Hak Asasi Manusia Dan Pengamalan Perlembagaan Di Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hak Asasi Manusia Dan Pengamalan Perlembagaan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 2,040
  • Pages: 9
Hak Asasi, UndangUndang dan Pengamalannya di Malaysia Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Peguambela & Peguamcara

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

Hak Asasi, Undang-Undang dan Pengamalannya di Malaysia 1 Oleh Mohamed Hanipa Maidin2 Apabila kita bercakap tentang hak asasi, ia merujuk kepada hak-hak yang paling asas yang tidak wajar dinafikan ke atas mana-mana orang di dunia ini. Hak-hak tersebut merangkumi antara lain hak untuk hidup, hak untuk bebas bergerak, hak bersuara, hak berhimpun, hak berpersatuan, hak untuk dibicarakan secara adil, hak untuk diwakili oleh peguam pilihannya sendiri, hak untuk diberitahu alasan jika ditangkap, hak menganut dan mengamalkan agama dan juga beberapa hak-hak yang lain. Dari

perspektif

sejarah,

terdapat

perbezaan

yang

amat

ketara

bagaimana hak-hak tersebut diperolehi oleh manusia di dunia ini. Bagi orangorang Barat, hak-hak asasi ini diperolehi hasil daripada perjuangan yang menyaksikan pertumpahan darah dan juga melalui peperangan dan revolusi. Bagi rakyat bawahan, hak tersebut hanya dapat dikecapi setelah mereka mengambilnya secara paksa daripada pihak yang berkuasa dan bagi mendapatkan hak tersebut, nyawa dan darah manusia terpaksa menjadi taruhannya.

Hasil daripada sejarah yang pahit, tersebut hak-hak tersebut

akhirnya diterjemahkan ke dunia realiti melalui pelbagai piagam (charters) seperti Magna Carta, Bill Of Rights, Deklarasi Hak Asasi Sejagat Manusia 1948 (UDHR 1948) dan sebagainya. Hal yang berbeza berlaku bagi umat Islam. Hak asasi tersebut datang dengan sendiri sebaik sahaja manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Sepertimana yang dikatakan oleh A.K. Brohi, mantan Menteri Undang-Undang Pakistan:

1

Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan “Hak Asasi Manusia dan Hak Wanita Dalam Islam” anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM )di PWTC, Kuala Lumpur pada 26 hb Mei 2007. 2 Peguambela & Peguamcara Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

1

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

“It seems at first sight , therefore that there are no human rights or freedoms admissible to man in the sense in which modern man’s thought, belief and practice understand them, in essence the believer has only obligations or duties to God since he is called upon to obey the Divine Law, and such human rights as he is made to acknowledge stem from his primary duty to obey God. Yet paradoxically, in these duties lie all the rights and freedoms.”3 Atas

dasar

itulah,

bagi

orang

Islam

mereka

mengakui

dan

menghormati hak-hak orang lain kerana di sana terdapat tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka oleh perundangan Islam untuk mereka mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan mereka yang memerintah mereka (ulil amri). Hak Asasi dan Pengamalannya di Malaysia Hak asasi di Malaysia diperuntukkan dalam undang-undang yang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak tersebut yang dikenali sebagai kebebasan fundamental (fundamental liberties) dan diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan bermula daripada Perkara 5 hingga perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan

perundangan

negara

mengiktiraf

ketinggian

Perlembagaan4, secara teorinya hak-hak asasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan sepatutnya dilindungi dan sekaligus berhak dinikmati oleh rakyat negara ini. Melihat kepada hak-hak tersebut dalam Perlembagaan, terdapat elemen-“favoritism” bagi sesetengah hak asasi tersebut. Sebagai contoh hak kebebasan beragama. Tidak seperti hak-hak yang lain, ia tidak sama sekali boleh diganggu gugat melalui pindaan hatta ketika darurat. Begitu juga hak

3

A.K Brohi “ Islam and Human Rights” di dalam “The Challenge of Islam” edited by Altaf Gauhar, m/s 81 Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

2

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

menyebarkan agama hanya diberikan kepada orang Islam sahaja dan dinafikan ke atas orang bukan Islam.5 Sedikit sebanyak sejarah yang mewujudkan keadaan tersebut. Persoalannya, adakah kewujudan hak-hak asasi dalam Perlembagaan bersama-sama

dengan

prinsip

ketinggian

Perlembagaan

benar-benar

menjamin hak-hak asasi tersebut dapat dinikmati oleh rakyat negara ini tanpa sebarang sekatan atau halangan? Amat malang jawapan kepada persoalan di atas dalam banyak keadaan adalah negatif. ini. Antara lain

