Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” Monolog Humaira sendirian di dalam hati. “Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara. Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilang. Humaira terdiam seketika. “Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati. Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya. “Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu. Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.” Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah. Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?” Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.” “Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid. “Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas. “Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya. “Jom ibu.” Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.
ال اكبر و ل الحمد، ل اله ال ال و ال اكبر،ال اكبر ال اكبر ال اكبر Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid. ***** Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa. Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’set’kan telefonnya ke ‘silent mode’. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya. Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?” SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. “Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira. Humaira membuka mesej yang diterima. “Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.” Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya. Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbungabunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya. “Alice!” jerit Humaira. Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?” “Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”
“Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu. Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?” Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu. “Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.” “Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.” Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice. “Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.” “Jom Alice!” Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana. “Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?” soal Humaira. “Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.” “Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.” Alice tergelak. “Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.” Alice menyambung lagi, “Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.” “Ooo,” jawab Humaira pendek. Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu. “Ira, Alice tanya satu soalan boleh?” Alice bersuara perlahan. “Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.
“Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.” Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?” “Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.” “Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.” “Kenapa?” soal Alice. Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.” “Ooo,” Alice seakan terpegun. “Bukhari tau pasal ni?” Alice menyoal lagi. “Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut. “Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.” “Never mind.” Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi. “Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi. “Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.” “Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.” “Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?” “Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.” “Kenapa?” soal Ira lagi. “Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.”
“Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.” “Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,” Alice berseloroh. “Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,” Ira seakan merajuk. “Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,” Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira. Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.” “Jom,” jawab Alice. ***** Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu. “Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?” “Isy, mengarutlah Ira ni.” “Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira. “Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.” “Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?” soal Humaira sambil mencubit pipi Alice. “Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.” “Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula. Alice terdiam. “Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut Alice pula. Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara: “Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal Alice. “Heh betul sangatlah tu.”
Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi. “Siapa tu Ira?” soal Alice. Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati. “Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi. “Kenapa tak jawab telefon tu?” Soal Alice lagi. “Malas,” Jawab Humaira ringkas. “Pelik,” terpacul perkataan itu dari mulut Alice. Humaira memandang ke arah wajah Alice. Lalu menyoalnya, “Apa yang pelik?” Alice mendiamkan diri. “Heh, tak ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah Alice jalan-jalan keliling kampung ni.” “Boleh je, apa salahnya.” “Eh, Alice dekat UK ambil course apa ya?” “Alah Ira ni, takkan itu pun tak tahu.” “Ira lupalah.” “Alice belajar Comparative Religion di sana.” “Wah, menarik!” “Takdelah menarik sangat, tapi bestlah jugak. Hah Ira, Alice ada beberapa soalan ni, tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan Alice ni.” “Kalau Ira tak nak jawab?” Ira menyal sambil tersengih. “Ooo kalau Ira tak nak jawab, malam ni jugak Alice balik KL.” “Ala merajuklah pulak dia. Hah apa soalannya?” “Isy, kot ye pun sabarlah dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti kena marah.”
Humaira terus mengemas sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah. Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas. “Hah, Ira dah kemas ni. Apa soalan Alice tu?” “Ok, hari tu dalam kelas, ada pensyarah Alice cakap Islam ni suka sangat rendahrendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka. Dia kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu, atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya.” “Oo betullah apa yang pensyarah Alice cakapkan itu.” “Isy, Ira macam tak rasa apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul.” Humaira terdiam. Dia seolah memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan Alice itu. Bukan mudah, silap jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut mengubah hukum Allah pula. Alice merenung wajah Humaira. Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini. “Ira, Alice minta maaf kalau soalan tadi buat Ira kecik hati. Alice tak ada niat apaapapun.” “Eh, ok je. Takde marah pun. Hah pasal soalan Alice tu. Memang betulpun. Tapi, ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu.” “Apa maksud Ira?” “Okey, macam ni. Memang menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih kepada anak lelaki.” “Contohnya?” Alice menyoal lagi. “Hah tu yang Alice kena faham. Dalam Islam lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja lelaki,” Humaira menerangkan dengan panjang lebar.
Alice kelihatan sedikit terlopong. Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi Alice itu. “Bukan tu sahaja, lelaki juga kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka. Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji berpuluh ribu.” “Ooo, macam tu rupanya.” “Jadi, masalah yang timbul sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan rasa ditindas.” “Kalau begitu, yang patut kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira?” “Hah betullah tu.” “Tak ada ke undang-undang yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab masing-masing?” soal Alice lagi. “Entah, Ira pun tak pastilah Alice. Ira ni bukan pandai sangat bab-bab ni.” “Isy, Ira pandai apa. Dah kuranglah sikit soalan Alice pasal Islam lepas Ira jawab tadi. Nanti balik UK, bolehlah Alice cakap macam Ira jawab tadi kat pensyarah Alice. Hehhe.” “Hah kata tadi ada banyak soalan? Ni baru satu je.” “Memang banyak pun, takpelah, nanti-nantilah, lagipun Alice nak duduk sini bukan sehari je. Banyak masa lagi.” “Hah, Ira jangan lupa ye. Petang ni bawak Alice jalan-jalan kat kampung ni.” “Iye, Ira tak lupanya.” “Ok, Alice ngantuklah, Alice tidur kejap ye. Nanti bila dah nak petang, Ira kejutlah Alice ye.” “Ok,” jawab Humaira pendek. *****
Kedengaran azan Asar berkumandang. Humaira segera mengejutkan Alice. Lagipun selepas Asar nanti dia mahu membawa Alice melihat orang kampungnya yang akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban. “Alice, Alice bangun. Dah petang ni.” “Isy Ira ni, kacau betullah. Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari UK tak hilang lagi.” “Heh jangan ngada-ngada. Tadi kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat kat Alice ke,” seloroh Humaira. “Huih, apalak diaorang terpikat kat Alice, diaorang jatuh hati kat Ira le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni,” jawab Alice sambil ketawa. “Dahlah tu, pergi mandi. Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar.” **** Usai solat Asar. Humaira dan Alice pun bergerak keluar. Tiba-tiba Alice memanggil Humaira. “Ira, kamu lupa satu benda lah?” “Apa dia?” “Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu,” jawab Alice sambil tangannya melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu. “Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai niqab ni,” bisik Humairah ke dalam hatinya. “Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh.” “Alah dah terlupa nak buat macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.” “Loyar buruk pulak budak ni,” jawab Alice. “Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best.” “Apa benda yang best sangat tu?” “Alah ikut jele.”
Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira membawa Alice menaiki basikal LeRun nya. Alice duduk membonceng di belakang. “Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak,” rungut Alice ketika basikal mereka melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai. “Hahaha, Alice ni penakut lah jugak. Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.” Humaira terus memecut basikal LeRun nya sambil Alice memeluk erat rakannya, takuttakut terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun dengan wajah Alice. Masakan tidak. Di sekolah dulu, Alice digelar sebagai Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan India pun ramai yang tertarik dengan keayuan wajahnya. “Hah! Alice, kan aku dah kata ramai budak kampung ni nak ngorat kamu Alice.” “Huh, tak ingin aku,” jawab Alice. Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu. “Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat sini?” “Hah! Alice, kamu pernah dengar tak tentang ibadah korban?” “Pernah jugak, yang Alice tau nanti orang Islam akan sembelih lembu, kambing, ayam.” Humaira tergelak. “Isy, mana ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah.” “Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu.” “Hah dah jom kita pergi tengok orang tu sembelih kambing.” “Jom,” jawab Alice. “Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak sembelih kambingle tu.” “Eh mana kambingnya?” “Tu, dalam kandang tu,” jawab Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang belum disembelih.
“Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu keluar. Kan senang, tak payah ulang alik nak ambik kambing tu dari kandang,” kata Alice. “Hah, tu yang Alice kena tau. Islam ajar, kalau nak sembelih binatang, kita jangan takuttakutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice bayangkan kalau Alice tengk Ira kena sembelih macam kat Iraq tu,” terang Humaira. “Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan dia kena sembelih.” “Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke.” “Oo macam tu.” “Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena sembelihlah. Jom tengok.” Bebarapa pemuda kampung itu sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. Seorang lelaki dalam lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya. “Bismillah Allahuakbar,” pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu. Darah merah memancut keluar. “Iii, kasianlah kambing tu.” “Kenapa Alice?” “Yelah, tak sampai hati Alice tengok dia kena sembelih.” “Heh Alice, dah nama pun binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu hidup-hidup dalam periuk.” “Hehe. Tapi macam menariklak Alice tengok cara orang tu sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je.”
“Mestilah Alice, cara nak masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar.” Pemuda-pemuda kampung di situ segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecilkecil sahaja supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai. Kelihatan seorang pemuda yang berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daing yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang. Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan Alice. Dia seakan terpaku. Dia melambai kepada Alice. “Amoi, meh sini ambil daging ni. Free ma, tak payah bayar.” “Hah Alice, mamat tu panggi kamu ambil daging. Pergilah.” “Isy seganlah, saya sorang je Cina kat sini.” “Alah pergi jelah, dah dia panggil. Entah-entah dia minat kat Alice kot,” seloroh Humaira. Alice terus pergi ke arah pemuda tersebut. “Brother, bolehke saya ambil daging ni, saya bukan Islam le,” soal Alice. “Ambil jele, apa salahnya, orang Islam ke, bukan Islam ke, semua boleh ambil. Ke kamu tak makan kambing?” “Huh saya makan je apa yang boleh dimakan.” “Hah nah ambil dua bungkus, satu untuk kamu, satu untuk kawan kamu yang pakai purdah tu.” “O Thank you ye brother.” “Amoi! Hah tunggu kejap!”
“Why?” “Heh, kawan kamu yang pakai purdah tu siapa, orang kampung ni ke?” “Oo brother minat kat dia ke, meh saya panggil dia nak tak.” “Eh jangan! Saya nak tahu je,” segera pemuda itu memotong Alice sebelum sempat dia memanggil Humaira. “Brother orang kampung ni kan, takkan tak tahu, dia tu anak tunggal makcik Limah yang duduk dekat hujung kampung tu.” “Ooo,” pemuda itu seakan melopong. “Hah okeylah brother, kawan saya dah ajak balik tu. Ok siye-siye.” “Ok, bye,” jawab pemuda itu. Tanpa pemuda itu sedari, tukang sembelih tadi yang juga ayahnya memerhatikan sahaja dia berbual dengan Alice. Ayahnya datang ke arah dia. “Heh, kau Mat, sempat lagi kau usha amoi tu ye?” “Heh mana ada ayah, bagi dia daging je.” “Haih bagi daging pun sampai 2 minit dia berdiri kat sini. Ke engkau berkenan kat dia?” “Isy, ayah ni mengarutlah. Takkan saya nak minat amoi tu.” “Heh apa salahnya. Hahaha,” ayah pemuda itu berkata sambil tertawa. Humaira terus mengajak Alice untuk pulang. Jam tangan Alice menunjukkan jam 630 petang. Humaira mengayuh basikalnya perlahan-lahan. “Hai slow pulak Ira bawak basikal. Tadi bukan main laju lagi dia.” “Yelah, tadi Ira takut tak sempat nak bawak Alice tengok orang sembelih korban, sebab tu bawak laju-laju. Kenapa, Alice nak Ira kayuh laju-laju ke, Ira on je.” “Heh taknak! Alice muda lagi, tak nak mati cepat, hehehe.” “Eh Alice, tadi apa yang kamu dok borak dengan mamat jaga daging tadi? Bukan main lama lagi.” “Heh, nape. Ira jeleske.” “Huih, tak ingin Ira nak jeles.”
