GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
ISI KANDUNGAN 1.0
PENGENALAN
2
2.0
LATAR BELAKANG ORGANISASI DAN TOKOH
5
2.1
BANK NEGARA MALAYSIA
5
2.2
TAN SRI DATO’ SERI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
6
3.0
4.0
PERKEMBANGAN KERJAYA TAN SRI DATO’ SERI UTAMA PROFESOR DR. UNGKU ZETI AKHTAR AZIZ
8
3.1
TAHAP PERTUMBUHAN (GROWTH STAGE)
8
3.2
TAHAP PENEROKAAN (EXPLORATORY STAGE)
9
3.3
TAHAP PERKEMBANGAN (ESTABLISHMENT STAGE)
10
3.4
TAHAP PENYELENGARAAN (MAINTENANCE STAGE)
11
3.5
TAHAP PENURUNAN (DECLINE STAGE)
13
KESIMPULAN
RUJUKAN
14 14
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
1.0
PENGENALAN Dewasa kini, kerjaya merupakan satu perkara yang penting dalam memastikan
kejayaan individu itu tercapai mengikut perancangannya. Dalam perihal memilih kerjaya pada hari ini, setiap individu itu haruslah menepati tahap pencapaian yang telah disarankan. Namun begitu, setiap individu itu mempunyai perbezaan dalam memastikan kerjaya yang diperoleh itu menjadi tanggungjawab yang perlu digalas. Meskipun kerjaya atau jawatan yang diperolehi itu tidak sesuai dengan tahap kelulusan individu tersebut, mereka seharusnya belajar segala ilmu yang baru bagi membolehkan mereka mahir dalam banyak perkara. Oleh yang demikian, pembangunan kerjaya itu merupakan satu aspek yang penting. Hal ini kerana pembangunan kerjaya itu sendiri memberi satu pengaruh kearah peningkatan taraf hidup seseorang individu. Pertumubuhan kerjaya itu dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kemajuan kejayaan karier, perkembangan keupayaan profesional, kelajuan tahap promosi dan peningkatan dalam imbuhan (Weng, McElroy, Morrow, & Liu, 2010). Selain itu, dalam memastikan kerjaya yang dipilih adalah tepat, para pekerja seharusnya diberikan beberapa manfaat kerana dengan manfaat yang diberikan, mereka akan memberikan komitmen yang lebih tinggi bagi meningkatkan lagi nama syarikat (Nouri & Parker, 2013). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu itu mula untuk mencari kerja dan mendapat kerjaya yang diimpikan. Faktor tersebut ialah keperluan hidup, interaksi dan hubungan dengan komuniti, kehendak kepada status, dan keinginan dalam peningkatan taraf diri. Setiap individu itu mempunyai keperluan dan keinginan yang ingin dicapai. Oleh yang demikian, kerja merupakan satu kaedah yang pasti bagi memperolehi segala keperluan dan keinginan mereka. Dengan penumbuhan ekonomi yang pesat zaman kini, pembangunan dalam kerjaya menjadi satu parkara yang penting. Selain itu, pengaruh daripada interaksi bersama komuniti turut menyumbang kearah pembangunan kerjaya (Super & Knasel, 1981). Setiap individu itu seharusnya mempunyai satu perasaan bagi melengkapi
1
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
sesama insan. Oleh yang demikian, dengan berinterkasi dengan masyarakat, ia menjadi punca atas pembangunan kerjaya individu tersebut. Dengan pembangunan kerjaya ini, ia dapat meningkatkan keperluan sosial yang diperlukan oleh masyarakat. Selain itu. Pembangunan kerjaya ini bergantung kepada status seseorang individu tersebut. Sebagi contoh, bagi memperolehi jawatan seseorang doktor, ia memerlukan tahap pembelajaran yang tinggi bagi memahiri dan melengkapi kehendak jawatan tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung mempengaruhi terhadap perkembangan kerjaya individu tersebut. Seterusnya, perkembangan kerjaya seseorang itu juga membantu dalam meningkatkan tahap taraf diri masing-masing. seseorang individu itu seharusnya bersifat ke arah peningkatan taraf diri masing-masing. Hal ini kerana, dengan peningkatan taraf diri ini, ia membantu dalam mencapai kepuasan dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, Donald Super telah mengeluarkan satu teori berkenaasn pembangunan kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tahap dalam teori ini berkenaan perkembangan hidup individu itu iaitu (Super, 1980): a)
Lahir sehingga 14 tahun – tahap pertumbuhan (growth stage);
b)
15 sehingga 24 tahun – tahap penerokaan (exploratory stage);
c)
25 sehingga 44 tahun – tahap perkembangan (establishment stage);
d)
45 sehingga 64 tahun – tahap penyelenggaraan (maintenance stage);
e)
65 tahun ke atas – tahap penurunan (decline stage).
