Geografi Asiah Toha

  • Uploaded by: Abdul Rahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geografi Asiah Toha as PDF for free.

More details

  • Words: 3,340
  • Pages: 29
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

TAJUK KAJIAN

BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG PINTU GANG DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA THAILAND

1

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

ISI KANDUNGAN Isi kandungan

Muka surat

Tajuk Kajian

1

Isi Kandungan

2

Penghargaan

3

Pendahuluan

4

Objektif Kajian

5

Kawasan Kajian

6

Kaedah Kajian

11

Dapatan Kajian

12

Rumusan

20

Lampiran

21

Rujukan

28

2

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengungkapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurnanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21, Tuan Haji Abdullah bin Alif yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini dengan jayanya. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada guru Geografi saya, Puan Halimah binti Ehsan kerana sentiasa

memberi

dorongan,

bimbingan

dan

tunjuk

ajar

kepada

saya

bagi

menyempurnakan kajian ini. Di samping itu, ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Ahmad Toha bin Bajunaid dan Khazinatul Asrar binti Ab Ghafur yang telah memberi banyak perhatian dan bantuan kewangan kepada saya. Tidak ketinggalan, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberi kerjasama dan galakan agar saya dapat menghasilkan kerja yang sempurna. Saya juga berterima kasih kepada responden-responden yang telah memberi maklumat yang saya perlukan secukupnya. Tanpa informasi daripada mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan folio ini dengan baik.

3

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

PENDAHULUAN Saya telah memilih tajuk kajian bertemakan bentuk muka bumi dan potensinya. Tajuk kajian saya ialah ‘Bentuk Muka Bumi di Kampung Pintu Gang dan Perbandingannya dengan Negara Thailand’. Saya memilih kampung ini kerana tempat kediaman nenek saya terletak di kampung ini. Saya memilih kampung ini kerana pada hari cuti saya akan pulang ke sini. Saya juga menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2009. Saya telah mengambil masa selama 8 minggu untuk menjalankan kajian dan menulis laporan secara lengkap. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti kepelbagaian bentuk muka bumi dan potensinya. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat kepada saya dan seluruh penduduk kampung ini.

4

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian saya di Kampung Pintu Gang adalah untuk : •

Mengenal pasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya.



Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.



Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.



Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.



Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Saya berbangga kerana dapat berada di Kampung Pintu Gang dalam keadaan yang selamat dan aman.

5

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya bertempat di Kampung Pintu Gang, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Kampung Pintu Gang terletak di barat daya Bandar Kota Bharu, Kelantan. Jaraknya lebih kurang tujuh kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kampung ini terdiri daripada lebih 100 buah rumah. Bentuk muka bumi di sini bertanah pamah. Saya memilih kampung ini sebagai kawasan kajian kerana tempat kediaman nenek saya berada di kampung ini. Kawasan Kampung Pintu Gang mempunyai banyak kemudahan awam seperti klinik desa, masjid, telefon awam dan stesen minyak. Jaringan pengangkutan di sini sentiasa berada dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Di kampung ini juga terdapat sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai pusat pendidikan bagi anak-anak yang menetap di sini.

6

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

Peta Kajian : 1. Peta daerah

Peta daerah Kota Bharu 7

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

2. Peta bentuk muka bumi Negara Thailand.

8

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

3. (a) Peta kawasan kajian (Kampung Pintu Gang)

U

Peta kawasan Kampung Pintu Gang

9

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

(b) Peta kawasan kajian (Kampung Pintu Gang)

U

Lorong Pak Nor Belut

Perumahan Kota Murni

PETUNJUK: Petempatan

Jalan raya

Masjid

Tanah perkuburan

Premis perniagaan

Sekolah rendah

Klinik desa

Sekolah menengah

Stesen minyak

0

1

2

1cm mewakili 1km

10

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

KAEDAH KAJIAN Peta Kampung Pintu Gang

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat dan data yang saya perlukan untuk kajian ini. Antara kaedah kajian yang saya gunakan adalah :

1. Kaedah pemerhatian Saya telah memerhati bentuk muka bumi di Kampung Pintu Gang dalam jarak kurang daripada lima kilometer dari tempat kediaman saya.

2. Kaedah temu bual Saya telah menemu bual sebanyak tiga orang penduduk di Kampung Pintu Gang. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat tentang bentuk muka bumi di kampung ini dan potensinya kepada kegiatan masyarakat di kampung ini.