“Hehe,” Alice tertawa kecil. "Hah Ira, apa yang dok borak-borak kat bawah tu. Naik cepat, dah nak maghrib dah ni!" kedengaran suara makcik Milah memanggil Humaira yang sedang leka berbual-bual dengan Alice di halaman rumah. "Hah Alice, mak Ira dah panggil tu. Jom cepat naik. Lepas solat maghrib nanti boleh kita makan malam. Ira dah lapar ni." "Hah jom!," jawab Alice ringkas. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar… Allahuakbar… Kedengaran suara azan dilaungkan dari masjid yang hanya 300 meter sahaja dari rumah Humaira. Kelihatan pakcik-pakcik tua di kampung itu sedang berjalan kaki ke arah masjid. Kanak-kanak yang kecil juga tidak terlepas untuk turut serta menunaikan solat fardhu di masjid. Humaira masih lagi di dalam bilik air. Makcik Milah sudah membebel-bebel di dapur. "Hah, tulah, tadi mak suruh naik cepat tak nak. Ni dah habis azan pun masih dalam bilik air." Humaira, walaupun berada di dalam bilik air, dia masih mampu mendengar suara leteran ibunya. Dia hanya tersenyum. Sudah lali dengan keadaan sebegitu. Dia segera mengelap tubuhnya dan keluar dari bilik air. "Hah, cepat sikit, kita nak solat jemaah ni. Ira jadi imam ye, ibu jadi makmum." "Ok," jawab Humaira pendek. "Hah Alice, tak mandi lagi ke, pergi mandi, lepas Ira habis solat, kita makan malam. Isy, takkan nak makan dengan bau kambing ni," kata Humaira kepada Alice sambil ketawa. "Yelah, yelah, Alice nak pergi mandilah ni." Alice terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Sayup-sayup kedengaran suara Humaira sedang mengalunkan surah al-Fatihah. Alice kenal bacaan itu. Itu suara Humaira. Sudah lama dia tidak mendengar Humaira membaca al-Quran. Di sekolah dahulu, dia sering menyuruh Humaira membacakan al-Quran untuknya. Alice suka. Macam mendengar satu alunan irama yang lembut, menenangkan jiwa. Apatah lagi dengan kelembutan suara sahabatnya Ira. ****** Kenangan di sekolah dahulu menerjah kembali ke dalam minda Alice.
"Hah Ira, apa yang kamu dok hafal tu?" "Ira tengah hafal al-Quran lah." "Ooo, kenapa nak hafal al-Quran. Masuk dalam examke nanti?" soal Alice lagi. "Isy, tak adalah. Kalau Ira hafal al-Quran. Senang sikit nak solat. Boleh baca banyakbanyak surah." "Isy, surah tu apa? Surat Alice tau le." "Hish, Alice ni banyak betul lah soal, Alice pergilah Tanya ustazah Hamidah. Mesti dia jawab." "Alah Ira ni. Kedekutlah. Bagi jelah tahu." "Ok, ok. Ira main-main jelah, Takkan marah kot. Surah tu kalau kita nak translate dalam bahasa Inggeris maksud dia chapter. Alah macam dalam novel-novel kita belajar kat sekolah kan ada chapter." "Ooo, Ira bacalah. Alice nak dengar." "Ok, Ira baca surah Fatihah nak. Ni surah pertama dalam al-Quran." "Ok." ****** "Alice, apa yang lama sangat dalam bilik air tu." Alice tersedar dari lamunannya. Kenangan lalu disekolah bersama Humaira dahulu terus hilang. Cepat-cepat dia menyiram tubuhnya dengan air kolah yang sejuk itu. Tidak seperti dirumahnya. Kesejukan air tersebut membuatkan tubuh Alice menggigil. Segera dicapainya tuala dan mengelap tubuhnya. "Amboi, berangan ye. Orang dah habis solat pun dia still berendam lagi." "Mana ada le Ira ni, orang mandile tadi." "Hah yelah tu, entah-entah teringat kat cik abang siang tadi kot." "Huh, mengarutlah Ira ni, dahlah Alice nak pakai baju ni. Dah lapar." Makcik Milah dan Humaira sedang menyediakan makanan di dapur. Alice segera turun ke dapur apabila selesai memakai pakaian. Dia tidak mahu hanya melihat sahaja walaupun dia adalah tetamu di rumah ni.
"Siapa yang masak semua ni makcik? Ira ke? Tak nampak pun dia masak?" "Heh dah tahu bertanya pula. Makciklah yang masak. Ira tu rindu sangat kat kamu. Dapat jumpa kamu manalah dia ingat nak masak ni." "Hehe, alah mak ni. Hari ni je Ira tak masak. Hari lain Ira yang masakkan." "Heh yelah tu. Hah dah lah tu, jom makan. Tadi kata lapar sangat," makcik Milah mencelah. "Haah Alice ni, dari petang tadi dia asik mengadu lapar je. Heheh." " Sedaplah sup kambing yang makcik buat ni," Alice bersuara. "Memang sedappun, kalau Ira yang buat tak tahulah sedap ke tak," jawab makcik Milah. "Isy mak ni, kalau Ira buat. Mestilah sedap, Ira kan anak mak. Mesti macam mak jugak." Toot..Toot..Toot. Telefon bimbit Humaira berbunyi. Humaira melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. "Ah, dia lagi." "Siapa tu Ira, kenapa tak jawab?" "Huh, Bukhari. Tak habis-habis budak tu." "Apa lagi yang dia nak dengan kamu Ira?" soal makcik Milah lagi. "Entah, dari pagi tadi asyik call je. Ira tak angkat pun. Malas nak layan." Makcik Milah hanya membisu mendengar jawapan Humaira. Alice hanya memerhatikan sahaja reaksi Humaira dan makcik Milah. Persoalan timbul di benak Alice. Kenapa kedua-dua beranak ini seolah-olah membenci apabila nama Bukhari disebut. Kelihatan wajah Humaira sudah tidak seceria tadi. Nama Bukhari seolah-olah telah mencabut kegembiraan dan keceriaan. Alice bertekad, malam ini aku akan cuba dapatkan juga jawapannya dari Humaira. Usai makan malam. Mereka bertiga mengemaskan dapur. Tatkala melihat makcik Milah sudah tiada di dapur, Alice segera berbisik di telinga Humaira. "Kenapa Ira macam tak suka bila nama Bukhari disebut?" Humaira terdiam. Tangannya masih ligat menyusun pinggan makngkuk di raknya. Sambil Alice pula sedang membilas pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.
"Ira benci dia." "Kenapa? Bukan dia boyfriend Ira ke?" "Tu dulu. Ira benci dia." "Kenapa?" Alice menyoal lagi. "Nantilah Ira bagitahu. Malam nanti kita cerita pasal ni, ok," Humaira menjawab perlahan. "Ok, tapi Alice tak paksa kalau Ira tak nak cerita." Kelihatan makcik Milah sudah bersiap sedia untuk bersolat Isya'. Dia sedang menunggu Humaira yang masih di dapur. "Dahlah tu Ira, lepas solat nanti sambunglah kemas dapur tu. Dah azan ni." "Hah Ira, kamu pergilah sembahyang. Biar saya habiskan kemas dapur ni." "Ok," jawab Ira pendek. Usai sahaja mengemaskan dapur, Alice segera ke ruang tengah, tempat makcik Milah dan Humaira sedang bersolat. Mereka masih sedang khushuk bersolat. Alice mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya "Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat". Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. "Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam". Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. tetapi, dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai. Sungguh hina! Alice terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi: "Shalat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam." Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai dari solat. "Ah baik aku lupakan tentang Bukhari. Hal ini lebih penting untuk aku tanyakan kepada Humaira," bisik hati Alice. Humaira baru sahaja selesai solat. Dia berzikir perlahan-lahan. Hatinya masih bercampur baur. Geram dengan Bukhari yang tidak habis-habis mengganggunya. Sedih mengenangkan kisah lampunya bersama Bukhari. Dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Allah. Dia mengalunkan doa ini perlahan-lahan.
"Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, puteri hamba lelaki dan perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku." Air matanya tidak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian mu Tuhan. Sekian lama aku cuba melupakannya, kenapa dia muncul lagi. Alice masih khusyuk membaca risalah itu. Hatinya tidak tenang. Nama Bukhari sudah luput dari ingatan. Dia mahukan penjelasan Humaira. Usai sahaja berdoa, Humaira terus mengemaskan telekung dan sejadahnya. Dia pergi ke arah Alice. "Hmm. Alice nak Ira cerita tentang Bukhari ye, baik Ira ceritakan sekarang, tapi jangan terkejut ye," Humaira bersuara sayu. "Ira, Alice rasa kita tangguhkan dulu cerita Bukhari tu. Alice ada soalan yang lebih penting, ok?" "Hmm boleh juga, apa yang penting sangat tu?" Alice memberikan risalah yang dia baca kepada Humaira. Dia terus bertanyakan kemusykilannya. "Hah, Alice tak sangka macam ni sekali Islam pandang wanita. Ira tengok ni. Jelas kat sini Nabi Muhammad samakan perempuan dengan anjing hitam dan keldai!" Alice bersuara keras sambil menunjukkan apa yang tertulis di dalam risalah itu. Dia bersuara lagi: "Ira, selama ini Alice tak percaya yang Islam pandang hina perempuan. Jawapan Ira siang tadi tentang harta pusaka amat baik. Tapi Alice tak tahu apa pula jawapan Ira kali ini. Alice tak nampak apa-apa lagi penjelasan kat sini." Humaira terus mengamati apa yang tertulis disitu. Hadithnya sahih. Tertulis di situ "Riwayat Muslim dalam Shahîh-nya I/365/510, Abû Dâwûd, At-Tirmidzi, dan lain-lain. Adapun tambahan "al-hâidh" maka disebutkan dalam riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad yang shahih.)" Humaira ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Masakan dia mahu menolak apa yang tertulis di dalam hadith sahih. Nauzubillah! Benar! Dulu dia pernah keliru. Hampirhampir dia bertegang urat dengan ustaz Ghazali, ustaz yang mengajar Feqh as-Sunnah
dikampungnya. Tapi akhirnya dia tewas dengan jawapan ustaz tersebut. Tapi dia tidak fikir jawapan ustaz itu boleh menjawab persoalan Alice. Dia ligat memikirkan lagi jawapan yang sesuai. Alice memandang wajah Humaira. Dia tidak sabar-sabar menantikan jawapan Humaira. Tiba-tiba Humaira teringat satu diskusi tentang sifat-sifat Allah. Ketika itu Ustaz Ghazali, ustaz yang berusia 50 tahun itu sedang mengajar Tauhid al-Asma' wa as-Sifat. Beliau sedang membahaskan tentang sifat Yadd yang bermaksud tangan. Maka ketika itu, seorang pemuda, yang dalam lingkungan umur 22 tahun telah bertanyakan satu soalan. Pemuda itu berkata: "Jika ustaz menyatakan Allah mempunyai tangan, maksudnya ustaz telah menyamakan Allah dengan manusia. Saya ada tangan, ustaz pun ada tangan. Mana boleh Allah sama dengan makhluk." Kelihatan Ustaz Ghazali tenang sahaja. Beliau menjawab: "Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada isyaratnya ataupun dikenali sebagai adat at-tasybih. Seandainya saya nampak seekor lembu baru sahaja lalu dan saya kata lembu itu ada telinga. Dan keesokannya saya berkata bahawa kamu mempunyai telinga. Adakah itu bermakna kamu sama dengan lembu? Sudah pasti tidak. Maka begitulah dengan Allah, wa lillahi masalul a'la." Pemuda itu terpaku, lalu terus meninggalkan majlis ilmu tersebut. Humaira tersenyum. Dia sudah mendapatkan jawapannya. Kaedah jawapan Ustaz Ghazali itu boleh dia gunakan dalam situasi ini. Humaira terus melihat ke wajab Alice, dia berkata: "Rileklah Alice, janganlah garang-garang macam ni, takut Ira tau." "Mana boleh tak marah, Alice tak suka orang hina kaum perempuan." "Heh ok, ok. Hah Ira ada jawapannya. Tapi panjang sedikit. Ira akan buat analogi, dan Alice cuba kaitkan dengan apa yang Nabi Muhammad cakap tu." "Ok," jawab Alice cepat. "Hmm, Alice suka makan pisang tak?" soal Humaira. "Isy, apa kaitan pisang dengan kata-kata Nabi Muahammad tadi. Janganlah pusingpusing." "Alah jawab jelah soalan Ira tadi." "Ok, Alice jawab. Ye, Alice suka makan pisang." "Ok, Alice agak-agak, monyet suka makan apa?" "Makan pisanglah," jawab Alice sambil berasa pelik dengan soalan Humaira itu.