Teori yang dikeluarkan oleh Super bergantung terus terhadap empat tahap tersebut. Turut dinyatakan bahawa tahap kebolehan, personaliti, minat, keperluan dan konsep kendiri bagi setiap individu itu berbeza. Hal ini membolehkan setiap individu itu memasuki pelbagai bidang dalam kerjaya. Dengan peningkatan tahap kemodenan kini, setiap individu itu perlu mempunyai bakat, ilmu dan tahap kendiri yang berbeza bagi memperolehi peluang kerjaya yang berbeza. Ini kerana setiap perbezaan bidang kerja itu perlu mempunyai tenaga mahir
2
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
yang turut berbeza dalam bakat dan ilmu. Tambahan lagi, kecekapan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah menjadi taruhan utama bagi setiap organisasi dalam mencari karakter bagi memenuhi peluang kerjaya dalam institusi mereka. Setiap individu itu sendiri perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih positif bagi memastikan kerjaya mereka turut berkembang. Hal ini telah dilalui oleh setiap individu dalam keadaan tidak sedar di mana menjadi lumrah manusia untuk berkembang dari lahir. Sebagai contoh, setiap individu yang baru lahir perlu melalui tahap dimana mereka perlu meniarap, merangkak, berjalan dan berlari. Hal ini menunjukkan bahawa setiap individu itu sudah mempunyai pengalaman dalam meningkatkan tahap pembangunan diri masing-masing sejak kecil lagi (Dik, O’Connor, Shimizu, & Duffy, 2019). Dalam memenuhi tuntutan kerjaya masing-masing, kematangan menjadi faktor utama. Kematangan disini merupakan daya kerja, kesungguhan, daya fizikal dan mental setiap individu itu. Menjadi lumrah bahawa semakin tinggi tahap seseorang itu, semakin banyak yang perlu ditingkatkan dari segi usaha dan daya pemikiran. Oleh yang tersebut, setiap individu itu perlu berusaha dan memastikan mempunyai daya fizikal dan mental yang kukuh upaya mudah mengadaptasi suasana pembangunan kerjaya ini. Dalam hal ini, kematangan yang dipunyai oleh setiap individu itu mempunyai peranan yang penting. Selain daripada tahap pendidikan, kebolehan dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran dalam sesuatu tindakan itu turut mempengaruhi dalam perkembangan kerjaya ini. Namun begitu, tahap kepuasan yang akan dicapai oleh individu tersebut akan mempunyai perbezaan kerana minat yang ditunjukkan mungkin berbeza. Oleh yang tersebut, dalam mendidik kematangan dalam melakukan kerja itu, minat itu sendiri perlu dipupuk bagi mendapatkan tahap kepuasan yang menyeluruh. Tahap kepuasan ini penting dalam memastikan perkembangan kerjaya itu sendiri tidak membebankan dan akan memberikan kebahagiaan pada setiap individu itu.
