SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
1.0
258568
PENGENALAN Masyarakat merupakan satu kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang
hidup terjaring dalam satu kebudayaan. Masyarakat juga sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan berkerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. Kewujudan kesinambungan, kelanjutan dan perpaduan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kemahuan yang sama di hati sanubari setiap individu masyarakat tersebut. Masyarakat boleh di definisikan sebagai satu kumpulan manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Masyarakat juga sebagai seluruh bentuk hubungan yang diatur oleh keakraban yang tinggi dari seseorang individu dalam pergaulannya dengan seseorang yang lain. Ia merupakan bentuk awal bagi terciptanya keluarga. Selain itu, masyarakat juga merupakan kelompok yang didalamnya terdapat individu yang dapat memiliki sebahagian besar kegiatan dan berbagai-bagai pengalaman yang sangat berguna baginya. Dalam erti kata yang lain, kelompok di mana ahli-ahli yang berada didalamnya terikat oleh perasaan tanggungjawab dan identity bersama. Terdapat dua perkara yang ditekankan untuk mendefenisikan masyarakat dari segi istilah adalah interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan di dalam masyarakat yang teratur juga pemeliharaan interaksi yang teratur dalam sesuatu kelompok. Masyarakat merupakan pergaulan hidup antara satu sama lain. Pergaulan antara manusia dengan kelompok,
iaitu institusi masyarakat bertanggungjawab mempertahankan hubungan
yang teratur antara individu dengan individu yang lain. Akhirnya, masyarakat
merupakan
sebagai wadah kebudayaan dan ia bertanggungjawab membentuk kebudayaan tertentu. Evolusi masyarakat berdasarkan kepada kegiatan ekonomi yang ada pada masa itu. Masyarakat yang pertama di dunia dijelaskan bergantung kepada sumber haiwan dan ikan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat manusia maju setapak lagi apabila mereka tidak lagi memburu haiwan dan memancing ikan. Sebaliknya mereka mula menternak haiwan dan ikan sebagai sumber ekonomi mereka supaya haiwan dan ikan tidak akan pupus juga untuk sumber protein harian mereka. 1
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Selepas itu mereka mula menjalankan kegiatan pertanian. Pertanian mereka semakin meningkat apabila mereka tidak lagi berpindah randah ke tanah lain setelah hasil pertanian dituai. Sebaliknya mengusahakan tanah yang sama dan kesuburan tanah digantikan dengan baja dan alat pertanian yang semakin berkesan. Peringkat terakhir dari evolusi masyarakat manusia ialah apabila masyarakat pandai menjalankan perniagaan. Kegiatan ekonomi peringkat pertama ialah perekonomian yang menggunakan bahan semula jadi sebagai sumber ekonomi. Contohnya menjalankan perniagaan melalui sistem pertukaran barangan dengan barangan (barter). Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi dianggap sebagai peringkat kedua. Kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya. 2.0
SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu mula didiami oleh manusia sejak 25,000 tahun yang lalu. Tetapi mereka pupus dan etnik yang terus dapat bertahan hingga hari ini adalah seperti PribumiOrang Asli. Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga hari ini ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli dan Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu menjelang tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan besar. Negrito yang terjurai enam klan iaitu Kintak, Kensiu, Jahai, Menderiq, Bateq dan Lanoh. Manakala, Senoi pula terjurai enam klan juga iaitu Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mahmeri. Seterusnya, Melayu Asli juga terjurai kepada enam klan iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak dan Orang Kuala.
