Hadapi Ujian Allah Dengan Ketabahan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hadapi Ujian Allah Dengan Ketabahan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,391
  • Pages: 5
‫هادفي اوجين الله دغن كتابهن‬ ( 24 Ogos 2007M / 11 Sya'ban 1428H )

َ‫حيَوةَ ِلَيبْ ُلوَ ُك مْ أَيّكُ مْ أَحْ سَنُ َعمَلً َوهُو‬ َ ْ‫حمْدُ ِللّ هِ الّذِى خَ َل قَ اْل َموْ تَ وَال‬ َ ْ‫ال‬ ‫ِشش‬ َ ‫َبش ال َفوَاح‬ َ ‫َتش وََا ْمتِثَالَ َأوَا ِمرِ الِ وَا ْجتِنا‬ ِ ‫ليْرا‬ َ ‫اْل َعزِْيزُ اْل َغ ُف ْورُ وََأ َمرَ ِف ْعلَ ا‬ ّ‫ وَأَ ْشهَدُ أَن‬.ُ‫ أَ ْشهَدُ أَ نْ لّ إِلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬،ْ‫ِمنْهَا وَماَ َبطَ ن‬ ‫حمّدٍ ّوعَلَى‬ َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ وبَارِ كْ َعلَى َسيّ ِدنَا م‬ َ ّ‫ ال ّلهُم‬.ُ‫حمّدًا َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬ َ ُ‫م‬ .ِ‫َأِلهِ وأَصْحَاِبهِ أَ ْج َم ِعيْنَ َومَنْ َتِب َعهُمْ بِإِ ْحسَانٍِ اِلَ َيْومِ الدّيْن‬ َ‫ َف َقدْ فَاز‬،‫صيْ ُكمْ وََن ْفسِى ِبَت ْقوَى ال‬ ِ ْ‫ ُأو‬،َ‫ اِّتقُوا ال‬.‫َأمّا َبعْدُ َفيَا ِعبَادَ ال‬ .َ‫ا ُلّت ُقوْن‬ SIDANG JUMAAT YANG RAHMATI ALLAH, Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudahmudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH, Kita sekarang sedang berada di bulan Sya’ban yang merupakan bulan persediaan sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak, bulan di mana kita diuji keimanan oleh Allah s.w.t. untuk sama-sama melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Hanya bagi hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman sahaja berjaya lulus dalam ujian tersebut dan beroleh mendapat ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Tetapi hakikat hukum fitrah bagi mendapatkan ganjaran yang baik mestilah terlebih dahulu diuji atau mestilah melalui susah-payah seperti kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecah ruyung tidak dapat sagunya. Kerana itulah Allah s.w.t. mengatakan bahawa manusia akan diuji sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 2:

1

Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?." Manakala firman Allah yang lain dalam surah al-Baqarah ayat 214:

Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?. Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkata rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersertanya; "Bilakan datangnya pertolongan Allah?. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah". HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Akhir-akhir ini kita sering dipaparkan dan dikejutkan dengan begitu banyak bencana alam atau pelbagai bentuk musibah dimulai dari gempa bumi, tsunami, banjir, kemarau, tanah runtuh, wabak penyakit, selsema burung dan segala macam musibah. Semuanya membawa kepada kerosakan dan kemusnahan terhadap harta benda malahan turut mengorbankan nyawa manusia. Oleh itu, bagi kita yang benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. hendaklah yakin bahawa setiap musibah yang berlaku sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah dalam kententuan Qada' dan Qadar. Kerana itulah setiap kejadian sudah terencana dengan rapinya oleh Allah s.w.t. yang telah mencatat bahawa akan berlakunya bencana atau musibah pada tanggal sekian di tempat sekian dengan korban sekian dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah alHadid ayat 22:

Maksudnya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab kami (pengetahuan kami) sebelum kami jadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". 2

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa setiap kejadian yang berlaku sudah tercatat di dalam Lauhul Mahfuz dan membuktikan Allah s.w.t. berkuasa merencanakan segala kehidupan makhluknya khususnya bagi manusia. Contohnya berapa lama kita akan hidup, berapa banyak rezeki yang kita perlukan, bila kita akan sakit, bila kita akan mati, bila kita akan dikurniakan anak dan sebagainya. Kerana itulah kita kena yakin dan percaya bahawa sesuatu bencana dan musibah yang berlaku sebagai ketentuan dari Allah s.w.t. serta ujian untuk menilai tahap keimanan dan kesabaran seseorang hamba-Nya serta bermuhasabah diri untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah. Manakala bagi mereka yang lalai dan lupa dengan Allah s.w.t. ianya sebagai peringatan serta peluang untuk kembali bertaubat dan beriman dengan Allah s.w.t. MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, Satu perkara lagi yang cukup penting di sini sebagaimana dinyatakan di awal tadi, bahawa kita sekarang berada di bulan Sya'ban dan telah menjadi kelaziman umat Islam di Malaysia, apabila tiba 15 Sya'ban atau pada malam nifsu Sya'ban, ianya disambut di pelbagai tempat sama ada di masjid, di surau dan sebagainya dengan tujuan untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban dengan membaca surah Yasin, tahlil, berdoa, ceramah dan sebagainya. Kesemua ini merupakan amalan yang patut diteruskan serta perlu digalakkan sebagai satu dorongan dan ingatan kepada orang ramai, bahawa bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam hampir tiba dan mereka boleh membuat persiapan dan persediaan dengan mengerjakan amalan-amalan seperti puasa sunat, membanyakan membaca al-Quran, membanyakan bersedekah dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. melebihkan puasa sunatnya dalam sulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain. Berdasarkan sabdanya:

