PENGENALAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang .
1
Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal
DEFINISI RASUAH Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan ‘curroptio’ iaitu daripada kata kerja ‘corrumpere’ yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:-
2
•
Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
•
Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
•
Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
•
Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
•
Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
•
Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.
3
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpurapura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali! Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/ wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain. 4
PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh atTirmizi yang bermaksud : “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.
INDEKS PERSEPSI RASUAH Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah: •
Haiti
•
Bangladesh
5
•
Nigeria
•
Myanmar
•
Chad
•
Paraguay
•
Azerbaijan Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang
sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3. Mengukur kadar rasuah secara statistik dengan tujuan untuk membandingkan tahap penglibatan rasuah dalam beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan terkemuka dalam kajian dan kegiatan anti-rasuah, telah menyediakan tiga penanda aras, yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat para ahli tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejala rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-negara yang menjadi tempat operasi mereka. Transparency International juga menerbitkan Laporan Rasuah Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah dalam lapangan politik.
6
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH Antara punca berlakunya rasuah ialah : (a)Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya
adalah
pendorong
berlakunya
rasuah
bagi
mereka
yang
lemah
keperibadiannya. b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah
7
diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah •
Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.
•
Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
•
Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang
•
Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.
•
Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".
•
Lemahnya
pemahaman
tentang
undang-undang
apatah
lagi
untuk
melaksanakannya. •
Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
•
Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.
•
Gaji penjawat awam yang kecil.
•
Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.
•
Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras.
8
KESAN-KESAN RASUAH Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi.
9
Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.
Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai
"hubungan"
dilindungi
daripada
persaingan,
lantas
melahirkan
syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai
10
diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja.
11
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut : (a) Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. (b) Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. (c) Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. (d) Memudahkan urusan menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari
bahaya
rasuah
kerana
tidak
mempercepatkan proses.
12
perlu
disogok
semata-mata
untuk
Fakta Kajian Mengenai Rasuah Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07). Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)]. Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah). Piawaian Rasuah di Malaysia Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.
13
Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia.! http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006, mendapati kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia seperti berikut :Sektor Parti Politik Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan Bisnes & Syarikat Swasta Polis Kehakiman Media Badan Cukai Perubatan Pendidikan Ketenteraan Perkhidmatan Pendaftaran & Permit Perkhidmatan NGO ( Badan bukan kerajaan) Badan Keagamaan
Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor) 3.5 3.0 3.3 3.8 2.8 2.4 2.5 2.1 2.2 2.0 2.2 3.1 2.2 1.7
Kesimpulan Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat
14
bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihgak BPR. Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun. Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja. Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama. Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.
15
BIBLIOGRAFI
16
17
18
GERAK NEGERI SEMBILAN Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi Cawangan Negeri Sembilan - HOTLINE GERAK NS 016-2155226
Kurangkan Kompaun Untuk Kurangkan Rasuah Oleh : Rozmal bin Malakan , Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau Tanyalah kepada pemberi dan penerima rasuah adakah mereka suka dengan perbuatan rasuah ? Adakah mereka yakin bahawa rasuah dapat memberi kebahagian kekal abadi buat selama-lamanya ? Adakah mereka yakin rasuah akan menyelesaikan masalah kewangan mereka ? Mereka yang melakukan rasuah tidak akan melakukan rasuah sekiranya pada ketika mereka mengamalkan rasuah mereka berada dalam keadaan yang sempurna imannya. Tanyalah kepada penjenayah sekali pun, mereka pun kalau boleh tidak ingin mengamalkan rasuah. Tetapi kenapa rasuah masih menjadi bicara masa kini. Dan kenapa sesetengah agensi kerajaan sahaja yang dikaitkan dengan rasuah sedangkan rakyat biasa pun boleh terlibat dengan amalan rasuah ? Kenapa tidak rakyat biasa boleh menjadi pemangkin kepada amalan rasuah ? Katakan seorang rakyat biasa ditahan oleh seorang penguatkuasa kerana memandu tanpa lesen memandu ? Berapakah kadar kompaunnya atau kadar dendanya ? Mungkin RM 100, mungkin RM 200 atau mungkin RM 300 ? Sebagai rakyat biasa yang mungkin berpendapatan RM 900 sebulan kalau kadar kompaunnya RM 300 ianya satu pertiga daripada gajinya. Kalau rakyat biasa tadi berfikiran pendek RM 50 sudah pasti jauh lebih murah daripada RM 300. RM 50 boleh dibayar secara terus, RM 300 perlu dibayar di pejabat penguatkuasa yang