Geografi Petempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geografi Petempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,161
  • Pages: 38
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI KAMPUNG LUAK, MIRI DAN PERBANDINGANNYA DENGAN BANGKOK THAILAND

1|MukaSurat

Tajuk

Muka Surat

Tajuk Kajian

1

Senarai Kandungan

2

Penghargaan

3-5

Pendahuluan

6-7

Objektif Kajian

8-9

Kawasan Kajian

10 - 15

Kaedah Kajian

16 - 17

Dapatan Kajian • Jenis dan Pola Petempatan • Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

• Fungsi Petempatan

18 - 29

• Masalah petempatan • Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Rumusan

30 - 32

Lampiran

33 - 37

Rujukan

38

2|MukaSurat

3|MukaSurat

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Koh Chee Kiat kerana membenarkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Dan guru geografi saya, Cikgu Lau Li Li yang telah banyak membimbing, tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan juga abangabang saya yang banyak memberi dorongan, sokongan dan galakan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa keizinan mereka juga, tidak dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Tidak ketinggalan juga kepada kawan-kawan saya dari kelas 3 KRK yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Tanpa pertolongan dan kerjasama mereka, sudah pasti saya tidak dapat mencari beberapa responden dalam kawasan kajian saya.

Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan penduduk kampung yang sudi memberi dan berkongsi maklumat serta memberi komited ketika kajian dilakukan. 4|MukaSurat

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada orang-orang sumber yang juga memberikan maklumat terpenting dalam menjayakan kajian ini iaitu, terdiri daripada penghulu kampung, Encik Haji Awang Hamdan dan juga penduduk Kampung Luak.

5|MukaSurat

6|MukaSurat

Saya, Nur Syahida Binti Ispawi, calon PMR 2009 dari kelas 3KRK yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Luak telah diberikan tugasan oleh guru geografi untuk menjalankan kajian tentang petempatan dan perkembangannya di Kampung Luak, Miri dan perbandingannya dengan negara lain, iaitu Bangkok, Thailand.

Tujuan saya memilih Kampung Luak ini sebagai kawasan kajian saya kerana ia merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk mencari maklumat tentang kawasan kajian saya. Dalam pada masa yang sama, Kampung Luak juga mempunyai banyak tarikan dan keunikannya tersendiri.

Saya telah menemu ramah seramai 20 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.

Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod. Tempoh untuk saya menyiapkan kajian ini adalah lebih kurang 6 minggu.

7|MukaSurat

8|MukaSurat

Objektif kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan kajian saya iaitu Kampung Luak, Miri dan negara yang dibandingkan, iaitu Bangkok, Thailand tentang perkara seperti yang berikut: 1. Mengkaji jenis dan pola petempatan.

2. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian dari segi ekonomi, sosial dan politik. 3. Mengetahui fungsi petempatan di kawasan kajian. 4. Dapat mengetahui masalah petempatan yang berlaku di kawasan kajian saya.

5. Menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan. 6. Dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya sangat berbangga dan amat menghargai peluang untuk mengkaji tentang jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kampung Luak dan mengetahui tentang masalah petempatan di Bangkok, Thailand dengan lebih lanjut lagi.

9|MukaSurat

10 | M u k a S u r a t

11 | M u k a S u r a t

12 | M u k a S u r a t

Kawasan kajian yang saya kaji adalah di Kampung Luak yang merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya juga telah memilih Bangkok, Thailand untuk membandingkannya dengan kawasan kajian kerana banyak maklumat tentang petempatan di Bangkok.

Mengikut cerita penduduk kampung, Kampung Luak ini adalah sebuah hutan. Oleh kerana bentuk fizikal persekitaran di kampung ini amat strategik kerana terletak berdekatan dengan laut. Oleh itu, petempatan pun terjadi. Nama kampung ini berasal dari bentuk fizikal yang berbentuk luak kerana kampung ini terletak dipinggir laut.

Kampung luak terletak barat laut pusat bandaraya Miri. Luas kawasan kajian ini ialah 1 km persegi. Jaraknya pula 4 km dari pusat bandar raya Miri. Kampung ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun.