3. Kaedah rujukan Dalam proses mengumpul maklumat, saya telah merujuk buku dan risalah di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk menambahkan maklumat tentang halangan bentuk muka bumi di kampung ini terhadap kegiatan manusia.

11

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

DAPATAN KAJIAN 8.1 Bentuk Muka Bumi dan Cirinya.

Secara umumnya, kawasan Kampung Pintu Gang adalah sebuah perkampungan bertanah pamah. Walau bagaimanapun, di sebelah utaranya adalah sebuah kawasan yang rendah dan berdekatan dengan sebatang sungai. Terdapat kawasan lembah di sebelah tenggaranya. Negara Thailand juga mempunyai kawasan tanah pamah yang digunakan untuk membina pelbagai kemudahan asas seperti petempatan dan kemudahan jalan raya. Thailand juga mempunyai kawasan tanah tinggi serta sungai yang panjang. Saya berasa bangga kerana dapat menetap di Kampung Pintu Gang kerana bentuk muka bumi di sini sangat sesuai dan selamat untuk saya diami.

8.2 Potensi Bentuk Muka Bumi kepada Kegiatan Manusia.

Kampung Pintu Gang terdiri daripada tanah pamah. Bentuk muka bumi di kampung ini mempunyai potensi yang tinggi terhadap kegiatan manusia. Kampung ini berpotensi sebagai sebuah petempatan yang didiami oleh pelbagai jenis kaum. Bentuk petempatan di sini ialah petempatan berkelompok. Terdapat pelbagai kemudahan awam di kampung ini seperti klinik desa. Selain itu, kampung ini turut berpotensi sebagai

12

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

jaringan pengangkutan iaitu jalan raya. Dengan kemudahan infrastruktur ini, ia dapat memudahkan penduduk kampung ini berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kemudahan ini lebih selesa berbanding jalan tanah yang akan menghasilkan lopak air apabila hujan turun. Di kampung ini juga terdapat iaitu sebuah stesen minyak petrol iaitu stesen minyak Petronas. Petrol ini datang daripada petroleum yang telah dicairkan pada suhu yang tertentu. Banyak kereta datang ke stesen ini untuk memenuhkan tangki minyak mereka yang kosong. Kewujudan stesen ini dapat menghasilkan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sini. Berbeza dengan Kampung Pintu Gang, Thailand lebih berpotensi sebagai pusat pertanian. Banyak hasil padi yang dapat dituai oleh para petani di negara ini tahun demi tahun. Oleh sebab mereka memperoleh hasil padi yang banyak, pihak Thailand mengeksport sebahagian hasil pertanian ini ke negara-negara luar seperti Malaysia. Thailand adalah antara eksporter besar di pasar beras dunia. Selain beras, Thailand juga menghasilkan produk pertanian lain seperti ubi kayu, lobak merah, biji-bijian dan gula dalam kuantiti yang agak besar. Negara Thailand turut berpotensi sebagai pusat perindustrian. Terdapat banyak kilang dibina di Thailand sama ada kilang penghasilan barangan atau kilang makanan. Kebanyakan barangan makanan mereka dieksport ke negara kita. Antaranya ialah tuna, nenas dan udang beku. Sekarang, barangan keluaran Thailand semakin mendapat perhatian pembeli-pembeli di Malaysia. Saya berasa amat bersyukur kerana di Kampung Pintu Gang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang masih dapat digunakan sehingga waktu ini.

13

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

8.3 Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap Kegiatan Manusia.