2
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Etnik Negrito mempunyai kepercayaan kepada ketuhanan iaitu Karai (Karei), Orang Hidup dan Tok Pedin. Mereka mempunyai kepercayaan dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat. Etnik Senoi mempunyai kepercayaan ketuhanan sama seperti etnik Negrito. Etnik Melayu Asli pula percaya kepada animisme. Namun demikian di kawasan yang kurang percampuran dengan masyarakat Melayu iaitu di kawasan pedalaman, kepercayaan mereka adalah lebih kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka tinggal di pedalaman, Justeru itu mereka rata-rata tidak terpengaruh dengan Hinduisme, Budhisme dan Islam kecuali selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dengan adanya kegiatan dakwah Islamiah maka sebahagian orang Asli telah menerima Islam. 2.1
Etnik Melayu Etnik Melayu merupakan penduduk terbesar di Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak. Mereka bermastautin di Malaysia sejak 2,500 S.M. Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan merata-rata tempat di Alam Melayu. Mereka termasuk dalam kelompok “Austronesia” yang bertutur dalam bahasa Melayu dan dikaitkan dengan sejarah Orang Melayu Asli (Proto Malay). Penulisan secara jelas tentang etnik Melayu telah bermula di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka (abad ke15). Sebelum kedatangan lslam etnik Melayu percaya kepada animisme, Hinduisme dan Budhisme. Etnik Melayu telah menerima Islam secara rasmi mulai abad ke-15. Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, luas dan mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari segi rupa, bentuk, luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan Islam disinonimkan dan tidak dapat dipisahkan. Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam beragama, pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa, kesusasteraan, adat resam, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Yang lebih utama lagi Islam bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke ke-15 di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Melayu merupakan etnik yang pertama menegakkan pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak utama masyarakat plural di Malaysia.
3
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
2.2
258568
Etnik Cina Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar di Semenanjung Tanah Melayu
selepas etnik Melayu. Hubungan tanah besar Cina dengan Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu sejak kelahiran kerajaan maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan Langkasuka di Kedah, yang diasaskan pada tahun 100M. 2.3
Etnik India Etnik India merupakan etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan Cina di
Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan benua kecil India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud melalui perdagangan. Hinduisme bertanggungjawab menubuhkan kerajaankerajaan maritim Hindu-Budha di Alam Melayu termasuk kerajaan Langkasuka di Kedah sebelum penubuhan kerajaan Melayu Melaka lagi. 2.4
Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, ramai pedagangpedagang
dari Arab, Cina, India dan lain-lain kepulauan Melayu datang ke Melaka. Melaka sejak itu menjadi bandar kosmopolitan yang penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik. Sejumlah kecil yang bermastautin tetap tinggal di situ. Tetapi tidak melahirkan masyarakat plural kerana mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu yang dikenali sebagai “komuniti baba”. Masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik tetapi tetap mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah ia tidak dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah Shaffie 2000: 257). Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, bermula apabila berlaku campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor ekonomi perlombongn bijih timah dan ladang getah mulai tahun 1848. Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang.
4
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Ciri-ciri utama masyarakat pural Malaysia adalah seperti kegiatan ekonomi. Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi demografi. Etnik Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman dan menyebabkan interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini adalah terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai. Mereka mengamalkan agama, kebudayaan dan adat resam masingmasing. Asimilasi etnik Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu sepertimana yang berlaku di zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak berlaku. Itulah yang dimaksudkan dengan masyarakat plural. Plural dari segi masyarakat dan plural dari segi budaya. Sejak itu jumlah penduduk etnik Cina mengatasi etnik Melayu. Misalnya dalam tahun 1931, 53% penduduk Tanah Melayu terdiri daripada etnik Cina. Sedangkan etnik Melayu hanya 44.7%. Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, penduduk etnik Melayu mengatasi semula etnik-etnik lain dengan menguasai 49.8%, etnik Cina 37.2%, etnik India 11.3% dan etnik-etnik lain 1.8%. Hal ini disebabkan berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari Indonesia. Seluruh penduduk Alam Melayu dan Indonesia adalah etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu. Migrasi itu sebenarnya telah bermula sejak abad ke-15 lagi. Contohnya etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di samping pedagang Arab dan India dan Cina di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis mulai tahun 1511. Etnik Jawa berhijrah semula ke Malaysia menjelang abad ke-19 terutama di negeri-negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji. Mereka juga berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia terutama Johor melalui Singapura. Mereka juga berhijrah ke Selangor dan Perak sebagai peneroka. Sebelum itu etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Proses itu berlanjutan hingga abad ke-17. Orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak dan Johor.
Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263). 5
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
(b) Agama
Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting. Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957. Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah. Antaranya adalah sambutan Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nuzul al-Qur’an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato’ nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.
(c) Pendidikan
Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat tradisional yang berteraskan pengajian al-Qur’an dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar di mana kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India.
(d) Politik
Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah Inggeris menjalankan dasar “divide and rule”. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi. Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India pula 6
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
berkiblatkan benua kecil India. Ia tergambar dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan dari Inggeris sebelum dari tahun 1945 hingga 1957. Perpecahan dan konflik antara etnik tidak dapat dielakkan. Masalah ini diserahkan kepada entik-etnik tersebut untuk menyelesaikannya setelah mencapai kemerdekaan tahun 1957.