3
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
2.0
LATAR BELAKANG ORGANISASI DAN TOKOH
2.1
Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat di Malaysia. Kuala Lumpur
menjadi tapak terletaknya ibu pejabat bagi BNM yang telah ditubuhkan bermula 26 Januari 1959 (Malaysia, 1999). BNM dikenali dengan Central Bank of Malaysia atau Bank Negara Tanah Melayu ketika itu. BNM bertanggungjawab ke atas pengeluaran mata wang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia dan menjadi penasihat bagi kerajaan Malaysia bagi pengawalan kedudukan kredit negara. BNM telah ditubuhkan di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu 1958 dengan beberapa objektif utama iaitu: a)
Mengeluarkan mata wang bagi kegunaan rakyat Malaysia dan menyimpan rizab bagi penjagaan nilai mata wang Malaysia;
b)
Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan Malaysia;
c)
Menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang efisyen bagi memastikan dasar pembayaran negara memberi mafaat kepada Malaysia;
d)
Mempromosikan kestabilan dan struktur kewangan negara;
e)
Mepengaruhi keadaan kredit semasa negara supaya sentiasa menguntungkan.
Oleh yang demikian, BNM telah ditubuhkan bagi memastikan kestabilan kewangan negara. Di era kemodenan kini, BNM turut bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian hidup masyarakat tidak terganggu dengan inflasi yang berlaku. Oleh yang tersebut, BNM turut bertanggungjawab bagi memastikan tahap perkerjaan yang semakin meningkat, kestabilan harga sentiasa terpelihara, membasmi kadar kemiskinan dalam negara dan penyusunan semula rakyat negara. Bagi memastikan dasar BNM ini terus terjaga, BNM telah diketuai oleh seorang Gabenor yang memastikan urusan dan hal ehwal bank akan mengikuti setiap dasar yang telah
4
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
ditetapkan. Sejak ditubuhkan pada 1959, BNM telah mengangkat 9 orang yang bertanggungjawab menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. Jadual 1: Senarai Gabenor Bank Negara Malaysia.
Gabenor
Tahun berkhidmat
Tan Sri W H Wilcock
Januari 1959 – Julai 1962
Tun Ismail Mohd Ali
Julai 1962 – Julai 1980
Tan Sri Abdul Aziz Taha
Julai 1980 – Jun 1985
Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein
Jun 1985 – Mei 1994
Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don
Mei 1994 – Ogos 1998
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Sulaiman
September 1998 – April 2000
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Mei 2000 – April 2016
Tan Sri Datuk Muhammad Ibrahim
Mei 2016 – 15 Jun 2018
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
1 Julai 2018 – kini
2.2
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Gambar 1: Tan Sri Dato' Seri Utama Profesor Dr. Ungku Zeti Akhtar Aziz.
Yang Mulia Tan Sri Dato’ Seri Utama Profesor Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz telah dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Pendidikan awal yang diterima oleh beliau di Sekolah Menengah Assunta, Petaling jaya dan telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi Analitikal. Beliau berjaya 5
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
meneruskan pelajarannya ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara bermula 1979 sehingga 1984. Seterusnya, beliau telah dilantik menjadi Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di BNM pada tahun 1984. Beliau telah dinaikkan pangkat pada 1994 untuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Ekonomi di BNM. Pada 1998, Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don telah mengundurkan diri dan menjadikan Tan Sri Zeti Aziz menjawat jawatan Pemangku Gabenor di BNM. Ketika itu, beliau turut dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad selama 2 tahun bermula 1998 sehingga 2000. Pada tahun 2000, beliau telah menjawat jawatan Gabenor BNM bagi menggantikan Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Sulaiman yang telah berkhidmat selama 2 tahun. Pada tahun 2004, beliau telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Beliau sekali lagi dipercayai bagi menyandang jawatan Gabenor BNM pada 2011 sehingga 2016. 13 September 2010 menjadi satu Tarikh keramat bagi beliau apabila telah dianugerahkan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance (Sheng, 2009). Anugerah ini diberikan berdasarkan kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, pengurusan kaedah faedah dan kestabilan mata wang. Anugerah ini telah diberikan kepada beberapa orang yang terpilih. Antara yang terpilih adalah Glenn Stevens (Ketua Bank Pusat Australia), Lee Seong-tae (Ketua Bank Pusat Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Ketua Bank Pusat Taiwan), Stanley Fischer (Ketua Bank Pusat Israel), Durmuz Yilmaz (Ketua Bank Pusat Turki) dan Trichet (Ketua Bank Pusat Kesatuan Eropah).