Bandar Bangkok, Thailand dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota yang berkembang dengan pesat, dengan ekonomi yang baik dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai

masalah

dalam

sektor

infrastruktur

dan

sosial

sebagai

akibat

13 | M u k a S u r a t

perkembangannya yang pesat. Kota ini juga telah dicatat sebagai salah satu kota di dunia yang semakin maju dengan penambahan bangunan pencakar langit.

14 | M u k a S u r a t

BANGKOK

15 | M u k a S u r a t

16 | M u k a S u r a t

Saya telah menggunakan beberapa kaedah semasa menjalankan kajian ini iaitu: Pemerhatian : Saya telah memerhatikan secara keseluruhan di persekitaran Kampung Luak. Pemerhatian saya banyak tertumpu pada susunan rumah, kegiatan ekonomi, kemudahan sosial dan pentadbiran yang terdapat di kampung ini. Temu Bual

:

Saya telah menemu bual 3 orang responden. Kebanyakan responden ini terdiri daripada penduduk Kampung Luak yang terdiri dari pelbagai kaum. Soal Selidik : Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian. Seramai 20 orang responden disoal untuk mengetahui pendapat mereka terhadap petempatan di Kampung Luak, Miri. Contoh borang soal selidik terdapat di bahagian lampiran. Kaedah Rujukan

:

Saya telah merujuk dalam internet dan juga contoh folio pelajar PMR pada tahun lepas yang diberikan oleh guru geografi saya.

17 | M u k a S u r a t

18 | M u k a S u r a t

JENIS DAN POLA PETEMPATAN Jenis petempatan di kawasan kajian saya iaitu, Kampung Luak adalah kampung dan kampung ini terletak di dalam kawasan bandar. Kampung Luak terbahagi kepada dua iaitu Kampung Luak Lama dan Kampung Luak Baru. Pola petempatannya pula adalah berjajar. Ini kerana susun atur rumah dibina secara rapat-rapat dan selari di sepanjang jalan.

Selain itu, jenis petempatan di Bangkok pula adalah bandar sama seperti di kawasan kajian saya. Ini kerana bilangan penduduk yang melebihi 10 000 orang dan kepadatan penduduk yang tinggi. Dari sudut pemerhatian saya, pola petempatan yang terdapat di Bangkok ialah berpusat. Ini dapat dilihat kebanyakan rumah yang dibina secara rapat-rapat antara yang lain dan rumah dihubungkan dengan jalan raya bagi memudahkan penduduk melakukan aktiviti harian.

Saya berasa sangat bersyukur kerana petempatan di Kampung Luak tidak sepadat seperti di Bangkok. Ini kerana negara kita masih boleh lagi menampung rakyat yang ramai. Kepadatan penduduk seperti di Bangkok boleh menyebabkan berlakunya bermacam-macam masalah seperti sering berlaku kemalangan jalan raya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

19 | M u k a S u r a t

Seperti yang kita ketahui, Kampung Luak merupakan kawasan yang strategik untuk membina sebuah petempatan. Ini kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi petempatan di kampung ini.

Antara faktor utama ialah bentuk muka bumi. Ini kerana sekitar tanah kawasan Kampung Luak ialah tanah pamah. Selalunya, kawasan tanah pamah pasti akan menjadi kawasan tumpuan manusia untuk membuat petempatan baru kerana keadaan tanahnya yang rata dan subur. Selain itu, Kampung Luak juga terletak dipinggir laut. Ini juga salah satu faktor yang mampu menarik minat penduduk. Ini kerana laut adalah sumber yang terpenting bagi penduduk untuk kegunaan makanan, berniaga dan keperluan harian.

Bagi bentuk bumi di Bangkok pula ialah terdapat sebuah sungai Chao Phraya yang menjadi tumpuan penduduk untuk membina kediaman di sana. Ini kerana sungai Chao Phraya mempunyai daya tarikan untuk penduduk melakukan aktiviti bersawah padi dan sungai ini menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Pada zaman dahulu sungai ini juga menjadi tempat pelabuhan kepada semua pedagang. Selain itu, terdapat sebuah Pasar Terapung yang menjadi tarikan kerana keunikannya.