Masyarakat plural di Malaysia bertanggungjawab mengurus kumpulan masing-masing. Mereka bersaing antara satu sama lain untuk merebutsumber yang terhad. Keadaan ini diperburukkan lagi dengan kewujudan setengah pemimpin etnik tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih populariti dan sokongan dari etnik masing-masing. Kegagalan satu kumpulan membawa kejayaan kepada kumpulan lain. Ketegangan entik kian meningkat. Pertelingkahan, konflik dan perbalahan berlaku. Keganasan kadangkala tidak dapat dielakkan.
(e) Kebudayaan
Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar dunia. Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia dari tanah besar China dan etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal dari benua kecil India. 2.5 MASYARAKAT PLURAL BARU
Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
2.5.1 Etnik Sabah
7
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai penduduk seperti Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Cina bermastautin di bandar-bandar utama. Di Sabah etnik peribumi lebih ramai jumlahnya. Mereka boleh dibahagikan mengikut pembahagian pertempatan mereka seperti berikut:
(a) Persisiran
Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah terdiri daripada keturunan seperti berikut: i)
Orang Brunei - Majoriti mereka berhijrah ke Sabah dalam abad ke-16. Kebanyakan mereka bekerja sebagai pedagang dan pentadbir. Mereka tinggal di barat daya pantai Sabah seperti di Padas, Kalias, Papar dan Kimanis. 100% orang Brunei beragama Islam sama seperti etnik Melayu di Semenanjung Malaysia.
(ii) Orang Bajau - Mereka berasal dari Pulau Sulu dan Mindanau, selatan Filipina yang berhijrah ke Sabah dalam abad ke-18. Mereka bermastautin di barat daya Sabah yang berpusat di Kota Belut. Mereka juga bermastautin di pantai timur Sabah yang berpusat di Semporna dan Pulau Timbang. Di pantai timur Sabah, mereka dikenali sebagai “orang samal”. Pekerjaan mereka adalah sebagai petani dan pesawah padi. Sama seperti orang Brunei, mereka 100% beragama Islam. Mereka mempunyai amalan tradisi tersendiri seperti upacara “ngedung” iaitu amalan bertukar-tukar juadah makanan dan upacara bertindik. (iii) Orang Suluk - Mereka berasal dari Pulau Sulu, selatan Filipina. Pekerjaan mereka adalah sebagai ahli perniagaan, pengutip hasil laut dan pengutip hasil hutan. Pertempatan utama mereka ialah di Marudi, Sandakan dan Lahad Datu. Dari kalangan mereka telah lahir ramai pemimpin terkenal seperti Syarif Umar. Sama seperti orang Brunei dan Bajau mereka beragama Islam. (iv) Orang Kadazan - Mereka merupakan etnik pribumi yang terbesar di Sabah. Mereka tinggal di lembah Ranau dan lembah Tambunan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Kino-ringan” iaitu kuasa pencipta bumi dan makhluk lain. Sebahagian mereka beragama Kristian. Mereka juga mempunyai sistem kehakiman tradisi yang tersendiri iaitu Mahkamah Anak Negeri. Ia mengendalikan undang-undang adat orang Kadazan. Anggota mahkamah itu terdiri daripada ketua rumah panjang, orang-orang tua masyarakat tersebut. Orang Kadazan juga kaya dengan pesta seperti “Pesta Menuai”. Di pesta ini “Tarian Samazau” dipersembahkan.
(b) Pendalaman 8
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah Orang Murut. Pusat pertempatan mereka ialah Tenom, Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal mereka ialah di dalam rumah panjang. Sumber ekonomi mereka bergantung kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Aki Kopuno”. Ia mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah.
Terdapat etnik-etnik kecil yang lain mendiami Sabah seperti Orang Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau. 2.5.2 Etnik Peribumi Sarawak
Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang telah mempunyai penduduk sejak 40,000 tahun dahulu di Gua Niah. Pada umumnya penduduk peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan iaitu penduduk pesisiran pantai dan pendalaman.
