Full Siap

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Full Siap as PDF for free.

More details

  • Words: 9,266
  • Pages: 38
Kajian Tindakan 1.

DBK 1053

PENGENALAN

Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas masing-masing, mereka akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau universiti. Maka dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, kajian tindakan adalah salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.

LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatan ini dalam menyelesaikan permasalahan dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988): “Action research implies adopting a deliberate openess to new experiences and processess, and, as such, demands that the action of educational research is itself educational research is itself education. By consciouslay engaging in their own education development, teachers gain both profesionally and personally; and it is thispersonal commitment that counts in the process of human enquiry” Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian kajian mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu 1

Kajian Tindakan

DBK 1053

proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar. Melalui penerangan ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya. Maka, elemen pembelajaran melalui pengalaman adalah diaplikasikan dalam proses perubahan yang terlibat. Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di Teacher’s College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakanrakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah. Masa-masa seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas di kalangan pendidik di luar negara. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga telah digunakan dalam usaha untuk mengubah dan meningkatkan impak P&P di sekolahsekolah. Di Malaysia pula, kaedah kajian tindakan ini telah dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. Program ini adalah biayaan Bank Dunia. Pihak BPPDP kemudiannya telah bekerjasama dengan universitiuniversiti tempatan, maktab-maktab perguruan dan seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan dan memperkembangkan lagi penggunaan kajian tindakan.

2

Kajian Tindakan 3.

DBK 1053

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah. b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatanpendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid. e. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan perubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti. f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

3

Kajian Tindakan

4.

DBK 1053

PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik untuk memudahkan kerja guru yang juga bertindak sebagai penyelidik. Kajian ini dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang diajarnya. Kajian ini boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan. Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, dialah yang akan mengalami perubahan amalan pengajaran. Cara terbaik untuk memulakan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah dengan mengenal pasti permasalahan kecil yang dihadapi seharian. Perlu dipastikan juga agar penyelesaian kepada permasalahan itu kelak mestilah di bawah kawalan guru sendiri (direct authority) dan boleh ditangani. Secara tidak langsung, pembelajaran melalui pengalaman telah diwujudkan iaitu belajar melalui apa yang kita lalui. Ini kerana hasil suatu kajian tindakan tidak akan memberikan faedah kepada guru jika pihak ketiga yang akan mengambil tindakan sebagai langkah kepada penyelesaian permasalahan tadi. Misalnya, dalam suatu kelas guru mendapati bahawa kebanyakan murid tidak mendapat markah yang baik bagi mata pelajaran Matematik dalam ujian bulanan. Setelah dikaji, didapati bahawa murid lemah dalam aspek sifir. Dalam menyelesaikan masalah murid tidak menguasai kemahiran sifir ini, guru tentu saja boleh mencuba pelbagai kaedah dan ia adalah di bawah kawalannya untuk mencuba pelbagai kaedah sehinggalah masalah ini dapat diatasi. Bagaimanapun sekiranya penyelesaian kepada permasalahan ini adalah memerlukan guru lain mengadakan klinik Matematik maka kajian ini tidak sesuai. Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri. Objektif utama kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah seharian yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.

4

Kajian Tindakan

DBK 1053

Kajian ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang praktikal tentang suatu permasalahan pengajaran yang dihadapi. Bagi format atau reka bentuk kajian tindakan pula tidak ada yang rigid tetapi boleh diubahsuai berdasarkan kepada situasi sebenar dalam persekitaran bilik darjah. Bagaimanapun, empat unsur utama kjaian tindakan mesti ada, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Rajah 1). Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar tetapi guru yang juga merupakan penyelidik. Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung daripada responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian tindakan amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya. Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskriptif naratif. Antara teknik analisis data yang digunakan adalah teknik trangulasi. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif ada juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar. Dalam hal ini, analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus, kekerapan dan nilai mutlak sahaja. Perkara yang perlu dijelaskan di sini bahawa pelaporan hasil suatu kajian tindakan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga oleh guru-guru yang lain. Laporan yang tidak berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan perkongsian idea dan maklumat di kalangan warga sekolah.

5.

GURU SEBAGAI PENYELIDIK

Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Kajian tindakan sebagai salah satu teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Selain daripada dapat menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, penggunaan pendekatan 5

Kajian Tindakan

DBK 1053

kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk mengubah amalan pengajaran kepada satu corak baru yang lebih berkesan. Amalan penyelidikan yang dilakukan oleh guru membolehkannya melaksanakan refleksi terhadap sebarang tindakannya sebagai menyelesaikan suatu situasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga akan membolehkan guru menilai keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran murid daripada pelbagai perspektif. Maka dengan itu, pendekatan baru akan dapat ditemui bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Kebolehan memberikan reflektif, respon serta penilaian kualiti diri dan amalan inilah sebenarnya menjadi satu pemangkin ke arah pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Ini adalah matlamat akhir kajian tindakan yang mana guru belajar melalui pengalaman bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi dalam proses P & P yang lebih berkesan. Guru-guru sebenarnya sangat kaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan dengan bilik darjah. Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diketahui oleh guru-guru ini kurang dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Sebenarnya segala maklumat ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan langkah-langkah pengajaran yang berkesan di bilik darjah. Melalui kajian tindakan, maklumat-maklumat yang ada pada guru bukan digunakan untuk mengenal pasti punca suatu masalah dalam pembelajaran murid tetapi juga dapat digunakan sebagai input untuk menyelesaikan suatu masalah dalam pembelajaran murid. Seterusnya daripada analisis kajian tindakan yang telah dilakukan, maka satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti akan dapat diperolehi. Selain daripada membantu guru untuk memahami proses pembelajaran murid, ia juga dapat mengubah amalan pengajaran guru ke araf lebih efektif lagi. Kajian tindakan sebenarnya memberikan ruang kepada guru untuk mengembangkan lagi potensi dan kemampuan sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan amalan pedagogi. Jika selama ini seseorang guru mengamalkan amalan pedagogi yang ditemui oleh orang lain maka sudah tiba masanya untuk seseorang guru menemui amalannya sendiri yang paling sesuai dengan bilik darjah masing-masing. Penggunaan amalan pedagogi yang ditemui oleh orang lain memangnya tidak dapat dielakkan kerana guru telah diterapkan dengan

6

Kajian Tindakan

DBK 1053

amalan-amalan ini semasa dalam latihan perguruan. Kajian tindakan memerlukan guru untuk

mengkaji

amalan

pengajarannya

sendiri

dengan

hubungannya

dengan

keberkesanan pengajarannya. Atas keperluan ini, guru perlu menangani sendiri masalahmasalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

6.