"Hah! Kalau macam tu Alice sama dengan monyetlah sebab Alice suka makan pisang." "Eh, apa pulak. Memanglah Alice suka makan pisang, tapi tak semestinya Alice macam monyet." "Heheh, janganlah marah. Gurau je." "Ok, kalau saya kata muka Alice canti macam bulan Alice suka tak?" "Mestilah suka, siapa tak suka kena puji?" jawab Alice. "Ok, tapi bukankah bulan tu permukaan dia kasar, takkanlah muka Alice macam tu?" "Isy, apalah Ira ni. Mestilah orang kaitkan cantik dengan keadaan bulan purnama bila dilihat dari jauh." "Jadi, maksudnya, bila Ira kata muka Alice cantik macam bulan, bukan bermaksud Alice ni serupa betul-betul macam bulankan?" Humaira pula menyoal. "Hah betullah tu." "So, kita balik kembali pada kata-kata Nabi Muhammad tentang wanita, keldai dan anjing hitam." "Hah apa kaitan soalan-soalan tadi dengan kata-kata nabi tu?" "Jawapan-jawapan Alice tadi sebenarnya adalah penjelasan untuk persoalan wanita, keldai dan anjing hitam tu," terang Humaira. "Isy, Ira terangkanlah, Alice still tak dapat kaitkan dengan apa yang Alice cakapkan tadi. "Ok, ok. Macam ni walaupun diletakkan wanita tu satu ayat dengan keldai dan anjing hitam, itu tak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan binatang-binatang tu." "Hmm," Alice mengeluh seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan Humaira. "Ok tadi Alice suka makan pisang, dan monyet pun suka makan pisang. Tapi persamaan tu hanya pada sifat suka makan pisang, bukan bermakna taraf Alice dengan monyet serupakan. Betul tak?" "Hah betullah tu," jawab Alice. "So, samalah macam hadith ni. Persamaan hanyalah pada keadaan di mana wanita yang sudah baligh, keldai dan anjing hitam jika melintas depan orang solat, maka solat orang itu akan batal. Ia tidak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan haiwan tu. Kata-
kata nabi ni hanya cerita tentang membatalkan solat. Tak bolehlah kita nak kaitkan ia dengan taraf wanita dan lain-lain." Kelihatan Alice masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Hah, takpelah kalau Alice tak faham sekarang, tapi cuba Alice kaitkan semua yang kita cerita tadi. Insya-Allah Alice akan faham." "Hmm, Alice dah faham sikit, cuma sukar sikitlah sebab nak kaitkan dengan apa yang kita cerita tadi." "Hmm, takpelah, perlahan-lahan. Elok jugak Alice tanya tadi." Alice hanya mengangguk. Humaira bersuara: "Sebenarnya, setiap apa yang kita baca akan ditafsirkan dengan pelbagai penafsiran. Macam tadi Alice faham ayat tu sebagai menghina perempuan, sedangkan Ira tak faham macam yang Alice faham. Macam tu jugaklah dengan isu-isu yang lain. Contohnya kalau isu aurat, kalau mereka yang sudah ada prejudis tentang Islam. Bila baca ayat tentang aurat, dia akan akan fikir Islam kongkong wanita. Tapi kalau orang lain, mungkin dia akan fikir yang menutup aurat ni lambang wanita yang bermaruah. So, setiap orang ada kefahaman dan tafsiran masing-masing." "Jadi?" soal Alice pendek. "So, kita kena berlaku adil. Bila kita baca sesuatu atau dengar sesuatu, kita kenalah faham sebagaimana yang orang yang bercakap atau menulis tu nak maksudkan. Jangan kita pergi palingkan kepada maksud yang lain." "Ooo, macam tu. Thank you Ira sebab terangkan kat Alice." "Heh tak payahlah nak thank you, thank you. Kita kan kawan." "Hah Ira, bila nak cerita tentang Bukhari, awal lagi ni. Baru pukul 10, takkan nak tidur kot. Ceritalah." "Heh ingatkan dah lupa dah cerita pasal Bukhari, okeylah Ira cerita sekarang." Humaira terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Jika diikutkan amat berat untuk dia mengingati kembali kisah lamanya itu. Kisah yang mahu dia hapuskan dari kamus hidupnya. “Isy Ira, tadi kata nak cerita, ni dia dok termenung pulak,” Alice menegur Humaira yang kelihatan sedang mengelamun. “Hah Alice nak dengar cerita dari mana?” soal Humaira pula.
“Ok, Alice nak tahu macam mana Ira boleh kenal dengan Bukhari tu. Dulu, Ira just cerita Ira ada boyfriend nama Bukhari, Ira tak cerita pun macam Ira kenal dia,” Alice menerangkan. “Hah kalau macam tu, biar Ira start dengan detik-detik awal kitorang kenallah.” ***** “Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah”, kedengaran suara imam memberi salam. Semua jemaah mengikutnya, berpaling ke kanan, selepas itu berpaling ke kiri. Kesemua jemaah sedang khusyuk beristighfar. “Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”. Selepas itu mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah. Perlahan-lahan mereka berzikir sendiri-sendiri. Sunyi keadaan masjid ketika itu. Masing-masing menumpukan kepada ibadah masing-masing. Cuma kadangkala terdengar suara si bayi merengek, mungkin kehausan susu, atau kanakkanak berlari, bermain di serambi masjid. Usai sahaja memohon keampunan Tuhan dan memuji-mujinya, seorang demi seorang bangun untuk menunaikan solat sunat ba’diyah Isya’. Humaira sedang mengemas telekungnya. Dia sudah usai menunaikan solat sunat ba’diah Isya’. Dia sedang menunggu ibunya, makcik Limah yang masih sedang di tahiyyat akhir. Selesai sahaja solat, makcik Limah terus pergi ke arah anak perempuannya. “Jom balik ibu,” Humaira mengajak makcik Limah pulang ke rumah. Makcik Limah hanya mengangguk. Sambil berjalan pulang ke rumah, kedua-dua beranak ini berbual-bual. “Siapa yang jadi imam solat Isya’ tadi ibu? Tak pernah dengar pun suaranya. Rasanya bukan Ustaz Taib jadi imam tadi,” Humaira menyoal ibunya. “Haah, bukan Ustaz Taib. Maghrib tadi ustaz Taib jadi imam, tapi tadi Isya’ bukan. Ibu dengar orang cakap yang imam tu anak ustaz Taib.” “Oo anak ustaz Taib. Anak dia yang mana ye? Tak pernah nampak pun anak dia ikut dia datang mengajar kat masjid ni,” Humaira menyoal lagi. “Entah ibu pun tak tahu,” jawab makcik Limah kepada anaknya. “Piin,” kedengaran bunyi hon kenderaan dibelakang mereka.
Makcik Limah dna Humaira terus berhenti. Sebuah kereta Iswara putih berhenti. Kelihatan didalamnya Ustaz Taib dan seorang pemuda. Ustaz Taib membuka tingkap keretanya. Dia menyapa makcik Limah. “Assalamualaikum WBT. Kak Limah apa khabar?” “Waalaikumussalam WBT. Eh ustaz, baik-baik sahaja. Ni ustaz nak pergi mana ni? Ini bukan arah ke rumah ustaz?” “Takdelah, saya nak pergi rumah tok penghulu sekejap. Ada hal nak bincang dengan dia.” “Ooo, eh tu siapa tu duduk sebelah ustaz tu?” soal makcik Limah sambil jarinya menunjukkan ke arah pemuda yang duduk di sebelah kiri Ustaz Taib. “Ini anak saya. Dia tengah cuti ni. Sebab tu dia ikut saya datang mengajar kat sini.” “Ooo kat mana dia belajar tu ustaz?” soal makcik Limah lagi. “Belajar agama je, dekat Universiti Islam Antarabangsa, dekat Gombak tu. Sekarangkan cuti semester, tu yang dia ada ni,” terang Ustaz Taib. Anaknya yang duduk disebelah hanya tersenyum sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Humaira yang sedang berdiri di sebelah ibunya, makcik Limah. “Eh, ni anak akak ni, apa namanya? Dah lupa pulak, maklumlah dah tua. Sekarang study di mana?” “Ooo yang ni nama dia Humaira. Sekarang baru je habis matrik kat UIA. Bulan Julai nanti dia masuk Gombak lah pulak.” “Ooo, Humaira ambil kursus apa kat UIA tu?” soal Ustaz Taib kepada Humaira pula. “Ekonomi je.” “Oo nanti masuk UIA, bolehlah jumpa dengan anak saya ni. Dia belajar kat UIA. Tapi kursus lainlah. Lagipun dia dah setahun kat sana.” “Ooo,” jawab Humaira pendek. Dia kelihatan tidak selesa. Dia perasan bahawa anak Ustaz Taib tu sedang melihat ke arahnya. “Okeylah kak Limah, saya pun dah lewat ni. Lama pulak nanti tok penghulu menunggu kat rumah dia tu. Saya pun memang dah janji nak pergi rumah dia tu,” terang Ustaz Taib. “Baiklah ustaz, Assalamualaikum WBT.” “Waalaikumussalam WBT,” jawab Ustaz Taib. Dia terus menutup tingkap keretanya. Kereta Iswara putih itu terus meluncur ke arah destinasinya. Humaira dan makcik Limah
meneruskan perjalanan mereka. Dalam masa tidak sampai lima minit, mereka sudah sampai di halaman rumah. ***** “Ooo, macam tu rupanya Ira start kenal dengan Bukhari.” “Haah, macam tu je. Takdelah best sangatpun,” jawab Humaira pendek. “Tapikan, dari cerita Ira tadi, Bukhari ni baik orangnya, kenapa sekarang Ira dan mak Ira macam tak suka je dengan Bukhari tu?” Alice menyoal lagi. “Itu baru start cerita lah Alice. Ira belum cerita lagi bila Ira start berhubung dengan Bukhari, dan kenapa pulak Ira benci sangat kat dia sekarang.” “Hah, apa lagi, ceritalah kat Alice. Macam best je!” “Hah best kata Alice, sampai hati Alice kata macam tu,” Humaira seakan-akan merajuk. “Alah Ira, Alice main-main jelah. Takde bestnya, Alice nak tahu je. Ceritalah Ira.” “Yelah, yelah. Amoi ni tak sabar-sabar pulak.” ***** “Hah, Ira. Dah siapke barang-barang nak pergi masuk Gombak tu. Semua barang dah belike?” “Alah ibu, barang-barang dari matrik dulu boleh guna lagi. Semua still ada dalam kotak tu. Tak payah beli yang baru pun.” “Takkan tak nak beli barang baru kot, sarung bantalke, sarung tilam ke, beg nak pergi kelas ke?” soal makcik Limah lagi. “Isy, tak payahlah ibu. Elok lagi barang-barang tu. Ira baru guna setahun je kat matrik. Elok lagi.” “Kalau macam tu baguslah.” Humaira hanya tersenyum sahaja. Begitulah ibunya, sangat mengambil berat. Setiap hal akan diingatkan kepada Humaira. Dari sekecil-kecil hal, sampai yang sebesar-besarnya. Humaira sedang membaca buku yang baru dibelinya dari pekan Tampin tadi. Menarik tajuknya ‘Sifat Solat Rasulullah’. Tertulis di kulit buku nama penyusunnya Shaikh Nasiruddin al-Albani. Humaira terus membaca dan membaca. Banyak hal-hal dalam solat yang tidak diketahuinya wujud di dalam buku ini. Lebih-lebih lagi di dalam buku itu diletakkan sumber-sumber hadith untuk setiap perbuatan dan perihal di dalam solat.
Seronok membacanya. Selama ini Humaira hanya belajar solat di sekolah. Tak pernah pulak di ajar apa buktinya Rasulullah SAW bersolat sebegitu rupa. “Hah Ira, lupa lak ibu nak bagitahu tadi. Tolong pergi kedai jap. Beli mee kuning. Mak nak buat mee gorenglah petang ni.” Humaira terus bingkas bangun. Dia meletakkan buku ‘Sifat Solat Nabi’ itu di atas rak bukunya. Dia terus mencapai tudung yang memang sudah sedia disangkut pada hanger. Mudah bila nak keluar nanti. Dia menyalin pakaiannya. Tadi di rumah dia hanya memakai kemeja T berlengan pendek sahaja. Dia terus menyalin memakai kemeja T berlengan panjang, labuhnya juga sampai hampir ke paras lutut. “Ira, duit ada kat atas meja kat ruang tamu tu.” “Baik ibu,” jawab Humaira pendek. Dia terus turun dari rumahnya. Dia mencapai basikal Le Runnya. Jarak kedai runcit dari rumahnya tidaklah terlalu jauh. Kalau menunggang basikal, tak sampai 2 minit pun. Humaira terus memecut basikalnya. Seronok tunggang basikal laju-laju macam ni. Tiba di selekoh Humaira berhenti seketika. Melihatkan tiada kenderaan yang lalu. Dia terus melintas dengan basikalnya. “Piin, Piin!”, kedengaran suara hon. Humaira menoleh ke kirinya. “Ya Allah!” terpacul kalimah itu dari lidah Humaira. Motosikal yang tadi dia lihat jauh sudah semakin hampir dengannya. Dia cuba mengawal keadaan, Humaira terus mengelak ke tepi jalan. Basikal Le Runnya terlanggar pili bomba yang ada ditepi jalan tersebut. Humaira tersembam ke tanah. Motor Honda EX5 tadi berhenti. Seorang pemuda yang berkemeja T turun dari motor itu. Enjin motosikal dimatikan. Dia melihat ke arah Humaira. Pemuda itu kelihatan sedikit takut-takut. Mungkin risau hal-hal yang tak diingini menimpa Humaira. “Akak, akak tak apa-apa ke?” pemuda itu mula bertanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memanggil Humaira. Panggilan ‘akak’ lebih sopan mungkin baginya. “Kamu ni buta ke apa? Tak nampak ke orang melintas kat depan tu. Dahlah tu bawak motor dalam kampung laju-laju pulak tu.” “Kak, saya minta maaf kak. Saya nak cepat tadi. Akak tak apa-apake. Macam cedera je dekat tangan tu. Nak saya hantarkan pergi klinik.” “Tak payah, saya boleh pergi sendiri,” jawab Humaira pendek. Humaira terus bangun. Dia membelek-belek basikalnya. Dia tidak memandangpun ke arah pemuda tadi. Dia berdiri membelakangkan pemuda itu. Masih elok basikalnya. Tak payahlah dia nak berjalan kaki ke rumah. Dia membatalkan hasrat untuk pergi ke kedai. Dia berpatah balik pulang ke rumah. Waktu itu dia melihat ke arah pemuda yang hampirhampir melanggar dia tadi. “Astaghfirullah!” Humaira terkejut.