(a) Persisiran
Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut:
(i) Orang Melayu - Mereka telah berhijrah ke Sarawak pada abd ke-l5 yang lalu dari Pulau Sumatera, Indonesia. Kebanyakan daripada mereka bermastautin di bandar Lidah Tanah, sekitar sungai Sarawak. Mereka mempunyai ketua yang terkenal seperti Datuk Permati Jepang. Ekonomi mereka bergantung kepada aktiviti pertanian, nelayan dan sebagai pedagang. Mereka beragama Islam dan menguasai tulisan jawi dengan baik sekali.
(ii) Melanau - Mereka
bermastautin di sekitar sungai Igan, sungai Oya dan sungai Mukah. Aktiviti ekonomi mereka 9
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
bergantung kepada tangkapan ikan, bersawah padi dan membuat sagu. Pada keseluruhannya, mereka juga beragama Islam sama seperti orang Melayu.
(b) Pedalaman
Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi seperti di bawah ini:
(i) Orang Iban juga dikenali dengan nama “Dayak Laut” - Mereka merupakan keturunan peribumi terbesar yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka berasal dari sungai Kapuas, Kalimantan, Indonesia. Petempatan utama mereka ialah di sungai Saribas, sungai Sekarang, sungai Batang Lupar dan sungai Rajang. Mereka mendiami rumah-rumah panjang yang diketuai oleh seorang ketua yang dikenali dengan nama “Tuai Rumah”.
Dari segi agama mereka percaya kepada beberapa tuhan iaitu tuhan peperangan yang dikenali dengan nama “Singling Burong”, tuhan bumi yang dikenali dengan nama “Pulang Gama” dan roh serta hantu. Mereka mempunyai beberapa perayaan sepanjang tahun. Di antara yang penting ialah “Gawai Ranyai”. Sebahagian daripada mereka beragama Kristian.
(ii) Bidayuh - Mereka juga merupakan golongan peribumi atau bumiputera yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka mendiami rumah-rumah panjang terutama di sepanjang sungai Samarahan dan sungai Sadong. Sumber ekonomi mereka ialah menanam padi huma dan meramu hasil hutan.
(iii) Orang Kayan – Mereka tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. Mereka membuat penempatan di hulu sungai Baram. Mereka dikatakan berpindah randah dari satu tempat ke satu 10
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
tempat yang lain seperti beberapa etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada satu masa dahulu untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka beragama Kristian.
(iv) Orang Penan - Mereka terkenal sebagai pemburu bintang liar yang mahir. Aktiviti ekonomi mereka ialah memungut hasil hutan terutama rotan dan damar. Dengan hasil hutan itu membolehkan mereka menukarkannya dengan barangan keperluan harian seperti beras, garam dan lainnya. Di kawasan pedalaman Sarawak juga terdapat etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.
3.0
faktor-faktor menyebabkan berlakunya peristiwa tersebut.
4.0
(Kesan2) Implikasi peristiwa tersebut kpd Hubungan Etnik pada masa sekarang
5.0
Analisis item pembinaan kerangka kesepaduan social di Malaysia berdasarkan kpd peristiwa tersebut.
6.0
11
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsifungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat. Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat diisytiharkan pada 7 Julai 1948. Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang berlaku di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989. 7.0
SEJARAH ZAMAN DARURAT DI TANAH MELAYU 1948-1960 Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu telahmengisytiharkan
Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 19 Jun 1948 untuk menghadapiancaman komunis yang telah menggugat keselamatan awam di Tanah Melayu.Keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) yang semakin dahsyat terutamanya pada tigahari sebelumnya iaitu pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah berbangsa Eropahdi Sungai Siput, Perak memaksa kerajaan bertindak dengan segera untuk mengatasipemberontakan bersenjata PKM.
12
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Zaman Darurat (1948-1960) merupakan satu titik hitam dalam sejarahSemenanjung Tanah Melayu kerana berlakunya peperangan terbuka antara pihakkerajaan dengan Parti Komunis Malaya yang turut melibatkan semua lapisan rakyatTanah Melayu. Dalam tempoh sepanjang dua belas tahun tersebut, kerajaan TanahMelayu telah mengatur pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menghapuskanpemberontakan bersenjata oleh komunis. Zaman Darurat telah diisytiharkan tamat secararasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada31 Julai 1960. Namun demikian, ancaman PKM masih wujud dan berterusan disempadan negara Thai-Malaysia tetapi kekuatannya adalah terhad. Tambahan pula,angkatan
bersenjata
Malaysia
dan
pasukan
keselamatan
telah
berjaya
menyekatperkembangan dan propaganda PKM. Dengan itu, PKM tidak lagi menjadi ancamanutama kepada keselamatan Tanah Melayu. Seterusnya, pada 2 Disember 1989, PKMtelah
menandatangani
perjanjian
perdamaian
dengan
kerajaan
Malaysia
di
Haadyai,Thailand. Dengan itu, perjuangan PKM untuk mendirikan sebuah kerajaan komunis diMalaysia secara rasminya pun berakhir.