Walaupun di Kampung Pintu Gang mempunyai banyak potensi untuk dimajukan, namun ia turut mempunyai halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia. Daripada pemerhatian saya dan pengalaman penduduk-penduduk kampung ini, kampung ini mudah dilanda banjir. Jika kampung ini dilanda hujan yang lebat selama beberapa jam, kebiasaannya paras air akan naik dan menyebabkan banjir. Apabila hujan melanda, jalan raya akan ditutup buat sementara waktu. Ini akan menghalang masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka. Menurut makluman salah seorang penduduk di kampung ini, beliau menyatakan bahawa kampung ini dilanda banjir yang paling teruk pada tahun 2004. Bagi rumah-rumah yang terletak berhampiran dengan tali air dan di kawasan yang rendah, rumah-rumah tersebut ditenggelami air secara keseluruhannya. Rumah-rumah lain turut terjejas tetapi tidak seteruk yang dialami oleh penduduk yang tinggal di kawasan rendah. Mereka terpaksa dipindahkan ke tempat lain dengan menaiki bot. Rumah mereka perlu dibersihkan semula selepas banjir surut. Peralatan-peralatan dan perabot-perabot juga mesti dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Namun begitu, terdapat sesetengah rumah yang hampir keseluruhan peralatan dan perabotnya ditenggelami air dan rosak. Segelintir penduduk mengalami musibah yang lebih berat apabila kehilangan orang yang tersayang akibat lemas ketika banjir. Negara Thailand pula mempunyai kawasan yang sempit di tanah pamah sebagai satu halangan terhadap kegiatan penduduk di sana. Mereka hidup bersesak-sesakan dalam

14

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

sesebuah petempatan. Di samping itu, kemudahan jalan raya di Thailand adalah terhad. Ini menjadikan sungai di sana sebagai satu jaringan pengangkutan yang lain. Saya dan penduduk-penduduk Kampung Pintu Gang amat bersyukur kerana kesan yang terhasil daripada halangan di kampung ini, iaitu banjir, tidak seteruk kesan banjir yang terjadi di negara-negara lain.

8.4 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar.

Sebelum ini telah ditulis tentang potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia. Jadi, setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia pasti memberi kesan terhadap alam sekitar. Di Kampung Pintu Gang, salah satu kesan yang dapat dilihat secara jelas ialah perubahan landskap. Menurut keterangan daripada salah seorang responden yang telah ditemu bual oleh saya, pada waktu Negara Malaysia dijajah oleh Jepun, kampung ini tidak mempunyai kemudahan yang banyak tetapi hanya ditumbuhi dengan pohon-pohon yang berwarna hijau. Mereka banyak menanam ubi kayu di belakang rumah untuk dijadikan sumber makanan utama. Manakala jalan perhubungan yang digunakan hanyalah jalan tanah merah. Namun, apabila kampung ini semakin maju, banyak kemudahan ditambah di sekitar Kampung Pintu Gang. Apabila kampung ini menjadi satu lokasi petempatan, jalan-jalan bertar telah dibina sebagai laluan utama penduduk. Banyak pokok-pokok ditebang untuk didirikan bangunan-bangunan seperti sekolah, klinik, kilang batik dan pasaraya. Stesen minyak Petronas turut dibina di sini. Negara Thailand pula mempunyai bilangan penduduk yang banyak. Kadar pembinaan pembangunan di sana agak pesat dan menyebabkan peningkatan suhu.

15

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

Apabila petempatan banyak dibina di Thailand, tumbuh-tumbuhan juga semakin berkurangan sekali gus mengurangkan kuantiti oksigen dalam udara. Keadaan ini yang meningkatkan suhu di Negara Thailand. Banyak rumah telah dibina di Thailand. Jadi, sebelum membina rumah, tanah mestilah diratakan terlebih dahulu. Bagi kawasan yang berhampiran dengan lereng dan kaki bukit, tanah di situ mestilah ditarah terlebih dahulu. Penebangan pokok-pokok besar telah mengakibatkan tanah di lereng bukit tidak mendapat sokongan akar yang kuat dan akhirnya menyebabkan tragedi tanah runtuh berlaku. Sejurus selepas saya mengetahui kegiatan manusia memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar, saya berasa bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan alam sekitar di Kampung Pintu Gang sentiasa terpelihara. Kajian ini juga telah menyemai semangat cinta akan kampung saya khususnya dan Malaysia amnya.

8.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar.

