of words inside. That way, there's less space for them to write. 8. Women leave men, not because they are unhappy with what he can provide, but because they are emotionally unfulfilled. 9. Women uses an average of 20,000 communication words, sounds, and gestures a day. Men only use about 7,000. 10. So if a woman is talking to you a lot, she likes you. But if she's not talking, you're in trouble. 11. Men are more thick-skined than women. Literally. Which explains why women have more wrinkles than men. Boys lose their sensitivity to touch by the time they reach puberty. So where does all that sensitivity go? It all goes to just one area. 12. If a woman is unhappy in her relationship, she can't concentrate on her work. If a man is unhappy at work, he can't focus on his relationship. 13. Men can only do one thing at a time. When they stop their car to read a street directory, they have to turn down the radio. Women's brains are configured for multi- tasking performance. They can talk on the phone, watch the TV and cook at the same time. 14. Most men get a brain hemorrhage after 20 minutes of clothes shopping. 15. When it comes to sex, women need a reason; men need a place.

16. 15% to 20% of men have feminised brains. About 10% of women have masculinised brains. So there are more gays than lesbians in the world.

Tarikh Lahir Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal Read more... Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna,

Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis - Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.

- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada

mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Related Documents

Hari
November 2019 58
Hari
July 2020 42
Hari
November 2019 54
Hari
December 2019 38
Hari
November 2019 53
Hari
October 2019 38

More Documents from "Myema Azimah"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31