GAYA PEMBELAJARAN

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar dengan berkesan. Ada tiga gaya pembelajaran pelajar: 1. Gaya pembelajaran visual: pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat : a) huruf atau perkataan b) benda, gambar atau gambarajah c) demonstrasi, tindakan dan lakonan. 2. Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan mendengar atau bercakap seperti: a) Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain b) Menerangkan,

berbual,

memberi

pendapatnya,

bercerita

atau

menghuraikan 3. Gaya Pembelajaran Kinestatik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu, seperti: a) Menulis atau melukis sesuatu b) Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya tersebut. Berdasarkan penyelidikan ada beberapa model yang boleh digunakan sebagai panduan. 7

Kajian Tindakan 7.

DBK 1053

EXPERIENTIAL LEARNING

Pembelajaran eksperential kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Teori Pembelajaran Eksperential menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasilpembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedahpengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Pembelajaran secara Eksperential dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Eksperential juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Eksperential dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. 27 21

8

Kajian Tindakan

DBK 1053

8. PEMBELAJARAN & PENGAJARAN MELALUI PENGALAMAN – STUDENT-CENTERED 1. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar: • • • • • • • • • • • • • • • • •

9.

soal jawab latih tubi bercerita membuat latihan penerangan, penjelasan, huraian perbincangan inkuiri penemuan bacaan sumbang saran demonstrasi oleh pelajar kerja amali eksperimen projek kuiz penyelesaian masalah reka cipta

• • • • • • • • •

pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan main peranan lakonan simulasi membuat nota sendiri lawatan pengajaran berprogram pembelajaran berbantu komputer Pembelajaran Akses Kendiri (Self Access Learning)

HUBUNG KAIT ANTARA PEMBELAJARAN BERASAKAN PENGALAMAN DAN KAJIAN

Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah proses pembelajaran melalui pengalaman. Justeru itu, gaya pembelajaran ini yang melibatkan proses amali memerlukan kemhiran dan skil pelajar yang tinggi. Selain itu, proses pembelajaran ini yang pelbagai dan pendedahan awal pelajar terhadap asas teori penting dalam menentukan kualiti tangan pelajar yang bakal diterapkan ke dalam sesi amali.

Kajian tindakan dalam pembelajaran berasaskan pengalaman penting dalam meningkatkan kualiti P&P yang dijalankan. Permasalahan yang timbul hasil daripada 9

Kajian Tindakan

DBK 1053

proses pembelajaran berasaskan pengalaman dapat dikaji melalui kajian tindakan. Sebagai contoh, penggunaan psikomotor memrlukan tenaga fizikal yang lebih dan aspek ini dikaji dari segi jantina. Adakah pelajar perempuan mengalami masalah sewaktu proses amali kerana perempuan mempunyai tenaga yang kurang dari pada lelaki. Justeru daripada permasalahan ini maka wujudlah satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji aspek ini agar pelajar perempuan dapat melalui proses ini dengan baik walaupun mempunyai tenaga fizikal yang kurang daripada lelaki.

Kajian tindakan juga melibatkan pengumpulan data yang bersifat kuantitatif. Dengan adanya proses amali sebenarnya ia memudahkan lagi proses pengumpulan data. Sebagai contoh, pengkaji dapat melihat dan mengumpul data dengan berdasarkan pemerhatian. Pengkaji dapat melihat gelagat dan aktiviti yang dijalankan secara nyata (real time). Pengkaji dapat melakukan pelbagai kaedah dalam mendapatkan data mentah (raw data) iaitu dengan menjalankan soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian secara langsung.

Perlu diingat bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman bukan sahaja berasaskan amali dan penggunaan fizikal tetapi juga melibatkan pengalaman pelajar melihat dan mengalami kehidupan seharian. Pelajar yang biasa melihat pekedai mengira dan memasukkan maklumat ke dalam buku lejer sebenarnya sudah melalui pembelajaran secara tidak langsung. Daripada pembelajaran pengalaman secara tidak langsung juga dapat dihasilkan kajian tindakan.

Kajian tindakan itu sendiri dapat mengenal pasti kelemahan yang ada pada pembelajaran berasaskan pengalaman. Dengan pengenal pastian kelemahan ini dapat dijalankan kaedah mengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan dapat menganalisis sesuatu permasalahan yang dikaji dan dilihat kelemahan yang ada.

10

Kajian Tindakan

DBK 1053

Kajian tindakan juga merupakan satu tool yang digunakan untuk meningkatkan dan menguji keboleh keberkesanan sesuatu pembelajaran berasaskan pengalaman. Sebagai contoh, sejauh manakah proses memasang batu-bata oleh sekumpulan pelajar kejuruteraan awam dalam meningkatkan kefahaman membina sesuatu bangunan. Data dikumpul dan dibandingkan dengan pelajar yang belajar secara konvensional. Sekiranya data menyebelahi pembelajaran berasaskan pengalaman, makan telah dapat dibuktikan bahawa kaedah pelajar memasang batu-bata dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Apa jua bentuk pembelajaran yang melibatkan pengalaman boleh dikaji dengan menggunakankajian tindakan. Kajian tindakan dilihat sebagai penentukur keberkesanan dan penjejakan masalah serta kelemahan yang ada. Kajian tindakan juga dilakukan untuk mencari kaedah pembelajaran berasaskna pengalaman yang baru. Sebagai contoh, sekiranya terdapat teknologi dan kaedah baru dalam proses pendebungaan pokok, maka kajian dilakukan untuk melihat sejauh manakah teknik baru ini dapat diterapkan ke dalam silibus pembelajaran pelajar. Guru juga perlu menjalankan kajian ke atas dirinya sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan pembelajarannya di bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa kajian tindakan juga boleh di praktikkan kepada tenaga pengajar dan bukannya kepada pelajar sahaja. Kajian tindakan dapat memberi isyarat kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau perlu dibaiki. 10.

KEPENTINGAN EXPERIENTIAL LEARNING DALAM KAJIAN TINDAKAN

Kepentingan ini terbahagi kepada 3 golongan iaitu: i)

murid

ii)

guru

11

Kajian Tindakan iii)