mungkin di tengah bandar, sedangkan rakyat biasa tadi duduk di pedalaman desa atau pinggir bandar. Sebagai rakyat biasa yang berfikiran mudah, lebih baik dipujuk sahaja penguatkuasa tadi supaya menerima RM 50 daripada dikenakan denda RM 300. Sekali pujuk mungkin tak berjaya, tetapi kalau dah lebih 10 orang rakyat biasa penguatkuasa tadi temui mahu tak mahu ada juga yang nak tak hendak diterimanya juga RM 50 tadi atau dilepaskan rakyat biasa tadi begitu sahaja. Dan mungkin ada yang tidak terlepas kerana mungkin setiap penguatkuasa ada kuotanya berapa saman perlu dikeluarkan dalam sehari, dalam seminggu dalam sebulan ? Apa kata kadar saman tadi dikurang , mungkin setiap kesalahan dari RM 10 paling minima dan RM 50 ke paling maksima ? Dan rakyat diberi pilihan pula sekiranya membayar terus pada masa tersebut tidak akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 ? Contohnya anda ditahan kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu kereta. Mungkin kadar samannya RM 20 , kalau anda bayar terus anda hanya 19
perlu membayar RM 20 beserta dengan resit rasmi (bukan rasuah). Tetapi jika sekiranya anda pilih untuk membayar di ibu pejabat penguatkuasa anda akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 menjadikan jumlahnya RM 30. Rasionalnya bayaran tambahan tersebut ialah untuk menggalakkan orang ramai membayar terus ketika disaman, membayar kemudian nak tak nak anda akan tetap membayar tambahan RM 10 atau mungkin lebih, kerana anda mungkin terpaksa mengambil cuti, duit minyak untuk ke tempat membayar saman, duit tempat letak kereta dan sebagainya. Kalau saman dikurangkan , macam tu lebih senanglah orang akan melakukan kesalahan, terutamanya mereka yang banyak duit ? Tidak , bayaran kompuan minima ini mungkin untuk kesalahan pertama, ianya boleh dinaikkan untuk kesalahan kedua, ketiga dan seterusnya. Haruslah diingatkan kompaun , saman atau denda tidak sepatutnya dijadikan sumber pendapatan sesebuah agensi kerajaan. Mendenda, mengkompaun, menyaman adalah merupakan satu cara terakhir untuk mendidik rakyat agar mematuhi peraturan serta undang-undang andaikata pendekatan berhemah seperti kempen, nasihat, pendidikan formal tidak dapat membimbing rakyat agar mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini. Suasana , sistem perundangan , cara kerja , prosedur jabatan dan sebagainya secara tidak langsung di sini menyumbang kepada amalan rasuah di negara ini. Justeru itu ianya haruslah dikaji dari masa ke semasa agar ianya lebih mudah serta lebih telus untuk mengurangkan amalan rasuah di negara ini yang boleh dianggap penyakit sosial utama atau mungkin barah utama di negara ini. Disamping itu usaha untuk memperkukuhkan iman umat Islam di negara ini bukan sahaja di kalangan pihak berkuasa bahkan rakyat jelata juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengubat penyakit ini dari menjadi epidemik yang tidak terkawal. Dicatat oleh NS di 3.6.08 0 ulasan
20
Penyelesaian Total Penyakit Rasuah , Barah Utama Negara Dari laman web Jabatan Mufti Brunei http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm RASUAH : GEJALA MASYARAKAT YANG PERLU DIBANTERAS (BILANGAN 189 BAHAGIAN AKHIR) (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Faktor-Faktor Rasuah Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah seperti berikut: 1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta. 2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala: Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.” (Surah al-Fajr: 20) 3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala: Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qashash: 26) Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya: Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….” (Hadis riwayat Muslim) Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya: Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.” Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
21
4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia. 5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh. 6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas: (i) Lemah pendidikan agama dan etika. (ii) Tamak. (iii) Banyak berhutang. (iv) Ada keinginan dan ada peluang. (v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah. (vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup. (vii) Untuk mencapai cita-cita. (viii) Belanja hidup yang semakin meningkat. Ancaman Kepada Pengamal Rasuah Ancaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut: 1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. 3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka. 5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah. 6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar. 7. Doa tidak diterima. Bahaya Rasuah Dan Kesannya Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk rasuah itu adalah seperti berikut: 1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu: (i) Kehilangan pekerjaan. (ii) Kejatuhan moral atau maruah. (iii) Menerima hukuman. (iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga. (v) Keluarga terabai. 2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat: (i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu. (ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. (iii) Membebankan golongan orang susah. (iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan
22
bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. 3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara: (i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. (ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. (iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. (iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. (v) Mengurangkan pendapatan negara. (vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. Penyelesaian Penyakit Rasuah Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya: 1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya. 2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat. 3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan. 4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya. 5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama. 6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11) (Surah ar-R‘ad: 11) 7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup. 8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. 9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.
