Garis Panduan Pembinaan Surau

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Garis Panduan Pembinaan Surau as PDF for free.

More details

  • Words: 829
  • Pages: 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(14) 22 Jun 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/1998: Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Pendidikan Islam antara lain memberikan penekanan kepada aspek penghayatan dan amali. Sehubungan dengan itu, kewujudan surau dan bilik sernbahyang menjadi penting dan perlu dalam usaha mengukuhkan pengajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah. Narnun demikian, hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati masih banyak sekolah yang dibina sebelum Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) yang belum mempunyai surau atau bilik sembahyang yang tetap dan sesuai untuk menjalankan kegiatan Pendidikan Islam selaras dengan kehendak kurikulum. 2. Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturanperaturan yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan. i.

DEFINISI a. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah. b. Bilik sembahyang bermaksud bilik yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.

ii.

KEBENARAN UNTUK MEMBINA SURAU a. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan. b. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

1

iii.

PEMBIAYAAN a. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan hanya memberi peruntukan kewangan bagi pembinaan bilik sembahyang sahaja. Bagi pembinaan surau, tiada peruntukan diberikan. Permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan bilik sembahyang hendaklah dikernukakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri kepada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan Kementerian Pendidikan. b. Sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang sendiri boleh memohon bantuan daripada individu, orang rarnai, pihak swasta dan lainlain, selain daripada Kerajaan, melalui Persatuan lbu Bapa dan Guru. c. Pungutan derma yang melibatkan pelajar hendaklah mematuhi peraturanperaturan yang sedia ada dan kandungan Surat Pekeliling lktisas Bil. 7/1983.

iv.

PROSEDUR PEMBINAAN a. Dari segi tapak binaan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memastikan bahawa pelaksanaan projek tidak akan mengganggu projek-projek pembangunan yang akan datang di sekolah berkenaan. b. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai bilik sembahyang bolehlah membina bangunan tambahan bersambung dengan bangunan sekolah atau mengubahsuai bilik darjah yang sedia ada. c. Bilik sembahyang yang bersambung dengan bangunan sekolah hendaklah mengambil kira arah qiblat jika boleh dan reka bentuknya sesuai sebagai bilik sembahyang. d. Sekolah-sekolah yang akan membina surau atau bilik sembahyang hendaklah mengikut pelan, reka bentuk dan piawaian yang diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan. e. Bilik sembahyang seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam brif projek bangunan sekolah adalah seperti berikut. SEKOLAH MENENGAH (i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 18 bilik darjah, keluasan untuk bilik sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter lebar). (ii) Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah, keluasan untuk bilik sembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meter lebar). (iii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6 meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan SEKOLAH RENDAH (i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk bilik sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter lebar). 2

(ii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6 meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan f.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membina atau mengubahsuai bilik sembahyang dengan keluasan yang berbeza daripada yang ditetapkan di atas, kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

g. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpan keperluan-keperluan surau. h. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau bilik tersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah yang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan dan penyelenggaraan. i.

Pihak sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat yang Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.

ditetapkan

oleh

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k.

1.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan

3.

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8.

Ketua Nazir Sekolah

9.

Pegawai Perhubungan Awam

3

Related Documents


More Documents from "haziqhussin33"