DBK 1053

industri

i) kepentingan kepada murid Experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada murid. Ia penting kerana melalui experential learning inilah murid dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan. Sebagai contoh, apa yang dibelajar di dalam mata pejaran Kemahiran Hidup Teknikal boleh diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya apabila seorang pelajar menghadapi masalah tangki air dirumahnya melimpah, pelajar tersebut boleh mengaplikasikan apa yang beliau telah belajar di dalam subjek Kemahiran Hidup Teknikal di dalam masalah tersebut iaitu menggantikan injap bebola yang rosak. Bagi peringkat pendidikan yang lebih tinggi pula, seperti diploma dan ijazah misalnya, seseorang pelajar itu boleh mengaplikasikan experiential learning ini ke alam pekerjaannya. Sebagai contoh, pelajar tersebut boleh mempraktikkan cara mengukur tanah semasa belajar dalam bidang berkenaan di alam pekerjaannya pula sekiranya beliau memilih pekerjaan dalam bidang yang sama. Selain itu juga, experiential learning begitu penting kepada murid kerana ianya membolehkan murid tersebut mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sehari-hari. Contoh yang paling mudah ialah operasi didalam mata pelajaran matematik yang dibelajar disekolah iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi akan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari murid tersebut. Murid juga dapat memindahkan kemahiran yang dibelajar apabila beliau berada dalam alam pekerjaan. Bagi kepentingan jenis ini kita sering mengaitkannya dengan murid dari aliran kemahiran seperti pelajar lepasan sekolah-sekolah vokasional. Selain itu, pelajar juga boleh meneroka sesuatu itu untuk mendapatkan bukti apabila adanya pembelajaran secara hands on ini. Sebagai contoh, pelajar boleh membuktikan bahawa arus elektrik boleh terbentuk apabila medan magnet dipotong yang dibelajarnya secara teori. Ini hanya dapat dibuktikan apabila pelajar terbabit membuat eksperimen dan akhirnya pelajar tersebut akan mendapat bukti yang ternyata benar.

12

Kajian Tindakan

DBK 1053

ii) kepentingan kepada guru Bagi seorang guru, experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada mereka. Ini kerana seorang guru dapat mengaplikasikan segala pengalaman yang beliau miliki didalam sesi pengajarannya. Sebagai contoh, seorang guru yang akan membuat amali di dalam makmal perlu terlebih dahulu menguasai sesuatu benda yang akan diajar itu. Katakan seorang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup akan mengajar para pelajarnya cara untuk memasang lampu kalimantang kepada murid-muridnya. Maka cara terbaik dan berkesan untuk mengajar anak-anak muridnya ialah dengan cara guru tersebut mencuba terlebih dahulu memasang lampu yang berkenaan sehingga berjaya. Selain itu, kepentingan experiential learning kepada guru ialah mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Berbalik kepada contoh operasi matematik sebelum ini, seorang guru boleh mendedahkan kepentingan subjek berkenaan kepada murid-muridnya untuk diaplikasikan di alam pekerjaan kelak. Contoh pekerjaan yang memerlukan operasi matematik ini secara meluas ialah akauntan, jurutera dan usahawan. Guru juga boleh bertindak sebagai penghubung atau platform pelajar-pelajarnya dengan sektor industri. Seorang guru boleh menilai kesemua kemampuan dan kelemahan murid-muridnya. Jadi, guru tersebut boleh mencadangkan kepada murid-muridnya tentang alam pekerjaan yang sesuai mengikut kelebihan ataupun kemampuan pelajarpelajarnya dalam bidang masing-masing. iii) kepentingan kepada sektor industri Experiential learning ini juga sebenarnya mempunyai kepentingannya kepada sektor industri. Sebenarnya sektor pendidikan dan sektor industri mempunyai hubungan yang win win situation antara satu sama lain. Sektor pendidikan akan membekalkan tenaga kerja kepada sektor industri, manakala sektor industri akan membekalkan dana kepada sektor pendidikan dan dana ini akan digunakan oleh sektor pendidikan untuk

13

Kajian Tindakan

DBK 1053

menjalankan kajian dan penyelidikan yang seterusnya akan digunakan semula oleh sektor industri untuk proses pengeluaran outputnya. Dengan adanya experiential learning inilah tenaga kerja yang dibekalkan oleh sektor pendidikan kepada sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang betul-betul mantap dan mampu berdaya maju. Ini kerana, tenaga kerja yang dibekalkan kepada sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang bukan sahaja tahu secara teorinya sahaja malahan juga secara praktikalnya.

11.

PROJECT-BASED LEARNING (PBL)

PBL adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Ia merupakan satu model pembelajaran yang sangat berbeza dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah sekarang ini. Dalam situasi pembelajaran biasa dalam bilik darjah, ia lebih tertumpu kepada pengajaran guru, mengikut jadual yang rigid. Dalam PBL, pembelajaran lebih menekankan kepada pembelajaran berbentuk aktiviti yang panjang, merentasi kurikulum, tertumpu kepada pelajar dan paling penting adalah ia mengintegrasikan pembelajaran dengan dunia sebenar. Melalui PBL, guru dalam bilik darjah bertindak sebagai fasilitator, jurulatih dan juga mungkin sebagai co-learner. Hasil pembelajaran PBL adalah berbentuk produk atau artifek seperti pelan, borsur, laman web, buku, pameran, ceramah dan sebagainya. Satu keistimewaan PBL yang unik adalah sifatnya yang memerlukan pelajar membuat projek dan mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. Sifat PBL yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan dunia sebenar juga merupakan satu keistimewaan teknik pengajaran dan pembelajaran ini. Sebenarnya dalam sistem pendidikan sekarang ini pun, telah ada unsur-unsur penggunaan konsep ini. Ia dapat dilihat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan Rekacipta. Cuma mungkin yang kurang ialah daripada segi pengintegrasian mata pelajaran. Contohnya Kajian Tempatan, menemubual pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung untuk mengetahui asal-usul suatu tempat. Mereka seterusnya menghasilkan laporan bertulis

14

Kajian Tindakan

DBK 1053

dalam bentuk pertfolio. Ini sebenarnya adalah teknik pembelajaran ala PBL. Namun untuk melaksanakan PBL secara sepenuhnya, banyak perkara yang perlu dilakukan yang sudah tentunya melibatkan dasar. Walaupun begitu, teknik ini boleh diselitkan secara berkala dalam pengajaran dan pembelajaran.. Dalam pelaksanaan penggunaan teknik PBL di sekolah-sekolah di Sabah, terdapat guru sedang membuat projek rintis penggunaan teknik PBL di tujuh buah sekolah menengah di Kota Kinabalu. 12.

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid

dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif ialah: a) saling bergantung antara satu sama lain secara positif, b) saling berinteraksi secara bersemuka, c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, d) kemahiran koperatif, dan e) pemprosesan kumpulan. Saling pergantungan positif. Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap sudah berjaya. lnteraksi bersemuka. Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka 15

Kajian Tindakan

DBK 1053

dapatmembantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Akauntabiliti individu. Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap orang ahli kumpulan akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara bersendirian. Kemahiran koperatif. Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksisecara berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, kemahirankemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secara automatis apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan. Pemprosesan kumpulan. Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamatnya dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah dikekalkan ke arah mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang tidak membantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka akan membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan juga pencapaian kumpulan.

