Geografi Tingkatan Dua

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geografi Tingkatan Dua as PDF for free.

More details

  • Words: 1,026
  • Pages: 16
SENARAI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

Senarai Kandungan………………………….…………………………….. 1 Penghargaan………………………………………………………………..

2

Pendahuluan……………….……………………..……………………….. 3 Objertif Kajian……………….…………………………………… Kawasan Kajian………………………………………..

4-7

8

Kaedah Kajian……………………………………………………….. Hasil Kajian.………………………………………………………...

9 10-13

Rumusan……………………………………………………………. 14 Rujukan……………………………………………………………... 15 Lampiran .…………………………………………………………... 16-18

PENGHARGAAN 1

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zakina Harun, guru Geografi Tingkatan Dua Rose, yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan,dan juga kepada kepada Tuan Pengetua sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden Kampung Pasir Pekan yang sudi ditemu-bual dan memberi maklumat. Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan.

PENDAHULUAN 2

Saya, Amar Firdaus B. Mohd Arif, murid Tingkatan Dua Rose di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2. Saya telah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Saya menjalankan kajian tentang komposisi penduduk di sebahagian kawasan kampung Pasir Pekan. Saya juga menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Saya mengambil masa kira-kira 6 minggu untuk menjalankan kajian dan menulis laporan. Melalui kajian yang dijalankan, saya mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian, dan juga jenis perkerjaan penduduk. Saya berbangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya.

3

Objektif Kajian Objektif kajian kami ialah: (a)Mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi jantina dan kaum. (b)Mengenal pasti tentang jenis-jenis perkerjaan penduduk di kawasan kajian. (c)Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, dan peta lakar (d)Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis perkerjaan.

4

Kawasan Kajian Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Pasir Pekan. Kampung Pasir Pekanterletak kira-kira 4 Kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. Lihat peta 2 yang menunjukan bandar Wakaf Bharu dan Peta 3 yang menunjukkan Kampung Pasir Pekan , Wakaf Bharu. Luas kawasan Kampung Pasir Pekan ialah tiga kilometer pesegi. Terdapat kira-kira 800 buah rumah di kampung ini. Kampung Pasir Pekan terletak disebuah kawasan yang agak beralun dan terletak di tepi Sungai Kelantan. Di Kampung Pasir Pekan juga terdapat Kubur Tok Janggut. Saya memilih Kampung Pasir Pekan sebagai kawasan kajian kerana berdekatan rumah saya. Penduduknya pula adalah pelbagai kaum.

5

Peta 1 Negeri Kelantan

6

Peta 2 Wakaf Bharu

7

8

Peta 3 Kawasan Kajian KG. Pasir pekan

KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini,saya menggunakan kaedah:

(a)Pemerhatian (b)Temu bual

Kaedah pemerhatian: Saya memerhati komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina. Kaedah temu bual : Saya telah menemu bual 20 responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. 9

HASIL KAJIAN Jadual 1 menunjukkan komposisi penduduk di Kampung Pasir Pekan.Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada pelbagai kaum,iaitu Melayu,Cina,Siam.Didapati jumlah penduduk di Kampung Pasir Pekan ( berdasarkan 20 buah rumah terpilih )ialah 105 orang. Bilangan kaum Melayu berjumlah 50 orang,iaitu 51.2 peratus daripada jumlah penduduk.Bilangan kaum Cina ialah 20 orang,iaitu 16 peratus daripada jumlah penduduk.Bilangan kaum India pula ialah 41 orang ,iaitu 32.8 peratus daripada jumlah penduduk. Jantina

Melayu

Cina

Siam

Jumlah

26 37 63 ( 60)

14 16 30 ( 28.5)

7 5 12 ( 11.4 )

50 55 105 ( 100 )

Jumlah

LELAKI PEREMPUAN JUMLAH ( peratus )