3.0
ASAL USUL PARTI KOMUNIS MALAYA Pengaruh komunis telah dikesan di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah
Melayuketika itu pada awal tahun 1920-an. Komunis bergerak melalui cawangan Kuomintang (KMT), pertubuhan khasnya kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. Pergerakan komunis menjadi lebih rancak dan tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan sebuah kerajaan komunis di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Republik Rakyat Malaya. Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948 berikutan PKM memulakan siri keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan perjuangan komunis. Dengan itu, bermulalah tahap pertama gerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman darurat di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah Melayu, Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948. Disebalik persaingan PKM dengan pihak kerajaan dalam menguasai pentadbiran dan rakyat negara, kejayaan memihak kepada pihak kerajaan. Sementara itu, kelemahan komunis pula semakin terserlah sehingga 13
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
akhimya komunis tidak lagi mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. Dengan itu, zaman darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Komunisme yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an. Ajen komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu adalah cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu. Pada tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Chin Peng menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1940 semasa baru saja berumur 18 tahun. Menjelang pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari Parti Komunis Malaya (PKM) adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 anggota sayap bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dalam ilmu perang gerila di 101 Special Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura pada tahun 1941. Di samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, anggota sayap bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) juga dibekalkan dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan selama tiga bulan. Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) di 102 Special Training School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur. Semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata Parti Komunis Malaya yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan Peoples Anti- Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan kewangan. Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis Malayan Peoples Anti- Japanese Army (MPAJA) melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun. Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota Malayan Peoples Anti- Japanese Army (MPAJA) untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan radio wireless. Namun begitu, sayap bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) enggan meletakkan 14
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
senjata serta enggan memulangkan semua senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan bermulalah penentangan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap tentera British di Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malaysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989. 3.0
PUNCA-PUNCA DARURAT factor yg menyebabkan darurat. Segalanya bermula selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942
hingga tahun 1945 telah menyemarakkan semangat nasiolisme orang-orang Melayu pada masa itu. Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri. Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman. Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945. Dalam tempoh masa seminggu selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA kemudiannya dinamakan sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka. Terdapat ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Sasaran utama mereka iaitu individuindividu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun. Anggota-anggota komunis Parti Komunis Malaya (PKM) telah bertindak dengan zalim
15
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan terutamanya kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris (Eropah) di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan selepas kerajaan mengisytiharkan darurat, Parti Komunis Malaya (PKM) telah diharamkan. Pengharaman Parti Komunis Malaya oleh kerajaan British adalah kerana telah dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam Parti Komunis Malaya(PKM) kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun. Ketua Parti Komunis Malaya, telah mengubah dasar yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. Parti Komunis Malaya (PKM) telah memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British melemahkan Parti Komunis Malaya. Sehubungan dengan itu, Parti Komunis Malaya (PKM) telahmelakukan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut. Hubungan Parti Komunis Malaya dan British yang semakin teruk. Chin Peng telah dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, iaitu dengan berlakunya pembunuhan tigaorang ketua Kuo Min Dang (KMT), dan tiga orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12 Jun 1948 dan 15 Jun1948. Darurat telah diisytiharkan di Negeri Johor pada 19 Jun 1948. 4.0
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS Pengaruh komunis telah dikesan di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah
Melayuketika itu pada awal tahun 1920-an. Komunis bergerak melalui cawangan Kuomintang (KMT), pertubuhan khasnya kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. Pergerakan komunis menjadi lebih rancak dan tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan sebuah kerajaan komunis di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Republik Rakyat Malaya. Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948 berikutan PKM memulakan siri keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan perjuangan komunis. Dengan itu, bermulalah tahap pertama gerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah 16
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Melayu memasuki zaman darurat di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah
4.0
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DARURAT Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuklah Parti politik
yang bersifat radikal diharamkan. Selain itu, Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri. Justeru itu, hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis. Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah kepada 70,000 orang. Home Guard turut diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.Perintah Berkurung telah diperkenalkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti aktif dengan aktiviti-aktiviti pengganasan komunis. Konsep “Kawasan Putih” dan “Kawasan Hitam” telah diperkenalkan. Hal ini adalah memudahkan Pihak Pentadbiran Tentera British (BMA) melaksanakan proses kerja mereka dalam membanteras kegiatan-kegiatan komunis. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang mendapat gelaran Kawasan Putih di seluruh negeri Tanah Melayu.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan-kawasan yang disyaki sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis. Sehubungan dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada. Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Hal ini demikian bagi memudahkankan proses idenfikasi diri. Oleh itu, sesiapa yang didapati tidak mempunyai kad pengenalan diri boleh ditahan oleh anggota-anggota keselamatan. Justeru itu, Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun dan ke atas. 17