16

Kajian Tindakan

DBK 1053

Kelemahan utama pendekatan prinsip ini ialah lima unsur asas itu adalah agak abstrak untuk difahami sekiranya tidak disertai dengan contoh-contoh pelajaran yang lebih konkrit dan spesifik. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang benar-benar memahami unsur-unsur asas itu secara mendalam, beliau bukan sahaja boleh menghasilkan pelajaran pembelajaran koperatif, malahan juga berupaya untuk mencipta teknik baru dalam pembelajaran koperatif. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokohtokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pembelajaran koperatif ini dapat menggalakkan percampuran idea dikalangan pelajar kerana mereka akan saling menyumbang idea dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

17

Kajian Tindakan

DBK 1053

Pembelajaran ini dapat dilaksanakan dalam tugasan seperti eksperimen makmal dan penghasilan projek. Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa pembelajaran koperatif dapat menggalakkan pemerolehan maklumat-maklumat terbaru dan juga suatu tahap kemahiran berfikir yang tinggi, keupayaan interpersonal, kemahiran komunikasi dan meningkatkan keyakinan diri. Pembelajaran Koperatif dan teknologi Perubahan teknologi yang pesat membolehkan pembelajaran kaedah koperatif dapat mengatasi batasan masa dan jarak. Pada masa kini, penggunaan teknologi seperti internet telah menggalakkan lagi halangan-halangan dalam pembelajaran secara kolaboratif. Kemudahan media berasaskan komputer telah menjadikan pembelajaran secara koperatif menjadi lebih mudah, pelajar boleh berinteraksi dengan kumpulan secara tanpa mengira jarak dan batasan masa. Kumpulan Pembelajaran kaedah koperatif ini menggunakan kumpulan, dalam aktiviti kumpulan tiga aspek harus dikenalpasti dan diberi perhatian oleh guru iaitu kumpulan sama dan pelbagai (heterogeneous dan homogeneous), faedah dari kerjasama kumpulan, dan pembinaan kumpulan yang lebih baik. Dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai pelajar terutamanya percampuran jantina iaitu setiap kumpulan mempunyai ahli lelaki dan perempuan interaksi diantara kumpulan adalah lebih baik. Tetapi apabila kumpulan yang terdiri daripada semua lelaki dan perempuan, interaksi diantara kumpulan yang terdiri daripada perempuan adalah lebih baik berbanding kumpulan yang semua lelaki. Faedah dalam kerja berkumpulan ialah dapat meningkatkan kecekapan individu dan meningkatkan motivasi. Kerja berkumpulan dapat menghasilkan hasil kumpulan yang berlainan iaitu bergantung kepada matlamat kumpulan. Pembahagian tugasan yang berasingan kepada setiap ahli kumpulan dapat mengelakkan pertindihan tugasan, setiap

18

Kajian Tindakan

DBK 1053

ahli diseimbangkan tugasnya. Tugasan kumpulan dapat mengurangkan tugasan yang terlalu kompleks ditanggung oleh individu. Perbandingan antara pembelajaran kaedah kolaboratif dengan koperatif menunjukkan kaedah koperatif dapat mengagihkan tugasan dengan lebih banyak. Selain itu terdapat juga perbezaan ketara diantara pembelajaran koperatif dengan kompetitif iaitu dalam koperatif kejayaan adalah hasil daripada kejayaan kumpulan, namun dalam pembelajaran kaedah persaingan kejayaan akan dicapai dan terdapat kumpulan lain yang gagal. 12.1

Pembelajaran klinikal (The Learning Clinic) Pembelajaran dalam kaedah klinikal adalah suatu bentuk pembelajaran yang

mengabungkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh pelajar dalam satu tempoh tertentu. Pelajar-pelajar akan dapat mengikuti dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran yang telah dirangka oleh pihak penganjur berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Selain daripada aktiviti pembelajaran berbentuk akademik, pelajar juga didedahkan kepada aktiviti bersukan dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa dalam aktiviti pembelajaran klinikal sangat dititkberatkan. Kaedah ini boleh melibatkan bersama ibubapa dan keluarga pelajar dan meningkatkan kerjasama serta interaksi dikalangan mereka. Selain itu, pelajar juga dapat didedahkan dengan kerja-kerja sosial dan kerjasama dengan pelbagai pihak. Sesuatu program yang dirangka itu telah merangkumi banyak aspek yang membolehkan pelajar meningkatkan daya ketahanan diri dan keyakinan dalam menghadapi cabaran sepanjang tempoh pelajar mengikuti pembelajaran klinikal. Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasa secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran. Siapa itu Pelajar Dewasa? Pelajar dewasa adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampu membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka adalah lebih

19

Kajian Tindakan

DBK 1053

matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal yang dapat dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau dalam erti kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka juga bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza. Antara ciri utama yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering mempelajari sesuatu melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga sering mengaitkan pengajaran baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut mempelajari bidang informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba mengaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkan bakat serta inginkan penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan mereka juga kadangkala bergantung kepada orang lain. Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaran orang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teoriteori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada beberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama. Teori behaviouris Antara para sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov, Watson, Guthrie, Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkah laku ini, pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah perubahan kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah latihan dan pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnya lebih kepada perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran pembelajaran. Teori kognitif Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka, Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan menggunakan perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan

20

Kajian Tindakan

DBK 1053

pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman. Teori humanisis Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori humanisis. Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan kendiri serta perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat kemanusiaan yang mana pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama dan melibatkan perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau perbincangan secara berpasukan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli. Teori pembelajaran sosial Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori pembelajaran sosial. Menurut Rotter, “Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain”. Menurut teori pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan pemantauan terhadap orang lain dari segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi antara manusia, persekitaran dan tingkah laku. Di atas hanyalah beberapa teori sahaja yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih banyak lagi teori yang wujud seperti teori progresif dan liberal. Klinik pembelajaran merupakan wadah untuk guru melakukan perbincangan atau kegiatan refleksi, penemuan masalah melalui guru-guru lain yang bertujuan untuk meningkatkan ketrampilan dalam mengelola proses pengajaran dan pembelajaran. Klinik pembelajaran merupakan milik bersama oleh para guru, maka tempat sebegini adalah dapat digunakan dengan beba untuk berbincang, melakukan refleksi atau merenung tentang proses pembelajaran yang telah dijalankan. Misalnya, bagaimana cara mengajarkan suatu konsep, teori dan amali dengan menyenangkan dan memudahkan pelajar memahami, akan dibuat catatan bersama-sama dengan teman sejawat. Di sini, para penyelia dalam klinik pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam melakukan pelbagai kegiatan atau perbincangan yang membina di kalangan para guru. Penyelia tersebut akan melakukan segala aktiviti sama ada dalam berbentuk individu ataupun berkelompok. Perbincangan, melakukan refleksi, merumuskan permasalahan, merencanakan perbaikan pembelajaran dan menilai kegiatan pembelajaran di kelas oleh

21

Kajian Tindakan

DBK 1053

seseorang guru agar dapat memberikan input atau pendekatan yang lebih baik untuk meningkatkan kemahiran mengajar dalam kelas. Di sini, peranan klinik pembelajaran ini meyerupai jabatan nazir di sekolah yang memainkan peranan meningkatkan profesionlisme guru. Guru dapat menilai dan mereflek cara pengajaran yang digunakan dan secara tidak langsung guru mempelajari dan membaiki apa-apa yang kurang sesuai diamalkan. Maka pengalaman yang terkumpul memberi manfaat kepada guru. Guru yang membuat kajian tindakan dapat menjadikan klinik pembelajaran sebagai sumber memberi mekanisme pengajaran yang baik di samping refleksi kendiri dalam sesuatu perbincangan kajian tindakan.