Pemuda tadi juga menoleh ke arah Humaira. Dia turut terkejut. “Ya Allah!” Humaira terus menuggang basikalnya pulang ke rumah. Dia sedikit menyesal. Sedikit rasa malu timbul dihatinya. Pemuda tadi juga turut terkejut. Dia membiarkan sahaja Humaira pergi. Nyaris-nyaris dia melanggar Humaira. Nasib baik tidak ada apa-apa yang terjadi. Sampai sahaja di rumah. Humaira terus meletakkan basikal di bawah rumahnya. Dia terus berlari naik ke atas. Dia masuk ke bilik air. Dia cuba mencuci luka di pergelangan tangannya. Pedih. Dia menahan sakit. Humaira keluar dari bilik air. Makcik Limah kehairanan. “Aik, bila pulak dia balik,” hatinya berbisik. “Ira, mana barang yang ibu suruh beli tadi?” soal makcik Limah. “Ye mak. Tak sempat belipun,” jawab Humaira pendek. “Hah tak sempat beli? Macam mana pulak boleh tak sempat?” soal makcik Limah lagi. Dia terus pergi ke arah bilik anak daranya itu. Dia melihat Humaira sedang meletakkan ubat pada ditangannya. Makcik Limah terkejut. “Ya Allah! Ira accident ke tadi, kenapa tak cakap kat ibu?” “Sikit je ibu, bukan teruk sanga pun.” “Hah yelah tu. Tak nak pergi klinikke. Biar ibu call kan teksi. Kita pergi klinik. Biar doktor cuci luka kat tangan kamu tu. Cepat sikit sembuh.” “Isy, tak payahlah ibu. Sikit je ni. Ira boleh letak ubat sendiri.” “Suka hati kamulah Ira. Tulah bawak basikal laju-laju sangat. Kan dah accident!” Humaira hanya mendiamkan diri sahaja. Dia terus meletakkan ubat di tangannya. Sesekali dia mengaduh kepedihan. Rasa pedih bila terlanggar luka ditangannya. ***** “Haha! Kelakarlah Ira ni. Nasib baik tak apa-apa. Betullah cakap mak Ira tu. Ira suka sangat bawak basikal laju-laju,” Alice berseloroh sambil tergelak. “Isy, apa pulak, budak tu lah. Bawak motor macam tak sayang nyawa.” “Eh, sambung lah lagi. Baru pukul 11 ni. Pukul 12 malam nanti baru Ira boleh stop cerita.”
“Amboi! Ni nak dera Ira ke. Okeylah untuk cik Alice yang comel ni, Ira ceritalah lagi,” kata Humaira. ***** “Assalamualaikum WBT.” Kedengaran suara lelaki di halaman rumah memberi salam. “WaalaikumussalamWBT.” Makcik Limah menjawab. Dia terus mencapai tudungnya yang ada di dapur. “Siapa pulak yang datang tengah-tengahari ni?” soalnya di dalam hati. Makcik Limah terus bergerak ke pintu rumah. Dia melihat keluar. Kelihatan Ustaz Taib, isterinya dan anaknya yang menuntut di UIAM itu. “Eh, ustaz, ustazah. Apa tercegat kat bawah tu. Naiklah atas,” makcik Limah mengajak mereka naik ke atas rumahnya. Makcik Limah terus bersalaman dengan isteri ustaz Taib. Dia mempersilakan mereka duduk. Makcik Limah mahu memanggil Humaira untuk membuatkan air kepada tetamu yang ada ini. Makcik Limah membatalkan hasratnya. Dia teringat yang tangan anaknya luka. Mungkin masih sakit lagi agaknya. “Eh ustazah, ustaz, kenapa datang tak beritahu. Ni tak sediakan apa-apa ni. Tengah masak tadi kat dapur.” “Eh, tak payah susah-susahlah kak. Kami pun tak rancang pun nak datang ni.” “Ooo, macam tu. Eh biar saya ke dapur kejap, sediakan minuman, panas-panas ni, mesti ustaz dan ustazah hauskan.” “Eh tak payahlah kak. Kami datang ni pun ada hak sikit. Pasal Humaira.” “Hah pasal Humaira. Kenapa dengan anak saya ustaz? Apa dia buat?” soal makcik Limah. Dia terkejut apabila tiba-tiba ustaz Taib menyebut nama anak tunggalnya. “Tak ada apa-apa. Ni tadi Bukhari baru bagitahu. Waktu dia balik dari pekan tadi, dia hampir accident dengan Humaira kat simpang tadi. Tu yang dia ajak kami datang sini. Yelah nak tahu juga macam mana keadaan anak akak tu,” terang ustaz Taib. “Ooo. Patutlah. Ira ada dalam bilik tu. Biar saya panggilkan dia kejap.” Makcik Limah terus pergi ke bilik anaknya. Humaira sedang berbaring-baring sambil menyambung membaca buku ‘Sifat Solat Nabi’ tadi. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari kehadiran ibunya di pintu biliknya. “Ira, Ira. Keluar kejap nak. Ustaz Taib sekeluarga ada kat luar tu. Mereka nak jumpa Ira.”
Humaira terus mencapai tudungnya. Dia dapat menjangka tujan kehadiran ustaz Taib sekeluarga. Humaira terus bergerak ke ruang tamu. Dia pergi ke arah isteri ustaz Taib. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustazah Hasmah, isteri ustaz Taib. “Apa khabar ustazah,” Humaira bertanya khabar sambil bersalaman. “Ustazah baik-baik sahaja. Humaira macam mana?” “Saya sihat je ustazah.” “Hah luka Humaira tadi macam mana. Nak ustaz bawakan pergi klinikke?” “Isy tak payahlah ustaz, sikit je ni,” jawab Humaira pendek. “Kami datang ni nak mintak maaflah pada kak Limah dan Humaira tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Ni si Bukhari ni yang beria-ria ajak datang. Takut sangat dia tadi lepas waktu hampir accident dengan Humaira ni.” “Takpelah ustaz, ustazah. Bukan apa-apa pun. Sikit je ni. Silap saya juga tadi. Main lintas je,” terang Humaira pula. “Tulah, Bukhari ni. Dah berapa kali ummi cakap. Bawak motor tu perlahan-lahanlah sikit. Ni main laju je. Nasib baik tak jadi apa-apa,” tambah ustazah Hasmah lagi. “Saya minta maaf ye Humaira. Tak sengaja tadi,” Bukhari pula bersuara. “Hah rancak berbual. Berbual-bual tu, jomle minum sikit,” makcik Limah bersuara sambil menghidangkan air dan sedikit kuih kepada ustaz Taib sekeluarga. “Eh dengar ceritanya, Humaira minggu depan dah nak masuk UIA Gombak ye?” soal ustazah Hasmah. “Iye ustazah, minggu depan. Ada sesi orientasi lagi kat sana nanti. Lepas seminggu tu baru start kelas agaknya.” “Haah, seminggu nanti kena sesi orientasi, tapi kat UIA dia tak panggil orientasi,” Bukhari cuba mencelah. “Oo dia panggil apa pula?” soal ustazah Hasmah. “Kat UIA dia panggil taaruf week.” “Ooo, macam tu,” sampuk makcik Limah pula. “Eh nanti minggu depan nak pergi UIA naik apa pula? Takkan naik bas kot? Barang banyak tu biasanya kalau budak baru masuk,” ustaz Taib pula mencelah.
“Rancangnya mungkin nak sewa kereta dari Tampin ni. Ingatkan petang ni nak pergi rumah Haji Abu tu. Ingat nak sewa van dia tu. Yelah banyak barang nak dibawakan.” “Eh, apa kata biar kami je hantar. Lagipun waktu tu hari Ahad, bukan kami bekerjapun. “Isy, tak payahlah ustaz, buat susah-susah ustaz je.” “Takpe, kami pun bolehle juga nak ziarah saudara-mara kat Kuala Lumpur tu. Lagipun bukan jauh sangat. Dua jam sahaja perjalanan dari Tampin ni.” “Hah, nanti saya ada waktu sesi taaruf week tu. Saya jadi komiti waktu taaruf week tu.” “Ooo, baguslah macam tu. Kalau Humaira ada apa-apa masalah. Bolehlah jumpa je Bukhari ni. Mintak tolong dia. Manalah tahu kena ragging ke.” “Isy ummi ni, kat UIA mana ada ragging-ragging.” “Eh, tak ada ke. Ummi selalu dengar kat tempat lain, kalau orientasi je, mesti ada ragging-ragging ni. Benda biasa je ragging-ragging ni.” “Tak adalah ummi. Kat UIA tak ada semua benda ni.” “Oo baguslah macam tu. Tak payahlah makcik nak risau sangat tentang Humaira ni,” sampuk makcik Limah pula. Humaira hanya mendiamkan diri. Dia memang sudah seda tahu bahawa di UIA tiada budaya ragging. Sejak masuk ke matrikulasi UIA di Petaling Jaya lagi, dia sudah tahu akan hal ini. Inilah yang mungkin membezakan UIA dengan universiti-universiti yang lain. “Hah, Bukhari bagilah no handphone kamu kat Humaira. Senanglah dia nak telefonke, sms ke waktu kat Gombak nanti. Manalah tahu ada hal-hal penting ke,” ustazah Hasmah bersuara lagi. “Betul cakap ummi kamu tu. Kalau demam ke, atau nak pergi Bandar KL beli barangke. Bolehlah kirim kat Bukhari ni. Dia ada motor. Tak payah Humaira nak keluar pergi bandak KL tu,” ustaz Taib menyokong saranan isterinya ustazah Hasmah. “Isy, tak payahlah ustaz, ustazah. Buat susah-susah je,” jawab Humaira pula. “Eh tak apa. Hah Bukhari, bagilah nombor handphone kamu kat Humaira tu,” ustaz Taib berkata kepada anaknya. Bukhari menyebutkan nombor handphonenya sambil tangan Humaira ligat menaipnya di telefon bimbit jenis Nokia.