6
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
3.0
PERKEMBANGAN KERJAYA TAN SRI DATO' SERI UTAMA PROFESOR DR. UNGKU ZETI AKHTAR AZIZ. Mengikut teori yang dinyatakan oleh Donald Super, perkembangan kerjaya seseorang
itu bermula dari kecil lagi. Hal ini kerana perkembangan kerjaya seseorang itu berkait rapat dengan suasana yang dilalui oleh individu itu sejak dari lahir. Menurut Super, perkembangan kendiri itu boleh berubah mengikut masa dan akan dicorakkan berdasarkan pengalaman yang dilalui; menjadikan keputusan yang diambil lebih matang.
3.1
Tahap Pertumbuhan (growth stage) Berdasarkan teori Super, sejak lahir sehingga berumur 14 tahun merupakan tahap
dimana seseorang individu itu untuk mula menghadapi pertumbuhan berdasarkan suasana sekeliling. Dalam tahap ini, seseorang individu itu akan mula dicorakkan dengan konsep kendiri yang diperlukan oleh setiap insan. Selain itu, mereka juga akan mula diperkenalkan dengan disiplin, tanggungjawab dan tingkah laku atau amalan yang positif. Tan Sri Dato' Seri Utama Profesor Dr. Ungku Zeti Akhtar Aziz merupakan seseorang yang beruntung kerana dilahirkan dalam satu keluarga yang mempunyai latar belakang yang terbaik. Beliau merupakan anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara iaitu Sharifah Azah Aziz. Hal ini menunjukkan bahawa suasana yang baik disaat seseorang individu itu membesar memberikan pengaruh yang besar dalam tumbesaran individu tersebut. Benarlah kata pepatah melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bimbingan kedua ibu bapa beliau berjaya mendidik beliau menjadi seorang individu yang tegas, disiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Dapat dijelaskan bahawa dengan didikan dari kecil itu mampu mempengaruhi sifat dan sikap seseorang individu itu di masa akan datang. Al ini telah
7
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
dibuktikan oleh Tan Sri Zeti Aziz dimana didikan awal yang diterima beliau menjadikan beliau seorang yang disegani pada hari ini.
3.2
Tahap Penerokaan (exploratory stage) Tempoh ini merupakan saat dimana seseorang individu akan meneroka kepada
masyarakat setempat dan keadaan persekitaran. Berdasarkan pembelajaran, pengalaman kerja atau hobi, mereka akan cuba untuk mencari minat mereka bagi membentuk masa depan yang terbaik. Bermula dari kecil lagi, pelbagai pengalaman akan dilalui oleh seseorang individu itu. Oleh yang demikian, mereka akan menggunakan segala yang telah dilalui itu bagi mencapai satu perkara yang diminati seperti pekerjaan atau kerjaya. Di dalam konteks pekerjaan, mereka akan cuba mendapatkan satu pekerjaan di saat ini bagi membentuk segala perkembangan dalam kerjaya mereka. Dengan pekerjaan pertama ini, mereka akan lebih membentuk tujuan dan cita-cita dalam kerjaya mereka. Selain itu, dengan pekerjaan pertama ini, mereka akan lebih mengenal pasti jenis pekerjaan yang menepati minat mereka (Brown, 2002). Namun begitu, sedikit perbezaan dapat dilihat dalam perkembangan kerjaya Tan Sri Zeti Aziz. Ini kerana, pada umur 14 sehingga 24 tahun, beliau masih lagi berada di bangku sekolah dan dalam usaha mencapai tahap pendidikan yang tertinggi. Meskipun yang membezakan adalah beliau tidak bekerja pada tahap ini, tetapi didikan yang beliau dapatkan di bangku sekolah berjaya mendidik beliau dalam mencapai tahap kerjaya yang beliau inginkan. Meskipun perkara yang utama dalam kerjaya adalah pengalaman, beliau lebih mengutamakan ilmu kerana ilmu itu sendiri merupakan perkara yang paling penting dan mampu menaikkan martabat seseorang. Sekiranya dapat dilihat dengan suasana sekarang, ramai individu yang berilmu sering ditipu atau ditindas oleh mereka yang berpengalaman, terutama dalam industri perkilangan. Hal ini menunjukkan ilmu yang didapatkan itu hanyalah
8
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
mengejar pangkat dan gaji sahaja. Sekiranya mereka mendapatkan ilmu itu dengan seikhlasnya, mereka akan lebih sukar untuk ditipu kerana ilmu itu adalah yang paling penting. Oleh itu, dalam mengejar cita-cita itu, ilmu itu sendiri perlu diutamakan kerana dalam mendapat ilmu itu, ia akan lebih membuka minda individu itu dalam memastikan impian mereka tercapai. Tambahan lagi, mereka akan lebih terbuka dalam mencapai kerjaya yang diingini.