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina. Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut.Kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana menyokong kerajaan. Hal ini demikian kerana, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluarga mereka. Kegiatan Min Yuen sangat sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasi di sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis. Rancangan Briggs ini telahdilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menghapuskan aktiviti komunisme. Tindakan yang dijalankan ialah dengan membuat penempatan semula orang Cina. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar daripada ahli Parti Komunis Malaya (PKM) adalahterdiri daripada orang-orang Cina. Terdapat ramai orang-orang Cina tinggal di kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan atau kawasan-kawasan setinggansemasa pendudukan Jepun. Justeru itu, mereka membuat penempatan semula ke atas orang-orang Cina di Tanah Melayu bagi memudahkan proses pengawalan dan pengurusan ke atas elemen-elemen keganasan komunis. Konsep penempatan semula yang diberi nama sebagai “Kampung Baru” telah diperkenalkan dan kampung-kampung ini telah dibina di kawasan-kawasan baru yang telah dipilih khas untuk menempatkan orang-orang Cina.Kedua-dua langkah ini sangat penting kerana kawasan perumahan terpencil dan setinggan orang Cina dianggap sebagai sumber utama bagi Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mendapatkan maklumat dan makanan. Wujudnya 18
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
“Kampung-kampung Baru” telah dikawal dengan ketat oleh Home Guards. Tujuannya adalah semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
Kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila. Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya. Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan.Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam 19
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubatubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja.selain itu, kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru termasuklah mengadakan sekatan-sekatan jalan raya untuk menghalang pergerakan Min Yuen. Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika itu. Didapati ahli Parti Komunis Malaya (PKM) adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera. Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum. Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28 hingga 29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telah pun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British. Sebelum Perjanjian, Pada Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng. Namun begitu, tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana Parti Komunis Malaya lemah. Hal ini demikan kerana kerajaan yang dibantu oleh tentera negaranegara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu Parti Komunis Malaya diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar. 20
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Pada Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu. Pada September 1955 Kerajaan telah menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, Darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan mereka telah berundur ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis disempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. Selain daripada itu, terdapat juga langkah bukan bentuk ketenteraan. Langkah ini lebih dikenali sebagai langkah yang berbentuk sosial kerana hati rakyat di Tanah Melayu perlu diambil sebaiknya. Antara langkah yang popular adalah berbentuk catuan makanan. Hal ini demikian kerana Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip). Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli Parti Komunis Malaya (PKM) dengan ganjaran untuk ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.Merdeka yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 juga telah menghalang alasan untuk Parti Komunis Malaya (PKM) membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963. Rusuhan 13 Mei itumenggambarkan betapa kuatnya kecurigaan antara golongan etnik.
5.0
KEGANASAN KOMUNIS 21
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat. Namun, pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah pula, telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik. Masih terdapat golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin Peng. Bagi menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas dasar peri kemanusiaan. Justeru itu, mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara. Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang. Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat. Justeru itu, Chin Peng sendiri mengakui, bahawa mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka. 6.0
PEMBERONTAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941
telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British 22
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Menerusi Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan 23
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga. Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya (PKM) telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis. 7.0
PERJANJIAN DAMAI HATYAI Sebelum Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM untuk
menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Namun kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata dan kembali kepada masyarakat ketika itu. Perjanjian Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara utama yang telah dipersetujui ialah menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian. Selain itu, Parti Komunis Malaya (PKM) perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar. Seterusnya, penempatan di Malaysia. Anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Selain itu, Anggota yang bukan berasal dari Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. Manakala anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang memilih untuk tidak 24
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
kembali ke Malaysia, dibenarkan oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan Thailand. Seterusnya, bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan Malaysia akan membantu anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali ke pangkuan masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan dan kewangan. Setelah termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang diberikan, seramai 442 orang bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) telah memohon untuk kembali ke Malaysia dan seramai 406 orang daripada mereka telah menghadiri temu duga. seramai 338 orang bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang memenuhi syarat dan lulus temuduga telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia yang aman makmur.