12.2

Pembelajaran Orang Dewasa

Pendahuluan Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak boleh membuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu. Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya. Ramai juga yang masih keliru dalam membezakan antara makna pembelajaran dan pendidikan. Semua pendidikan adalah membabitkan proses pembelajaran tetapi tidak semua proses pembelajaran itu adalah berkaitan dengan pendidikan. Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak boleh membuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu. Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya. Menurut Knowles (1981), orang dewasa juga mempunyai keinginan untuk bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada kalanya mereka bergantung pada orang lain. Mereka juga berusaha untuk cuba menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran untuk disesuaikan dengan kehidupannya. Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasa secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran.

22

Kajian Tindakan

DBK 1053

Siapa itu Pelajar Dewasa? Pelajar dewasa adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampu membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal yang dapat dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau dalam erti kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka juga bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza. Antara ciri utama yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering mempelajari sesuatu melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga sering mengaitkan pengajaran baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut mempelajari bidang informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba mengaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkan bakat serta inginkan penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan mereka juga kadangkala bergantung kepada orang lain. Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaran orang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teoriteori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada beberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama. Teori behaviouris Antara para sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov, Watson, Guthrie, Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkah laku ini, pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah perubahan kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah latihan dan pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnya lebih kepada perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran pembelajaran. Teori kognitif Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka, Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan menggunakan perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan pemikiran

23

Kajian Tindakan

DBK 1053

seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman. Teori humanisis Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori humanisis. Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan kendiri serta perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat kemanusiaan yang mana pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama dan melibatkan perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau perbincangan secara berpasukan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli. Teori pembelajaran sosial Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori pembelajaran sosial. Menurut Rotter, “Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain”. Menurut teori pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan pemantauan terhadap orang lain daripada segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi antara manusia, persekitaran dan tingkah laku. Di atas hanyalah beberapa teori sahaja yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih banyak lagi teori yang wujud seperti teori progresif dan liberal. Kenapa Orang Dewasa Belajar? Setiap individu mempunyai tujuan atau matlamat tertentu dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Matlamat utamanya adalah untuk mendapat sesuatu ganjaran seperti mana yang dikehendaki oleh diri masing-masing. Walaupun begitu, ia terpulanglah kepada diri individu masing-masing sama ada baik ataupun buruk niat hati mereka. Akan tetapi bagi orang dewasa, mereka meneruskan pelajarannya mungkin untuk kepentingan dirinya, keluarganya, masyarakat ataupun negaranya. Walaupun demikian, hakikatnya terdapat banyak sebab yang mendorong orang dewasa ingin belajar semula seperti yang dinyatakan di bawah. Sebagai tuntutan ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’ adalah salah satu mutiara kata yang menuntut setiap insan yang hidup di dunia supaya mencari ilmu sebanyak mungkin. Ia menunjukkan ilmu pengetahuan itu sangat penting kepada setiap individu. Dalam erti kata lain, menuntut ilmu itu adalah satu proses berterusan yang dituntut oleh agama. Setiap orang perlu mencarinya sendiri kerana ilmu itu luas ibarat sebuah lautan.

24

Kajian Tindakan

DBK 1053

Keperluan Orang dewasa belajar kerana hendak memenuhi keperluan hidup masing-masing. Dengan adanya ilmu pengetahuan, ia dapat membantu seseorang itu mencapai matlamat sebagaimana yang mereka inginkan. Sebagai contoh, seseorang memerlukan ilmu bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan. Menonjolkan bakat Pada umumnya, orang dewasa terdiri daripada individu yang sudah bekerja dan terlibat dengan aktiviti bermasyarakat. Ia memudahkan mereka menonjolkan bakat masingmasing dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat sekali gus mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung, mereka dapat menjadi contoh dalam keluarga mahupun komuniti. Menguasai ilmu Seseorang individu belajar untuk menguasai ilmu termasuklah orang dewasa. Ilmu yang dikuasai kemudiannya diamalkan dalam kehidupan seharian selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat agar kehidupan menjadi lebih bermakna. Untuk kualiti hidup Seseorang akan berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan sekiranya mereka mempunyai ilmu pengetahuan atau pelajaran terutamanya apabila dikelilingi oleh orang ramai. Mereka juga tidak mudah berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan orang ramai. Dengan sifat sebegini, hidup mereka sentiasa dalam kegembiraan tanpa sebarang masalah dan lebih berkualiti. Menyelesaikan masalah Seorang dewasa yang menuntut ilmu percaya bahawa penguasaan ilmu dapat membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan seharian. Contohnya, masalah yang berkaitan dengan pekerjaan mereka seperti masalah untuk mengendalikan sesuatu mesin dapat diatasi dengan adanya ilmu pengetahuan tentang penggunaannya berserta dengan latihan praktikal yang telah dilaksanakan. Kesukarelaan diri sendiri Setiap individu termasuk orang dewasa mempunyai kesedaran akan kepentingan menuntut ilmu. Mereka belajar atas kehendak diri sendiri tanpa sebarang paksaan bagi memenuhi matlamat kehendak diri mereka masing-masing.