Setiap petempatan sudah pasti mempunyai kegiatan ekonomi. Ini juga salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di Kampung Luak, Miri. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kampung ini seperti perniagaan, perikanan dan perkhidmatan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ekonomi ini antara yang paling terkenal. 20 | M u k a S u r a t

Jika dibandingkan dengan Bangkok, keadaan ini amat jauh berbeza. Faktor yang mempengaruhi petempatan di Bangkok, Thailand adalah disebabkan oleh faktor sejarah dan lokasinya yang sesuai dengan perlabuhan. Ini kerana Bangkok berhampiran dengan sungai yang dipanggil sungai Chao Phraya iaitu laluan ke perlabuhan di Bangkok.

Sejarah yang pernah berlaku di Bangkok telah menjadi tarikan kepada penduduk untuk menetap di Bangkok. Contohnya, Bangkok adalah sebuah pusat perdagangan yang kecil semasa dibawah pengaruh Ayutthaya, ibu kota Siam yang lama. Banyak bangunan bersejarah yang terdapat di Bangkok dan masih dikekalkan keaslian seni binanya. Banyak bangunan bersejarah yang terdapat di Bangkok dan masih dikekalkan keaslian seni binanya.ramai penduduk menetap di Bangkok kerana mudah untuk mereka mencari kerja kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang mempunyai kaitan dengan syarikat perkapalan.

21 | M u k a S u r a t

FUNGSI PETEMPATAN

EKONOMI Perniagaan

FUNGSI PETEMPATAN

POLITIK

SOSIAL

Pusat pentadbiran

Kemudahan asas

PETA MINDA FUNGSI PETEMPATAN

Fungsi petempatan terbahagi kepada tiga iaitu fungsi ekonomi, sosial dan politik. Fungsi petempatan di Kampung Luak dari segi ekonomi ialah perniagaan. Aktiviti seperti nelayan merupakan kegiatan utama bagi penduduk di Kampung Luak. Selain itu, terdapat 3 buah kedai runcit kecil-kecilan iaitu GK Supermarket, Siang Joo dan Luak Mini Market serta 2 buah gerai seperti Restoran Seng Kee dan Restoran Kampung Luak. Oleh kerana itu, penduduk dikampung tidak perlu pergi ke bandar untuk membeli kelengkapan barang harian kerana kampung ini telah tersedia kedai runcit yang menjual barangan dapur dan lain-lain. Pada awal-awal pagi dan petang, gerai menjual kuih-muih akan dibuka supaya penduduk Kampung Luak dapat membeli sarapan pagi dan juga untuk makanan minum petang.

22 | M u k a S u r a t

Dari segi fungsi sosial pula, saya dapati kampung ini terdapat 4 buah sekolah iaitu Tadika, Sedidik, SK Kampung Luak dan SMK Luak. Keempat-empat sekolah ini menyediakan pendidikan awal kepada pelajar yang bersekolah di sekitar ini untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Oleh kerana penduduk di sini kebanyakannya beragama Islam, sebuah masjid telah dibina untuk penduduk di sini bagi melakukan aktiviti keagamaan seperti semasa Hari Raya Korban. Dewan serbaguna juga dibina kerana tempat ini menjadi tempat perkumpulan penduduk untuk membuat majlis bagi mengeratkan silaturahim atau sebagai tempat mesyuarat AJK.

Fungsi petempatan dari sudut politik pula ialah kampung ini mempunyai seorang ketua kampung iaitu Encik Abang Hj Hamdan dan juga AJK. Tanpa mereka, kampung ini tidak akan menjadi sebuah kampung yang akan dihormati oleh orang ramai. Ini kerana sistem politik yang digunakan adalah terancang dan sentiasa dalam keadaan yang baik untuk memajukan kampung ini menjadi sebuah kampung yang aman dan damai.

Bagi di negara perbandingan saya pula, Bangkok hanya terdapat 2 fungsi petempatan yang saya dapat kenal pasti iaitu Bangkok merupakan pusat pentadbiran. Ini kerana Bangkok merupakan salah satu daripada 76 wilayah di Thailand. Bangkok menjadi sebuah negara yang maju dengan pesat kerana sistem pentadbiran yang digunakan adalah tersusun dan juga terancang.

23 | M u k a S u r a t

Selain itu, Fungsi ekonomi yang terdapat di Bangkok lebih kepada pusat perkhidmatan dan juga perindustrian. Pusat perkhidmatan seperti industri perlancongan merupakan salah satu sumber pendapatan terpenting kepada Bangkok. Ini kerana Bangkok masih lagi memiliki beberapa kuil yang terkenal seperti Wat Pho dan Wat Arun. Khaosan Road yang berdekatan dengan kompleks Istana Agung juga destinasi yang popular di kalangan pelancong-pelancong muda.