ُ‫ مَا رَأَْيتُ رَسُولَ ال ّلهِ صلى ال عليه وسلم يَصُوم‬: ْ‫"عَنْ ُأمّ سَ َل َمةَ قَالَت‬ ".َ‫صلُ َش ْعبَانَ ِب َرمَضَان‬ ِ َ‫َشهْرَيْنِ ُمَتتَاِب َعيْنِ ِإلّ أَّنهُ كَانَ ي‬ Yang bermaksud: “Dari Ummi Salamah katanya: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan.” (H.R. an-Nasa'i) HADIRIN YANG BERBAHAGIA, Malang sekali, dalam usaha untuk mendorong umat Islam membanyak dan meningkatkan amal ibadat kepada Allah s.w.t. terdapat usaha-usaha atau halangan-halangan untuk mematahkan semangat dengan membawa kekeliruan 3

berupa pandangan dan kenyataan bahawa ianya bukan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bahkan ianya suatu perkara bid’ah. Justeru, pegangan dan pandangan seumpama ini banyak menimbulkan masalah-masalah remeh-temeh yang akhirnya membawa kecelaruan dan memecahbelah pemikiran umat Islam yang cuba ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. berdasarkan kepada sandaran dan hujah sempit yang mereka pelajari dan fahami. Sememangnya diakui bahawa umat Islam disuruh beramal sepanjang masa, namun tidak salah memilih bulan-bulan tertentu kerana terdapat hadis-hadis yang menerangkan perkara tersebut, walaupun kadang-kadang ada hadis yang bersifat dhaif. Jangan kita tolak semua hadis dhaif kerana para ulama berpendapat ianya masih boleh digunakan untuk fadhilat amal dan bukan semua hadis mengenai kelebihan nisfu Sya'ban itu bersifat dhaif, antaranya Sabda Rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan Nisfu Sya’ban iaitu malam pertengahan bulan Sya’ban kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitab Sahihnya Sunan Ibnu Majah:

‫ عَنْ رَسُولِ ال ّلهِ صلى ال عليه‬،‫"عَنْ أَبِي مُوسَ ا َل ْش َعرِيّ رضى ال عنه‬ ِ‫جمِيعِ خَ ْل ِقه‬ َ ِ‫ إِنّ ال ّلهَ َلَيطّلِعُ فِي َل ْي َلةِ النّصْفِ مِنْ َش ْعبَانَ َفَي ْغ ِفرُ ل‬: َ‫وسلم قَال‬ ".ٍ‫شرِكٍ َأوْ ُمشَاحِن‬ ْ ‫ِإلّ ِل ُم‬ Yang bermaksud: “Dari Abi Musa al-Asya'ari r.a, dari Rasulullah s.a.w. katanya: Allah s.w.t. melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa-dosa hamba-Nya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.” SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Berdasarkan hadis tersebut digambarkan kepada kita kelebihan dan keistimewaan bulan Sya'ban, amal ibadat perlu digandakan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang membanyakkan puasa sunat. Disamping Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban: 1. Melakukan solat sunat dan solat tahjud. 2. Membaca al-Quran, sekiranya kita tidak mampu menghabiskan kesemuanya, sekurang-kurangnya kita membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzzammil dan surah al-Muddathir. 3. Banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. 4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur. 4

،‫اعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬



Yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar". (Surah al-Hadid ayat : 21)

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْآ نِ اْلعَ ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬ ُ‫ َأ ُقوْل‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْ م‬ ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬ ِ‫َقوِْليْ هَذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُوا الَ اْل َع ِظيْمَ لِيْ وَلَ ُكمْ وَلِسَاِئرِ اْلمُسْ ِل ِميْنَ وَاْلمُسْ ِلمَات‬ ُ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُإِّنهُ ُهوَ اْل َغ ُف ْور‬ .ُ‫الرّ ِحيْم‬

5

Related Documents