25

Kajian Tindakan

DBK 1053

Mengubah pencapaian dan memotivasikan diri Seseorang individu tidak akan mencapai kepuasan dengan tahap pendidikan yang rendah. Begitu juga dengan pelajar dewasa, mereka masih mempunyai banyak masa dan ruang untuk mencapai kemajuan atau kejayaan. Mereka juga ingin mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi supaya mereka dapat menjalankan pekerjaan dan kehidupan seharian dengan lebih yakin. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh dapat menimbulkan semangat untuk berubah ke arah tingkah laku yang baik dan positif. Memudahkan pekerjaan dan tanggungjawab Ilmu yang diperoleh akan membantu melicinkan tugas dan tanggungjawab seseorang dalam apa jua perkara yang dilakukan tanpa mengira masa dan tempat. Suatu persaingan yang sihat Dalam menuntut ilmu, pelajar dewasa dapat membuktikan kebolehan diri masing-masing seterusnya dapat mewujudkan persaingan yang sihat. Contohnya, dalam bidang perniagaan, ahli perniagaan akan bersaing untuk mencapai kemajuan dengan menunjukkan kebolehan dan keupayaan masing-masing. Bagaimana Orang Dewasa Belajar? Setiap pembelajaran orang dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang dewasa. Sebagai pengajar, mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan cara belajar yang terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikannya dengan penggunaan bahan pengajaran kepada setiap pelajar. Di bawah ini ditunjukkan sembilan proses pembelajaran orang dewasa. Motivasi Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran dan mereka lebih bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila diberikan ganjaran dan sokongan yang dapat memotivasikan mereka terutama daripada ahli keluarganya. Perhatian Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus terhadap penerangan atau demonstrasi daripada tenaga pengajar supaya mereka cepat memahami pelajarannya. Jangkaan Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya mereka dapat memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan berasa lebih bersemangat dan bersedia menghadapi apa jua bentuk keadaan.

26

Kajian Tindakan

DBK 1053

Perolehan ingatan kembali Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka memahami konsep yang baru dipelajari dengan mudah dan cepat tanpa sebarang masalah. Pemilihan persepsi Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau rangsangan. Ia lebih merujuk kepada tindakan seseorang untuk membezakan perkara atau rangsangan sama ada ia penting dan relevan ataupun kurang penting. Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk disimpan ke dalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut lebih mudah diingati dan dapat digunakan pada masa-masa akan datang. Gerak balas atau prestasi Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang dikodkan dan disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan membuktikannya dengan tindakan dan perubahan tingkah laku berserta peningkatan prestasinya. Maklum balas dan peneguhan Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang seharusnya dibuat dan motivasi yang mendorong individu meningkatkan atau memperbaiki prestasi mereka. Generalisasi atau pemindahan pembelajaran Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi kepada situasi yang lain. Kebolehan ini akan bertambah jika mempraktikkan kemahiran baru dalam pelbagai situasi. Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Salah satu kaedah pembelajaran orang dewasa yang utama adalah berdasarkan pengalaman. Kaedah pembelajaran ini merupakan satu proses secara berperingkatperingkat. Sebenarnya proses ini bukan sahaja dilalui oleh orang dewasa, malah ia adalah satu proses umum yang mana setiap individu perlu melaluinya untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih efektif serta mendapat kepuasan hati supaya lebih cemerlang. Begitu juga dengan orang dewasa, mereka perlu melalui proses tersebut untuk mendapat kepuasan pembelajaran. Namun begitu orang dewasa juga kadangkala mempunyai kaedah yang tersendiri yang bergantung pada individu itu sendiri.

27

Kajian Tindakan

DBK 1053

Mereka lebih gemar belajar dalam suasana yang tidak dikongkong oleh mana-mana peraturan yang membuatkan mereka sukar untuk belajar sesuatu topik. Justeru seorang pengajar perlu memahami diri dan tahap pemikiran orang dewasa. Tidak dapat dinafikan orang dewasa memang banyak belajar berdasarkan pengalaman. Di samping itu, pembelajaran yang hendak dipelajari perlu sesuai dengan minat dan kesukaan mereka. Bagi mereka, pembelajaran melalui pengalaman membolehkan mereka bertukar idea atau pendapat yang mana membuatkan mereka akan dapat melihat sesuatu yang bermakna daripada apa yang dipelajari. Mereka juga sering menghubungkan pelajaran baru dengan pengalaman mereka yang sedia ada. Selain itu, proses pembelajaran ini dapat membantu mereka untuk mengeratkan hubungan dan secara tidak langsung menjadikan pembelajaran lebih aktif. Dalam satu situasi lain pula, mereka lebih gemar berdialog atau berada dalam satu kumpulan. Dengan cara ini, mereka dapat mengutarakan pendapat yang pelbagai dan dapat meluaskan pandangan serta pengetahuan. Mereka akan menunjukkan kebolehan dan kepimpinan mereka dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Keadaan ini membolehkan mereka bebas memberikan pendapat mereka. Dalam erti kata lain, mereka lebih suka berada dalam situasi yang tidak formal seperti tiada peperiksaan. Ini kerana, apa yang dipelajari lebih baik diamalkan daripada mengingat atau menghafal. Kemungkinan mereka merasakan ia satu beban bagi mereka. Nyatalah orang dewasa bukan seperti pelajar yang perlu diperintah supaya melakukan sesuatu perkara. Orang dewasa lebih gemar melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan keinginan mereka supaya apa yang dipelajari memberi kesan kepada mereka untuk masa kini dan hari muka. Kesimpulan Pembelajaran Orang Dewasa Dalam menuju era yang serba moden ini, penguasaan ilmu amatlah penting dalam kehidupan kita supaya kita tidak menjadi seorang yang boleh dilabelkan sebagai ‘katak di bawah tempurung’. Apabila dikaitkan dengan penguasaan ilmu pastinya terlintas di fikiran suatu perkara yang berkaitan dengannya iaitu ‘pembelajaran’. Penguasaan ilmu bukan hanya tertumpu kepada remaja tetapi juga kepada pelajar dewasa. Namun begitu, pelajar dewasa ini belajar kerana beberapa sebab yang lebih menjurus ke arah penglibatan peranan sosial dan kepentingan masyarakat, institusi dan juga untuk kepentingan diri sendiri. Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah mereka lebih gemar belajar dalam keadaan yang tidak formal dan lebih banyak menggunakan pengalaman mereka. Mereka lebih suka bertukar pendapat serta berdialog dalam satu kumpulan secara tidak langsung boleh membuatkan pemikiran yang lebih meluas. Proses pembelajaran pula melibatkan beberapa fasa. Menurut Gagne, proses pembelajaran terdiri daripada motivasi, perhatian, jangkaan, ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas atau prestasi, maklum balas dan peneguhan serta generalisasi atau pemindahan pembelajaran. Pelajar

28

Kajian Tindakan

DBK 1053

dewasa akan memperoleh banyak faedah daripada penyertaan yang aktif dalam proses pembelajaran. 13.

