Hakikat Tarbiyyah Islamiah-2

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hakikat Tarbiyyah Islamiah-2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,007
  • Pages: 3
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

pendidikan yang menyeluruh

Sistem

Hakikat Tarbiah Islamiah II

T

ujuan dan sasaran tarbiah Islamiah, yang kita ingin capai dan wujudkan -secara umumnya- adalah: membina keadaan serta suasana yang kondusif (sesuai) bagi manusia untuk hidup di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha dan pahala Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.

[.. Sambungan daripada keluaran lalu..]

Keempat: Kepimpinan Dunia Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman; “Allah telah berjanji kepada orangorang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.” [An-Nur: 55] Inilah janji Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada orang yang beriman dan beramal soleh, yakni keimanan yang disertai dengan amal adalah buah dari iman yang benar. Allah berjanji kepada mereka dengan tiga janji:

1. mengangkat kekhalifahan mereka di bumi ini dan menjadikan untuk mereka kekuasaan yang dapat mengambil manfaat sebesarbesarnya seluruh nikmat bagi kehidupan dan kematian mereka. 2. pengukuhan kedudukan di bumi dengan Islam dan sistemnya. Oleh kerananya mereka pun memiliki kekuasaan dan dominasi atas umat manusia dan ajaran agama yang lain di muka bumi ini. 3. Pergantian keadaan mereka, daripada rasa takut kepada rasa aman. Artinya bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah para tokoh penguasa bumi, kerana agama mereka adalah agama kemenangan dan kekuasaan, maka

harus ada upaya meraihnya melalui program tarbiah Islamiah bagi semua orang. Selama kaum Muslimin berada jauh daripada penguasaan dunia, bererti mereka jauh juga daripada hakikat iman dan amal soleh. Akibatnya mereka akan sentiasa terbelenggu dalam urusan agamanya dan terperosok dalam dosa dan maksiat. Tarbiah Islamiah berupaya - dengan segenap potensi yang dimilikinya – untuk mengeluarkan umat manusia daripada belenggu perasaan, dosa dan maksiat. Kelima: Menghukum dengan syariat Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman: “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu.” [Al-Jaathiah: 18] Juga firman-Nya: “Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala , dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.” [Al-Maidah: 49] Inilah salah satu tujuan besar daripada tujuan-tujuan tarbiah Islamiah, bahkan inilah tujuan utama daripada empat tujuan yang dinyatakan sebelum ini. (iaitu: ibadah, kekhalifahan di bumi, saling mengenal dan saling menolong, serta penguasaan dunia). Mengapa demikian? Kerana semua tujuan itu adalah menjurus kepada penegakan syariat Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tanpa

tawar-menawar, undi-mengundi, dan tempel-tempelan, apalagi tunduk dan mengalah kepada sistem lain buatan manusia. Inilah tujuan tarbiah Islamiah secara global, dan itulah tujuan Islam yang sebenarnya, baik aqidah, syariah, moral, dakwah, lembaga, sistem, perilaku, maupun jihadnya sekaligus, dalam rangka menjadikan kalimah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai yang tetinggi. Itu semua hanya akan terwujud dengan berjalannya tarbiah ruhiah, akal fikiran, fizikal, akhlak dan perilaku. Sebelum menyelesaikan perbahasan tujuan ini, perlulah kiranya ditegaskan bahawa tarbiah Islamiah memiliki skop yang luas beraneka ragam. Antara lain; 1. Individu, dengan seluruh unsur yang dapat membangun keperibadiannya. 2. Rumahtangga Muslim dengan seluruh nilai dan moral yang harus ditegakkannya. 3. Masyarakat Muslim, dengan seluruh interaksi sosial dan pengaturannya. 4. Umat Muslimah, dengan seluruh aktiviti yan ada di dalamnya. 5. Negara Islam dengan sistem dan undang-undang yang harus ditegakkan di dalamnya. Rujukan: Peringkat-Peringkat Tarbiah, Dr Ali Abdul Halim Mahmud

Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Muslim

Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar? Ini memerlukan satu penelitian yang cermat dan butir-butir yang terang. Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa? Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Brahmin diperanakkan sebagai Brahmin? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim? Apakah jawaban kita? Jawaban kita sudah tentu tidak. Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang Sayyid atau Pathan. Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara sepontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu usahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya. Akan tetapi, jika kita tidak memperdulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini adakan ditarik balik daripada kita. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita. Erti menerima Islam Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim bila ia menerima Islam. Walaubagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita. Apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: “Saya telah menjadi seorang Islam atau saya telah menerima Islam?” Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam bila ia boleh melafazkan beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Brahmin membaca beberapa ayat mentera Sanskrit yang dia sendiri tidak mengerti? Jawaban kita sudah tentu begini: “Seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima keIslamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tanpa paksaan) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.” Rujukan: Iman Islam Jihad, Sayyid Abul A’la Maududi

Related Documents

Hakikat Bid'ah
October 2019 49
Hakikat Karomah
May 2020 34
Hakikat Tasawuf
May 2020 44
Puasa Dan Tarbiyyah
May 2020 30
Puasa Hakikat
May 2020 2

More Documents from ""