Hari Asyura

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hari Asyura as PDF for free.

More details

  • Words: 863
  • Pages: 3
Hari As-Syura sebahagian 10 kemuliaan untuk manusia TARIKH 10 Muharam, yang jatuh esok, mencatatkan banyak peristiwa penting dan kelebihan dalam Islam. Ia juga dikenali sebagai Hari as-Syura, iaitu adalah hari paling mulia dalam bulan Islam ini Ini sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, yang bermaksud: “Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam. “Mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan Nabi Musa diselamatkan bersama-sama sahabat baginda. Itulah sebabnya mereka berpuasa pada Hari as-Syura. “Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga “Bahawa kamilah yang paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekalian dalam semua aspek. Lalu Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada Hari asSyura.” (Hadis riwayat Abu Daud) Ada juga riwayat yang mengatakan puasa pada hari Asyura mula-mulanya adalah wajib sebelum puasa pada Ramadan diwajibkan ke atas umat Islam. Tetapi kemudian ia menjadi sebagai puasa sunat (Sunan Abu Daud). Rasulullah tetap berpuasa pada Hari as-Syura, walaupun selepas puasa pada Ramadan diwajibkan. Riwayat Abdullah ibnu Musa: “Baginda mengutamakan puasa pada hari Hari asSyura daripada puasa yang lain dan puasa bulan Ramadan itu diutamakan daripada puasa asSyura.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Sebahagian ulama berpendapat, dinamakan Hari as-Syura kerana ia adalah 10 kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat Islam dan bentuk keistimewaan hari dan bulan hijrah. Keistimewaan itu seperti berikut:Rejab: Allah menjadikannya bulan kemuliaan kepada umat Muhamad dan melebihkannya daripada bulan lain seumpama kelebihan umat Muhamad berbanding umat lain. Syaaban: Allah melebihkan Syaaban daripada bulan lain bagaikan kelebihan Nabi Muhammad berbanding Nabi lain. Ramadan: Allah melebihkan bulan ini bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk. Lailatul Qadar: Hari yang jika kita beribadah pada malamnya, ganjaran yang diberi ialah lebih baik daripada beribadah seribu bulan. Hari Raya Aidilfitri: Hari pembalasan kebaikan. 1 - 10 Zulhijjah: Hari berzikir kepada Allah. Hari Arafah: Hari yang menghapuskan dua tahun dosa seseorang. Hari Raya Aidiladha: Hari melakukan pengorbanan. Hari Jumaat: Hari paling mulia. Hari as-Syura: Hari menebus dosa satu tahun melalui amalan puasa. Selain itu, ulama meriwayatkan bahawa berlaku peristiwa dan sejarah penting dalam Islam pada

10 Muharam. Antaranya ialah kisah Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun selepas berada dalamnya selama 40 hari 40 malam. Yunus bin Matta, seorang salih, dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30 tahun. Beliau diutuskan supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali gus meninggalkan pemujaan berhala. Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah. Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40 hari lagi dan jika kaumnya masih ingkar, mereka dijanjikan Allah dengan azab yang pedih. Masa berlalu pantas. Setelah hari ke-37 pun, umatnya masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya, apabila genap 40 hari, awan hitam kelihatan di kaki langit. Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya. Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah berpindah ke tempat lain. Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai. Firman Allah bermaksud: “Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu." (Surah Yunus, ayat 98) Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal yang dinaikinya hampir karam. Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya: “Siapakah antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini.” Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan Nun menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah, beliau tidak mati dalam perut ikan itu. Bagaimanapun, ketika berada dalam perut ikan, beliau tidak berhenti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya beliau diselamatkan. Ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkannya dalam keadaan selamat. Firman Allah bermaksud: “Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok daripada jenis labu.” Selepas peristiwa itu, Yunus menuju balik ke negerinya. Dalam perjalanan, beliau berselisih dengan seorang pengembala, lalu bertanya: “Bagaimanakah keadaan orang yang tinggal di kampung ini?” Pengembala itu menjawab: “Keadaan orang di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan mereka.”

Mendengar jawapan pengembala itu, Yunus berkata: “Akulah nabi dan rasul mereka, Yunus.” Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan kepulangan Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira dengan berita itu. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000 orang atau lebih, lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.”

Related Documents

Hari Asyura
November 2019 26
Hari
November 2019 58
Hari
July 2020 42
Hari
November 2019 54
Hari
December 2019 38

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31