KEPENTINGAN PENGALAMAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan telah membuka pengalaman dan proses yang luas di mana keperluankeperluan dalam kajian pendidikan tersebut merupakan sebagai pendidikan itu sendiri. Secara disedari penglibatan tersebut dapat meningkatkan kemajuan profesion guru dan ini juga merupakan satu komitmen yang membantu proses penemuan seorang pengkaji. Di sini dapat kita lihat, dengan mengamalkan Kajian tindakan para guru dapat meningkatkan martabat diri dalam profesion perguruan selain menambahkan sikap diri yang kreatif dan inovatif berbanding profesion lain. Terdapat banyak kelebihan atau faedah yang akan diperolehi melalui pengalaman kajian Tindakan dalam proses pendidikan. BPPDP (1995:8) misalnya telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-guru dengan melaksanakan kajian tindakan iaitu: Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan tali siraturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif. Memandangkan pada masa sekarang, begitu hangat diperkatakan soal usaha melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan mendapatkan pengiktirafan ISO 9002 di sekolah-sekolah, maka perlaksanaan kajian tindakan adalah merupakan sebahagian daripada langkah-langkah ke arah itu. Jika kita tinjau dalam perlaksanaan TQM itu sendiri ia menekankan kepada model penyelesaian masalah bagi usaha pembaikan yang berterusan di samping ia menekankan kepada proses. MAMPU (1990) 29

Kajian Tindakan

DBK 1053

menyebutkan bahawa penyelesaian masalah merupakan satu komponen yang penting dalam usaha peningkatan kualiti. Proses penyelesaian masalah itu melibatkan enam langkah: Pengenalpastian masalah Penganalisisan masalah Alternatif-alternatif penyelesaian bagi menyelesaikan masalah Pemilihan alternatif penyelesaian dan tindakan pembetulan Pelaksanaan tindakan-tindakan pembetulan. Pengukuran dan penilaian tindakan-tindakan pembetulan. Sesungguhnya, kajian tindakan bukan sahaja dirasai signifikannya kepada guru sebagai penyelidik, namun ia telah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Ini jelas berdasarkan kajian Jaafar Sidek et. Al (1997 : 40) yang mendapati sikap pelajar terhadap program kajian tindakan yang telah dijalankan adalah sangat positif. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi selepas mengikuti program ini. Dalam kajian tindakan yang dijalankan, penilaian dan refleksi yang dibuat ialah pelajar berminat mengikuti program kajian tindakan. Pelajar mendapat perhatian yang lebih daripada guru-guru. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana guru bekerjasama memikirkan kaedah yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan pengajaran yang menarik.

14.

TEORI- TEORI DALAM EXPERIENTIAL LEARNING

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah satu topik yang sering diperkatakan kerana manusia akan melalui setiap pengalaman dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat perbezaan diantara pembelajaran berasaskan teori di dalam bilik darjah dengan pembelajaran yang berasaskan “hands on” yang membolehkan pelajar belajar melalui pengalaman dengan penggunaan deria yang lebih dan berasaskan pengalaman.

30

Kajian Tindakan

DBK 1053

Terdapat 2 jenis pembelajaran melalui pengalaman yang dijelaskan oleh Stephen Brookfield(1983:16) di dalam bukunya iaitu : (i)

pembelajaran di mana pelajar di asuh atau diajar oleh sesebuah institusi untuk mengalami pengalaman pembelajaran tersebut (pembelajaran secara formal)

(ii)

pembelajaran secara tak formal di mana pelajar mengalami pembelajaran melalui pengalamannya di persekitaran hidupnya sehari-hari.

A)

Kurt Lewin

Kurt lewin adalah seorang ahli psikologi yang mengasaskan kajian tindakan dan beliau menyatakan kajian tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan untuk perlakuan social atau untuk menyifatkannya sebagai pengurusan social atau kejuruteraan social. Ianya adalah kajian perbandingan ke atas keadaan atau kesan terhadap pelbagai bentuk tindakan social. Dalam pendekatan atau model Kurt Lewin, ianya melibatkan satu rangkaian langkah dan setiap langkah tersebut merangkumi perancangan, tindakan dan pencarian fakta ke atas sesuatu tindakan. Kitaran model Lewin secara asasnya meliputi perkara seperti berikut: Mengenalpasti idea yang umum

Peninjauan atau pencarian fakta

Mengambil tindakan pertama

Merancang

Menilai

Pengubahsuaian perancangan

Mengambil tindakan kedua

Dalam langkah pertama, idea itu diuji dengan berhati-hati dan biasanya ianya lebih kepada pencarian fakta mengenai situasi tertentu. Jikalau langkah pertama ini berjaya 31

Kajian Tindakan

DBK 1053

ddijalankan, maka rancangan keseluruhan untuk mencapai objektif dan keputusan untuk langkah pertama akan dicapai. Pada kebiasaannya, perancangan ini akan mengubah idea yang asli. Seterusnya, lanhkah peninjauan, pelaksanaan yang bertujuan untuk menilai keputusan akan dijalankan. Pengubahsuaian perancangan mungkin akan berlaku. Di sini, kita boleh dapati bahawa langkah yang diambil untuk kajian adalah lebih kepada penyelesaian masalah dan pembentukan organisasi. Dan konsep ini, ianya adalah selari dengan konsep Dewey iaitu belajar melalui pengalaman. Dalam konteks pembelajaran terutamanya apabila clientele merupakan orang dewasa, kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa dalam sesuatu usaha latihan yang dijalankan, sedikit sebanyak satu `perubahan' pasti berlaku kepada individu yang dilatih . Umpamanya, mengikut pandangan Kurt Lewin, terdapat 4 jenis perubahan boleh berlaku semasa individu melalui proses pembelajaran iaitu:(a) Perubahan dari segi kognitif – peningkatan kefahaman kepada kekaburan terhadap ilmu yang ada dan penemuan ilmu yang baru; (b) Perubahan dari segi dorongan dan keinginan - kebolehan memilih atau membenci; (c) Perubahan dari segi pemikiran (ideology) dan kepercayaan; (d) Perubahan dari segi kebolehan mengawal pergerakan pancaindera dalam melakukan sesuatu atau kemahiran - (Achieving control of body musculature as one does in learning a skill – Psychomotor development) . B)

Teori David a. Kolb (bersama Roger Fries)

David a. Kold iaitu seorang pensyarah yang memegang ijazah doktor falsafah Universiti Harvard. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Faculty of Organizational Behavior di Weatheread School of Management. Beliau telah memperkenalkan satu model yang terkenal dalam bidang pembelajaran berasaskan pengalaman yang merangkumi 4 elemen iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian dan refleksi,

32

Kajian Tindakan

DBK 1053

mengenalpasti konsep abstrak, dan mengadaptasi/mencuba di situasi baru. Keempatempat elemen ini adalah merupakan satu kitaran pembelajaran berasaskan pengalaman bagi seseorang pelajar itu sendiri. Rajah menunjukkan kitaran model tersebut :

Kolb dan Fry(1975) mempertikaikan bahawa kitaran pembejaran sedia ada ketika era itu yang boleh bermula di mana-mana titik elemen tersebut sama ada di elemen satu, dua, tiga atau empat, dan ia boleh berulang-ulang. Mereka mencadangkan bahawa ia haruslah bermula dengan pelajar atau individu itu sendiri melalui aktiviti pembelajaran dan melihat kesan atau hasil dari aktiviti tersebut. Seterusnya langkah kedua ialah pelajar yang melalui pengalaman itu akan mengenal pasti, mengkaji dan melihat tindak balas hasil dari aktiviti itu. Pelajar akan mengkaji apakah hasil aktiviti itu berjaya mengubah tingkah laku, emosinya dari segi pembelajaran sama ada berkesan. Langkah ketiga pula ialah memahami prinsip-prinsip hasil daripada situasi pembelajaran itu sendiri. Setelah berlakunya langkah kedua iaitu mengkaji dan mengenal pasti hasil perubahan tingkah laku, langkah ketiga ialah membina dan mengenal pasti prinsip-prinsip yang wujud hasil dari aktiviti pembelajaran tersebut.