3.3
Tahap Perkembangan (establishment stage) Dalam tahap perkembangan ini, setiap individu itu akan mula memperolehi pangkat
atau posisi yang diinginkan dalam bidang kerja yang telah dipilih. Selain itu, mereka juga akan lebih berusaha dalam memperbaiki mutu kerja bagi dapat dinaikkan pangkat ke posisi yang lebih baik. Namun begitu, hal ini bukanlah dibuat semata-mata mengejar pangkat. Ini kerana, menjadi lumrah di mana semakin tinggi pangkat seseorang, semakin banyak tanggungjawab atau tanggungan yang perlu diselesaikan. Oleh yang tersebut, individu yang ingin dinaikkan pangkat ini perlu menjadi lebih tanggungjawab dan bersedia dalam menerima pelbagai cabaran. Tambahan lagi, dalam tahap ini, individu itu perlu memastikan jawatan yang telah diperoleh itu lebih stabil dan memastikan kriteria yang diperlukan bagi mencapai jawatan lain turut dipenuhi. Kemudian, bagi memperoleh jawatan yang baru, ia perluj dibuktikan dengan hasil kerja, disiplin kerja dan tanggungjawab yang diberikan semasa bekerja. Hal ini ditunjukkan oleh Tan Sri Zeti Aziz di mana beliau telah berjaya mendapatkan segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika berumur 31 tahun. Berjaya mendapatkan PhD pada umur 31 tahun itu merupakan satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Tidak menunggu lama, pada umur 32 tahun, beliau telah ditugaskan sebagai Penyelidik Ekonomi di Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank
9
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
Training & Research Centre). Beliau telah berkhidmat selama 6 tahun dan telah kembali ke Malaysia bagi mendapatkan jawatan di Malaysia. Beliau telah dilantik oleh BNM menjadi Penolong Pengurus Jabatan Eknomi di BNM pada umur 37 tahun. Menjadi penolong pengurus itu bukanlah perkara yang asing, namun begitu, menjadi penolong pengurus bagi satu organisasi yang besar seperti Bank Negara Malaysia adalah satu kejayaan. Hal ini menunjukkan perancangan beliau dari kecil sudah mendatangkan hasil dalam bentuk kerjaya.
