H1N1 BALA ALLAH
Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini. Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat. Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia. Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz. Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negerinegeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami". Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam. Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).
Lawan H1N1 dengan solat hajat dapat sambutan Posted: 10 Aug 2009 08:01 PM PDT
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Gesaan 'Menteri Kesihatan' PAS melalui Siasah yang disiarkan Jumaat lalu mendapat sokongan dari semua pihak. Sejak itu, masjid-masjid seluruh negara mulai menganjurkan solat hajat bagi melawan H1N1. Anggota Parlimen Pendang, Dr Mohamad Hayati menggesa kerajaan dan masyarakat negara ini mengambil dua pendekatan tambahan untuk melawan H1N1 yang kini sudah meragut lebih 26 nyawa. Pendekatan itu adalah membekalkan ubat yang banyak untuk melawan deman ke klinik kerajaan dan swasta di samping hospital serta mempastikan harganya semurah mungkin. Pendekatan kedua khasnya untuk umat Islam adalah mengadakan solat hajat di semua surau dan masjid untuk memohon kepada Allah swt agar dijauhkan dari penyakit yang cepat merebak ini. Hari ini media melaporkan arahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir yang mengarahkan semua masjid menganjurkan solat hajat untuk melawan H1N1. Sementara itu, PAS Perak telah mengarahkan semua 24 kawasan PAS di Negeri Perak mengadakan program Solat hajat khusus secara serentak di seluruh negeri Perak pada malam Jumaat 13 Ogos akan datang. Keputusan itu disampaikan dalam Mesyuarat dan taklimat kepada semua Ketua penerangan PAS Kawasan di Pejabat PAS Perak di Ipoh pada 4 Ogos lepas, kata Ketua Penerangannya, Drs Khalil Idham Lim. Program bermula sejak sembahyang maghrib di tempat yang ditentukan sendiri oleh PAS Kawasan mengikut kesesuaian. Selepas Sembahyang diadakan taklimat dari pihak Jabatan kesihatan setempat untuk memberi kesedaran kepada jemaah mengenai Selsema Babi. Perkara ini amatlah penting memandangkan tahap kesedaran rakyat khususnya yang beragama islam mengenai wabak ini masih rendah, katanya. SiasahDaily/ -
Najib Umum Kempen Besar-besaran Tangani H1N1 Posted: 10 Aug 2009 09:08 PM PDT oleh : http://amkj. blogspot. com Catatan : Zabidie Abas
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) - Kerajaan akan melancarkan satu kempen besar-besaran minggu ini untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya penyakit Influenza A (H1N1) memandangkan wabaknya kini semakin serius, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan ubat antiviral di hospital dan klinik awam di seluruh negara."Langkah yang paling berkesan ialah melalui proses mendidik orang ramai iaitu memberikan panduan kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bangunan baru Institut Jantung Negara (IJN) di sini Isnin. Sehingga hari ini, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini. Petikan dari berita Bernama (http://www. bernama.com/ bernama/v5/ bm/newsindex. php?id=431698) Ulasan. Setelah 32 orang rakyat meninggal dunia dan hampir 2,000 orang dijangkati baru semalam Perdana Menteri (PM) sedar ianya sangat merbahaya dan mengumukan untuk melancarkan kempen besarbesaran. Alangkah malang kita mempunyai PM yang sedemikian pasif. Sebelum ini PM hanya merayu-rayu agar rakyat melayu kembali kepada BN-Umno yang kononnya mempunyai ahli parti terkuat didunia. Kita akan disajikan dengan arahan setiap masjid-surau diminta melakukan sholat hajat dan PM disaff depan sebagai makmum kononnya tawawduk menghinsafi kematian dan penyakit berjangkit yang menular teruk di Malaysia. Lakonan ini tentu memualkan. Para kroni BN-Umno kini bersiap sedia dengan tender-sebutharga pemberian terus untuk kempen menghindari dan membentaras H1N1. Pastinya jutaan ringgit menjadi hidangan. Jangan lupa kepada para kroni, komisyen tersebut perlu disalurkan untuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir.
6 lagi korban H1N1, 203 kes baru Posted: 10 Aug 2009 07:03 PM PDT kemaskini 5.50pm Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu. Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut. Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.
Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogos. "Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1). Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan. "Rawatan anti-virus akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya. "Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit- birit yang kerap. "Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut." MalaysiaKini/ -