Hanya kerak nasi untuk MAK > > > Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada > yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang > yang > paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan > kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH... > > Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi > dia > masih hidup. > > Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati.... > Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah > beraya > di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah > mendengar > abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi > menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. > Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut > memerhati > kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya > semakin > menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu > ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku > biarkan > sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak > juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan > aidilfitri bersamanya. > Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya > tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak > ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana
> ke > mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan > bersungguh > cuba menyediakan juadah yang semampunya. > Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak > untuk > abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat > menjamu > selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu > anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi > dah > hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa > semenjak > pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya > 'siapa > tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' > Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi > goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu > juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan > roti > sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. > Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas > aku > tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu > sedih > dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis > kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. > Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih > ada > ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka > semua > kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB > Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd
> anak-anaknya > untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga. > AMINN >