“Humaira, miss call saya. Saya nak save no handphone kamu,” Bukhari bersuara. Humaira tidak berkata apa-apa. Dia terus mendail nombor telefon Bukhari yang baru sahaja dia dapat tadi. Telefon bimbit Bukhari berbunyi. Nombor telefon Humaira tertera di skrin telefon Bukhari. Bukhari menekan butang telefon bimbitnya dan menyimpan nombor Humaira. “Eh, kak Limah. Kami balik dululah. Nanti apa-apa hal. Kami telefonlah,” ustazah Hasmah bersuara seraya bangun untuk bersalaman dengan makcik Limah dan Humaira. “Iye, insya-Allah ustaz, ustazah. Kalau senang nanti. Datanglah lagi kat rumah ni,” jawab makcik Limah pula. Ustaz Taib sekeluarga terus turun dari rumah makcik Limah. Makcik Limah dan anaknya Humaira berdiri di pintu rumah mereka sambil memerhatikan kereta ustaz Taib beredar dari rumah mereka. Humaira terus membantu ibunya mengemaskan cawan-cawan minuman tadi. Walau luka ditangannya masih terasa pedih. Dia tetap membantu ibunya. Jam sudah menunjukkan pukul satu tengahari. Lagi sepuluh minit masuklah waktu Zuhur. Makcil Limah memanggil anaknya. “Ira, dah mandike. Nanti kita solat Zuhur berjemaah ye.” “Ibu, Ira cutilah hari ni.” “Aik cuti, pagi tadikan kita solat Subuh sama-sama.” “Tadi, pukul sepuluh pagi tadi, baru darah keluar. Ira dah agak dah. Hari ni mesti cuti punya. Dari malam tadi Ira dah rasa semacam je kat perut ni. Nasib baik ‘pad’ ada lagi.” “Ooo, kalau macam tu takpelah. Ibu solat sorang-sorang sahajalah ni. Ira pergilah rehat. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti lambat baik pulak luka kat tangan tu.” “Baiklah ibu,” jawab Humaira pendek. Dia terus melangkah ke dalam biliknya. Dia ingin menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi nya itu. Asyik tergendala sahaja dari tadi. Kalau boleh tengahari ini juga ingin dikhatamnya buku itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Humaira terus membuka peti mesejnya. Tertera nama Bukhari sebagai penghantar mesej itu. “Apa pulak mamat ni nak, baru dapat nombor dah hantar mesej,” rungut Humaira di dalam hatinya. Dia terus membaca mesej itu. Telah Mendaftar Masuk
masri Pembuka Topik * Kuala Lumpur Offline24.05.07 Kiriman: 33 Paparan Profil WWW Email Radio Re: Gadis Berniqab « Jawab #5 pada: 19 April, 2009, 07:54:27 AM » “Aslm wbt. Ya ukhti Humaira, ana mahu minta maaf atas kejadian tadi. Bukan sengaja nak langgar anti tadi.” Humaira hanya membaca mesej itu. Dia tidak membalaspun. Malas kata hatinya. Dia terus membaca dan membaca buku Sifat Solat Nabi itu. Dan tanpa disedari dia terlelap di atas katilnya. Buku yang dibaca itu terletak di atas dadanya. Mungkin terlalu letih. Makcik Limah usai solat Zuhur. Dia terus ke bilik Humairah. Fikirnya mahu mengajak Humaira makan tengahari. Dia membatalkan niatnya itu apabila melihat anak tunggalnya itu sudah tidur. Dia membiarkan sahaja. Jam 230 petang baru Humaira terjaga. Dia melihat telefon bimbitnya. Ada tiga sms yang diterima. Dia terus meembaca. Ketiga-tiga mesej itu dari Bukhari. Mesej pertama: “Kenapa anti tak balas sms ana? Anti masih marah dengan ana?” Mesej kedua: “Anti masih marah dengan ana?” Mesej ketiga: “La Ba’sa. Ana tahu siapa diri ana. Kalau anti tak mahu berkawan dengan ana pun tak apa.” Humaira hanya menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham. Baginya tiada keperluan untuk dia membalas SMS Bukhari. Belum pernah dia berhubung dengan mana-mana lelaki, bahkan nombor telefon bimbitnya pun tidak diketahui mana-mana lelakipun. Tadipun, dia tidak ada alasan untuk menolak bila Bukhari meminta nombor telefon bimbitnya. Jika tadi tiada ustaz Taib dan ustazah Hasmah. Memang jangan mimpi Bukhari akan mendapatkan nombor telefonnya. Humaira terus mendelete sms-sms dari Bukhari tadi. “Malas aku nak layan,” dengus Humaira di dalam hatinya. ***** “Isy, Ira ni. Tak baiklah buat macam tu. Mesti bengang si Bukhari tu Ira tak layan dia.”
“Biarlah siapa suruh. Ingatkan pak lebai macam dia tu tak layan perempuan. Gatal jugak rupanya.” “Isy Ira ni. Tak baik cakap macam tu. Entah-entah waktu tu dia betul-betul nak minta maaf ke,” Alice bersuara lagi. “Ira pun fikir macam tu juga. Rasa tak baik buat macam tu. Jadi malam tu, Ira replylah sikit SMS dia.” “Wah, reply jugak. Ingatkan tak nak layan si Bukhari tu.” “Alah malam tu je Ira reply sms dia. Lepas tu sampai masuk UIA Gombak takdelah.” “Ooo macam tu. Tapi Ira belum cerita lagi kenapa Ira dengan mak Ira marah sangat dengan dia.” “Hmm,” Humaira seakan mengeluh. Alice hanya memandang ke arah wajah Humaira. “Alice percayake kalau Ira cerita kenapa Ira benci sangat dengan dia.” “Mestilah, kenapa pulak tidak,” jawab Alice. “Ira pun macam tak percaya yang Bukhari macam tu. Tak sangka budak baik macam dia sanggup buat benda tak elok macam tu.” “Apa yang Bukhari buat Ira?” soal Alice tidak sabar. “Lepas masuk UIAM Gombak tu, Bukhari adalah jugak sms-sms Ira. Dia selalu ajak Ira pergi kuliah-kuliah agama yang ada dekat UIA tu. Ira sukalah jugak dapat sms dari dia.” “Oo macam tu.” “Tapi, ada satu hari tu sms dia lain macam sikit.” “Hah apa yang lain tu Ira, ceritalah.” ***** Malam itu Humairah sedang membuat latihan Business Mathematicnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada sms yang masuk. Mesej dari Bukhari. Humaira tidak merasa apa-apa. Mungkin esok ada kuliah agama kot. Humaira terus membuka sms tadi. “Aslm wbt Ya ukhti Humaira. Tengah buat apa tu?”
Humairah terdiam seketika. Apa pula mimpi mamat ni bertanya khabar malam-malam buta ni. Biasanya smsnya hanya berkisar pada mengajak hadir ke kuliah, pembatalan kuliah, takpun mesej-mesej yang berbentuk tazkirah. Humaira menaip mesej. Tidak sedap hati pula jika tidak membalas mesej ini. “Wslm wbt. Ana tengah study. Apa mimpi akhi mesej ana malam-malam ni?” Humaira terus menghantas sms itu. Tak sampai seminit sms berbalas lagi. “Ana teringatkan anti. Asyik terbayang wajah anti sahaja.” Humaira kelu seketika. Apa mahu dibalas. Tapi jarinya terus menaip sms. “Akhi ni nak bergurau-gurau pula malam-malam ni. Ana tak ada masa. Ana nak study ni.” Bukhari membalas lagi: “Ana bercakap benar. I really-really miss u. Ana suka kat anti.” Humaira terdiam. Gila! Tapi di dalam hatinya sedikit keriangan. Dia sudah tidak tahu apa yang mahu dibalas dengan sms itu. Terus ditutupnya buku Business Mathematicnya. Dia tersenyum sendirian. Jauh dilubuk hatinya, dia juga menyukai Bukhari. Tak sangka lelaki itu menyimpan perasaan yang sama kepada dirinya. Malam itu Humaira asyik terbayangkan wajah Bukhari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi: “Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. Dah lama ana tak jumpa anti. I miss you. Wslm wbt” Humaira tersenyum. Sebelum melelapkan mata, sempat lagi dia menaip sms untuk membalas sms Bukhari. “I miss you too. See you tomorrow.” ***** “Amboi, jiwangnya kamu dengan Bukhari ni. Bukan main lagi ye Ira.” “Entahlah Alice, Ira pun tak tahu kenapa dengan senang je Ira terima Bukhari tu.” “Mungkin sebab dia baik kot. Sebab tu Ira senang je terima dia.” “Mungkin betul juga kata Alice. Sebab Ira ingat dia baiklah Ira terima dia.”
“Hmm, jadi apa yang berlaku seterusnya. Dah suka sama suka tu,” Alice bersuara lagi. “Hmm tulah yang Ira sedihkan, kami suka sama suka. Ira ada beritahu ibu Ira pasal ni. Dia pun tak kisah. Dia suka sahaja Bukhari tu.” “Ooo macam tu. Habis tu ibu Ira tak suruh ke kamu bertunangke, kahwinke?” soal Alice lagi. “Ada, ibu ada cakap, kalau dah suka sama suka tu, ikat sahajalah. Lagi elok.” “Jadi, Ira dah bertunanglah dengan Bukhari tu.” “Tak sempat pun. Bukhari menolak katanya belum sedia lagi. Ira ikut sahajalah.” “Ooo macam tu,” kata Alice pula. “Tapi eloklah tak sempat bertunang tu. Tak sanggup Ira nak ada tunang macam tu.” “Kenapa Ira, apa dia buat?” “Alice tahu, Ira ingat dia lelaki baik. Setia kat Ira. Lagipun dia aktif dengan aktiviti dakwah. Tapi rupanya sebaliknya.” “Apa Bukhari dah buat Ira?” ***** Humaira sedang membaca buku accounting di biliknya. Tak lama lagi peperiksaan semester. Maka Humaira menghabiskan masanya dengan mengulangkaji pelajaran. Kuliah-kuliah feqh dan akidah pun sudah dua minggu tiada. Memang begitulah, apabila lagi tiga minggu menjelang musim peperiksaan, kuliah-kuliah agama pada waktu malam akan dihentikan. Ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengulangkaji pelajaran mereka. Humaira membelek-belek telefon bimbitnya. Sudah tiga hari tidak menerima sms daripada Bukhari. Mungkin sibuk agaknya. Masing-masing akan hadapai peperiksaan akhir semester. Tiada siapa yang mahu terkandas. Tiba-tiba telefon bimbit Humaira berbunyi. “Mungkin ada sms dari Bukhari,” Humaira berkata di dalam hati. “Aslm wbt. Ya ukhti! Maafkan ana kerana lama tak reply sms anti. Ana sedikit sibuk. Ana ada hal nak beritahu anti, malam nanti ana call anti.” Humaira membiarkan sahaja mesej itu. Takpe, malam ini Bukhari akan menelefonnya. Sudah hampir lapan bulan, setiap malam ada sahaja sms yang akan dihantar oleh
Bukhari. Kadangkala Bukhari akan menelefon Humaira. Hinggakan teman sebilik Humaira, Emmy berasa hairan. Kadangkala dia bertanya siapa yang telefon, Humaira hanya tersenyum sahaja. Humaira sangka rakannya Emmy tidak tahu apa yang berlaku. Itulah sangkaan awalnya. Tapi akhirnye rahsia yang terselindung terbongkar jua. Hari itu muncul kembali ke dalam lamunan Humaira. ***** Satu hari Humaira keluar. Mungkin ke tandas agaknya. Waktu itu hanya Emmy yang ada di bilik. Rakan-rakan yang lain keluar. Emmy pergi ke katil Humaira. Dia mahu mengambil buku accountingnya yang dipinjam oleh Humaira. Tiba-tiba dia terlihat telefon bimbit Humaira. Terpapar satu mesej di telefon bimbit itu. “Hai sayang, ukhti tengah buat apa tu. Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada di sini ana ini, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti, mesti ukhti suka kan. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja ……” Emmy terus meletakkan telefon bimbit itu. Tak sanggup dia mahu membaca sms itu. Dia terkejut. Tak dia sangka. Dia seakan tidak percaya bahawa inilah yang dibualkan melalui sms setiap hari. Emmy terus pergi ke katilnya. Dia menunggu Humaira balik. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Humaira masuk. Humaira bersuara: “Tak tidur lagi ke Emmy?” soal Humaira. “Belum lagi, tak mengantuk,” jawab Emmy perlahan. Diikutkan hatinya mahu sahaja dia bertanyakan Humairah tentang sms itu. Tapi dia menangguhkan hasratnya. Dia melihat sahaja apa tindakan Humairah selepas membaca sms yang ada itu. Humairah kelihatan tersenyum-senyum. Entah apa yang ditaipnya. Dia membalas mesej Bukhari. Emmy hanya memerhatikan sahaja. “Biarkan, esok masih ada. Aku akan dapatkan jawapannya dari Humaira esok,” kata Emmy di dalam hati. Emmy terus melelapkan matanya walau hatinya tidak tenang dengan apa yang baru diketahuinya. “Emmy, Emmy bangun. Jom kita solat Subuh berjemaah. Dah pukul enam ni,” Humaira mengejutkan Emmy. Dua rakan yang lain masih tidur lagi. Mereka sedang cuti. Maklumlah perempuan. “Hah dah pukul enam. Tunggu jap Ira, Emmy nak ambil wudhu dulu.” Mereka solat berjemaah berdua. Humaira menjadi imamnya. Usai sahaja solat, selepas berzikir beberapa ketika. Emmy bersuara:
“Ira, kalau aku nak tanya satu soalan boleh tak, tapi kau jangan marah ye.” “Apa soalan kau tu Emmy, cakap jelah. Tak ada aku nak marahnya.” “Siapa yang selalu telefon dan sms kau tu?” soal Emmy. “Alah kawan akulah Emmy,” jawab Humaira. “Lelaki ke perempuan?” soal Emmy lagi. “Lelaki. Heheh takdelah perempuan, kawan sekolah Ira dulu,” jawab Humaira. “Ooo, macam tu,” Emmy bersuara. Dalam hatinya dia sungguh tak sangka yang Humaira masih lagi mahu berselindung. Masih mahu menipu dirinya. “Ira, aku sebenarnya syukur sangat dapat duduk sebilik dengan kau ni. Kau baik. Walau aku macam ni. Pergi kelas pun dengan baju ketat, pakai seluar jeans, kau still kawan dengan aku,” Emmy menyambung bicara. “Heh Emmy,apalah ni, Subuh-subub macam ni buat cerita syahdu pulak. Biasalah tu. Sesama kawan.” “Takdelah Ira, kau selalu nasihat aku. Dulu aku ingat lagi. Aku memang payah nak solat Subuh, tapi kau selalu kejutkan aku. Ajak aku solat jemaah macam sekarang ni. So, aku memang bersyukur sangatlah.” “Hmm,” jawab Humaira. “Aku harap kau akan kekal macam tu. Tak berubah. Aku nak kau ajar aku, bimbing aku. Tapi…” Emmy terhenti di situ. “Tapi apa Emmy?” soal Humaira pula. “Sebenarnya berat aku nak cakap ni Ira. Sebenarnya aku terbaca sms yang kau dapat semalam. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak nak baca sms tu.” Humaira terkejut. Segala yang cuba diselindungnya terbuka jua. Hancur! Maruahnya di hadapan Emmy hilang. Dia malu, sedih, marah. Malu dengan apa yang telah dia lakukan bersama Bukhari, sedih kerana maruah dia tercalar, segala noda-noda hitam yang tersembunyi di sebalik tudung labuhnyanya itu akhirnya terbuka jua. Marah! Geram! Geram kepada Emmy kerana membongkar apa yang dia sorokkan selama ini. Humaira terus menanggalkan telekungnya. Dia bersuara dengan keras: “Siapa suruh kau baca sms aku?” “Aku tak sengaja Ira, aku tak ada niat pun nak baca sms tu.”