3.4
Tahap Penyelenggaraan (maintenance stage) Tahap ini merupakan tempoh yang penting dalam kerjaya individu itu. Ini kerana
perkembangan kerjaya individu itu bergantung terus terus terhadap bagaimana individu itu berjaya mengawal, mengekalkan dan menggunakan kerjaya mereka kearah yang lebih positif. Sekiranya individu itu hanya mengekalkan apa yang telah diperolehi, perkembangan kerjaya itu tidak akan berlaku. Namun begitu, sekiranya individu itu berusaha dalam mengubah cara kerja mereka ke arah yang lebih baik, perkembangan kerjaya itu akan berkembang ke arah yang lebih positif (Betz, 1994). Setelah berjaya menjawat jawat Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di BNM, Tan Sri Zeti Aziz telah berjaya mengekalkan jawatan itu selama 10 tahun. Bermula dari tahun 1989 sehingga 1994, beliau telah dihantar ke London bagi menjadi Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. Pada umur 47 tahun bersamaan tahun 1994, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Sifat komited yang ditunjukkan oleh beliau ke atas tugasan yang diberikan teleh memberikan beliau pelbagai kesan positif. Ketika berumur 51 tahun, beliau telah berjaya dilantik sebagai Pemangku Gabenor BNM. Di saat beliau dilantik menjadi Pemangku Gabenor, dunia telah dikejutkan dengan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Beliau telah dilantik sekali lagi bagi mengetuai pasukan yang telah ditubuhkan bagi menghadapi dan
10
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
menanggani kerisis kewangan tersebut dengan melaksanakan kawalan pertukaran terpilih (Aziz, 1994). Dalam pada masa yang sama, beliau turut dipilih bagi menyandang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Hasil titik peluh beliau, tanggal 1 Mei 2000 menjadi detik bersejarah apabila beliau telah dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. Hal ini cukup bermakna kerana beliau merupakan Gabenor perempuan pertama yang telah diberikan kepercayaan bagi jawatan tersebut. Perlantikan beliau seolah membawa sinar baharu dalam kewangan negara apabila beliau berjaya membawa kewangan negara ke arah permulihan daripada krisis ekonomi yang melanda itu lebih pantas berbanding negara lain. Pelbagai strategi telah beliau perkenalkan berjaya memberikan impak yang positif kepada sektor ekonomi dan kewangan negara. Tidak cukup dengan itu, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional berhad bermula tahun 2004. Beliau telah berjaya menjadi Gabenor kedua paling lama berkhidmat di Malaysia di atas kredibiliti yang berjaya ditunjukkan. Beliau terus berkhidmat sebagai Gabenor BNM selama 16 tahun sehingga berumur 69 tahun. Penglibatan beliau terhadap dunia kewangan telah membawa pelbagai anugerah. Bermula pada tahun 1998, beliau telah dianugerahkan sebagai D.P.M.J. yang membawa gelaran Dato’ Paduka Makhto Johor. Seterusnya, beliau dianugarahkan sebagai Tun Fatimah Gold Medal pada tahun 2000. Beliau turut diangkat manjadi Wanita Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan oleh majalah Global Finance. Beliau sekali lagi mendapat anugerah daripada kerajaan Johor yang membawa gelaran Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Rakyat Kedua. Pada pertengahan tahun 2001, beliau dianugerahkan dengan gelaran P.S.M iaitu Panglima Setia Makhota oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Majalah Emerging Markets telah mengangkat beliau sebagai Gabenor bank pusat Asia terbaik pada tahun 2003. Tambahan lagi, beli berjaya mendapat gelaran sebagai ketua bank pusat dunia terbaik pada tahun 2004 dan 2005, masing-masing daripada majalah The Banker dan Euromoney. Pada
11
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
awal tahun 2006, Tan Sri Zeti Aziz telah dianugerahkan dengan gelaran Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Canselor University of Nottingham, Professor Fujia Yang. Pada tahun 2009 dan 2010, majalan Global Finance telah mengangkat beliau sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia. Manakala menjadi Gabenor Terbaik Bank Pusat Asia oleh majalah Emerging Markets pada tahun 2010. Beliau turut menjadi wanita pertama yang dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2010.
3.5
Tahap Penurunan (decline stage) Tahap penurunan merupakan peringkat terakhir dalam tempoh peralihan tenaga kerja.
Pada peringkat ini, individu akan menghadapi penurunan dari segi perkembangan tugas, perancangan persaraan dan kehidupan persaraan. Berikutan tenaga dan minat yang menurun terhadap sesuatu pekerjaan, seseorang itu cenderung untuk melepaskan diri secara beransuransur daripada aktiviti pekerjaan mereka dan lebih menumpukan perhatian kepada perancangan persaraan (Hodkinson & Sparkes, 1997). Pada masa itu, mereka akan berdepan pelbagai cabaran untuk mengurus corak kehidupan yang baru apabila mereka membuat peralihan cara hidup kepada kehidupan selepas bersara. Namun begitu, pada umur 66 tahun, Tan Sri Zeti Aziz masih lagi diberikan anugerah diatas
kecemerlangan
sepanjang beliau berkhidmat.