Tempat makanan yang proses, kayu balak dan testil merupakan barangan ekspot yang utama di Bangkok. Terdapat banyak kilang-kilang perindustrian seperti kilang mengisar padi, kilang simen, loji pembersihan minyak dan lain-lain yang terletak dikawasan bandar. Bangkok juga merupakan bandar yang terkenal dengan barangan kemas, pelbagai barang perak dan gangsa yang boleh dijual dan dibeli.

Justeru itu, kita sepatutnya berbangga kerana mempunyai fungsi petempatan yang lengkap dan setaraf dengan petempatan di Bangkok. Kita mempunyai fungsi yang lengkap dalam Politik, Sosial dan juga Ekonomi.

24 | M u k a S u r a t

BILANGAN FUNGSI PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG LUAK, MIRI Aktviti \ Fungsi

Ekonomi

Sosial

Politik

Jumlah

Kedai Runcit

III

3

Gerai Makan

II

2

Gerai Kuih-Muih

IIII II

7

Tadika / Sedidik

II

2

Sekolah

II

2

Masjid

I

1

Pentadbiran (Ketua kampung)

I

Dewan Serbaguna Nelayan

1

I

1

IIII IIII IIII IIII III

23

FUNGSI PETEMPATAN DI KAMPUNG LUAK

Jumlah

40 35 30 25 20 15 10 5 0

Ekonomi Sosial Politik

JenisFungsi Petempatan

25 | M u k a S u r a t

Carta pai Fungsi Petempatan di kampung Luak

12%

2%

EKONOMI SOSIAL POLITIK 86%

MASALAH PETEMPATAN Di Kampung Luak terdapat beberapa masalah yang saya telah kenal pasti melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh 20 orang responden di Kampung Luak. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung ini ialah masalah perparitan. Masalah ini terjadi kerana banyak longkang yang tersumbat akibat sampah-sarap yang dibuang merata-rata tempat mengakibatkan terjadinya banjir di sesuatu tempat dan juga memperdalamkan lagi. AJK Kampung disini kurang memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi dan menganggap masalah ini kurang penting.

Selain itu, terdapat banyak aduan tentang laluan perjalanan pelajar sekolah menengah untuk pergi ke sekolah. Ini kerana setiap pagi, pelajar terpaksa berjalan di tepi jalan raya untuk pergi ke sekolah. Ini amat membahayakan keselamatan pelajar kerana banyak kereta yang menggunakan laluan ini. Jika perkara ini tidak diberi tindakan segera, kemungkinan akan berlaku kemalangan akibat kecuaian pihak kampung sendiri juga.

26 | M u k a S u r a t

Berlainan pula dengan masalah petempatan yang berlaku di Bangkok, Thailand. Oleh kerana penduduk di Bangkok adalah padat, kesesakan lalu lintas sering kali berlaku. Kesesakan lalu lintas ini menjadikan aktiviti penduduk di sini menjadi lambat seperti pekerja tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Selain itu juga, masalah ini boleh meningkatkan jumlah kemalangan di jalan raya.

Selain itu juga, Bangkok tidak mempunyai kawasan yang luas untuk membina perumahan. Ini menyebabkan ramai yang merempat di tepi jalan, membina rumah setinggan atau menumpang di rumah saudara-mara walaupun rumah yang kecil kerana kawasan untuk membuat perumahan tidak mencukupi.

Setiap tempat sudah semestinya mempunyai masalah yang tersendiri seperti Kampung Luak dan juga negara perbandingan iaitu Bangkok, Thailand. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan masalah yang sedang berlaku dipersekitan

kita

supaya

dapat

bersama-sama

memikirkan

cara-cara

untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak akan berlarutan. LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN Bagi langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Luak bagi masalah perparitan dan juga masalah laluan pelajar sekolah menengah ke sekolah. Untuk mengurangkan masalah perparitan yang dihadapi di Kampung ini, pihak AJK kampung perlu membuat satu aktiviti bergotong-royong 27 | M u k a S u r a t

bagi mengelakkan longkang tersumbat. Setiausaha kampung perlu menulis surat kepada pihak yang terlibat dalam memperdalamkan lagi parit supaya masalah banjir tidak lagi berlaku.