Jadual 1 Komposisi penduduk di Kampung Pasir Pekan

10

Komposisi dan jantina penduduk di Kampung Pasir Pekan

Bil penduduk

45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

Melayu

Siam

Cina

Kaum dan jantina

Lelaki Perempuan

Graf 1 komposisi dan jantina penduduk di Kampung Pasir Pekan

Berpandukan Graf 1, didapati penduduk di Kampung Pasir Pekan terdiri daripada tiga kaum yang utama, iaitu Melayu,Cina danSiam.Lebih separuh daripada jumlah penduduk terdiri daripada kaum Melayu.Kaum yang kedua terbesar ialah Cina,diikuti oleh kaum Siam. Secara keseluruhan,bilangan wanita lebih ramai daripada bilangan lelaki,khususnya di kalangan Melayu.Bilangan perempuan Melayu melebihi bilangan lelaki Melayu seramai 11 orang.Bagi kaum Cina pula, bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki Cina seramai 2 orang.Bilangan lelaki Siam melebihi bilangan perempuan India seramai 2 orang. Jenis

Bilangan mengikut kaum

pekerjaan 11

Jumlah

Melayu

Cina

Siam

Guru

5

-

-

5

Doktor

1

1

-

2

Askar

1

1

-

2

Pengurus Syarikat Tukang Jahit Peniaga

1

-

-

1

1

1

1

3

2

3

2

7

Jumlah

11

6

3

20

.

Jadual 2 jenis pekerjaan di Kampung Pasir Pekan

12

Jenis pekerjaan penduduk Kampung Pasir Pekan

Jenis pekerjaan

10

Bilangan9 pekerja 8

Guru

7 6

Doktor

5

Askar

4

2

Pengurus Syarikat Tukang Jahit

1

Peniaga

3

0

Graf 2 jenis pekerjaan penduduk di Kampung Pasir Pekan

Jadual 2 ,dan Graf 2 menunjukkan jenis pekerjaan di kawasan Kampung Pasir Pekan.Seramai lapan orang daripada jumlah responden yang ditemu bual adalah ahli-ahli perfesional,seperti Guru, Doktor, dan Pengurus Syarikat. Enam orang daripada jumlah responden yang ditemu bual berkerja sebagai peniaga.Peniaganya terdiri daripada pelbagai kaum.Mereka memiliki kedai di Wakaf Bharu dan Kota Bharu. Satuorang daripada jumlah responden Melayu di kawasan kajian berkerja 13

sebagai tukang jahit.Responden yang lain bekerja sebagai askar sebanyak dua orang.

RUMUSAN

14

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Kampung Pasir Pekan mempunyai komposisi penduduk yang berbilang kaum.Tiga kaum utama ialah Melayu,Cina dan Siam. Secara am,bilangan penduduk perempuan lebih ramai daripada lelaki.Semua penduduk bekerja dalam bidang perhidmatan dan perniagaan.Kedudukan kawasan kajian yang berhampiran dengan bandar membolehkan kebanyakan penduduk pergi ke tempat kerja dengan mudah.Penduduk juga dapat menikmati kemudahankemudahan awam yang disediakan. Saya berasa amat bertuah sebab penduduk di sini hidup secara aman dan damai.Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu dengan lain.Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga Kampung Pasir Pekan.

RUJUKAN 15

○ Buku Teks,Abdul Aziz B. Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai,Goegrafi Tingkatan 2, 2003, Pencetakann Rina Sdn . Bhd ○ Atlas Informatif,Pernerbit Fajar Sdn . Bhd,2003 ✔ Pelan Wakaf Bharu, JabatanUkur dan Pemetaan Negara Malaysia, Emap,[email protected]. ✔ Peta Negeri Kelantan,Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara Malaysia, Emap,[email protected]. www.tic.kelantan.gov.my  Abdul Rashid B. Abdul Rahman,Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. ¤ Jabatan Perangkaan Negara Cawangan Negeri Kelantan,Wisma Persekutuan,Jalan Bayam,15300 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim.

16

Related Documents

Sejarah Tingkatan Dua
June 2020 10
Geografi - Tingkatan 2
October 2019 51
Geografi - Tingkatan 1
October 2019 28
Geografi Tingkatan 5
June 2020 30
Geografi Tingkatan 4
June 2020 31