Ini
disahkan apabila beliau
dianugerahkan semagai Gabenor Bergred A di kalangan Gabenor dan ketua bank pusat seluruh duniah oleh Global Finance. Tambahan lagi, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Dekan Wharton oleh Whatrton School of the University of Pennsylvania diatas kejayaan beliau dalam mengemudi ekonomi negara. Anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi kepada alumni university yang telah berjaya membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global khususnya. Selain itu, beliau turut dipanggil untuk menjadi Majlis Penasihat Kerajaan selepas persaraan beliau. Pada tahun 2018, kerajaan Pakatan Harapan
12
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
telah berjaya mengambil alih kerajaan Malaysia dan memanggil semula Tan Sri Zeti Aziz bagi menjadi Majlis Penasihat Kerajaan yang dianggotai oleh Tun Zaim Zainuddin, Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaramn Tan Sri Hassan Merican dan Tan Sri Robert Kuok. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mereka berkaitan ekponomi negara.
4.0
KESIMPULAN Kerjaya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seharian bagi setiap individu
di dunia ini. Hal ini kerana denan kerjaya sahaja mampu merubah nasib individu tersebut. Namun begitu, menjadi kepentingan dalam diri masing-masing untuk memastikan kerjaya mereka akan terus berkembang. Namun begitu, bukan perkara yang mudah untuk mengembangkan kerjaya itu kearah yang lebih positif. Hal ini kerana semakin tinggi pangkat dan jawatan itu membuatkan semakin banyak tanggungjawab individu tersebut. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru untuk memperkenalkan dan mendidik anak-anak mereka bagi menunjukkan bahawa perkembangan kerjaya itu merupakan satu perkara yang penting dalam masa depan mereka. Tambahan lagi, pertumbuhan kerjaya itu akan mula pengaruhi individu itu sejak dari kecil lagi.
RUJUKAN Aziz, Z. A. (1994). Capital flows and monetary management: the Malaysian experience. Betz, N. E. (1994). Self‐concept theory in career development and counseling. The Career Development Quarterly, 43(1), 32-42. Brown, D. (2002). Career choice and development: John Wiley & Sons. Dik, B. J., O’Connor, W. F., Shimizu, A. B., & Duffy, R. D. (2019). Personal Growth and Well-Being at Work: Contributions of Vocational Psychology. Journal of Career Development, 46(1), 31-47. Hodkinson, P., & Sparkes, A. C. (1997). Careership: a sociological theory of career decision making. British journal of sociology of education, 18(1), 29-44.
13
GMGM 3063 | PENGURUSAN KERJAYA
Malaysia, B. N. (1999). The central bank and the financial system in Malaysia: a decade of change 1989-1999. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. Nouri, H., & Parker, R. J. (2013). Career growth opportunities and employee turnover intentions in public accounting firms. The British Accounting Review, 45(2), 138-148. doi: https://doi.org/10.1016/j.bar.2013.03.002 Sheng, A. (2009). From Asian to global financial crisis: An Asian regulator's view of unfettered finance in the 1990s and 2000s: Cambridge University Press. Super, D. E. (1980). A life-span, life-space approach to career development. Journal of Vocational Behavior, 16(3), 282-298. Super, D. E., & Knasel, E. G. (1981). Career development in adulthood: Some theoretical problems and a possible solution. British journal of guidance and counselling, 9(2), 194-201. Weng, Q., McElroy, J. C., Morrow, P. C., & Liu, R. (2010). The relationship between career growth and organizational commitment. Journal of Vocational Behavior, 77(3), 391400. doi: https://doi.org/10.1016/j.jvb.2010.05.003
14