“Ah! Kau memang sengaja cari kesalahan aku kan. Lepas ni bolehlah kau hebohkan kat kawan-kawan yang lain.” “Ira, aku tak ada niat macam tu. Aku janji Ira, aku takkan bagitahu kawan-kawan yang lain. Aku janji Ira. Apa aku dapat kalau aku buat macam tu.” Humaira terus pergi ke arah katilnya. Perasaannya bercampur baur, dia tidak tahu apa yang boleh dia buat lagi. Emmy terdiam. Dia pergi ke arah Humaira. “Kau tak percayakan aku ke? Aku takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni.” Humaira mendiamkan diri. Emmy bersuara lagi. “Dulu kau selalu nasihat aku, bila aku tak solat kau ingatkan aku, bila dulu aku dok gayut telefon dengan boyfriend aku, kau nasihat aku berhenti semua tu. Aku ikut cakap kau. Tapi kenapa kau jadi macam ni. Aku nak kau jadi macam dulu. Humaira yang aku kenal dulu.” “Ah! Kau jangan nak ceramah akulah Emmi. Kau siapa? Kau ingat kau baik sangat. Dahlah. Kau dah tahu siapa aku sekarangkan. Dah aku nak tidur.” Emmy terdiam. ***** Humaira tersedar dari lamunannya. Itulah kali terakhir dia bersama Emmy. Selepas segala-galanya terbongkar, Humaira memohon untuk berpindah ke bilik lain. Entah apa rezekinya, mudah sahaja permohonan menukar bilik dia diluluskan. Bukan setakat itu, dia berpindah dari mahallah Sumayyah ke mahallah Asiah. Humaira kembali membaca buku accountingnya. Perasaan sedih tiba-tiba muncul pabila teringat kembali pertengkarannya bersama Emmy. Akan tetapi sebentar sahaja, Humaira tersenyum kembali apabila mengingatkan janji Bukhari untuk menelefonnya malam itu. ***** Alice terdiam. Cerita yang Humaira ceritakan seolah-olah satu kejutan buatnya. Humaira, gadis yang dia kenali sejak sekolah. Sukar berinteraksi dengan lelaki hatta teman-teman sekelas. Alice teringat, Humaira pernah membaling beg seorang budak lelaki keluar dari kelas hanya kerana budak lelaki itu mengganggu Alice. Tapi cerita yang dia baru dengar kali ini, seolah-olah Humaira yang lain wataknya. Bukan Humaira yang Alice kenali. Alice bersuara: “Lepas tu, apa yang jadi, Ira? Macam mana Ira dengan Emmy?”
Humaira terdiam. Matanya merah, dia seakan-akan mahu menangis. “Entahlah Alice, aku tak tahu. Dah lama aku tak hubungi Emmy. Mesti dia kecewa dengan aku.” “Hmm, takpelah Ira. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Eloklah dapat kawan macam dia.” “Yup. Dia baik. Memang dia kurang didikan agama. Waktu Ira baru kenal dia, Ira rasa macam susah nak masuk dengan dia. Waktu 1st week sebilik dengan dia. Tak pernah sekalipun Ira tengok dia bangun solat Subuh. Ira start perlahan-lahan ajak dia solat. Alhamdulillah dia mula-mula macam malas, tapi lama-lama dia ikut juga.” “Hmm.” “Ira tak cuba hubungi dia ke, atau ajak dia kawan balik dengan Ira?” “Hmm, Ira bukan tak nak. Ira malu, malu dengan dia. Dia berubah jadi baik. Dia harapkan Ira untuk jaga dia, ajar dia solat, ajar dia mengaji, tapi akhirnya Ira yang rosak. Ira malu nak jumpa dengan dia lagi.” Alice terdiam. Humaira seakan-akan tidak dapat menahan lagi air matanya. Dia menangis. Alice cuba memujuknya, menenangkannya. Alice menggosok belakang Humaira. Humaira menangis teresak-esak. Perasaan bersalah muncul di dalam hati Alice. Kenapalah dia perlu mendesak Humaira menceritakan kesemuanya? Kenapalah perlu dia merosakkan malam itu dengan tangisan Humaira. Kenapa? Kenapa? Cuma hati Alice masih bertanya-tanya. Apakah yang Bukhari lakukan sehingga Humaira begitu benci padanya. Niatnya untuk mengetahui hal itu padam apabila melihat tangisan Humaira yang tidak henti-henti. Malam itu, Humaira terus menangis dan menangis. Entah kenapa perasaan sedih yan teramat sangat. Alice terus memeluknya, memujuk dan memujuk. Akhirnya Humaira tenggelam dengan tangisannya di dalam dakapan sahabatnya Alice. Malam itu menjadi saksi kepada tangisan kesedihan, penyesalan, tangisan memohon taubat dari Tuhan. Alice membiarkan sahaja Humaira di dalam dakapannya. Akhirnye mereka terlena. Malam menjadi sunyi. Telah Mendaftar Masuk masri Pembuka Topik * Kuala Lumpur Offline24.05.07 Kiriman: 33 Paparan Profil WWW Email Radio
Re: Gadis Berniqab « Jawab #6 pada: 19 April, 2009, 07:55:54 AM » الصلة خير من النوم Kedengaran sayup-sayup suara Muazin melaungkan azan Subuh. Alice terjaga daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling. Hairan, “Ini bukan rumah aku”, bisiknya di dalam hati. Akhirnya dia tersenyum sendirian, baru dia teringat bahawa dia sedang berada di rumah sahabatnya Humaira. Alice mencari-cari Humaira. Dia terpandang Humaira sedang tekun membaca al-Quran. Humaira menoleh ke arah Alice. “Awal Alice bangun,” Humaira bersuara. “Terbangun dengar suara azan tadi. Ira buat apa tu?” Alice menyoal walaupun dia tahu Ira sedang membaca al-Quran. “Baca al-Quran. Kalau Alice mengantuk, tidurlah dulu. Ira nak solat Subuh dengan ibu.” “Okey,” jawab Alice ringkas sambil menarik selimutnya hingga ke kepala dan menutupi seluruh tubuhnya. Usai solat Subuh berjemaah bersama ibunya. Humaira masih tetap duduk di atas sejadah. Mulutnya kumat kamit melafazkan Istighfar, memohon keampunan daripada Allah. Kadangkala dia seakan menangis apabila teringatkan kesilapan yang pernah dia lakukan. Sejarah hitam yang hampir meragut maruahnya. Humaira mengambil sebiji buku kecil berwarna merah jambu bertajuk ‘Perisai Muslim’. Ia merupakan buku yang mengumpulkan zikir-zikir dan doa-doa yang diambil daripada hadith-hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Judul asal buku itu ialah Hisnul Muslim, susunan seorang ulama’ bernama Shaikh Said bin Wahf al-Qahthani. Humaira menyelak helaian buku kecil tersebut, dia mencari zikir-zikir di waktu pagi yang masih belum dihafalnya. Kedengaran suara makcik Limah memanggil Humaira. “Ira, Nampak tak buku zikir ibu yang warna pink tu?” “Ni, ada dekat rak buku ni ibu,” jawab Humaira sambil tersenyum. Dia teringat buku merah jambu tersebut adalah buku merah jambu yang sama yang sedang dia gunakan. Baru sebulan yang lalu dia membeli buku zikir tersebut. Itupun selepas diperkenalkan oleh seorang sahabatnya di UIA. Dia membelikan sebiji lagi buku itu untuk ibunya, makcik Limah. Gembira tidak kepalang makcik Limah ketika Humaira menunjukkan buku tersebut kepada beliau. Banyak sungguh zikir-zikir dan doa-doa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam amalkan tetapi tidak diketahui masyarakat. “Alhamdulillah, ibu ingat dah hilang buku zikir ibu ni. Kalau hilang susahlah, ibu bukan hafal zikir-zikir dan doa yang ada dalam buku ni.”
“Alah, kalau hilang, nanti Ira belikan yang baru untuk ibu. Di UIA ada banyak.” “Eh, zikir pagi di muka surat mana ye Ira? Ibu lupalah.” “Ni, muka surat 119,” Ira berkata sambil menunjukkan muka surat itu kepada ibunya. Perbualan mereka terhenti. Kedua beranak itu menumpukan perhatian kepada doa dan zikir yang mereka baca. Sayup-sayup Humaira dan makcik Limah membaca apa yang ada di dalam buku itu. Tiada kedengaran suara mereka. Perlahan. أعوذ بال من الشيطان الرجيم “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” Diikuti dengan bacaan ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas sebanyak tiga kali. Diteruskan dengan pujian kepada Allah seraya memohon kesejahteraan untuk hari itu dan memohon perlindungan daripada kecelakaan yang mungkin berlaku dengan izinNya. - .ُح ْمدُ وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيْ ٍء َق ِديْر َ ْ لَهُ ا ْلمُ ْلكُ وَلَهُ ال،ُحدَ ُه لَ شَ ِر ْيكَ لَه ْ َ لَ إِلَـهَ ِإلّ الُ و،ِِّح ْمدُ ل َ ْ وَال،ِِّصبَحَ ا ْلمُ ْلكُ ل ْ حنَا وََأ ْ َصب ْ َأ َك مِن َ َربّ أَعُ ْوذُ ِب،ُش ّر مَا َبعْدَه َ َك مِنْ شَ ّر مَا ِفيْ َهذَا ا ْليَوْمِ و َ وَأَعُ ْوذُ ِب،ُخيْ َر مَا بَ ْعدَه َ َخيْ َر مَا فِيْ َهذَا ا ْليَ ْومِ و َ َرَبّ أَسَْأُلك ِب فِي ا ْل َقبْر ٍ عذَا َ َب فِي النّارِ و ٍ عذَا َ ْ رَبّ أَعُ ْو ُذ ِبكَ مِن،ِا ْلكَسَلِ وَسُ ْوءِ ا ْل ِكبَر. “Kami hayati waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala se-suatu. Ya Tuhan, aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung denganMu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari seksaan neraka dan kubur.” Selepas dua puluh minit memuji dan memohon kepada Allah. Humaira menutup buku Hisnul Muslim. Dia bergerak ke arah Alice yang sedang nyenyak tidur. Humaira menarik selimut Alice. Dia tersenyum sendirian. Dia mengusik jari kaki Alice dan menggerakgerakkannya untuk mengejutkan supaya bagung dari tidur. Entah siapa yang mengajarkan teknik tersebut tidak diketahuinya. Cuma setakat pengalaman Humaira, ia berkesan mengejutkan seseorang daripada tidur tanpa membuatkan dia terperanjat. Alice membuka matanya. “Isy, dah pukul berapa ni. Alice mengantuk lagi lah,” sungut Alice. Kesan keletihan kerana perjalanan jauh semalam masih terasa.