33

Kajian Tindakan

DBK 1053

Langkah terakhir pula ialah menerapkan atau menggunakan pengalaman itu pada situasi baru. Situasi baru hendaklah relevan dengan situasi sebelumnya dan diterima pakai. Sebagai contoh, adalah tidak relevan situasi pengalaman Makcik Milah menggoreng ikan hendak diaplikasikan kepada situasi memasang komputer. Kaedah Pembelajaran David a. Kolb David Kolb and Roger Fry (1975: 35-6) telah menyatakan bahawa terdapat empat kebolehan yang berbeza iaitu kebolehan pengalaman berkonkrit, kebolehan pemerhatian reflektif, kebolehan konsepsual dan kebolehan eksperimentasi aktif. Kebolehankebolehan ini adalah ditunjukkan seperti jadual di bawah: Gaya pembelajaran David Kolb and Roger Fry Gaya pembelajaran

Karakter pembelajaran Keterangan

Menumpu (Konverger)

Konsepsualisasi abstrak + eksperimentasi aktif

Mencapah (Diverger)

Pengalaman konkrit + pemerhatian reflektif

·

berupaya dalam menjana idea dan mengaplikasi.

·

berupaya membuat pertimbangan mengenai permasalahan spesifik

·

tidak beremosi

·

minat dan teliti

·

keupayaan imaginasi yang tinggi

·

baik dalam menjana idea dan melihat sesuatu dalam

34

Kajian Tindakan

DBK 1053

perspektif yang berbeza

Penyerapan (Assimilator)

Penyesuaian (Accommodator)

Konsepsualisasi abstrak + pemerhatian reflektif

Pengalaman konkrit + eksperimentasi aktif

·

minat

·

kreatif (minat/pemikiran yang meluas)

·

keupayaan yang tinggi dalam membina pemodelan dan teori

·

berkeupayaan tinggi dalam membuat keputusan berinduksi (inductive reasoning)

·

penumpuan terhadap konsep abstrak

·

Kebolehan mengaplikasi (hand’s on)

·

suka menyahut cabaran (berisiko)

·

baik dalam membuat/bertindak keputusan dengan segera

·

berupaya menyelesaikan masalah dengan gerak hati (intuisi)

35

Kajian Tindakan

C)

DBK 1053

Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Jarvis Jarvis (1987, 1995) telah berjaya menghasilkan satu diagram mengenai situasi

yang berlaku di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman. Jarvis telah menghasilkan diagram dan menjalankan ujian ke atas sekumpulan manusia. Jarvis telah berjaya menghasilkan diagram yang menunjukkan beberapa laluan/keadaan yang berlaku sewaktu proses pembelajaran berasaskan pengalaman. Diagram di bawah menunjukkan diagram kemungkinan yang berlaku sewaktu proses pembelajaran berasaskan pengalaman :

Terdapat pelbagai kemungkinan yang berlaku di dalam diagram ini seperti situasi pembelajaran berasaskan pengalaman tidak berlaku (1-4), keadaan tidak reflektif (1-3 ke 6 ke sama ada 4 atau 9 ), keadaan reflektif pembelajaran berasaskan pembelajaran berlaku (1-3 ke 7 ke 5 ke 7 ke 8 ke 6 ke 9).

36

Kajian Tindakan

15.

DBK 1053

SUMBANGAN/ KESAN PEMBELAJARAN EKSPERIENTIAL

PELAJAR • Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Melalui cara ini iaitu dengan merasai sendiri pengalaman sesuatu kerja atau tugasan akan memudahkan pelajar mengadaptasikan pelajaran atau ilmu yang diajar dengan keadaan suasana kerja yang akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pengetahuan secara teknikal lebih mudah dipelajari degan cara ini. • Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Pengalaman tidak semestinya dari institusi formal tetapi boleh berlaku dalam kehidupan individu itu seharian iaitu perhubungannya dengan ibu bapa, guru- guru, kawan- kawan dan sebagainya. Ini juga merupakan pengalaman yang dapat dipelajari oleh pelajar samaada melalui pemerhatian atau merasainya sendiri. • Boleh memindahkan kemahiran Melalui kaedah ini, kemahiran yang hendak diajar akan mudah dibelajar dan difahami sendiri oleh pelajar dan pelajar juga boleh membuat suatu yang baru mengikut kreativiti mereka sendiri. Contohnya kemahiran menggunakan mesin pemotong paip. • Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Pelajar akan dapat meneroka sendiri perkara yang hendak dipelajari secara mendalam dan menyelesaikan segala tugasan dan masalah dengan mudah serta dapat membuat kerja yang menghasilkan keputusan di akhir pangajaran. Ini dapat membuktikan hasil kerja yang diberikan oleh guru dan membantu memberi keputusan yang baik kepada hasil kerja. • Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Melalui cara ini pelajar akan dapat mengusai pelajaran dengan mudah terutama dalam perkara yang susah difahami jika diterangkan secara teori sahaja. Dengan cara yang konkrit ini akan dapat mengusai perkara yang abstrak dengan senang. • Dapat belajar secara kerjasama Di samping itu pelajar juga dapat menjalankan aktiviti secara berkumpulan yang melahirkan hasil verja yang lebih bermutu dan tidak menimbulkan soal kebosanan dalam membuat verja.Pelajar boleh berkongsi pendapat dan pengalaman dalam meningkatkan

37

Kajian Tindakan

DBK 1053

mutu kerja. Perbezaan pemikiran akan mewujudkan hasil kerja yang baik dan mempunyai kreativiti yang tinggi. GURU • Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. -Ini kerana pelajar lebih mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar • Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. - Pelajar melakukan amali secara “hand on” dan ini berguna apabila mereka bekerja nanti. • Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri - melalui kaedah ini pihak akademik dan industri akan saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. INDUSTRI • Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan Untuk memenuhi keperluan tenaga mahir yang terlatih pelajar perlu dilatih mengikut keperluan semasa dan ia amat berguna untuk neagra pada masa hadapan • Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

38

Related Documents

Full Siap
December 2019 44
Siap
May 2020 29
Siap Print.docx
April 2020 25
Siap Unload
October 2019 27
Siap Persentasi
May 2020 27