Selain itu, bagi masalah pelajar sekolah menengah pula, pihak kampung perlu bersama-sama memohon kepada pihak JKR untuk membina sebuah lorong jalan kaki supaya dapat mengelakkan sebarang kemalangan yang menimpa pelajar sekolah berlaku.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di Bangkok, pihak kerajaan perlu memajukan sektor pengangkutan bas awam, “Sky Train” dan MRT. Ini dapat mengurangkan penggunaan kereta persendirian yang banyak digunakan. Dalam pada itu juga, pembinaan jalan raya atau lebuh raya dua tingkat juga dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Pihak kerajaan juga perlu memperbanyakkan pembinaan rumah yang bertingkat seperti kondominium, rumah flat dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan masalah kekurangan tempat tinggal kepada penduduk di Bangkok. Selain itu juga, pihak kerajaan perlu memberi pinjaman kepada penduduk untuk atasi masalah perumahan seperti program Baan Mangkong yang dianjurkan oleh Kerajaan Negara Thailand.

Setiap permasalahan semestinya ada penyelasaian seperti masalah yang dihadapi di Kampung Luak dan juga di Bangkok. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa 28 | M u k a S u r a t

bersyukur kerana kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak seperti di Bangkok yang sentiasa mengalami kepadatan penduduk sehingga sebahagian rakyat di sana tidak mempunyai tempat tinggal.

29 | M u k a S u r a t

30 | M u k a S u r a t

Hasil dari kajian saya ini, saya mendapati jenis petempatan di Kampung Luak ialah kampung. Pola petempatan di sini adalah sejajar kerana mempunyai penduduk yang optimum. Ini juga kerana sistem politik yang digunakan di kampung ini adalah terancang dan baik. Berlainan pula dengan Bangkok, jenis petempatan di Bangkok adalah bandar dan pola petempatan di sana adalah berpusat kerana rumah dan bangunan dibina secara rapat-rapat.

Selain itu juga, saya mendapati faktor yang mempengaruhi petempatan di Kampung Luak kebanyakannya tertumpu pada bentuk muka bumi yang terdapat di Kampung Luak. Ini kerana bentuk muka bumi yang terletak di pinggir laut, di mana terdapat banyak sumber makanan. Tambahan juga, kawasan tanah sekitar Kampung Luak ini adalah tanah pamah. Ini menjadi tumpuan kepada semua penduduk untuk tinggal di sini kerana mempunyai tanah yang subur bagi memudahkan para penduduk untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan.

Bagi di Bangkok pula, faktor yang mempengaruhi petempatan ialah terdapat sungai Chao Phraya yang menjadi tumpuan penduduk untuk membina kediaman di sana dan melakukan aktiviti pertanian. Selain itu juga, faktor sejarah dan lokasinya yang sesuai dengan perlabuhan juga telah mempengaruhi fungsi petempatan.

Masalah yang sering berlaku di Kampung Luak ialah masalah perparitan. Penduduk di sini telah mencadangkan melalui borang soal selidik iaitu melebarkan dan mendalamkan parit. Bagi di Bangkok pula, masalah kepadatan penduduk yang tidak 31 | M u k a S u r a t

mempunyai tempat tinggal dapat diatasi dengan pembinaan rumah yang bertingkat seperti Kondominium.

Oleh itu, saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Kampung Luak. Ini kerana masalah yang dihadapi di kampung ini tidaklah seteruk di Bangkok yang mengalami penduduk yang sangat padat sehinggakan penduduk di sana kurang selesa dan juga ada sebahagiannya tidak mempunyai tempat tinggal.

32 | M u k a S u r a t

33 | M u k a S u r a t

Menunjukkan pola petempatan di Bangkok, Thailand

34 | M u k a S u r a t

Ini adalah satu antara cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi di Bangkok

Pembangunan yang pesat di Bangkok

35 | M u k a S u r a t

36 | M u k a S u r a t

37 | M u k a S u r a t



http://geogarang.blogspot.com/2009/04/peta-petempatan-thailand.html



http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

• Lim Jin Choon dan K.Ratnam, Geografi, 2006, Pan Asia Publications Sdn.Bhd, ISBN 983-3237-10-X

38 | M u k a S u r a t

Related Documents