“Dah pagi Amoi oi. Jom bangun, kita sarapan. Alice kena tolong Ira buat breakfast pagi ni.” “Alice mengantuklah, Ira buatlah sorang-sorang. Nanti dah siap, Ira kejutkan Alice ye,” jawab Alice sambil menarik selimutnya kembali. “Iii mengada betul amoi ni, bangun-bangun.” “Yelah, yelah. Kacau betullah Ira ni,” sungut Alice. “Hah, macam tu lah. Ini nak tidur sahaja, bangun pagi-pagi ni elok. Murah rezeki. Burung pun keluar pagi untuk cari makanan, betul tak cik Alice?” gurau Humaira. “Yelah, yelah, Ira nak perli Alice lah tu,” jawab Alice sambil ketawa. Mereka berdua teringat kisah di zaman persekolahan mereka. Ketika itu mereka di tingkatan satu. Alice telah menulis satu karangan Bahasa Melayu yang menceritakan tentang kerajinan. Karangan Alice telah mendapat markah yang tertinggi hingga di isi di dalam majalah sekolah mereka. Di dalam karangan tersebut, Alice telah membuat perbandingan antara manusia yang malas dengan burung-burung yang keluar pagi untuk mencari rezeki. Entah bagaimana contoh yang menarik tentang burung itu telah menyebabkan karangannya terpilih di dalam majalah sekolah mereka. Mereka berdua bergerak ke dapur. Kelihatan makcik Limah sedang menyediakan sarapan untuk mereka berdua. “La, ibu, kenapa ibu buatkan sarapan, kan Ira dah cakap biar kami sahaja yang sediakan sarapan,” kata Humaira seraya melihat sarapan sudah disediakan. “Yalah tu, nak tunggu kamu berdua siap, laparlah perut ibu. Dah lah tu, ajak si Alice tu sekali minum. Nanti sejuk pula air dengan bihun goreng ni.” Alice dan Humaira segera duduk di meja makan. Humaira membaca Basmallah secara perlahan sebelum mula mengambil makanan yang sudah terhidang. Terasa seperti ingin tercekik, Humaira lantas mencapai air yang sudah terhidang tanpa menyedari gelojohnya itu diperhatikan oleh makcik Limah. “Hah, elok sangatlah tu minum dengan tangan kiri. Nak jadi kawan syaitan,” tegur makcik Limah tatkala melihat Humaira mengambil minuman dengan tangan kiri. Humaira tersengih, Alice di sebelah seperti kurang faham. “Ira tak sengajalah ibu, nak cepat sangat, tadi rasa macam nak tercekik. Maaf ya ibu.” Alice segera cuba merungkai persoalan kepada apa yang dia baru sahaja dengar. “Kenapa makcik kata Ira nak jadi kawan syaitan?” soal Alice.
“Ooo, sebab minum dengan tangan kiri ni amalan syaitan. Sebab tu makcik tegur Ira tu. Dia tu kalau dah lapar lupa semua.” “Hmm, Alice tak faham lah Ira. Macam mana ibu Ira boleh tahu kalau kita minum dengan tangan kiri, kita jadi kawan syaitan.” “Ooo, Alice ingat makcik pernah jumpa syaitan ke,” jawab makcik Limah berseloroh. “Hehe, kelakarlah ibu ni. Kasihan Alice tu kena gelak.” Alice turut ketawa. Dia mencari pinggang Humaira untuk dicubitnya. Geram kerana ditertawakan oleh Humaira dan makcik Limah. “Aduih, sakitlah Alice. Okey, okey. Sorry okey amoi.” “Hah, tu lah Alice tanya, Ira gelak pulak.” “Alah Alice janganlah marah. Gurau-gurau sahaja. Okey biar Ira terangkan. Sebenarnya dalam Islam, dalam segala hal telah diajar. Dari bab-bab berkaitan kepercayaan atau belief, sampailah kepada bab-bab kecil seperti adab dalam makan dan minum. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah sebut lebih kurang begini, Ira pun tidak berapa ingat susunan ayatnya, “Jangan engkau makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” Makcik Limah berselawat dengan perlahan tatkala mendengar Humaira menyebut nama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Dia teringat bahawa Humaira pernah menyatakan kepada beliau bahawa hanya orang yang kedekut sahaja tidak akan berselawat apabila mendengar nama Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. “Oo sampai macam tu sekali ya Islam ajar,” Alice bersuara. “Banyak lagi sebenarnya adab-adab ketika makan,” sambut Humaira. “Tapi kan Ira, ramai kawan-kawan Alice yang Islam, selalu sahaja minum dengan tangan kiri. Bukan seorang dua, tapi hampir kesemua kawan-kawan Alice macam tu. Tak pernah pula ada yang tegur.” “Hmm…,” Humairah mengeluh. “Bukan semua orang Islam amalkan cara hidup Islam Alice. Cuba Alice tengok dalam surat khabar. Rompak, rasuah, perkosa anak gadis, itu semua dilarang Islam tapi masih ada orang Islam yang buat. Inikan pula hal-hal yang dianggap kecil seperti adab makan ni.”
Alice mendiamkan diri sahaja mendengar penjelasan Humaira. Baru dua hari dia bersama Humaira, sudah banyak pengetahuan tentang Islam yang dia perolehi. Alice merasa hairan, ramai rakan sekuliah beliau di dalam subjek perbandingan agama atau comparative religion di universitinya orang Islam. Tetapi tidak pernah mereka menerangkan tentang Islam kepadanya. Jika dia bertanya mereka tentang Islam, mereka akan cuba mengelak dari menjawab. Tidak tahulah sama ada mereka memang tidak tahu atau sebenarnya malu untuk menerangkan tentang ajaran Islam kerana cara hidup yang adakalanya terpesong dari ajaran Islam. “Hmm. Ira, Bukhari masih ada hubungi Ira?” tiba-tiba makcik Limah memecah kesunyian. “Ada bu, banyak kali. Tapi Ira tak jawab pun. Malas,” jawab Humaira ringkas. “Eloklah kalau begitu. Ibu tak mahu Humaira layan dia lagi. Sudah-sudahlah apa yang sudah berlaku.” “Insya-allah bu,” jawab Humaira. Persoalan tentang hubungan Humaira dan Bukhari kembali menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Alice. “Hah, pagi ini, apa rancangan kita Alice. Apa aktiviti kita?” soal Humaira. “Entah, Alice pun tidak tahu mahu buat apa. Ira ada apa-apa idea?” “Hmm. Kita jalan-jalan di pekan Tampin nak. Ira pun ada barang yang mahu dibeli.” “Ok jugak. Pukul berapa kita nak pergi?” “Dalam pukul sepuluh pagi nanti. Awal-awal sangat pun, kedai tak buka lagi.” Humaira dan Alice segera mengemas meja makan. Sambil mencuci pinggan mangkuk di sinki. Mereka berdua berbual-bual dan bercerita tentang kisah mereka di zaman sekolah dahulu. “Alie ingat tak Zaid?” “Zaid mana ya?” soal Alice. “Alah, Zaid ketua pengawas sekolah kita dahulu.” “Ooo, ingat, ingat. Mamat tu pernah try nak tackle Alice, hahaha,” kata Alice sambil tergelak. “Haah, entah apa lah mamat tu, amoi sepet macam Alice ni juga yang diminatnya.”
“Iii Ira ni. Tapi Alice tak layan. Gatal. Ira ingat tak ada satu hari tu, waktu Alice sampai di kelas, Alice jumpa satu surat dalam laci meja Alice.” “Haah, lepas tu Alice pergi baca surat tu di hadapan kelas. Habis semua kawan-kawan kita dalam kelas tahu yang Zaid minat kat Alice. Kasihan mamat tu, sudahlah syok sendiri, kantoi pula tu.” “Tu lah, siapa suruh tackle Alice. Sejak hari tu, dia tak tegur-tegur Alice lagi,” kata Alice. “Memanglah, malulah dia. Satu kelas dah tahu yang dia suka kat Alice. Jahat betul Alice ni, kasihan dia.” “Haha. Padan muka. Eh Ira, ada jumpa tidak kawan-kawan lama kita sejak sekolah dahulu. Dah lama Alice tak jumpa mereka. Kita buat reunion nak.” “Hmm. Menarik juga idea Alice. Boleh kita kumpul kawan-kawan kita. Tapi sempat ke? Alice pun ada dua tiga hari sahaja lagi di sini.” “Alah, sempat sahaja. Ira ada simpan kan nombor telefon kawan-kawan kita. Kalau dapat lusa pun okey. Paling kurang, kalau tak dapat jumpa semua, dapat jumpa sebahagian kawan-kawan pun okey. “Okey, nanti Ira call kawan-kawan kita. Eh okeylah, Ira nak naik atas kejap, nak solat. Alice duduk-duduklah dulu. Baca buku ke, jangan tidur sudahlah. Asyik tidur sahaja. Nanti gemuk.” “Solat, Ira solat apa? Bukan orang Islam solat lima kali sahaja ke? Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’. Ni solat apa pula ni?” “Solat Dhuha lah. Bukan solat wajib, solat sunat sahaja.” “Oo. Okey Alice pun nak baca buku-buku yang ada di bilik Ira tu.” Humaira terus bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu. Itulah rutin harian beliau semenjak menjejakkan kaki di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang mengajaknya menyertai usrah mereka, banyak mengubah gaya kehidupannya, dari biasa-biasa sahaja di dalam kehidupan beragama akhirnya berubah menjadi muslimah yang komited, yang berusaha mengamalkan segala macam bentuk sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Akhirnya, itulah yang membawa Humaira berubah hingga memakai niqab. Satu keputusan yang amat mengejutkan rakanrakannya. Ada yang bersetuju, ada yang tidak tatkala beliau melahirkan hasrat untuk memakai niqab ataupun purdah. Berbagai-bagai alasan diberikan oeh rakan-rakan Humaira. Ada yang menyatakan bahawa berniqab ini hanya satu praktis golongan ekstrimis kerana wajah bukanlah aurat,
maka menutup wajah adalah satu sikap melampau di dalam beragama. Ada pula yang kurang bersetuju kerana ia mungkin akan menjarakkan lagi hubungan dengan sahabatsahabat lain sekaligus menyukarkan kerja-kerja dakwah. Humaira mendengar hujahhujah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatnya. Sebenarnya, yang mendorong Humaira untuk berniqab ialah apabila dia membaca perbahasan para ulama’ tentang hukum menutup wajah bagi wanita di sebuah laman sesawang untuk muslimah http://muslimah.or.id. Itulah kali pertama beliau mengetahui bahawa ada ulama yang mewajibkan secara mutlaq bagi wanita untuk menutup wajah daripada pandangan lelaki yang bukan mahram. Di situlah bermulanya. Humaira membaca dan terus membaca. Dia membaca hujah-hujah yang dikemukakan para ulama’ yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan. Akhirnya, Humaira meyakini pandangan ulama’-ulama’ yang menyatakan wajah bukan aurat, akan tetapi digalakkan untuk menutupnya bahkan sunnah kerana terdapat dalil-dalil menunjukkan ia adalah pakaian isteri-isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Lebih menarik, apabila Humaira membaca sebuah buku susunan seorang ulama’ hadis terkenal, Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, yang bertajuk ‘Jilbab Wanita Muslimah’. Ulama tersebut berpegang bahawa wajah bukan aurat berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan penafsiran para sahabat, akan tetapi isteri ulama’ tersebut tetap berniqab. Ketika Humaira sedang khusyu’ mendirikan solat sunat Dhuha, Alice pula sedang leka membaca buku-buku yang ada di ruang solat tersebut. Usai menunaikan solat, Humaira terus memanggil Alice. “Alice, datang sini kejap, Ira nak cerita sesuatu.” “Hah, cerita apa?” jawab Alice sambil bergerak ke arah Humaira lalu duduk di sini sahabatnya itu. “Ira nak sambung kisah malam tadi, cerita tentang Ira dan Bukhari.” “Hmm, tapi Alice takut Ira sedih macam malam tadi.” “Insya-allah, tidak.” “Okeylah kalau macam tu, lagipun awal lagi ni kalau kita mahu ke pekan,” jawab Alice. Humaira terus mula bercerita. *** Telah Mendaftar Masuk masri Pembuka Topik *
