Gejala Rasuah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gejala Rasuah as PDF for free.

More details

  • Words: 737
  • Pages: 3
Barah dalam masyarakat "Gejala Rasuah" ] Gejala rasuah sekiranya tidak dibendung dapat menggugat cita-cita kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.Akta Pencegahan Rasuah mendefinisikan rasuah sebagai menerima apa-apa suapan sebagai dorongan,upah,atau galakan daripada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.Sebagai contoh,suapan tersebut termasuklah wang ringgit,komisen,hadiah,lesen, tanah dan sebagainya.Manakala Profesor Syed AlAttas pula mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang mencakupi penyuapan,pemerasan dan nepotisme,iaitu merujuk kepada perlantikan saudaramara yang tidak layak untuk sesuatu jawatan.Kronisme pula merujuk kepada peluang yang diberikan kepada penyokongnya.Gejala ini akan menyebabkan kerosakan kepentingan sesuatu institusi serta mereka yang layak.Justeru,amalan rasuah adalah korupsi yang berupaya menjatuhkan kredibiliti sesebuah negara.Persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat ialah,apakah faktorfaktor yang menyebabkan gejala ini berlaku? Selaras dengan konteks diatas,antara faktor-faktor berlakunya gejala rasuah ialah faktor kepimpinan.Tahap kepimpinan yang ditunjukkan oleh seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi merupakan daya pengukur.Pemimpin yang gagal menunjukkan contoh terbaik dan terlibat dalam gejala ini mampu menyebabkan anak buah hilang rasa tanggungjawab.Malah,keadaan ini memungkinkan mereka turut melibatkan diri dalam gejala tersebut.Contohnya,menjelang musim pemilihan,pesanan dan tindakan tegas sering diingatkan oleh perdana menteri agar pemimpin-pemimpin tidak terlibat dalam politik wang.Seandainya hal ini berlaku,bermakna mereka bukan lagi dipilih atas dasar kelayakan,tetapi melihat pada habuan yang bakal diterima.Kondisi ini akan menjejaskan kredibiliti sesebuah organisasi dalam kalangan pemimpin yang mentadbir sesebuah negara Jika diteliti dari perspektif lain pula,sistem pentadbiran yang wujud juga menyebabkan berlakunya gejala rasuah.Dalam sesebuah jabatan,gejala rasuah dapat diukur melalui hubungan pegawai dengan orang awam,seperti di Jabatan Kastam,Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Awam.Hal in disebabkan jabatan-jabatan berkenaan mempunyai hubungan langsung dengan orang awam.Jika kaki tangan di jabatan kerajaan mahupun swasta agak lembap dalam pengurusan,tidak mustahil orang awam sanggup memberikan sedikit habuan untuk

mempercepatkan urusan mereka.Dalam faktor kepimpinan dan pentadbiran,barang kali ada sebab-sebab lain yang mendorong gejala tidak sihat ini berlaku.Contohnya,seperti kelemahan peribadi pentadbir,pendapatan bulanan yang kecil,proses modenisasi,serta penyerapan falsafah hidup yang memisahkan agama dengan urusan dunia. Sekiranya ditinjau dari pelbagai perspektif,terdapat beberapa kesan ekoran dari gejala tersebut.Sebagai contoh undang-undang tidak dapat berfungsi kerana golongan yang memberi rasuah mampu melepasi kawalan undang-undang dengan mudah.Lantaran itu ,keadilan dan kebenaran sudah menjadi satu komoditi yang boleh di jual beli.Apabila setiap lapisan masyarakat sudah sebati dengan rasuah,negara itu akan mundur dalam semua aspek sehingga rakyat akan mula memberontak.Kejatuhan negara Georgia pada tahun 2002 telah membuktikan hakikat ini.Disamping itu, gejala ini memberi impak terhadap individu itu sendiri.Sebagai contoh masyarakat akan memandang serong terhadap individu terbabit dan mula mempertikaikan punca kepada segala harta benda yang dimilikinya.Biasanya seseorang yang dijatuhi hukuman penjara akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan,seorang pegawai kerajaan akan dilucutkan jawatannya,seorang ahli perniagaan pula akan kehilangan perniagaannya dan kepercayaan pelanggannya manakala seorang tokoh politik akan hilang kuasa dan pengaruhnya disebabkan sabitan mahkamah. Jika ditelusuri secara mendalam,hampir seluruh pelosok dunia kini dihantui dengan kegiatan rasuah malah kuasa besar dunia yakni Amerika Syarikat turut terjebak dengan gejala ini.Oleh yang demikian,gejala rasuah ini mestilah dibendung kegiatannya daripada awal.Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebung nya ",ini jelas menunjukkan bahawa pengekangan rasuah perlu bermula dari institusi kekeluargaan.Sebagai contoh,ibu bapa perlulah menjadi teladan yang baik dalam menyalurkan sikap-sikap positif supaya anak-anak mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.Di samping itu,guru-guru di sekolah juga perlulah bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan formal tentang keburukan kegiatan rasuah kepada para pelajar.Peranan ini serba sedikit dapat membakar semangat para pelajar agar berfikir baik buruk sebelum membuat sesuatu perkara yang melibatkan masa depan.Rasuah telah memberi impak negatif yang boleh menyebabkan kehancuran moral sewarjagat dan negara akan mundur. Jika diselami dari perspektif lain pula,media massa memainkan peranan penting dalam usaha mengekang gejala rasuah.Antara contoh media massa ialah surat khabar,majalah,radio,televisyen dan sebagainya.Seandainya diselidiki secara mendalam,sebaran sebegini mempunyai pengaruh yang berkesan dalam

pembentukan sahsiah dan moral kelompok masyarakat.Oleh yang demikian,media massa mampu menjadi acuan kepada pembentukan pemikiran rakyat agar sentiasa peka terhadap isu-isu semasa.Walau bebaimanapun sebaran tersebut mampu mengundang implikasi-implikasi yang negatif .Ini kerana peranannya tidak terbatas kepada ruang lingkup yang tertentu sahaja,malah ianya meluas tanpa sempadan.Sehubungan itu,kesedaran dan peranan yang dimainkan media massa perlu dilaksanakan sebaik-baiknya supaya dapat menzahirkan masyarakat yang sifar rasuah. Sudah terang lagi bersuluh,bahawa gejala rasuah mempunyai pro dan kontranya.Sehubungan itu,masyarakat parlu bekerjasama dengan semua pihak bagi mengekang gejala ini terus menular dan menjadi barah yang sukar dirawat.Sebagai warganegara Malaysia,kita seharusnya menangkis segala anasir-anasir yang membawa kepada kemunduran Negara.Sekali lagi kita harus menegaskan bahawa gajala rasuah merupakan korupsi yang membebankan negara dan masyarakat.Oleh itu sebagai Negara yang demokrasi,kita perlu seiring dalam menangani kemelut tersebut serta mengamalkan Rukun Negara secara praktikal agar bebas dalam kemelut tumbuk rusuk ini bagi menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.

Related Documents

Gejala Rasuah
June 2020 35
Gejala Rasuah
May 2020 15
Rasuah
June 2020 20
Rasuah
June 2020 15
Rasuah
June 2020 20
Gejala
June 2020 25