Hasil daripada kajian ini, pelbagai pengetahuan yang saya perolehi

tentang

bentuk muka bumi di Kampung Pintu Gang. Kajian ini juga telah menanam sikap prihatin dalam diri saya terhadap alam sekitar. Jadi, pada pendapat saya, langkah-langkah segera perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Memandangkan Kampung Pintu Gang sering dilanda banjir, langkah yang paling sesuai diambil ialah membina kolam takungan banjir. Dengan pembinaan kolam ini, saya yakin langkah ini dapat mengurangkan paras air banjir di kampung ini. Selain itu, pihak kerajaan perlu membina sistem perparitan secara lebih terancang agar kejadian

16

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

banjir dapat ditangani sebaik mungkin. Pada pendapat saya, banjir di kampung ini sering berlaku kerana sistem perparitan di kampung ini tidak dibina dengan baik. Parit yang dibina tidak cukup dalam untuk menampung air banjir yang datang dari sungai yang terletak di kampung ini. Bagi Negara Thailand, tanaman tutup bumi berkemungkinan besar dapat membantu mengurangkan kadar kejadian tanah runtuh di negara tersebut. Tanaman tutup bumi seperti rumput dapat memberi cengkaman dan sokongan kepada akar menjadi kuat apabila air hujan melaluinya. Pihak Kerajaan Thailand juga seharusnya menggalakkan penanaman semula di kawasan-kawasan yang mengalami peningkatan suhu yang mendadak. Tumbuh-tumbuhan ini akan membantu menambah kandungan oksigen dan seterusnya menstabilkan suhu bumi. Pihak kerajaan juga sepatutnya merobohkan petempatan setinggan yang dibina secara haram di pinggir Bandar. Petempatan seperti ini hanya akan membuatkan Thailand semakin sesak. Saya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan hasil daripada kajian ini. Saya juga dapat

merasakan

diri

saya

telah

disemai

dengan

nilai-nilai

murni

seperti

bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan prihatin terhadap kesukaran penduduk yang mengalami bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Kajian ini turut menerapkan semangat patriotisme yang tinggi menggunung dalam diri saya terhadap Negara Malaysia dan kampung tercinta saya, Kampung Pintu Gang.

17

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

8.6 Bahan Grafik

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DI KAMPUNG PINTU GANG

Jenis potensi bentuk muka bumi

Peratus (%)

Petempatan Perindustrian Pengangkutan Pertanian

30 15 15 40

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DI KAMPUNG PINTU GANG

30%

40%

15%

15%

18

Petempatan Perindustrian Pengangkutan Pertanian

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PINTU GANG

Kemusnahan flora dan fauna

Peningkatan suhu

Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Kampung Pintu Gang

Perubahan landskap

19

Pencemaran udara

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

RUMUSAN Hasil daripada kajian ini, saya dapat mengetahui bentuk muka bumi di Kampung Pintu Gang dan juga Negara Thailand serta ciri-ciri bagi kedua-dua tempat ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia bagi kedua-dua kawasan tersebut. Saya juga dapat menyatakan dengan tepat halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan-kawasan tersebut kepada kegiatan manusia. Di samping itu, kajian ini dapat memaklumkan saya tentang kesan-kesan yang timbul akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar sekali gus mengetahui langkahlangkah mengurangkan kesan-kesan kegiatan tersebut. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang lebih mendalam terhadap alam sekitar kerana alam merupakan anugerah Tuhan yang besar kepada manusia untuk dipelihara. Kajian ini juga telah menerapkan sikap tanggungjawab dan prihatin ke dalam diri saya serta menanamkan semangat patriotisme tinggi terhadap negara Malaysia tercinta.

20

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

LAMPIRAN 1. Surat Kebenaran Ibu Bapa Ahmad Toha bin Bajunaid, No. 314, Blok 9, Felda Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.

Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21, Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur

3 JUN 2009

Tuan, KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI

Perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Saya selaku bapa kepada kepada anak saya yang bernama Asiah Yusra binti Ahmad Toha kelas 3 Gamma mengizinkan anak saya melaksanakan kajian tersebut bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2009.

3.

Saya juga berjanji akan memberikan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya sepanjang anak saya menjalankan kajian ini.

Sekian, terima kasih. Yang Benar,

___________________

21

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

(AHMAD TOHA BIN BAJUNAID) Penjaga.

2. Surat Kebenaran Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Ruj Kami:SMKJ2109/KGT/0609 Tarikh:3 JUN 2009 Kepada sesiapa yang berkenaan, Tuan, KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN Perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Saya selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21 memberi keizinan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 sekolah ini untuk menjalankan kajian tentang bentuk muka bumi bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 2009.

3.

Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar pihak tuan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang mereka memerlukan bantuan dan maklumat dari pihak tuan.

4.