Kuala Lumpur Offline24.05.07 Kiriman: 33 Paparan Profil WWW Email Radio Re: Gadis Berniqab « Jawab #7 pada: 19 April, 2009, 07:56:15 AM » Hubungan Humaira dengan Emmy terputus terus. Tetapi itu tidak mengubah apa-apa. Humaira masih sentiasa berhubung dengan Bukhari. Kadangkala mereka berbual-bual melalui telefon sehingga satu dua jam. Cuma mereka masih belum lagi pernah keluar berdua-duaan. Mereka hanya bertemu di kuliah-kuliah feqh, hadith dan aktiviti-aktiviti dakwah. Setakat itu sahaja. Tiada seorang pun di kalangan sahabat-sahabat mereka yang dapat menghidu perhubungan mereka berdua. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan membiarkan perhubungan yang berlandaskan nafsu itu berterusan. Entah kenapa, mungkin kerana sudah terlalu lama asyik berhubung melalui telefon, terdetik di hati Bukhari untuk mengajak Humaira keluar. Humaira menolak, sudah banyak kali permintaan Bukhari untuk keluar bersama ditolak oleh Humaira. Berbagaibagai alasan diberikan oleh Humaira, takut dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Entah bagaimana mudahnya syaitan memerangkap. Tidak terkeluar langsung alasan yang menyatakan bahawa perbuatan mereka itu bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah yang mereka pelajari di dalam kuliah-kuliah yang mereka hadiri. Hinggalah satu hari, Bukhari sekali lagi mengajak Humaira untuk keluar bersamanya ke Wisma Yakin di Masjid India. Katanya mahu beli kitab-kitab agama terjemahan Indonesia. Puas Humaira menolak, tetapi akhirnya dia tewas jua dengan pujuk rayu Bukhari. Tapi dia memberikan syarat: “Nanti kita jumpa di masjid India sahaja. Nanti jika di stesen LRT Gombak, ramai student UIA, ana takut nanti ada kawan-kawan kita nampak ana dengan anta,” Humaira menghantar sms kepada Bukhari. “Ok, Insya-allah, thank you sayang, see you there,” jawab sms Bukhari kepada sms yang dihantar Humaira. Humaira bersiap. Memilih jubah yang amat jarang dipakainya, dengan tudung labuh berwarna merah jambu yang sedondon dengan warna jubahnya. Minyak wangi turut dipakai, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Humaira apabila mahu keluar. Tiba di stesen LRT Masjid Jamek, Bukhari sudah kelihatan menunggu. Dia hanya tersenyum melihat Humaira. Mereka berdua berjalan beriringan. Tiada sepatah kata pun keluar. Mungkin masing-masing masih malu kerana inilah kali pertama mereka keluar
berdua. Mereka terus ke Fajar Ilmu di tingkat tiga Wisma Yakin. Memilih beberapa buah buku yang akan digunakan di dalam kuliah dan usrah mereka. Ketika membayar di kaunter, pekerja kedia tersebut hanya tersenyum sahaja melihat mereka berdua, dia berkata: “Bagus adik berdua, muda-muda dah kahwin,” kata pekerja kedai tersebut kerana menyangka Bukhari dan Humaira adalah pasangan muda yang sudah berkahwin. Siapa sangka gadis bertudung labuh dan pemuda yang kelihatan wara’ dengan kopiah dan janggutnya sebenarnya bukanlah pasangan yang sah. Tatkala mendengar kata-kata pekerja kedai tersebut, berubah wajah Bukhari dan Humaira. Terus mereka keluar dari kedai tersebut selepas membayar harga kesemua buku yang telah dibeli. Bukhari mengajak Humaira untuk singgah di sebuah kedai makan. Mungkin kerana lapar, lagipun memang ketika itu sudah menjangkau jam dua belas setengah tengahari. Tatkala selesai menikmati makan tengahari, kedengaran azan dari Masjid India yang terletak berhampiran sahaja dengan kedai makan tersebut. Humaira bersuara: “Kita solat dahulu ya, lepas solat Zuhur baru balik.” “Okey,” jawab Bukhari pendek. Mereka berdua berjalan ke masjid, gaya seperti pasangan yang sudah berkahwin. Sambil berbual-bual dan kadangkala bergurau senda. Tidak seperti baru berjumpa tadi, yang mana masing-masing malu untuk berkata walau sepatahpun. Usai solat Zuhur, Humaira keluar dari masjid dan melihat Bukhari sudah sedia menunggunya. “Kita pergi ke KLCC nak. Ada PC Fair hari ni, ana ingat nak beli barang komputer ana,” terang Bukhari. “Hmm, okey, tapi jangan lama sangat. Ana ada assignment hendak disiapkan.” “Ok.” Mereka singgah di sebuah kedai cenderamata, Bukhari menunjukkan sebuah rantai kunci yang berbentuk ‘love’, yang sangat comel dan unik ukirannya. Di atasnya tertulis perkataan ‘Love You Forever’. “Lawa tak key chain ini, kalau anti mahu ambillah, ana bayarkan.” “Betulke anta nak belikan ana ni.”
“Betullah, takkan ana tipu. Ambillah, bukan mahalpun.” “Thanks Bukhari,” jawab Humaira. Mereka berjalan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk pergi ke KLCC. Ketika melintas jalan, Humaira terasa sesuatu menyentuh tangannya. Dia melihat tangan Bukhari sedang memegang tangannya ketika melintas jalan. Humaira terkejut. Dia cuba menarik tangannya. Melihatkan yang Humaira kurang selesa, Bukhari terus melepaskan tangan Humaira. Dia membisikkan kepada Humaira: “Asif, ana tak sengaja tadi,” bisik Bukhari kepada Humaira. Humaira hanya mendiamkan diri. Mereka terus masuk ke dalam LRT selepas membeli tiket. Di dalam tren LRT mereka duduk sebelah menyebelah kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong. Bukhari sekali lagi cuba menyentuh tangan Humaira. Beberapa kali Humaira asyik menarik tangannya, akhirnya dia membiarkan sahaja. Inilah kali pertama tubuhnya disentuh oleh lelaki bukan mahram. Tanpa rasa takut mahupun segan, cinta yang dilandasi nafsu telah melenyapkan segala perasaan malu yang selama ini dijaga. Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka dilihat seseorang. Syakira, seorang rakan seusrah Humaira turut berada di situ. Dia hanya berdiri jauh dari Humaira dan Bukhari kerana tiada tempat kosong untuk diduduki. Dia terkejut, Syakira mengharapkan bahawa dia tersilap orang. Istighfar beberapa kali dilafazkan. Seakan tidak percaya, pasangan yang sedang bermesra di dalam tren tersebut ialah sahabat seusrah dan sering bersama-sama menghadiri kuliah. Apatah lagi Bukhari yang turut dikenali sebagai pelajar cemerlang di kuliah al-Quran dan as-Sunnah. Syakira terkedu. Dia terkejut dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Mungkin bagi penumpang-penumpang lain, mereka menyangka Humaira dan Bukhari ialah pasangan yang sudah bernikah. Masakan seorang gadis bertudung labuh dan pemuda berkopiah yang bukan mahram boleh bermesra di khalayak ramai. Mungkin inilah persepsi penumpan-penumpang tersebut. Tren itu sampai ke stesen KLCC. Syakira yang memang secara kebetulan turut mahu ke PC Fair di KLCC terus melangkah keluar sambil melihat sahaja tingkah laku Humaira dan Bukhari. Diikutkan hati, mahu ditegur di situ sahaja, tetapi Syakira masih ragu-ragu. Akhirnya dia memilih untuk bertindak selemah-lemah iman, membenci dengan hati apa yang dilihat tanpa mengubah dengan tangan mahupun lisan. Mereka bergerak ke lokasi PC Fair, manakala Syakirah menuju ke Masjid asy-Syakirin yang berdekatan kerana dia belum lagi menunaikan solat fardhu Zuhur. Usai solat Zuhur, Syakirah bergerak ke lokasi PC Fair di KLCC. Dia memilih perisian anti virus yang diperlukan dan sebuah pembesar suara. Di satu sudut yang berhampiran, Bukhari dan Humaira sedang melihat-lihat perisian anti virus. Humaira dan Bukhari serta Syakira tidak menyedari kehadiran antara satu sama lain. Hinggalah mereka semakin hampir di antara satu sama lain. Syakira terdengar satu suara yang amat dikenalinya. “Anta nak beli anti virus yang mana satu?” satu suara hinggap di telinga Syakira.
Syakira melihat ke sebelah kanannya. Kelihatan Bukhari dan Humaira sedang khusyuk melihat-lihat perisian yang ada. Kedudukan mereka sangat rapat. Syakira terkedu. Apakah dia masih mahu memilih tindakan selemah-lemah iman atau dia perlu menegur mereka berdua agar perlakuan yang dilandasi nafsu itu terhenti. Syakira memikirkan bagaimanalah seandainya ada adik-adik usrah mereka ternampak naqibah-naqibah seperti mereka berkelakukan sedemikian. Naqibah-naqibah yang sentiasa tidak lekang dengan nasihat dari ayat al-Quran dan hadis yang sahih. Syakira bersuara, dia memilih untuk mencegah kemungkaran dengan lisan. “Humaira…,” dia memanggil nama sahabatnya itu. Perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Humaira. Humaira terkejut mendengar seseoran menyebut namanya. Bukhari jua. Suara yang amat dikenali Humaira. Dia memandang ke arah kirinya, terkejut, sahabat seusrahnya, Syakira, sedang memerhatikan perlakuan mereka berdua. Sunyi seketika. Humaira terdiam. Syakira tergamam, mulutnya terkunci membisu. Humaira memecah suasana. Melihatkan keadaan sedemikian, Bukhari merasa terperangkap, dia segera meminta izin untuk berlalu pergi, ke tandas katanya, meninggalkan Humaira dan Syakira berdua. “Apa anti buat di sini?” soal Humaira. “Hmm, ana sedang mencari-cari software anti virus, tak sangka pula berjumpa dengan anti.” “Dah lama ke anti di sini?” soal Humaira lagi berdebar-debar. “Tidak lah lama sangat, baru sahaja, sebab tadi ana solat di masjid asy-Syakirin.” “Oooo,” jawab Humaira. Syakira mahu bertanyakan tentang Bukhari, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Tapi dia tahu, dia mesti menyatakan kebenaran kepada sahabatnya itu. Dia perlu menyedarkan sahabat seperjuangan yang mana mereka bersama-sama menjadi naqibah, mendidik adik-adik usrah. “Anti dengan Bukhari….” Tidak sempat Syakira menamatkan ayatnya, Humaira segera memotong. Humaira sudah menjangka inilah soalan yang akan diajukan Syakira. “Ooo, ana kebetulan bertembung dengan dia di sini ketika belek-belek anti virus. Anti tahulah ana bukan pandai sangat bab-bab komputer ni. Jadi ana minta dia tolong pilihkan anti virus yang baik untuk ana,” terang Humaira cuba menyembunyikan dosa yang baru dilakukan. “Hmm..” Syakira mengeluh. Dia berbisik kepada dirinya. “Sanggup anti menipu ana.” Telefon bimbit Humaira berbunyi, menandakan ada sms yang masuk menerjah inboxnya.
“Ana rasa elok ana balik sendirian, kalau tidak nanti Syakira tahu tentang kita. Bye sayang. Ukhwah Fillah. Assalamualaikum wbt.” Sms dari Bukhari kepada Humaira. “Anti lama lagi ke di sini, ana dah nak balik sekarang, apa kata kita balik sama-sama,” Syakira mencadangkan walaupun dia masih belum puas melihat-lihat perisian yang sedia ada. Dia terus membayar harga perisian anti virus dan pembesar suara yang dibelinya. Nafsunya untuk melihat-lihat lagi barangan yang ada tertutup setelah melihat perlakukan Bukhari dan Humaira. “Elok juga, ana pun dah lama di sini,” jawab Humaira. Di dalam tren LRT Humaira lebih banyak bercakap berbanding Syakira. Dia tidak tahu bahawa Syakira telah menyaksika segala-galanya. Syakira pula asyik berfikir, bagaimanakah harus dia menegur sahabatnya. Singgah juga di mindanya, apakah silap dan salah tarbiah yang mereka terima selama ini hingga akhirnya Humaira terjerumus ke dalam perkara yang selama ini mereka tentang iaitu ‘Coupling’. Mereka sama-sama sejak zaman matrikulasi di Petaling Jaya, hinggalah di Gombak, tidak jemu-jemu menghadiri program-program tarbiah, usrah, kuliah, bahkan menjadi naqibah pula buat adik-adik yang lain. Humaira juga sering memberi pengisian kepada adik-adik di matrikulasi di PJ walaupun sudah berada di kampus utama Gombak. Tetapi, Humaira yang berada di hadapan Syakira hari ini bukanlah Humaira yang dahulu.