Banyak faktor yang menyumbang kepada keadan

kegagalan rakyat negara ini untuk menikmati hak-hak

tersebut disebabkan terdapat pelbagai undang-undang yang digubal oleh badan perundangan (khususnya Parlimen) yang secara jelas menghakis dan kadangkala memansuhkan sama sekali hak asasi tersebut. Hak untuk tidak dilucutkan kehidupan dan kebebasan (deprivation of life and liberty) yang dijamin oleh Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan begitu mudah dimansuhkan melalui ibu segala kezaliman – Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Meskipun dalam keadaan-keadaan tertentu kezaliman ISA tersebut atau penggunaannya secara arbitrari oleh Menteri dikecam oleh pihak Mahkamah6, namun bukan sahaja kecaman tersebut tidak

diendahkan

mendorong

dan

oleh

pihak

memberi

Eksekutif

inspirasi

malahan

kepada

kecaman

pihak

itu

sendiri

Eksekutif

untuk

mengetatkan lagi undang-undang tersebut dengan menambah lagi kuasa

4 5 6

Perkara 4 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan

Lihat kes Karpal Singh v Minister of Home Affairs ( 1988 ) 1 MLJ 468 . Mahkamah Tinggi memerintahkan perintah tahanan ke atas Karpal diketepikan kerana tuduhan dalam perintah tahanan tidak betul dan Hakim Makamah Tinggi menyatakan bahawa perintah tahanan dibuat “without care and a proper sense of responsibility’. Kerajaan meminda seksyen 8 ISA dengan memperuntukkan seksyen 8B ( 1 ) yang melarang Mahkamah mempersolakan budibicara dan kuasa Menteri.

Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

3

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

Menteri dan mengurangkan kuasa sedia ada Mahkamah untuk menyoal budi bicara Menteri.7 Dengan kewujudan Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan, kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagan hanya menjadi peruntukan

dalam

perhiasan semata-semata.

Perlembagaan

berkaitan

hak

Melihat kepada

bersuara,

kita

akan

menyaksikan hak tersebut digubal sebegitu rupa di mana hak tersebut diletakkan sepenuhnya di bawah jagaan Parlimen.”8 . Meskipun Perkara 10 (1) menjamin kebebasan bersuara dan tidak boleh dipinda dengan mudah, namun “The contents can always be abridged or amended, making them, in practical terms, less significant: the contents can always be taken away.”9 Atas dasar itulah, Harding mengkritik dengan lantang bahawa “The provision is remarkable for what it takes that what it gives.”10 Apa yang lebih malang, dalam banyak keadaan pemimpin parti pembangkang seringkali menjadi mangsa apabila mereka cuba melaksanakan hak bersuara ini. Y.B. Lim Kit Siang pernah menyatakan bahawa “There is freedom of speech but there is no freedom after speech”. Hak berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perkara 10 (1) Perlembagaan bukan sahaja tidak aman daripada gangguan polis jika ia ingin dilaksanakan,

malahan

ia

meletakkan

kuasa

tunggal

penentu

definisi

7

Lihat seksyen 8B (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memperuntukkan “There shall be no judicial review in any court of any act done made by the Minister…in the exercise of the discretionary power…save in regard to any question on compliance with any procedural requirement…” 8

Dr Abdul Aziz Bari, “ Freedom of Speech and Expression in Malaysia after Forty Years.” di dalam Insaf Vol XXVII No 3 di m/s 153. 9

Ibid. m/s 154

10

Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

4

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

keamanan tersebut hanya kepada Ketua Polis Daerah (OCPD) melalui penggubalan seksyen 27 Akta Polis 1967 tanpa sebarang mekanisme untuk mengawal selia kuasa OCPD tersebut. Akta Polis bukan sahaja memberi kuasa kepada polis untuk melarang perhimpunan di tempat awam, malahan perhimpunan di tempat persendirian (private place) juga boleh diganggu oleh pihak polis.11 Meskipun Suhakam dan Suruhanjaya Diraja Bagi Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia telah mencadangkan penghapusan seksyen 27 dan 27A kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan,

namun

saranan

tersebut

tidak

diendahkan

oleh

pihak

Kerajaan.12 Bukan sahaja rakyat awam yang dihalang untuk melaksanakan hak bersuara tanpa rasa takut, kebebasan dunia akademik dan hak autonomi institut-institut pengajian tinggi turut dicengkam melalui Akta Universiti dan Universiti

Kolej

1971 (AUKU).

Hasilnya raison

d’rtre universiti

untuk

mempromosi kebebasan intelektual yang sepatutnya dipupuk, digalak dan dipertingkatkan kini tidak lagi berlaku. Kehebatan AUKU meng”anginahmar”kan dunia intelektual amat berkesan sehingga warga universiti menjadi beku dan kaku. Kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan dihalang perlaksanaannya melalui pelbagai sekatan ke atas aktiviti-aktiviti pelajar, termasuk pilihan raya pelajar.13 Dr

Azmi

Sharom,

pensyarah

undang-undang

Universiti

Malaya

memberikan pandangannya tentang pilihan raya kampus dengan kata-kata berikut:

Harding, Law, Government and the Constitution in Malaysia ( 1996 ), m/s 189. 11 Lihat seksyen 27A Akta Polis 1967. 12 Sila lihat kupasan lanjut di http://lawyerpas.blogspot.com. 13 Di dalam pilihanraya perwakilan pelajar di UIA, calon-calon dikenakan syarat-syarat yang tidak munasabah seperti mesti memperolehi CGPA 2.8, menghadiri sessi temuduga dengan Rektor dan Timbalan Rektor dan perlu lulus ujian pengucapan awam dalam bahasa Inggeris.

Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

5

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

“Now we get to the contentious issues. Not content with stifling the entire election process, university authorities then decide to get actively involved by clearly supporting one group of student candidates over another. The group of choice is known as the Aspirasi group. All sorts of lavish treatment are given to this group, and its candidates are seen very much as the university’s candidates of choice. Certain activities which can be seen to be in contravention of the UUCA like the Selangor state government’s treating Aspirasi candidates to a stay in a luxury hotel in Petaling Jaya prior to the elections this year, go unquestioned.”14 Bagaimanapun Azmi terpaksa membayar harga yang tinggi di atas kritikan tersebut. Beliau telah dipanggil oleh majikannya, Universiti Malaya dan dilaporkan telah diminta untuk menamatkan tulisannya di akhbar the Star yang beliau telah menulis sejak April 2006.15 Dalam keadaan kerakusan pihak Eksekutif dan Legislatif menghakis hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan, sudah tentulah badan yang diharap dapat menyekat kerakusan kuasa tersebut adalah badan kehakiman atau

Mahkamah.

Kuasa

Mahkamah

untuk

menjaga,

menjamin

dan

melindungi kebebasan dan hak asasi rakyat negara ini dinyatakan secara jelas dalam laporan Suruhanjaya Reid yang menyatakan: “The guarantee afforded by the Constitution is the supremacy of law and the power and duty of the Courts to annul any attempt to subvert any of the fundamental rights, whether by legislative or administrative action or otherwise.”16 Meskipun

Mahkamah

diharapkan

sebagai

badan

terakhir

untuk

memastikan hak-hak tersebut dapat dilaksanakan oleh rakyat dengan selamat tanpa sekatan dan halangan yang tidak munasabah, ia hanya boleh

14

Azmi Sharom, “High Jinks in Srtudents Politics”, The Star 2/10/2006 Malaysiakini, “ Don barred from writing after critical column?

15

Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

6

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

berlaku jika kebebasan badan kehakiman tersebut benar-benar wujud dan dirasai kewujudan kebebasan itu oleh rakyat. Malangnya imej buruk badan kehakiman melalui insiden-insiden yang menjejaskan integritinya masih belum dibaik pulih sepenuhnya sehingga kini. Peranan Mahkamah untuk melindungi hak-hak asasi tersebut dilakukan melalui kuasa mentafsir Perlembagaan yang diberikan hanya kepadanya. Hakim Besar Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Charles Hughes CJ pernah menyatakan: “We are under a constitution , but the Constitution is what the judges say it is.”17 Apa yang berlaku ialah pihak Mahkamah amat kurang meneliti dan memeriksa kuasa Eksekutif menurut kaca mata Perlembagaan. Meskipun pentafsiran Perlembgaan tidak dikawal oleh prinsip “stare decisis” (judicial precedents)

yang

sekaligus

memberi

satu

dynamism

kepada

pihak

Mahkamah untuk membuat tafsiran yang lebih cenderung kepada menjaga dan melindungi hak asasi, namun apa yang berlaku pihak Mahkamah sering mentafsirkan Sepertimana

Perlembagaan yang

dikatakan

seperti oleh

mentafsir Tommy

surat

Thomas,

wasiat

seorang

(will). peguam

Perlembagaan, “When judges interpret a constitution like a will, the Constitution will die.”18 Meskipun hak mentafsir Perlembagaan diberikan kepada para hakim (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), namun realitinya tidak semua hakim mempunyai kapasiti secara intelektual untuk memahami isu-isu Perlembagaan dan juga isu hak-hak asasi kerana kurang pendedahan dalam perkara-perkara tersebut. Hakim-hakim yang tidak

16 17

Laporan Suruhanjaya Reid, m/s 64

Lihat artikel oleh Tommy Thomas ,”HumanRights in 21St Century Malaysia” dalam Insaf Vol XXX No 2 di m/s 100 18 Ibid. m/s 103 Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

7

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA & HAK WANITA DALAM ISLAM 26 – 27 Mei 2007 | PWTC

mempunyai “intellectual capacity” yang tinggi dan juga pengalaman yang mencukupi dalam isu-isu hak asasi seringkali gagal menghargai kepentingan dan kesucian hak-hak ini. Oleh itu tidak pelik jika kita melihat banyak penghakiman yang diberikan dalam isu-isu hak asasi di negara ini terdiri daripada penghakiman yang kaku, beku dan tidak bermaya.

Anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

8

Related Documents