Segala kerjasama yang diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

___________________ 22

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

(HAJI ABDULLAH BIN ALIF) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21. 3. Surat Pengesahan Diri Murid SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Ruj Kami:SMKJ2109/KGT/0609 Tarikh:3 JUN 2009 Kepada; _______________ _______________ Tuan, SURAT PENGAKUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Surat ini mengesahkan bahawa pelajar yang bernama Asiah Yusra binti Ahmad Toha no kad pengenalan 941103-06-5134 adalah salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21 yang sedang menuntut dalam kelas 3 Gamma.

3.

Pelajar ini juga berada dalam proses untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3. Diharapkan pelajar ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

23

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

___________________ (HAJI ABDULLAH BIN ALIF) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21. 4. Surat Makluman kepada Ibu Bapa SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Ruj Kami:SMKJ2109/KGT/0609 Tarikh:3 JUN 2009 Ibu bapa / penjaga, MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN Perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa seluruh pelajar tingkatan 3 tahun 2009 telah ditugaskan menyiapkan satu folio Geografi bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3.

3.

Oleh sebab itu, pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan memberi kebenaran kepada anak tuan/puan untuk menyiapkan kajian ini demi kecemerlangannya dalam Penilaian Menengah Rendah tahun 2009.

Segala jasa baik amat kami harapkan dan kami dahului dengan uacapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

24

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

___________________ (HAJI ABDULLAH BIN ALIF) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Borang Temu Bual 1. Nama

: Che Sarimah binti Che Ya.

2. Jantina

:

Lelaki /

Perempuan

3. Umur

: 72 tahun.

4. Kaum

:

/

Melayu Cina India

5. Jenis pekerjaan

:

/

Pertanian Perkilangan Perniagaan Perkhidmatan Lain-lain

6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang? 50 tahun lebih. 7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang? Saya rasa bersyukur kerana kemajuan di sini Alhamdulillah dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

25

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Borang Temu Bual 1. Nama

: Mohd Radzi bin Ab Rahman.

2. Jantina

:

/

Lelaki Perempuan

3. Umur

: 40 tahun.

4. Kaum

:

/

Melayu Cina India

5. Jenis pekerjaan

:

Pertanian Perkilangan Perniagaan Perkhidmatan /

Lain-lain

6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang? 23 tahun. 7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang? Banjir di sini memang kerap berlaku tetapi tidaklah seteruk banjir di tempattempat lain. Jadi, saya rasa gembira dapat menetap di sini.

26

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21 Felda Teratai Jengka 21, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Borang Temu Bual 1. Nama

: Mohd Nor bin Muda.

2. Jantina

:

/

Lelaki Perempuan

3. Umur

: 52 tahun.

4. Kaum

:

/

Melayu Cina India

5. Jenis pekerjaan

:

Pertanian Perkilangan Perniagaan /

Perkhidmatan Lain-lain

6. Sudah berapa tahunkah anda tinggal di Kampung Pintu Gang? Lebih kurang 15 tahun. 7. Apakah komen anda terhadap Kampung Pintu Gang? Saya berasa sungguh bertuah menjadi anak watan Kampung Pintu Gang kerana penduduk di sini bekerjasama dan tidaklah mementingkan diri sendiri sahaja.

27

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

RUJUKAN •

Buku Rujukan 1. Fokus 2U Geografi PMR. Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh. 2006. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.



Orang Sumber 1. Che Sarimah binti Che Ya 72 tahun. No. 172, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan. 2. Mohd Radzi bin Ab Rahman. 40 tahun. No. 231, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu, Kelantan. 3. Mohd Nor bin Muda. 52 tahun. Lot 881, Lorong Pak Nor Belut, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu, Kelantan.



Internet 1. http://www.geographia.com/malaysia.html 2. http://www.wikipedia.com/thailand 28

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 21

3. http://www.wisatathailand.com/mapofthailand 4. http://www.googlemap.com/kotabharu_kelantan •

Buku teks 1. Geografi Tingkatan 1. Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah. 2002. Sasbadi Sdn. Bhd. 2. Geografi Tingkatan 3. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim. 2004. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

29

Related Documents

Geografi Asiah Toha
May 2020 28
Geografi
May 2020 49
Geografi
April 2020 61
Pemmas (pak Toha)
August 2019 33
Geografi
May 2020 49
Geografi
November 2019 64

More Documents from ""