8.0
'BINTANG TIGA’ BERKUASA SELAMA 14 HARI DI TANAH MELAYU Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari
selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka. Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu. Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak. Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun. Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force
25
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ). Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945.Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran Singa oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran Kiwi. Di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketigatiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.
Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral).Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis.Tanpa bukti yang nyata serta memakai Law Of The Jungle hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh, ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet.Mayat mereka dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.
26
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
9.0
258568
PEREBUTAN BANDAR LENGGONG Pekan Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera Jepun
menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah mengambil kuasa di Pekan Lenggong. Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga. Selain memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan ideologi komunis yang bermula di negara China lagi. Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu. Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan teruk oleh gerila Bintang Tiga. Gerila Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang terkorban dan cedera.Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan beberapa kampung turut dibakar.
Pekan Lenggong sekarang 27
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
10.0
258568
DARURAT DIISYTIHARKAN DI TANAH MELAYU Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British
telah mengenepikan Parti Komunis Malaya (PKM). Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, Parti Komunis Malaya (PKM) mengubah strategi kepada pendekatan keganasan. Sehubungan dengan itu, Parti Komunis Malaya (PKM) mula melakukan keganasan terhadap mana-mana rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka. Parti Komunis Malaya (PKM) juga cuba untuk meruntuhkan ekonomi Tanah Melayu, dengan cara memusnahkan ladang getah iaitu menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh. Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas Parti Komunis Malaya (PKM) berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng. Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh. Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua Parti Komunis Malaya (PKM) 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semenanjung Tanah Melayu serta di Sarawak.Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar.Sementara itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi cedera oleh angkara pengganas komunis.
28
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Bagi menunjukkan kebangkitan semula Parti Komunis Malaya (PKM), pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengaburi mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar. Walau bagaimanapun, pertempuran di Hutan Simpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) sudah jauh melintas sempadan. Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946.Parti Komunis Malaya (PKM)pada ketika itu mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu.Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh.Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati. Berlaku satu lagi keganasan pengganas komunis ketika Peristiwa 14 Hari berlaku di Kampung Perigi Jernih pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.Dalam tahun 1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.Rumah di kampong-kampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko pula telah dibakar hangus. Manakala di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka.
29
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Terdapat satu lagi peristiwa keganasan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya.Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina. Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 orang pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas berbangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun. Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol.Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap.Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan kepala diikat di jambatan.Badan mereka bertiga telah dikelaroleh pengganas komunis dan kemudiannya dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga sehingga mati.Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM (Parti Komunis Malaya) di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang.
30
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
Pengganas komunis telah memusnahkan pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974. Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru. Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas. Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera. Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar. Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta. Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka. Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat.
11.0
PENUTUP Kesimpulannya, Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan
yangselesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.Negara kita telahmampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang setandingdengan negara-negara barat, sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan 31
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.Darurat mengajar erti perpaduan, kerjasama dan keburukan Komunisme. Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, bermula daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia,kesemuanya mempunyai tanggungjawab yang besar serta penting untuk mewarnakandan mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan yang telah di kecapi dalam tempoh lebih 50 tahun ini. Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan dan dihayati dengan lebih mendalam kerana golongan muda mudi inilah yang akan membawa nasib negara di masa akan datang agar kemerdekaan dan kemasyhuran negara Malaysia akan terus gah di persada dunia setaraf dengan perjalanan ke arah kemerdekaan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar ertinya dan segala-galanya bermula dengan golongan pascamerdeka yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada setiap daripada kita iaitu warganegara yang bernaung di bawahnya.Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) tidak dibubarkan. Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras. Namun begitu, masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik. Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan. Kita tidak mahu 32
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.
12.0
RUJUKAN
33
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
258568
34