23
10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut. 11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131. Penutup Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Ahmad) Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi: 1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak. 2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik. 3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi. Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur. Dicatat oleh NS di 29.5.08 0 ulasan
24
RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA
TAHUN ANTI RASUAH NEGERI SEMBILAN 2008 “KE ARAH GENERASI BEBAS RASUAH” Rasuah Menghancurkan Negara Peminta dan Penerima Rasuah adalah Pengkhianat dan Petualang Agama, Bangsa dan Negara
Definisi Rasuah Di dalam bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ar-risywah atau ar-rasywah Menurut kamus bahasa Malaysia, rasuah adalah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Dari segi istilah pula ia memberi maksud sesuatu yang diberikan untuk menyalahkan yang benar atau membenarkan yang sudah jelas salah. Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Rasuah atau suapan adalah termasuk: 1. Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. 2. Penyalahgunaan harta negara. 3. Merugikan negara 4. Memperkaya diri sendiri dan kerabat. 5. Wang atau apa jua pemberian, pinjaman, upah, ganjaran berharga atau harta benda lain 25
atau kepentingan harta benda dalam apa jua bentuk sama ada uang boleh digerakkan atau tidak; 6. Jawatan, kehormatan, pekerjaan, kontrak atau perkhidmatan atau perjanjian memberi pekerjaan atau khidmat; 7. Pembayaran, pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua pinjaman, tanggungjawab atau tanggungan sama ada sebahagian atau keseluruhannya; Rujukan : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic35_2004.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Korupsi_atau_Rasuah Dicatat oleh NS di 4.12.07 0 ulasan Langgan: Catatan (Atom)
26
ARKIB : 28/04/2008
Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia perlu berani Oleh MOHD. ARIF ATAN ADAKAH gejala rasuah yang telah lama membelenggu negara ini akan dapat diatasi dengan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia kelak? Dilaporkan sejak dua tahun lalu, rampasan harta milik pelaku rasuah dalam bentuk wang ringgit, kenderaan, bangunan dan hartanah membabitkan sekitar RM30 juta (Utusan Malaysia, 9 Januari 2008). Sepanjang tahun 2006 pula, BPR sudah membuka sebanyak 1,317 kertas siasatan berhubung kes rasuah dengan hanya 44.6 peratus daripada jumlah kes terbabit telah diselesaikan. (Utusan Malaysia, 11 Julai 2007). Oleh itu, sejauh mana anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang merupakan unsur penting dalam suruhanjaya itu akan bertindak adil dan saksama tanpa mengira kategori 'ikan bilis' mahupun 'ikan jerung'? Kembalinya keyakinan rakyat hanya akan wujud sekiranya suruhanjaya berkenaan tidak 'disuruh dan diperdaya' oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan diri, politik ataupun ekonomi. Sebaliknya, jika ia belum cukup masak ciri-ciri kebebasannya, persepsi negatif masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan membanteras gejala rasuah akan meningkat. Itulah sebabnya, penubuhan suruhanjaya tersebut dilihat tidak ubah seperti pelaburan politik bagi pihak kerajaan memujuk hati rakyat selepas pilihan raya umum lalu. Jika pujukan tersebut sekadar janji-janji manis tanpa usaha konsisten menuju ke arah matlamat yang diharapkan, tidak mustahil ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat pula. Pihak yang diberi tanggungjawab perlu bekerja keras bagi mengekalkan keyakinan dan merealisasikan harapan baru rakyat Malaysia untuk melihat ketelusan dan akauntabiliti benar-benar menjadi budaya kita. Cukuplah selama 41 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) rakyat 'penat' mendengar pihak dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa mempertikaikan tahap integriti negara ini. Rakyat juga tidak mahu lagi melihat pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), sehinggalah pertandingan pidato dan menulis esei integriti bersifat kosmetik semata-mata. Begitu juga dengan seluruh jentera perkhidmatan awam.
27
Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah untuk melihat lebih 200 buah agensi kerajaan di bawah kementerian-kementerian seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bebas daripada budaya wang suapan ini. Oleh itu, keberanian 'mencantas' sesiapa sahaja pesalah integriti tidak mengira status kelas atau status sosial mesti menjadi prinsip teras suruhanjaya berkenaan. Tambahan pula, kakitangan BPR dijangka akan ditambah seramai 5,000 orang. Apa yang paling mustahak, penguatkuasaan dan siasatan rasuah nanti usahlah berpilihpilih. Kita tidak mahu nanti suruhanjaya tersebut hanya menjadi bahan tawa sinikal rakyat apabila begitu ramai perasuah yang mengambil ratusan atau ribuan ringgit sahaja yang dihadap ke muka pengadilan sedangkan mereka yang 'kenyang perut suka hati' hasil rasuah ratusan juta ringgit dan mencuri aset negara tidak pula didakwa. Jadi, mahu tidak mahu kertas siasatan termasuklah dakwaan terhadap bekas pemimpin negara sekalipun perlu dibuka demi membuktikan tahap akauntabiliti suruhanjaya berkenaan. Ini kerana jika perasuah yang tahap 'dewa' dapat didakwa, langkah seterusnya pasti lebih mudah untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa golongan pemimpin di bawahnya pula. Dalam masa yang sama, anggota masyarakat serta pihak media harus berperanan sebagai mata dan telinga dengan bekerjasama memberi sokongan sewajarnya kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
28